Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 26 Disember 2008

MARRIAGE SPEECH

Assalamualaikum…

How fortune we are tody to be here in this wedding ceremony between my doughter ……. and Mr….. , witnessed by both bride and groom, relatives and colleagues.

Ladies and gentlemen,

Indeed, this wedding agreement is half of the journey that has been done by the people of Allah’s prophets and pious people, which is the key in strengthening relationships and love. Through marriage, men and women are safe form fortification, adultery and any other bad deeds or wickedness and are closer to Allah to do pious duties and practices. Allah SWT says ;

Meaning : “ O manking, we created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into Nations and tribes, that you may know each other”

Allah says in Surah An Nur : 32

Meaning : “ Marry those among you who are single, or the virtuous ones among your slaves, male or female ; If they are in poverty, Allah will give them means out of His grace : For Allah encompasseth all, and He knoweth all things.”

Rasulullah says :
Meaning : “ Get married, hope that you will breed more children and grandchildren, indeed it is my pride when I see how populous you are during the Resurrection Day”.

He firmly said :

Meaning : “ Among all women, the best is someone who unreluctantly makes you happy when you see her, and wants to obey to what you say, and is willing to take care of herself and your belongings when you leave your home”.

In another Moslem tradition ( Hadis ) he said ;

Meaning ; “ two raka’at ( series of ritual movements in a moslem’s prayer ) of a married couple is greater than seventy raka’at of a bachelor”.

He says again ;

Meaning : “ In the name off Allah, I fear him more than I fear you all. Even though I fast and I also sleep. However, I also get married. Therefore, whoever hates the way I live, is not in my category”.

Therefore with these explanations above, we should understand that our great Prophet encourages the bachelors to get married, for marriage is half of the prohets’ and pious peoples practice.

Through marriage, one can also control his desire and will, to do anything that can reckon the community and the good image of his nation, such as raping, intruding or disturbing their neighbours’ wife and children or interfere the security of one’s family which involves fishting and enemies.

Moreover, marriage will lead to peace and harmony in one’s, standing for oneself, having work done at respected time, and having a dependable family management. A bachelor will be free of slander, libels, threats or unduly accuse, also save women from being violated when they accept the invitation of sharing their lives which is greatly approved by Allah.

When someone is married, he or she should know the responsibility in the family, they experience a big change in their luck, their life becomes happier and more pleasant when God allows them to have children and good kinfolk’s. in addition, sources of livelihood and will be cherished from time with open heart and their religious practice multiplies with Allah’s help.

Lades and Gentlemen,

These are part of the secret, wisdom and benefits hidden in the meaning of marriage which is really demanded in Islam. Hence, all married men should be grateful when they eligible to do so, and they should be responsible to their wives in giving them support, including inner subsistence. But remember, it is misfortune and a great loss to those who oppose our Rasul’s traditions and customs by intending to be a lifetime bachelor even when he/she is eligble to be wedded.

Thank you.

Rabu, 24 Disember 2008

Haram Ucap Merry Christmas Bagi Orang Islam

Penting!!!
Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.
Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?
Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.

sumber TKO

Selasa, 23 Disember 2008



1. Apa itu Penyakit Chikungunya?


Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.


2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?


Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.


3. Adakah ia berjangkit?


Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?


Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.


5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?


· Demam panas mengejut
· Sakit teruk pada sendi
· Ruam pada badan
· Sakit kepala


Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.


6. Adakah penyaki t ini boleh membawa maut?


Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.


7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?


Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.


8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?


Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.


9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya ·


Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.


· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.


· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.


10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?


Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.


SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sabtu, 13 Disember 2008

KENAPA HAIWAN WAJIB DISEMBELIH SEBELUM DIMAKAN

"Dunia Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha".
Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.
Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.
Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?
Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.
Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala." (Tafsir al-Rahman, Jakim).
Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher. Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan.
Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.
Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing', menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.
Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutanelektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan olehBarat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).
Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.
Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitanketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.
Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.
Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan."
sumber dari TKO

TEKS KHUTBAH MAJLIS PERTUNANGAN

Assalamualaikum… Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan danampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-dirikami dan kejahatan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beripetunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk selain Dia.
Aku bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam adalah hamba dan Rasul-Nya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengansebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.” [Ali ‘Imran : 102]
Yang dihormati tuan rumah seisi keluarga, rombongan pihak lelaki, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pertamanya marilah kita mengucapkan rasa syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinya kita berkumpul disini dalam usaha memenuhi tuntuan salah satu dari syariat Islam disamping memperkukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama kita, kerana Allah mengingatkan kita :”sesungguhnya orang-orang beriman itu adalahh bersaudara”
Untuk memulakan bicara kita pada hari ini, saya persilakan wakil pihak lelaki untuk menyatakan hajat yang tersirat dan tersurat untuk kita realisasikan bersama.
( Ucapan pihak lelaki dan perbincanagan dimulakan )
Alhamdulillah kita sudah mendengar dan memahami hajat dan tujuan yang dinyatakan oleh wakil pihak lelaki dan kami pihak sebelah perempuan bersetuju diatas kehendak dan hasrat dari pihak lelaki yang dinyatakan sebentar tadi dan saya rasa bahawa segala keputusan yang dibuat itu telahpun dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak dan pada hari ini kita hanya mahu mengistiharkan ikatan dan perjanjian tersebut iaitu
1. Pertunangan diantara …………………. dengan ……..telah diterima
2. Nilai hantaran dan belanja nya ialah RM…….
3. Maskahwin sebanyak RM…..
4. Hadiah iringan sebanyak ……….. dulang.
5. Tempoh pertunangan selama……
6. Tarikh akad nikah ditetapkan pada…….
Tuan / puan yang dihormati. Setelah segala keputusan telah dipersetujui bersama marilah kita doakan agar pertunan yang di ikat antara ……. dengan ……. akan berkekalan sehingga tarikh akad nikah dilangsungkan seterusnya kita mendoakan agar mereka dapat bersatu sebagai pasangan suami-isteri kekal sehingga akhir hayat mereka serta dikurniakan anak dan cucu yanag soleh dari lelaki dan perempuan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah hendaknya. Insyaallah.
Saya juga suka mengingatkan kepada semua pihak agar segala perjanjian yang telah dipersetujui sebantar tadi dapat ditunaikan sebaik mungkin sehinggalah terlaksananya hajat keduanya kerana Allah mengingatkan kita dengan firmanya yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nis-caya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan meng-ampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yang besar.”
Tuan / puan. Pertunangan ini sebenarnya adalah salah satu dari tuntutan terhadap sesuatu perkahwinan kerana dengan pertunangan ini membataskan orang lain dari meresik dan meminang seseorang perempuan yang telah dipinang. Kerana itulah majlis ini juga sama pentingnya dengan majlis akad nikah kerana tujuanya untuk mengistiharkan kepada umum bahawa …… dengan …… telah sah bertunang.
Namun begitu pertunangan bukanlah lesin mutlak bagi keduanya untuk bebas bergaul tanpa sempadan kerana ia belum melayakan pergaulan yang intim. Saya juga berharap agar kedua mereka dapat menjaga tatasusila dan akhlak sebagai orang yang beriman, bersabar diatas segala ujian dan dugaan dalam tempoh pertunangan ini kerana segalanya mungkin boleh berlaku.
Akhirmya marilah kita mendengar gesaan Allah kepada kita untuk diambil perhatian melalui firmanNya :
"Wahai manusia! Bertaqwalah kepada tuhan mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan Nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguh-nya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” [An-Nisaa' : 1]
Saya bagi pihak tuan rumah seisi keluarga memohon ampun dan maaf sari hujung rambut hingga hujung jari zahir dan batin diatas segala kekurangan yang berlaku dalam majlis ini samada disedari atau tidak dan diharapkan kita akan bertemu lagi pada majlis besar kita pada masa akan datang insyaallah.