Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Rabu, 28 April 2010

Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.





4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


Ini adalah sebahagian artikel dlm blog tersebut..sila bace dgn lebih lanjut di http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/pope-roman-peter-ii-cantus-benedictine.html

Rabu, 14 April 2010

Dakwaan Dr Asri & Kenyataan Pengarah JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan orang ramai tidak menyalahkan pihaknya berhubung 'upacara telan air ludah ustaz' yang didakwa oleh bekas mufti Perlis itu.

"Beritahu, kita siasat. Kita tidak dapat aduan. Jangan salahkan JAIS. Setakat ini memang tidak ada (laporan kepada JAIS)," katanya pengarahnya Datuk Mohammed Khusrin Munawi.


Beliau diminta mengulas dakwaan Dr Asri dalam kolumnya di Malaysiakini semalam yang mendakwa "upacara itu pula dibuat di masjid" oleh tokoh agama yang "bertauliah dan berjawatan" di negeri Selangor. Selanjutnya baca disini

Jumaat, 2 April 2010

Islam Mengikat Persaudaraan Antara Kaum

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.




Kenapa Hati Perlu Dijaga

Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia.

Hal ini ditegaskan Allah menerusi ayat 36 surah al-Israa maksudnya:"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "

Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.

Baginda s.a.w. menganggapnya sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya, itulah hati manusia. (Maksud sebahagian hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Paling penting, setiap Muslim perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat meluruskan hati mereka daripada terkena virus penyakit berbahaya yang boleh mencacatkan hubungan mereka dengan Allah pada hari kiamat.

Ini kerana sesungguhnya hati yang hidup itu akan menikmati kebahagian seperti di bawah ini:

* Hidupnya hati adalah menjadi pokok pangkal hidupnya iman.

* Hidupnya hati adalah pokok pangkal hidupnya akhlaqul karimah.

* Hidupnya hati adalah pokok pangkal sebab dapatnya menerima hidayah Allah.

Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera.

Ini ia dirakam menerusi ayat 88-89 surah as-Syu'araa yang bermaksud: "Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera). "

Iaitu sejahtera, bersih dan selamat daripada penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.

Apa yang perlu mereka ketahui, ialah bahawa hati manusia terbahagi kepada tiga jenis, satu positif dan dua yang lain adalah negatif, ia terserah kepada manusia Muslim untuk memilih salah satu daripada tiga jenis hati:

(a) hati yang sejahtera (daripada segala bentuk khurafat, syirik, bidaah, nifaq),

(b) hati yang mati dan

(c) hati yang sakit.

Hati yang sejahteraIaitu hati yang sejahtera daripada menuruti hawa nafsu serakah yang menyalahi perintah Allah SWT, tidak terjebak dalam perlakuan syirik kepada-Nya, tidak melakukan tindakan yang menyalahi ajaran Rasul-Nya.

Ia adalah hati yang sentiasa tunduk kepada kehendak Allah, mencintai-Nya lebih daripada isi dunia, takut kepada seksaan-Nya, rindu untuk menemui-Nya, ikhlas kerana-Nya, mengasihi seseorang Muslim dan membencinya kerana-Nya, sentiasa sokong dan cenderung kepada hukum-hakam- Nya, terselamat daripada jangkitan virus penyakit hati.

Inilah hati yang hidup sejahtera, lembut, sedia menerima nasihat.Hati yang matiIaitu hati yang berlawanan dengan hati yang sejahtera 100 peratus, iaitu membiarkan untuk tidak terus mengabdikan sebagai hamba Allah, menuruti hawa nafsu, menyanggah hukum-hukum- Nya, membenci golongan yang menyeru kepada kebaikan, menghalang majlis-majlis ilmu, tidak mahu menerima nasihat yang baik malah melawannya, bersahabat dengan orang-orang jahat.Itulah hati yang mati dengan Islam.

Hati yang sakitIaitu hati yang tidak konsisten, adakalnya cenderung kepada kebaikan dengan mendengar nasihat penceramah dan pada masa sama cenderung kepada kejahatan, inilah hati sekejap baik sekejap jahat.Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?

Menurut Mahmoud Syal, seorang pengkaji agama di laman web islamonline. net,

tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:

1. Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.

2. Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.

3. Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.

4. Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.

5. Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.

6. Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.

7. Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak:

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.

10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kaedah rawatan penyakit hati:

a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.

b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.

d) Khusyuk dalam solat.

e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.

f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.

g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

h) Beriktikad dengan akidah yang betul.

i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.

j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.

m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.

o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.

q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Posted by Nurhayati Jusoh

http://tamanfirdausi.blogspot.com/2008/10/kenapa-hati-perlu-dijaga.html