Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Khamis, 26 November 2009

Hujan Lebat Lebih 2 Jam di Mekkah Pagi Rabu 25/11/2009

Menurut sumber hujan mula turun sekitar jam 10 pagi tadi dengan lebat. Gambar dari Manzlie Makkah.




Gambar diambil dari Hotel Safwah yang terletak bersebelahan dari Masjidil Haram.

Last Isya' Sebelum Wukuf

SUBHANALLAH beginilah ramainya tetamu Allah yang datang dari seluruh pelusuk dunia untuk menunaikan rukun Islam kelima. Berikut di paparkan gambar terkini dari Masjidil Haram ketika solat Isya 24/11/2009. Gambar juga yang menceritakan sesuatu.. gambar ihasan dari Manzlie Makkah.Blogspot






Rabu, 25 November 2009

Terkini dari Al-Haram 25/11/2009

Insyaallah sejurus selepas solat Asar pada hari ini Rabu 25/11/09 semua jemaah haji akan berangkat ke Padang Arafah untuk meneruskan Rukun Haji. Sabda Nabi SAW " Haji itu berkumpul di Arafah"...disinilah akan terujinya iman para jemaah haji. Moga mereka akan dapat melunaskan segala rukun haji dengan baik dan diberikan kekuatan fizikal dan mental serta beroleh haji yang Mabrur...amin
Ruang lobi hotel as-safwah juga padat ketika solat zohor 24/11/09
Pandangan dari dalam hotel juga padat dengan jemaah haji
Kat sini pun jadi....
Ketika solat asar 23/11/09
Subhanallah padatnye....
Moga segala amal ibadah mereka diterima oleh Allah...
Insayallah kelak kita sebahagian dari orang yang memadatkan lagi Al-Haram

Solat Isya' 22/11/09
Jutaan jemaah haji yang membanjiri Al-Haram....gambar ihsan dari Manzlie Makkah.Blogspot

Ahad, 22 November 2009


NOV 2009 Seekor kucing dihukum penjara oleh pihak berkuasa Israel, kerana dituduh telah membantu penghuni sel isolasi di kem tahanan Negev, yang terletak di antara Mesir dan wilayah yang diduduki Israel.Israel. Menurut pejabat Isreal, kucing tersebut membantu para tahanan Palestin membawa barang-barang ringan seperti surat, roti dan lainnya dari satu sel ke sel yang lain.


Kucing itu telah memberikan bantuan kepada tahanan di sana selama berbulan-bulan hingga akhirnya terbongkar diketahui baru-baru ini. Pengelola penjara memberikan hukuman yang sama seperti tahanan manusia kepada kucing tersebut. Ia dikurung dalam sebuah sel isolasi, seperti hukuman yang dikenakan kepada tahanan yang dibantunya.


Ada puluhan kucing liar yang berkeliaran di antara sel atau ruang tahanan di kem dan penjara Israel, terutama di pusat-pusat tahanan terbuka seperti Negev. Israel sengaja menjadikan suasana penjara dan kem tahanan dalam keadaan menyeiksa dan tidak selesa untuk menurunkan semangat hidup orang-orang Palestin. Melihat begitu banyak kucing yang berkawan dengan tahanan, pejabat Pentadbiran Penjara Israel memutuskan untuk menyingkirkan dan menghukum kucing-kucing tersebut.(Sumber: Hidayatullah/ AK)

Jumaat, 20 November 2009

Keadaan Solat Jumaat hari ini di Kota Makkah 20/11/2009

Subhanallah hingga ke atas jalan raya menuju ke Al-Haram juga kelihatan sesak....
Kelihatan didataran pintu masuh juga padat.....
Lihatlah kesatuan ummah....
Beginilah padatnya saudara-saudara kita membanjiri Kota Makkah hari ini menunaikan Solat Jumaat
Tanamkan niat dan usaha untuk menjadi sebahagian dari mereka... ( gambar ehsan dari Manzlie Makkah )

Khamis, 12 November 2009

TERAPI KAMBING

Terima kasih kepada teman yang mengirimkan artikel ini melalui e-Mail kepada ana kerana ana merupa seorang penggemar kambing tahap profesional kerana boleh dikatakan hari-hari makan daging kambing hatta tengahari tadi pun Kang Usop dengan Bro Khairy bawa ana makan kari kambing di Jln Chan Sow Lin 2. Kepada teman-teman yang masih ragu-ragu tentang khasiat kambing baca artikel ni baik-baik kemudian kita serang mana-mana kedai mamak ke yang ada menyediakan juadah kambing tapi jangan lupa hello ana dulu......

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.



Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;



1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).



2. Kolestrol daging lembu dan ayam.



3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.



4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.



5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.



6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.



7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.



8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.



Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.



Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar).



Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah.



Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.



Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.



Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti



Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.



Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.



Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.



Mencantikkan Kulit



Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.



Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.



Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.



Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan



Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.



Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.



Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Sabtu, 7 November 2009

Kaabah

Sedikit imbasan kenangan lalu ketika kami diberitahu bahawa hari ini pintu Kaabah akan dibuka ( ana lupa la tarikhnye ) so ana dan sahabat-sahabat terlalu teruja ingin mendekati Kaabah. Diberitakan pintu itu akan dibuka jam 10 pagi...tunggu-punye tunggu tak de juga...dikatakan lepas solat Zohor, ana punyer la semangat tunggu dari azan Zohor tu terus duduk dihadapan Multazam ni, dari lapang tempat bersila hinggalah keadaan yang nak duduk pun kena angkat kedua-dua kaki. tak pe tunggu juga lah....rupa-rupanya lepas solat zohor tu baru petugar nak singkap kelambu Kaabah jer ( Kiswa ) itu un air mata dah berbaldi mencurah-curah....akhirnya ana tanya pengawal dia kata selepas solat Isya baru buka. Bermula dari Maghrib orang dah memenuhi dataran Kaabah dan tibalah waktu yang ditunggu-tunggu. Bayangkan ana dari mungkin 5 barisan hadan boleh terkebelakang kerana asakan yang bertalu-talu dari jemaah lain akhirnya nekad untuk menyelinap juga untuk melihat dari dekat lalu ana dan dua orang lagi sahabat iaitu Pak karim dan Zamani serta Ust Lutfi UPM terus menggasak maju kehadapan. satu peristiwa yang tak boleh ana lupakan apabil;a kami dalam keadan berasak-asak itu sahabat kami Zamani akhirnya terlepas dari pautan lalu beliau rebah ke lantai dan katanya sempat kena pijak oleh jamaah lain. namun tindankkan pantas pihak keselamatan menarik beliau keluar dari lautan jamaah ditenga-tengah dataran itu. Ana sebenarnya sudah menduga perkara itu berlaku dan ana sebenarnya telah membayangkan dan berkata kepada Pak Karim dan Ustaz Lutfi " mati lah budak ni kena pijak" ana apa lagi terus menangis sambil mencari jalan keluar dari tengah-tengah lautan jemaah itu dan melupakan hasrat untuk terus ke hadapan untuk melihat kaabah dari dalam. Setelah berusaha berusaha bersungguh-sungguh akirnya kami dapat bertemu dengan sahabat itu yang dalam keadaan terlalu lemah kerana dipijak-pijak oleh jemaah lain yang hampir hilang nyawa sambil ditenteramkan oleh pengawal keselamatan. Alhamdulillah hidup lagi enta?....ana berkata kepadanya. Dia menceritakan bagaimana dia pada ketika itu juga telah hilang harapan untuk hidup kerana apabila di rebah terus terasa ada kaki yang memijak-mijak tubuhnya dan pak polisi itu berkata kepada ana nasib baik sahabat ni jatuh terlentang jika jatuh tertiarap mungkin teak sempat nak diselamatkan dalam erti kata lain mati agaknya. Macamana tak jatuh seikh jemaah dari Iran dan Turki mereka bergerak dalam kumpulan yang besar sambil merantai tanggan mereka. umpama Pukat Harimau siapa sahaja dihadapan mereka semuanya mereka sauk..takder langsung perasaan hormatkan orang lain untuk sama-sama beribadah...
Baitul Atiq yang menggamit kedatangan para tetamu Allah.
Penjuru inilah yang menjadikan kami huru hara ketika kunjungan ana pada tahun 2007 lalu apabila kami menyangka ia adalah Hajar Aswad sebab ramai yang tertumpu di situ rupa-rupanya kami tersilah. Seorang sahabat dah menangis gembira apabila sampai dihadapan penjuru ini dan berjaya memegangnya namun apabila ana menyatakan bahawa Hajar Aswad sebenarnya dihadapan sana iaitu di penjuru yang satu lagi lantas dia berkata " kat sini pun bolehla janji dapat pegang tembok asal Kaabah" katanya. Ana sekadar senyum je sebab semua terlalu teruja, maklumlah baru pertama kali sampai....

Keadaan seperti ini sebenarnya kita akan dapat lihat apabila menjelang waktu zohor. Sesiapa yang teringin untuk mengucup Hajar Aswad dipersilakan masuk dalam barisan kalau tak nanti kena marah dengan pak polisi yang berkawal disitu. Kaedah macam ni tak trill sebab tak berebut-rebut. Ana pernah kena siku dengan orang Iraq, dahlah di besar bayangkan siku di betul-betul duk kat mata kanan ana...mak oii sakitnya...tapi ana ni kan kecil orangnya menyusup bawah ketiak diaorang je ..tu-tup dah nyangol kat depan Hajar Aswad....tapi serban baru kesayanganku hilang tak tau ke mana...Kalau dah dapat cium Hajar Aswad cium lah lama-lama jangan angkat kepala dulu biar sampai pengawal tu yang arahkan keluar kalau kita angkat kepala je nanti orang kat belakang terus tarik kita keluar....

Stail ni kami kata spidermen, sebab dia melekap terus kat dinding Kaabah...ana pun kadang-kadang joint sekali melekap macam tu....sambil berdoa dan merintih terutama kalau dapat masuk dalam Hijir Ismail...
Kelambu Kaabah

Pin yang memperkuatkan ikatan kelambu Kaabah.

Ana pernah melihat bagai mana ada seorang jemaah yang cuba menggunting kelambu Kaabah ( Kiswah ) ketika kami sedang sibuk untuk berebut-rebut mengucup Hajar Aswad. Elok je dia dapat gunting sikit Kiswah tu terus je kena tangkap oleh pengawal al-Haram. Ana ada petua mudah untuk kita meyakinkan para pengawal al-Haram. apabila masuk ke al-haram ucapkanlah salam kepada mereka sambil bertanya khabar..mereka ni sebenarnya mudah mesra apatah lagi jika kita maklumkan kita dari Malaysia akhirnya jika mereka nampak ana sampai belum sempat kita bagi salam, dia dulu bagi salam ...dah rugi ana sebab dia dulu yang bagi salam....

Nostalgia Haji Tahun 1953

Petugas membawa dan mengaggihkan daging korban. Khimar / kaldai menjadi sumber pengankutan pada ketika itu, sekarang nak cari bayang keldai di Kota Makkah pun dah tak nampak.
Para jemaah sedang memilih dan berurus niaga untuk membeli Ghanam untuk dijadikan korban. Sunnat Muakad bagi para jemaah haji menyembelih korban.

Melontar jamrat pada tahun 1953 tidak lah seperti sekarang keadaan yang terlalu sesak dan berebut-rebut.
Bertahalul selepas selesai Saie. Kawan ana kene ketuk dek kedai guntung sampai RM 30.00 untuk bercukur.
Lihatlah Kaabah dan dataran Masjidil Haram pada tahun 1953 lalu. Subhanallah
Suasana ketika Wukuf di Arafah 1953. Para jemaah haji terpaksa menyediakan sendiri makanan dengan sumber bahan api yang mungkin terpaksa dicarai sendiri. Nah!!! betapa beruntungnya para jemaah sekarang yang peralatan terkini telah disediakan. Jom pakat kumpul duit pe tunaikan haji tahun depan 2010.
Para jemaah sedang mencari anak batu di Muzdalifah
Para jemaah yang tiba dengan pengangkutan laut yang memakan masa kira-kira tiga bulan dari Tanah Melayu.
Jemaah yang tiba dengan pesawat di Airport Jeddah. Alamak!!! lain dulu lain sekarang. Bersyukurlah ya Duyufurrahman....( gambar ehsan dari Manzlie-Makkah )

Makkah Gambar Solat Jumaat 06/11/09

Dataran Kaabah yang kelihatan sesak
Solat Jumaat dari atas Sutuh Al-Haram
Suasana diluar Komplek As-Safwah
Dataran luar al-Haram berhadapan pintu al-Malik Fahd
Keadaan turut sesak di jalan utama berhampiran Kompleks As-Safwah ( antara gedung perniagaan terkemuka di Kota Makkah )
Solat Jumaat
Hadapan lift from room kat shopping complex juga penuh dgn jemaah
Para Dutufurrahman sedang berjalan ke al-Haram untuk menunaikan Solat Jumaat
Lautan manusia mengunjungi al-Haram Jumaat 06/11/09 ( gambar ehsan dari teman di Manzlie-Makkah )