Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Rabu, 20 Mei 2009

Sifat Hari Qiamat

Imam Al-Gazali mengingatkan kita " hendaklah kamu wahai orang-orang yang miskin daripada bekal akhirat dari bekalan yang besar untuk diushakan serta panjang masanya lagi tegas perintahnya, bersangatan huru-haranya serta hisab dan balasanya yang maha adil serta sudah hampir tiba masanya".
Firman Allah dalam surah al-Maarij yang bermaksud " Sesungguhnya sekelian manusia melihat hari kiamat itu jauh lagi pada hal Kami melihatnya ia sudah hampir"
Pada hari kiamat itulah akan diperlihatkan :
1. Langit akan terbelah.
2. Bintang-bintangtelah bertaburan akibat dari goncangan yang kuat.
3. Bintang-bintang yang bbercahaya akab berubah warnanya.
4. Matahari akan terpadam cahayanya.
5. Gunung-ganang akan tercabut dari pasaknya.
6. Awan tidak menurunkan hujan lagi.
7. Laut akan naik gelembung memuntahkan segala isinya serta akan menjadi satu.
8. Binatang akan dikumpulkan dan dibalas akan perbuatanya kemudian dikembalikan menjadi tanah.
9. Neraka jahim akan dinyalakan dengan marak.
10. Syurga kan didekatkan kepada orang-orang yang mukmin.
Pada hari itu gunung-ganang akan menjadi lebur, bumi pula telah terbentang luas seumpama tikar dan tiada lagi gunung-ganang serta bukit-bukau yang menghadang kerataanya.
Pada hari itu kita diperlihatkan bumi akan bergoncang sekuat-kuat goncangan yang tidak tergambar oleh manusia serta akan mengeluarkan isi perutnya segala yang tertanam didalamnya sama ada dari emas, perak mahupun manusia yang telah mati.
Pada hari itulah dikeluarkan manusia dari perkuburan mereka dengan bertaburan semuanya pergi menuju ketempat perhimpunan untuk di Hisab amalanya serta menerima pembalasan dari amal perbuatanya.
Pada hari qiamat itulah akan tercabut gunung-ganang dari pasaknya kemudian ia akan berlaga sesama sendiri hingga menjadi debu maka pada hari itulah berlakunya hari Qiamat.
Langit pula akan terbelah dan runtuh kerana sudah hilang pasak kekuatanya. Segala para Malaikat akan duduk di tepi-tepi dan menjunjung Arys Tuhan yang Maha berkuasa diatas kepala seluruh para malaikat.
Manusia pada hari itu akan dihimpunkan dan tiada seorang pun yang akan terlepas lari serta bersembunyi serta tidak ada sesuatupun amalan yang mampu disembunyikan dari Hakim yang Maha Adil melainkan semuanya didalam perhatian dan pengetahuanNya.
Pada hari tiulah manusia akan menjadi tercengan dan bengang sehingga para ibu yang mengandung akan terberanak, para ibu yang sedang menysuskan anaknya kan terlepas dari dakapanya dan manusia kan kelihatan mabuk terhoyong-hayang bukanya kerana mereka mabuk tetapi mabuk menuju kehancuran kerana azab Allah sedang turun melanda.
Pada hari itu juga orang-orang yang berbuat maksiat tidak boleh bercakap lagi dan tidak akan ditanya lagi akan kelakuan mereka kecuali dipegang jambul atau kakinya kemudian terus dihumban ke neraka yang sedang kehausan penghuninya.
Pada hari itulah manusia akan tahu untung nasib sedndiri samada ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat kebaikkan dan kebajikan ayau bersama orang-orang yang mendapat kerugian dan azab.
Wallahualam....disunting dari Kitab Bahrul Mazi jilid 17.
Insyaallah akan bersambung.

Selasa, 19 Mei 2009

Luasnya Neraka Allah.

Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 : Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Ana s bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'
Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api..
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s..a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Isnin, 18 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru kepada semua guru-guru yang telah mencurahkan ilmu kepada saya sepanjang duduk di alam persekolahan terutamanya di SKTFL, Sek Men Agma Al-Wosto Temerloh, STAAB, Kolej Restu dan USIM.
Ucapan Selamat Hari Guru juga khas kepada rakan-rakan seperguruan di SRA Taman Universiti Indah.

Ahad, 10 Mei 2009

Selamat Hari Ibu

Selamat hari Ibu buat isteriku yang tersayang, pengorbanan mu untuk membesar dan menguruskan sebahagian dari kehidupan ku dan anak-anak tidak akan termampu dilakukan olehku namun kesabaranmu melayan kerenah ku dan anak-anak tidak akan tertanggung olehku. Moga Allah merahmati dan memberikan hidayah pertunjuk untukmu yang bergelar ibu kepada anak-anakku.
Jasamu ibu tidak akan ternilai untuk diganti dengan wang ringgit, kegigihanmu, kesabaranmu melayani kerenah kami anak-anak yang nakal ketika dulu, sifat pemarahmulah yang mendisiplinkan kami sehingga kini. Belaian kasih sayangmu lah yang mendewasakan kami kini, santunanmu terhadap anak-anaklah yang menjadikan kami insan yang berguna, didikanmu lah yang menjadikan kami insan yang terpelajar.
Ya Allah! ampunilah sitiap dosa-dosa ibu dan bapa ku, rahmatilah ia, kasihanilah ia sepertimana ia mengasihi kami ketika kami kecil dahulu, sihatkanlah tubuh badanya dan pimpinan hatinya untuk terus berada dalam hidayah dan pertunjukmu menuju jalan yang engkau redhai. Amin


Sekitar Kursus Pengurusan Jenazah Di Surau Apartment Seri Melati Ara Damansara pada 10/05/2009

Alhamdulillah pada hari ini saya telah diundang untuk menyampaikan ceramah dalam satu majlis kursus pengurusan jenazah di Surau Apartment Seri Melati Ara Damansara dengan penyertaan yang amat menggalakkan, lebih kurang 130 orang peserta turut mengambil bahagian yang kebanykkannya adalah orang muda.


Saya amat teruja memberikan ceramah dan mencurahkan segala ilmu dan pengalaman disini apabila melihatkan penyertaan anak muda dalam kursus seperti ini.

Pada sebelah paginya saya telah menyampaikan teori kursus dan dibantu oleh Ust Mohd Mustaqim Mohammed dari JAWI dan sejurus selesai solat zohor saya memimpin mereka dengan praktikal pengurusan jenazah dari mandi hingga ke kaedah meletakkan jenazah didalam liang lahad.
Saya paling gembira apabila mereka secara sukarela menjadi model untuk dimandi dan dikapankan, untuk makluman pembaca pada hari ini 3 orang secara sukarela menjadi model untuk dimandikan dan 2 orang dikafankan.

Moga Allah memberkati usaha kita semua. Amin

Berikut adalah secebis dari berita bergambar untuk tatapan anda dan Insyaallah pad 24/05/2009 ini saya diundang lagi untuk menyampaikan kursus pengurusan jenazah di Putra Height.

Memulakan siraman dengan Niat memandikan jenazah.

Proses meruang atau menyuci najis. Jenazah ddudukan sekitar 15 darjah.

Meratakan air pada seluruh anggota mayat dan disabun.
Membersih dan menyuci.
Proses menyuci dan menyabun badan mayat.
Menjirus air dengan sopan sambil membersihkan telinga.
Menyugikan gigi atau membasuh mulut.
Mmeratakan air dan membilas
Keadaan mayat di baringkan dirusuk kanan untuk membasuh bahagian belakang mayat.

Proses menyuci bahagin belakang.
Mayat dibaringkan diatas rusuk kiri pula.
Membilas buih sabun.
Mengwudukan jenazah bermula seperti wuduk biasa.
Membasuh dua tangan hingga ke siku.
Dan anggota terakhir sebelum kepala adalah kaki yang menjadi anggota wuduk.
Menyiram dengan air bancuhan cendana.

Menyiram dengan air bancuhan kapur barus.
Proses mengering atau melap anggota jenazah.
Proses penyediaan kain kafan, 3 helai kain dan sehelai jubah serta dihamparkan potongan kapas.
Cara menyusun kapas yang sempurna.
Kapas dipotong agak panjang dan dilentangkan
Kapas hendaklah disusun rapi.
Keadaan kapas yang telah sempurna disusun.
Keadaan jenazah yang telah dibaringkan diatas hamparan kain dan kapas.
Jenazah telah dipakaikan jubahnya untuk melindungi anggotanya.
Cara membalut kapas pada anggota badan mayat iaitu kapas dibalut dari kanan ke kiri dan sebaliknya.
Menunjukkan cara untuk menutup kemaluan hadapan dan belakang mayat dengan sempurna.
Menunjukkan cara membalut kapas pada anggota jenazah.
Mengemaskan balutan jubah.
Keadaan mayat yang telaha selesai dibalut dengan kapas dan jubah sebelum dipakaikan serban dan penutup kepala dari kapas.
Cara membalut kepala mayat.
Keadaan mayat yang telah siap untuk dibalut dengan 3 lapis kain.
Pserta ditunjukkan cara membalut jenazah.
Lapisan pertama telah di balut dengan sempurna.
Peserta diajar cara untuk menggulung kain terakhir sebelum diikat dengan simpulan riben.
Keadaan mayat yang telah sempurna dikafankan.
Pada kesempatan ini ahli waris dibenarkan untuk mencium jenazah sebagi penghormatan terakhir..
Keadaan kaki mayat yang telah disimpul dengan tali dengan ikatan riben dan ponjotnye telah dirapikan.
Setelah jenazah diturunkan dalam liang lahad, semua tali pengikatnya hendaklah dibuka terlebih dahulu.
Beginilah keadaan mayat akan diletakkan didalam liang lahad iaitu ia dibaringkan sebelah kanan serta mengarah ke kiblat dan mukanya dibuka sedikit .

" Setiap yang bernyawa pasti akan MATI"


Bersedialah dengan kematian yang akan menemui kita pada masa yang dijanjikan oleh Yang Maha Pencipta.
" Carilah harta seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi, dan beramallah seolah-olah kita akan mati esok hari"


Jadual Hari Ini

Insyaallah pada hari ini Ahad 10 Mei 2009 saya akan menyampaikan ceramah dalam kursus Pengurusan Jenazah di Surau Apartment Sri Melati Ara Damansara dari jam 08.30 hingga jam 10.30 pagi dan akan mengakadnikahkan satu pasangan pengantin di Surau al-Muttaqin pada jam 11.00 pagi dan selepas itu akan kembali ke Ara Damansara untuk melakukan praktikal pengurusan jenazah.

Selasa, 5 Mei 2009

Ulang tahun anak ku.

Alhamdulillah pada hari ini 05 Mei 2009 jam 06.07 petang genaplah usia 4 bulan anakku yang ketiga A'yunee Mysara Bt Mohd Reza.