Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Ahad, 23 Ogos 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam dengan ucapan moga ramdhan kali adalah lebih baik dari ramadhan tahun lalu dengan azam untuk melakukan aamal ibadat yang lebih baik dari sebelumnya.

Apabila kita merujuk kepada perintah Allah mengenai kefardhuan ibadat puasa ini : " Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan kamu berpuasa sepertimana difardhukan kepada umat sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa..."

Saya ingin mengingatkan diri saya dan keluarga serta kepada sekelian umat islam bahawa kita kini telah berada dalam suasana taqwa, kerana bulan ini semua umat islam seluruh dunia akan tekun untuk menjalani ibadat puasa, solat sunat tarawikh dan bertadarus al-Quran dan sebagainya.

Namun harus dingat kita sebenarnya masih belum keluar dari waktu dan zaman jahiliyah dan penjajahan dan zaman lagha.

Pada waktu ini ramai dari kalangan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari dan menjana pendapatan tambahan dengan bernbiaga secara kecil-kecilan dan ada yang berusaha untuk mengembangkan perniagaan dengan mengambil bahagian dalam perniagaan di bazar-bazar ramadhan.

Terdetik dihati saya bila melihat kesungguhan para peniaga yang menyediakan pelbagai juadah untuk berbuaka puasa kepada warga yang sibuk dengan kerjaya yang mungkin tidak sempat untuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

Saya tidak mahu menilai dari pandangan luaran namun marilah kita amati senario ini, kita dapati para peniaga mula memperkemas dan menyediakan bahan-bahan jualan seawal jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 08-08 malam dan akan berhadapan dengan waktu puncak iaitu dari jam 04.00 hingga jam 07.00 malam. Pada waktu ini aktiviti perniagaan sangat rancak dengan pelbagai personaliti dan persembahan yang pelbagai.

Dari trend dan pelbagai fesyen dan gaya para perniaga memperagakan diri mereka dan produk jualan dan kita akan dapati ramai dari kalangan para peniaga yang terlupa untuk menutup aurat mereka, ada peniaga lelaki yang dengan sengaja mempamerkan rantai dan gelang tangan yang pada kaum lekai ia diharamkan, berpakaian sendat macam pembalut buah nagka dan cempedak, menjerit menggamit pembeli dan pelbagai aksi kita akan boleh lihat.

Jika mereka berdiri dan duduk dipremis-premis jualan mereka dari jam 04.00 petang hingga jam 07.00 malam agak-agaknya dimana waktu asar mereka? dimana waktu maghrib mereka? dimana taqwa mereka dalam berpakaian? berpuasakah mereka? barangkali bagi peniaga wanita mungkin mereka itu uzur tetapi peniga lelaki uzur juga kah ?

Bekas Imam besar masjid negara Dato' Hj Kamarudin Zakaria dalam satu ceramahnya ada menceritakan; ada pasangan suami isteri yang bahagia, si suami seorang yang buta matanya tetapi hafiz al-Quran dan alim dan seorang isteri yang taat. Pada satu hari si telah ke kedai membeli lauk yang dudah dimasak disebuah restoran dan setibanya dirumah si isteri menyediakan juadah yang dibelinya lalu dia mempersialakan suaminya untuk menjamu selera, si suami tanpa lengah menjamah makan yang telah disediakan oleh isterinya yang tercinta itu namun dia tidak mampu untuk menelan makanan itu lalu si suami bertanya kepada isterinya dari mana dia membeli makanan ini, si isteri menjawab dia membeli makanan itu di restoran itu lalu si suami pun berkata kepada isterinya " lain kali jangan beli lagi makanan dari kedai itu kerana orang yang memasak makanan ini tidak sembahyang"....

Moral dari pengkesahan tersebut ialah, bagi orang yang alim mereka sebenarnya terlalu hampir dengan Allah dan Allah menganugerahkan kepada mereka kelebihan yang tiada pada orang biasa dan ia boleh juga di kenali sebagai Karromah orang alim.

Saya bukan hendak berperasangka buruk kepada para peniaga bazar ramadhan tetapi yang hanya ingin utarakan ialah dalam bulan baik yang dipenuhi dengan nilai-nilai taqwa ini ada lagi yang tidak memahami akan kelebihan bulan yang mulia ini. Apa salahnya para peniaga dan pembantu jualan di bazar-bazar ramadhan itu menutup auratnya dan bertudung dan apakah salahnya para peniaga lelaki yang bersubang yang berantai leher dan bergelang tangan itu menanggalkanya.

Bahkan yang lebih teruk lagi ada restoran-restoran mamak yang masih membuka premis perniagaan mereka dengan alasan khas kononya untuk pelangan yang bukan muslim. Mudah nya mereka memberi alasan dan bagi saya bagi urusan non muslim itu urusan mereka yang kita sibuk sangat kenapa? cukup kuatkah mereka menghalang dari orang-orang islam yang datang ke premis mereka untuk makan tengahari?

Saya menyeru kepada kaum muslim sekalian jika kita hendak bermuamah dan membeli juadah untuk hidangan berbuka puasa marilah kita membeli di premis-premis peniaga yang menjaga aurat dan tatasusila mereka sebagai muslim yang bertaqwa yang asanya ialah mereka mampu menjaga aurat dan pakaian mereka dan yang zahirnya menunaikan dan menjaga solat mereka.

Wallahualam. Saya mohon ampun kepada Allah dan kepada para peniaga sekiranya saya tersalah membuat andaian dan sekiranya telahan saya ini ada kebenaranya masih belum terlambatt mereka memperbaiki kesilapan mereka moga segala kerja buat kita akan memberikan keuntungan di dunia dan akhirat. Amin

Tiada ulasan: