PENCURIAN
PENGERTIAN PENCURIAN
Pencurian
adalah mengambil barang kepunyaan orang lain dengan sengaja dan secara
senyap-senyap dari tempat simpanannya yang wajar. Ciri-ciri pencuri itu
ialah:
1. Mengambil barang kepunyaan orang lain.
Pencurian
yang tidak termasuk dalam jenis pencurian yang dikenakan hukuman potong
tangan ialah mengambil barang dari Baitulmal, mengambil barang
kepunyaan syarikat di mana ia menjadi ahli, suami mencuri barang isteri
dan sebaliknya, dan orang tua yang mencuri kepunyaan anaknya.
2. Secara senyap-senyap.
Mengambil barang orang lain secara terang-terangan (merampas) tidak dinamakan pencurian yang dikenakan hukuman had.
3. Barang diambil dari tempat simpanan yang wajar.
Mengambil
barang kemas di luar rumah, ambil padi di sawah, ambil haiwan di ladang
walaupun dinamakan pencurian , tetapi tidak dikenakan hukuman potong
tangan.
4. Dengan sengaja.
Mengambil
barang orang kerana tersalah ambil, kerana terlupa, dipaksa, atau
terpaksa kerana lapar tidak dikenakan hukuman potong tangan.
“Umatku tidak dipertanggungjwabkan kerana tersalah, terlupa dan orang-orang yang dipaksakan.”
(Hadith riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban, Ath-Thabarani, dan Al-Haakim)
SYARAT-SYARAT PENCURIAN
Pencurian yang berakibat hukum barulah wujud apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
Pencuri:
Mukallaf:
dewasa dan berfikiran waras. Tidak ditetapkan pencuri mesti beragama
Islam. Orang bukan Islam yang mencuri juga dikenakan hukuman potong
tangan.
Perbuatan mencuri dilakukan dengan sengaja.
Pencuri
tiada subhat (hubungan langsung) dengan barang-barang yang dicuri.
Seperti bapa mencuri barang anaknya, atau ahli syarikat mencuri harta
syarikat, mereka tidak dikenakan hukuman had.
Barang-barang yang dicuri:
Barang yang dicuri adalah halal dari segi hukum.
Barang-barang yang dicuri berada dalam tempat simpanannya yang layak.
Barang-barang yang dicuri cukup nisabnya:
Menurut
pendapat jumhur ulama’, nisab barang-barang yang dicuri ialah bernilai ¼
dinar emas atau tiga dirham perak (9.36 gram emas) atau senilai ¼
dinar. Pendapat inilah yang paling kuat dari segi dalilnya.
“Aisyah r.a. berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. memotong tangan pencuri yang mencuri ¼ dinar ke atas.”
(Hadith riwayat Jama’ah Ahli Hadith selain Ibn Majah)
“Umar
r.a meriwayatkan: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. memotong tangan pada
(pencurian) sebuah perisai yang berharga tiga dirham.”
(Hadith riwayat Jama’ah Ahli Hadith)
“Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu potong tangan pencuri, kecuali pada ¼ dinar ke atas.”
(Hadith riwayat Ahmad, Muslim, An-Nasai, dan Ibn Majah)
Golongan mazhab Hanafi berpendapat, bahawa nisabnya mestilah lebih daripada 10 dirham.
Ada lagi pendapat-pendapat lain yang dikemukakan oleh ulama’-ulama’.
PENCURIAN BERKUMPULAN
Apabila
sekumpulan orang mencuri barang kepunyaan orang lain, dan jika
dibahagikan masing-masing cukup nisab, maka semua mereka dipotong
tangan. Akan tetapi jika barang yang dicuri itu cukup nisabnya, tetapi
setelah dibahagikan masing-masing tidak cukup nisabnya, dalam hal ini
para ulama’ berselisih pendapat.
Golongan
Jumhur ulama’ berpendapat mereka dipotong tangan kerana jumlah barang
yang dicuri telah cukup nisabnya, bukan setelah dibahagikan untuk ramai.
Abu
Hanifah pula berpendapat mereka tidak dipotong tangan kerana barang
yang dicuri mereka tidak mencukupi nisab apabila dibahagikan
masing-masing.
SABIT KESALAHAN MENCURI
Kesalahan mencuri menjadi sabit melalui salah satu dari dua perkara:
Pengakuan oleh pencuri sendiri.
Dengan persaksian oleh dua orang saksi lelaki yang adil.
UQUBAH KE ATAS KESALAHAN PENCURIAN
Hukuman potong tangan
Barangan curian hendaklah dikembalikan
Menggantungkan tangan yang dipotong di leher pencuri
Dari
Aisyah r.a., "Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walau sekiranya
Fatimah binti Muhammad mencuri, sesungguhnya akan aku potong tangannya
itu."(Hadis riwayat Ahmad, Ashab al-Kutub as-Sittah)
GUGURNYA HUKUMAN POTONG TANGAN
Apabila
pencuri menarik balik pengakuannya sebelum dikenakan hukuman potong
tangan, maka gugurlah hukuman potong tangan itu ke atasnya.
PENCURIAN YANG TIDAK DIKENAKAN HAD
Pencurian yang dikenakan hukuman Ta’zir:
Pencurian yang dilakukan oleh kanak-kanak atau orang gila
Pencurian yang tidak cukup nisab
Pencurian atas barang-barang kepunyaan bersama
Pencurian atas barang-barang yang tidak sah dimiliki
Pencurian yang dipaksakan atau kerana terlalu lapar
Pencurian yang dilakukan oleh orang tua terhadap harta milik anaknya
MUHARABAH (PEROMPAKAN)
PENGERTIAN
Muharabah
atau Hirabah ialah sekumpulan bersenjata dalam sesebuah negara Islam
yang menimbulkan kekacauan, menumpahkan darah, merompak harta benda,
memperkosa kehormatan wanita, menculik, merosakkan tanaman, ternakan dan
sebagainya. Perompak ini mungkin dilakukan oleh orang Islam dan mungkin
dilakukan oleh orang kafir zimmi atau harbi.
SYARAT-SYARAT MUHARABAH
Muharabah mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
Yang melakukannya ialah orang mukallaf, lelaki atau perempuan, Islam atau tidak.
Mempunyai kekuatan senjata yang dipergunakan untuk perompakan walaupun tongkat ataupun batu.
Melakukannya secara terang-terangan.
Dan lain-lain syarat yang diperselisihkan ulama’.
UQUBAH TERHADAP KESALAHAN HIRABAH
Allah s.w.t. menetapkan empat hukuman atas kesalahan muharabah ini:
Hukuman mati, atau
Hukuman salib, atau
Potong tangan dan kaki secara bersilang, atau
Dibuang negeri
Segolongan
ulama’ berpendapat hakim boleh memilih hukuman berdasarkan betapa
besarnya kesalahan atau jenis kesalahan yang telah dibuat pesalah.
PELAKSANAAN HUKUMAN
Setelah
adanya pengakuan daripada pesalah sendiri (hukuman digugurkan apabila
pesalah menarik balik pengakuan) atau dengan persaksian dua orang saksi
lelaki yang adil, maka hukuman dilakukan seperti berikut:
Kumpulan perompak yang membunuh sahaja dikenakan hukuman mati. Hakim dan wali yang terbunuh tidak boleh memaafkan pesalah.
Kumpulan perompak yang membunuh dan merompak harta benda dikenakan hukuman salib dan bunuh.
Kumpulan yang hanya merompak harta benda dikenakan hukuman potong tangan dan kaki secara bersilang.
Terhadap kumpulan yang hanya mengganggu ketenteraman atau lalulintas hanya dikenakan hukuman buang negeri.
TAUBAT SEBELUM DITANGKAP
Ulama’-ulama’
berbeza pendapat mengenai perkara ini, tetapi kebanyakan daripada
mereka berpendapat bahawa taubat hanya menggugurkan hukuman pencurian
dan pelanggaran hak-hak Allah, tetapi dipertanggungjawabkan atas
pertumpahan darah (membunuh) dan harta benda yang masih wujud lagi di
tangan perompak.
CARA BERTAUBAT
Ulama’-ulama’
berbeza pendapat mengenai perkara ini, tetapi kebanyakan daripada
mereka berpendapat bahawa perompak perlu meninggalkan kejahatan
perompakannya tanpa perlu mendatangi kepala negara, ataupun ia membuang
senjatanya dan mendatangi kepala negara sebagai seorang yang taat.
3 ulasan:
Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA
Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111
(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))
Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111
شركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة تنظيف بالجبيل
Catat Ulasan