Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 28 Ogos 2009

Al-Fatihah Untuk ustaz Ismail Kamus ?

( Ustaz Dato' Ismail Kamus sewaktu berceramah di Surau al-Muttaqin Taman Equine tahun lalu )

Sejak jam 02.45 petang tadi saya menerima terlalu banyak sms yang mengatakan bahawa Ustaz Dato Ismail Kamus telah kembali ke Rahmatullah. Pelbagai versi sms yang saya terima sehinggalah jam 12.02 tengah malam ni. Namun tidak terdetik hati saya mengatakan bahawa ustaz telah kembali ke Rahmatullah.

Untuk kepastian saya telah menghubungi sendiri Ustaz pada jam 10.26 malam dan alhamdulillah saya telah dapat bercakap dengan ustaz dan saya dimaklumkan bahawa ustaz kini berada di Mekkah mengerjakan Umrah dan saya dimaklumkan sendiri oleh beliau bahawa beliau akan pulang ke tanah air esok 28 / 08 / 2009.

Maka terungkailah kemuskilan saya hari ini, rupa-rupanya yang meninggal itu ialah Prof. dato' Ismail Salleh.

Moga Ustaz panjang umur dan sihat tubuh badan dan dapat kembali ketanah air untuk meneruskan kerja-kerja dakyah yang kini menjadi sebahagian dari rutin kehidupanya. Amin.


Isnin, 24 Ogos 2009

Siri Tazkirah Ramadhan : Pahala Memberi Makan Orang Berbuka


Salman al-Farisi meriwayatkan ; Dalam sebuah hadis panjang Rasulullah berkhutbah dihadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud ;


" Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadhan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasanya adalah syurga. Ramadhan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin. Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula akan diampunkan..."

Ahad, 23 Ogos 2009

Siri Tazkirah Ramadhan :RAIH KEREDHAAN DAN KEAMPUNAN ALLAH

Allah menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan untuk hamba-hamba-Nya sentiasa berlumba-lumba melakukan kebajikan .Kerana banyak kelebihan dan keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan Ramadan yang perlu direbut oleh hamba-Nya. Hari-hari yang berlalu sepanjang bulan Ramadan adalah peluang keemasan yang berharga yang pasti tidak akan dilepaskan berlalu begitu sahaja oleh mereka yang mengerahui kelebihan bulan Ramadan.

Antara kelebihan bulan Ramadan ialah tawaran keampunan daripada Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beribadah pada bulan yang mulia ini. Kerana daripada Allah dosa-dosa Mereka terampun.

Rasulullah SAW berabda ;

"أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرُ بَرَكَةٍ يَغْشَاكُمُ اللهُ فِيهِ، فَيُنْزِلُ الرَّحْمَةَ وَيَحُطُّ الْخَطَايَا وَيَسْتَجِيْبُ فِيهِ الدُّعَاءَ يَنْظُرُ اللهُ تَعَالىَ اِلَى تَنَافُسِكُمْ فِيهِ وَيُبَاهِىْ ِبكُمْ مَلاَئِكَتُهُ فَأَرُوا اللهَ مِنْ أَنْفُسِكُمْ خَيرًا فَإِنَّ الشَّقِيَّ مَنْ حُرِّمَ ِفيهِ رَحْمَةُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ."

Maksudnya : "Apabila tibanya Ramadan bulan keberkatan maka Allah melindungi kamu pada bulan tersebut, ia menurunkan rahmat-Nya, mengampunkan segala dosa dan memperkenankan doa. Pada bulan ini Allah melihat perlumbaan kamu melakukan ibadah dan para malaikat sangat berbangga melihat ibadah yang kamu lakukan. Maka tunjukkanlah kepada Allah segala kebaikan yang kamu lakukan kerana sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang diharamkan mendapat rahmat Allah pada bulan tersebut." Hadis riwayat At-Tabrani

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud : " Setiap yang mendirikan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah maka diampunkan bagi-nya dosa-dosa yang telah lalu."

Para ulama di dalam menghuraikan maksud Hadis tersebut menerangkan bahawa sesiapa yang menghidukan atau menghayati malam-malam bulan Ramadan dengan melakukan solat tarawih dan ibadah-ibadah lain seperti berzikir dan istighfar serta membaca al-Quran dengan ikhlas kerana Allah, maka Allah akan mengampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu melainkan dosa-dosanya yang berkaitan dengan manusia yang perlu terlebih dahulu diselesaikan sesama manusia.

Di antara satu Ramadhan dengan Ramadhan yang berikutnya akan terjamin mendapat keampunan daripada Allah selagi hamba-hamba Allah tetap setia dan taat beribadah kepadanya dan tidak melakukan dosa-dosa besar.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda:

"الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمعَةُ اِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانَ اِلىَ رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائرُ."

Maksudnya : " Solat lima waktu yang didirikan, satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadhan kepada Ramadhan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar."

Bersempena dengan bulan Ramadan ini, marilah kita sama-sama memanfaatkan sebaik mungkin dengan melipat gandakan amalan soleh dan amalan-amalan sunat yang lain dengan bersungguh-sungguh melakukan ibadah kepada Allah SWT di antaranya:

1. Kita hendaklah berusaha mendapatkan keampunan Allah pada bulan yang mulia ini kerana amalan yang dilakukan di sepanjang bulan yang mulia ini pasti akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah jika dilakukan dengan ikhlas kerana Allah.

2. Berlumba-lumba melakukan kebaikan melalui amal ibadah yang berterusan adalah langkah yang mulia dan bijak. Sesungguhnya jika amalan mulia ini dilakukan, nescaya akan mendapat keampunan di dunia dan di akhirat.

Tiada ruginya jika kita memberikan masa yang lebih kepada Allah kerana kelak nescaya kita tidak mudah untuk dilupakan. Wallahualam.

Siri Tazkirah Ramadhan : Tips Untuk Mendapatkan Taqwa

Pada bulan ramadhan yang penuh keberkatan yang penuh dengan rahmat dan keampuan dan pembebasan dari neaka ini marilah kita memperbanykkan menyebut tentang lima perkara seperti yang telah disarankan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Dengan menghayati dan mengamalkan lima perkara ini dengan penuh yakin dan ikhlas, Insyaallah ia akan memberikan inspirasi taqwa yang sangat bernilai sepanjang kita berada dalam bulan ramadhan ini.

Rasulullah mengingatkan kita tentang lima perkara iaitu;

1. Banyakan menyebut nama Allah dari mengingat dan menyebut makhluk.

2. Sentiasa ingat dan menyebut tentang akhirat dari menyebut dan mengingat urusan dunia.

3. Sentiasa ingatkan hari akhir kita diatas dunia ini ( mati ) daripada hal-hal kehidupan.

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

5. jangan menyebut dan menilai serta memperlihatkan keaiban atau keburukan serta kekurangan orang lain.

Moga ianya akan memberikan sumber displin yang akan kita hayati sepanjang kita berada dalam bulan yang mulia ini dan akan kita hayati serta realisasikan dalam kehidupan kita hinggalah malaikat Izrael datang bertamu dengan kita kelak.

Ahlan Ya Ramadhan

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam dengan ucapan moga ramdhan kali adalah lebih baik dari ramadhan tahun lalu dengan azam untuk melakukan aamal ibadat yang lebih baik dari sebelumnya.

Apabila kita merujuk kepada perintah Allah mengenai kefardhuan ibadat puasa ini : " Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan kamu berpuasa sepertimana difardhukan kepada umat sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa..."

Saya ingin mengingatkan diri saya dan keluarga serta kepada sekelian umat islam bahawa kita kini telah berada dalam suasana taqwa, kerana bulan ini semua umat islam seluruh dunia akan tekun untuk menjalani ibadat puasa, solat sunat tarawikh dan bertadarus al-Quran dan sebagainya.

Namun harus dingat kita sebenarnya masih belum keluar dari waktu dan zaman jahiliyah dan penjajahan dan zaman lagha.

Pada waktu ini ramai dari kalangan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari dan menjana pendapatan tambahan dengan bernbiaga secara kecil-kecilan dan ada yang berusaha untuk mengembangkan perniagaan dengan mengambil bahagian dalam perniagaan di bazar-bazar ramadhan.

Terdetik dihati saya bila melihat kesungguhan para peniaga yang menyediakan pelbagai juadah untuk berbuaka puasa kepada warga yang sibuk dengan kerjaya yang mungkin tidak sempat untuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

Saya tidak mahu menilai dari pandangan luaran namun marilah kita amati senario ini, kita dapati para peniaga mula memperkemas dan menyediakan bahan-bahan jualan seawal jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 08-08 malam dan akan berhadapan dengan waktu puncak iaitu dari jam 04.00 hingga jam 07.00 malam. Pada waktu ini aktiviti perniagaan sangat rancak dengan pelbagai personaliti dan persembahan yang pelbagai.

Dari trend dan pelbagai fesyen dan gaya para perniaga memperagakan diri mereka dan produk jualan dan kita akan dapati ramai dari kalangan para peniaga yang terlupa untuk menutup aurat mereka, ada peniaga lelaki yang dengan sengaja mempamerkan rantai dan gelang tangan yang pada kaum lekai ia diharamkan, berpakaian sendat macam pembalut buah nagka dan cempedak, menjerit menggamit pembeli dan pelbagai aksi kita akan boleh lihat.

Jika mereka berdiri dan duduk dipremis-premis jualan mereka dari jam 04.00 petang hingga jam 07.00 malam agak-agaknya dimana waktu asar mereka? dimana waktu maghrib mereka? dimana taqwa mereka dalam berpakaian? berpuasakah mereka? barangkali bagi peniaga wanita mungkin mereka itu uzur tetapi peniga lelaki uzur juga kah ?

Bekas Imam besar masjid negara Dato' Hj Kamarudin Zakaria dalam satu ceramahnya ada menceritakan; ada pasangan suami isteri yang bahagia, si suami seorang yang buta matanya tetapi hafiz al-Quran dan alim dan seorang isteri yang taat. Pada satu hari si telah ke kedai membeli lauk yang dudah dimasak disebuah restoran dan setibanya dirumah si isteri menyediakan juadah yang dibelinya lalu dia mempersialakan suaminya untuk menjamu selera, si suami tanpa lengah menjamah makan yang telah disediakan oleh isterinya yang tercinta itu namun dia tidak mampu untuk menelan makanan itu lalu si suami bertanya kepada isterinya dari mana dia membeli makanan ini, si isteri menjawab dia membeli makanan itu di restoran itu lalu si suami pun berkata kepada isterinya " lain kali jangan beli lagi makanan dari kedai itu kerana orang yang memasak makanan ini tidak sembahyang"....

Moral dari pengkesahan tersebut ialah, bagi orang yang alim mereka sebenarnya terlalu hampir dengan Allah dan Allah menganugerahkan kepada mereka kelebihan yang tiada pada orang biasa dan ia boleh juga di kenali sebagai Karromah orang alim.

Saya bukan hendak berperasangka buruk kepada para peniaga bazar ramadhan tetapi yang hanya ingin utarakan ialah dalam bulan baik yang dipenuhi dengan nilai-nilai taqwa ini ada lagi yang tidak memahami akan kelebihan bulan yang mulia ini. Apa salahnya para peniaga dan pembantu jualan di bazar-bazar ramadhan itu menutup auratnya dan bertudung dan apakah salahnya para peniaga lelaki yang bersubang yang berantai leher dan bergelang tangan itu menanggalkanya.

Bahkan yang lebih teruk lagi ada restoran-restoran mamak yang masih membuka premis perniagaan mereka dengan alasan khas kononya untuk pelangan yang bukan muslim. Mudah nya mereka memberi alasan dan bagi saya bagi urusan non muslim itu urusan mereka yang kita sibuk sangat kenapa? cukup kuatkah mereka menghalang dari orang-orang islam yang datang ke premis mereka untuk makan tengahari?

Saya menyeru kepada kaum muslim sekalian jika kita hendak bermuamah dan membeli juadah untuk hidangan berbuka puasa marilah kita membeli di premis-premis peniaga yang menjaga aurat dan tatasusila mereka sebagai muslim yang bertaqwa yang asanya ialah mereka mampu menjaga aurat dan pakaian mereka dan yang zahirnya menunaikan dan menjaga solat mereka.

Wallahualam. Saya mohon ampun kepada Allah dan kepada para peniaga sekiranya saya tersalah membuat andaian dan sekiranya telahan saya ini ada kebenaranya masih belum terlambatt mereka memperbaiki kesilapan mereka moga segala kerja buat kita akan memberikan keuntungan di dunia dan akhirat. Amin

Ahad, 16 Ogos 2009

Wabak H1N1. Apa Saranan Nabi ?

Dewasa ini negara kita telah diserang dengan ketakutan akibat dari penularan wabak H1N1 yang telah meragut 62 korbanya sehingga jam 6.00 petang 16 Ogos 2009.

Pelbagai pihak mendesak agar kerajaan melalui Kementerian Kesihatan ( MOH ) untuk bertindak dengan lebih agresif dan sekurang-kurangnya perintah darurat dikeluarkan atau sesuatu yang wajar.

Perintah berkurung atau kuarantin perlu diambil apabila kita diterjah oleh sesuatu wabak seperti H1N1 ini berdasarkan beberapa peringatan dan hadis-hadis Nabi SAW.

Rasulullah SAW telah memperingatkan kita tentang hal ini antaranya ;

عن أسامه بن زيد أن النبي صلى الله عليه وسلم ذكر الطاعون فقال : بقية رجز او عذاب أرسل على طا~فة من بني اسرا~يل فاذا وقع بأرض وانتم بها فلا تخرجوا منها واذا وقع بأرض ولستم بها فلا تهبطوا عليها ( حسن صحيح

Daripada usmah bin Zaid, bahawasanya Nabi SAW menyebut akan thaun, maka sabdanya: Baki dosa atau azab yang diutuskan atas satu puak daripada Bani Israil, maka apabila ia berlaku pada satu bumi ( tempat ) dan sekelian kamu menghadapnya, maka janganlah kamu keluar dari tempat itu dan apabila ia berlaku di tempat kamu dan kamu tiada didalamnya, maka janganlah kamu masuk ke dalamnya ( ketempat itu ).

Sedarlah bahawa hadis ini mengingatkan kita apabila kita ditimpa dengfan sesuatu wabah yang mudah merebak seperti H1N1 ini maka kita sudah ditegah untuk keluar dari kawasan yang terkena wabak itu dan kita juga dilarang masuk atau mengunjungi tempat yang terkena wabak tiu, maka boleh lah kita fahami bahawa larangan ini bermaksud kaedah kuarantin ini adalah satu tindakan yang wajar diambil oleh pihak kerajaan.

Para ulama muhaqqiqun menyatakan bahawa thaun itu adalah merupakan suatu wabak dan tiap-tiap wabak itu adalah thaun ( lihat : syarah Muslim, mukasurat 51 juzu' 9 )

Imam Nawawi berkata dalam Syarah Muslim : sesungguhnya telah datang daripada Ibnu Masud, katanya : Thaun ( wabak ) itu adalah fitnah keatas orang yang bermukim dan atas orang yang lari ( atau keluar ). Adapun fitnah atas orang yag lari ( keluar ) , maka iaitu ia berkata : lari 9 keluar ) aku maka lepaslah aku dari thaun ( wabak ) itu...

Dan adapun fitnah atas orang yang bermukim, maka katanya : bermukimlah aku, maka matilah aku. Padahal yang sesungguhnya lari 9 keluar ) sesiapa yang belum sampai ajalnya, dan bermukim sesiapa yang cukup ajalnya. ( syarah Muslim, muka surat 52 juzu' 9 )

Dari keterangan tersebut kita boleh membuat kesimpulan mudah iaitu pihak kerajaan melalui MOH sewajarnya sudah menambil tindakan menutup sekolah atau IPT/IPTS dan kawasan-kawasan yang wajar untuk menyekat penularan wabak ini dan sewajarnya juga bagi individu yang telah dijangkiti wabak ini dikuarantin dan dipantau sewajarnya.

Bagi orang yang dikuarantin mereka kena jelas terhadap perintah itu iaitu mereka sebenarnya dilarang untuk keluar dari pusat kuarantin dan orang yang tidak dijangkiti haram ia menjengah atau masuk ke kawasan atau rumah orang yang dikuarantin itu. wallahualam

Kursus Sembelihan Halal

Insyaallah pada 17 & 18 Ogos saya sekali lagi diundang untuk menyampaikan teori dan praktikal dalam kursus sembelihan anjuran Bah RnD JAIS untuk peserta-peserta dan pengusaha-pengusaha rumah sembelihan sebagai syarat kepada penganugerahan tauliah penyembelih kepada penyembelih di pusat-pusat penyembelihan dan pengusaha ayam.( gambar ketika menyembelih lembu korban di Surau al-Muttaqin Tmn Eguine 2008 )

Mengikut tentatif programnya kursus teori akan di adakan di tingkat 6 Menara Selatan Bangunan Sultan Idris Shah dan praktikalnya akan diadakan di Rumah Sembelihan di Sek 19 Shah Alam pada 18 ogos 2009.