Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 24 April 2009

Hikayat Putera Syazlan Yang Menyesatkan


Saya terpanggil untuk membangkitkan satu perkara yang mungkin kita terlepas pandang atau kebanyakan kita mengambil sikap buat tidak tahu yang sering mengunjungi rumah kita melalui saluran astro.


Kebetulan pada minggu lepas saya terlihat satu rancangan melalui chanel 611 astro iaitu program khas untuk kanak-kanak dan alangkah terkejutnya saya bila melihat pada ketika itu satu episod yang diberi nama "Hikayat Putera Syazlan". Walaupun pada peringkat awalnya saya sendir ambil tak endah tentang rancangan itu namun satu perkara yang saya sangat terkejut apabila seorang budak dalam rancangan itu yang bernama "Syazlan" mempunyai sebuah 'Buku Ajaib" yang boleh berkata-kata dan boleh memberikan segala benda yang dihajatkan oleh budak itu.


Terfikir saya pada ketika itu bagaimana rancangan seperti ini boleh dibiarkan menerobos masuk dalam minda anak-anak kita. Bagi saya cerita yang dipaparkan itu boleh menyesatkan fikiran anak-anak kerana mana mungkin ada sebua buku hikmat atau buku ajaib yang boleh berkata-kata dan mampu memberikan dan menunaikan hajat kepada seseorang?


Saya bukanlah seorang yang layak untuk menghukumkan perkara itu namun ia jelas boleh memesongkan akidah anak-anak. Saya tidak pasti darimanakah penerbit rancangan itu mendapat sumber cerita dan menamakan ia sebagai satu cerita dari satu hikayat? Jika rancangan itu adalah rancangan kartun mungkin kita dapat katakan bahawa ia adalah satu khayalan tetapi apabila ia dilakunkan oleh orang hidup dan islam pula saya merasa cukup hairan.


Bagi saya ia bukan sekadar itu tetapi lebih menghina islam terutamanya kitab suci al-Quraan itu sendiri. Mana mungkin ada buku atau kitab lain yang lebih mulia dari Mukjizat al-Quran.


saya cadangkan kepada para pengunjung blog ini melihat sendiri rancangan tersebut dan menilai sendir dan berharap kepada para Mufti kita bertindak sesuatu mengenai perkara ini. Kalau cina yang non mslim membaca petikkan al-Quran kita sibuk mengatakan dia menghina islam takkan perkara ini tidak dinakana sebagai menghina al-Quran dan islam itu sendiri. Wallahualam.....

Rabu, 22 April 2009

Perihal Khinzir Dan Keturunanya.

Kepada semua umat islam kita sewajarnya peka dan perihatin tentang masalah ini. Jika di negara kita mungkin kita tidak dapat melihat babi yang berbulu panjang tetapi nun jauh dinara orang ada jenis babi yang berbulu panjang. Mai kita pakat tengok gambar dibawah ni. Ia adalah bersumberkan dari kiriman email kepada saya.





Inilah Bari-Bari agaknye?

Tengok bulu macam biri-biri tapi bila tengok hidungnya.....alamak!!!

Selasa, 21 April 2009

Islam Memuliakan Jenazah Umatnya.

Kisah ini sememangnya benar dan telah lama diketahui. bagi masyarakat tibet ini, tanah tempat tinggal mereka terletak atas gunung di mana tiada tanah lembut. Hampir kesemuanya diliputi batu atau salji/air batu. jadi memberi mayat untuk dimakan oleh burung vulcher adalah option mereka. tambahan pula dipercayai roh si mati akan kekal di gunung ganang tersebut bersama burung berkenaan. tindakan lelaki tadi memotong serta menghancurkan mayat adalah untuk memudahkan burung tersebut mempercepatkan proses ini. mereka juga tidak mahu burung tersebut membawa anggota badan yang masih separa sempurna(seperti kepala, tangan dll) ke tempat lain maka dihancurkan untuk memudahkan burung tersebut memakan mayat.
Alhamdulillah dapat dilihat betapa indah Islam yang memelihara kita dari lahir(azan/qamat) hingga meninggal(terlebih dahulu mengucap 2 kalimah syahadah) diikuti dengan pengurusan jenazah juga secara penuh hormat, sopan dan cermat serta talqin. Maka sewaktu hidup antara 2 ketika ini (iaitu antara lahir dengan talqin ini), marilah kita mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Insyallah selamat didunia dan yang lebih penting selamat diakhirat nanti.

Gambar-gambar yang menceritakan dan membuktikan sesuatu;








Terima kasih kepada yang menghantar email.

Sabtu, 18 April 2009

Kursus Smart Solat

Alhamdulillah pada petang tadi 18/04/09 Sabtu saya diberi amanah untuk membimbing remaja kita untuk menyampaikan kursus smart solat anjuran Jabatan Agama Islam Selangor sempena pelancaran Bulan Imarah Masjid peringkat Daerah Petaling bertempat di sebuah Masjid yang tersergam indah di Petaling Jaya iaitu di Masjid Sultan Abdul Aziz Jalan Templer.

Jumaat, 17 April 2009

Renungan Jumaat.




Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnyaseolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


Siapakah orang yang manis senyuman nya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalahorang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dantidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang adasentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namunmasih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikandi mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang matitidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak keranatelah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Kajian Sains: Solat Rawat Penyakit Kritikal



HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,? katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

Khamis, 16 April 2009

Apa Yang Anda Faham?

Baru-baru ni ade orang cina yang bukan islam dalam ceramahnya memetik ayat al-Quran dari surah An-Nahl ayat 90. Selepas itu riuh seluruh negara dangan fahaman jahil orang-orang yang menghebohkanya bahawa sicina ni dah menghina islam dengan memetik dan membaca al-quran.
saya tidak berhasrat untuk mengupas isu ini secara langsung kerana ia memerlukan kepada huraian dan hujah yang panjang namun sebentar tadi saya melawat ABO dan saya dapati ada gambar yang dipostkan dalam ABO mengenai perkara dibawah ni.




Jika di negara kitalah perkara ini berlaku tak mustahil si sami tu dah di ISAkan tetapi yang pasti si sami yang berdua tu kini telah memilih Islam sebagai agam anutan dan cara hidup mereka.
Justeru kita sebenarnya mengalu-alukan rakan-rakan dari agama lain memahami dan menghayati dahulu segala kehendak islam sebelum mereka memilih islam kerana dewasa ini ramai yang masuk islam hanya kerana perkahwinan dan jarang yang memilih islam kerana kesedaran mereka sendiri . Mudah-mudahan mereka segera diberikan hidayah oleh Allah untuk memilih islam sebagai agama dan sumber perjuangan mereka. Amin

Khamis, 9 April 2009

Bila Artis Bertemu Ulama'

Bak kate pepatah " ikan di laut, asam didarat, dalam kuali bertemu jua" itulah yang berlaku yang menyejukan mata memandangnya dan menyegarkan telinga mendengarnya.
Dalam suasana politik Malaysia yang panas sejak kebelakangan ini dari Pilihanraya Kecil Dua Bukit ke Satu Batang menjadikan kita lemas dan rimas dengan bahang kepanasan pilihanraya dan kini kita dipanaskan lagi dengan debaran siapakah barisan baru kabinet Malaysia pimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke 6.
Apapun saya cukup tertarik apabila melihat 2 foto ini yang juga sebenarnya melakarkan sejarahnya yang tersendiri apabila artis tersohor dan penyanyi no 1 negara yang menjadi tetamu kepada DYMM Al-Sultan Kelantan datang bertamu ke Pejabat YAB Tuan Guru yang tersohor sebagai seorang Ulma' dan Ketua Kerajaan yang Zuhud.
Walau apa pun kita mengharapkan agar pertemuan 2 orang tersohor ini akan memberikan impak yang baik dan besar kepada setiap warga Malaysia untuk mencontohi teladan yang dipamerkan ini apabila seorang artis tanpa rasa kekok mengunjungi seorang tua yang bergelar Tok Guru kerana hormatkan ilmu dan tawaduknya dalam kehidupan seharianya.
Moga lebih ramai lagi artis yang sedar akan perkara yang boleh dianggap remeh dan kecil ini kerana jurang keduanya amat besar dan luas namun harus diingat bahawa kehidupan kita hanyalah bersifat sementara sahaja dan kerjaya sebagai seorang artis nyanyian atau lakonan adalah satu sandiwara dunia sahaja dan hanya berguna setakat masih diperlukan sahaja.

Bila kematian sudah bertamu maka para Tok Guru dan Tok lebai jugalah yang berguna untuk menuruskan jenazah kita dari mandi hinggalah ke Talqin di perkuburan. Tak tahulah saya kot ade umat ini yang terlalu fanatik akan memanggil para artis untuk menguruskan jenazah seterusnya si artis jugalah yang bertalkin di perkuburan dsengan lagu-lagu baru dari album mereka.

Maka janganlah kita sombong terhadap para alim ulama' kita, hormatilah keilmuan dan kezuhudan mereka kerana Ulama' Itu Adalah Waris Para Rasul. Wallahualam



Si Kecil Yang Takutkan Api Neraka

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?”
Maka berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan kedalam neraka.” Berkata orang tua itu. “Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ran- ting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”
Berkata orang tua itu, sambil menangis: “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”.

Rabu, 8 April 2009

PENGENALAN ILMU FARAID

MUQADDIMAH

Hukum Faraid atau Ilmu faraid adalah salah satu cara untuk membahagikan harta peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia untuk mengelakan perelingkahan ahli waris.
Justeru Islam telaha mensyariatkan kepada kita bagaimanakah yang perlu untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang berbangkit dari harta peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran dalam Surah An-Nisa' ayat 10 hingga 14.
Mentadbir dan membahagikan harta peninggalan tersebut dinamakan sebagai Faraid.
PENGENALAN
Perkataan "FARAID" secara amnya bermakna; perkara-perkara yang telah ditetapkan, ilmu faraid dinakan begitu kerana di dalamnya telah ada ketetapan bahagian dan nisbah dari Allah SWT.
Perkataan " FARAID" secara khususnya bermakna ; Nasib dan bahagian yang telah ditetapkan dalam syariat islam untuk pewaris yang layak.
Ilmu "FARAID" pula ialah; Ilmu yang disertai dengan kaedah-kaedah fiqh bersama kaedah perkiraan yang denganya diketahui nasib dan bahagian dari harta peninggalan untuk setiap ahli waris yang layak.
HUKUM MEMPELAJARI ILMU FARAID
Hukumnya FARDHU KIFAYAH.
HUKUM MENGAMALKAN ILMU FARAID
WAJIB untuk melaksanakan seperti yang telah diterangkan dalam al-Quran, Al-Hadith dan Ijma' Ulama'. Hukum Wajib nya adalah sama seperti kewajiban Solat, zakat, Haji, Puasa dan lain-lain.
HARAM mengubah dan meninggalkanya walaupun segelintir manusia tidak boleh menerima ketetapan hukumnya. Yakinlah bahawa setiap ketetapan yang datangnya dari Allah pasti ia adalah yang terbaik untuk manusia.
KELEBIHAN MENUNTUT ILMU FARAID
Ia adalah ilmu yang paling afdhal dalam ilmu fiqh kerana ianya memainkan peranan penting dalam urusan harta umat islam dan negara islam.
Rasulullah SAW sangat menggalakkan umatnya mempelajari Ilmu farid, bahkan mengikut sabdaan Beliau inilah ilmu yang pertama akan diangkat dari dada umat ini dan apabila ilmu ini ditinggalkan maka perpecahan akan berlaku dikalangan umat tanpa penyelesaian hakiki.
Ilmu faraid adalah satu perdua dari keseluruhan ilmu, ini kerana manusia mempunyai dua keadaan iaitu semasa hidup atau mati. Ilmu semasa hidup seperti solat, zakat, haji puasa dan sebagainya manakala ilmu selepas mati seseorang itu adalah ilmu faraid.
SAHABAT NABI YANG MAHIR ILMU FARAID
Diantara para Sahabat nabi yang mahir mengenai ilmu Faraid ini adalah seperti Saidina Ali Bin Abi Tolib, Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Masud dan Zaid Bin Thabit dan yang paling arif tentangnya adalah Zaib bin Thabit.
ASAL-USUL ILMU FARAID
Al-Quran, al-Hadith, Al-Ijma', al-Ijtihad dari para sahabat Nabi SAW.
TUJUAN MEMPELAJARI ILMU FARAID
Untuk mengetahui nasib dan bahagian dari harta peninggalan untuk setiap ahli waris yang layak.
PERKARA YANG DIKAJI DALAM ILMU FARAID
Harta yang ditinggalkan untuk diwarisi.
Harta peninggalan yang dibincangkan dalam ilmu faraid ialah semua jenis harta yang ditinggalkan oleh simati selepas kematianya, sama ada harta yang boleh dipindahkan seperti wang ringgit, emas, kenderaan dan sebagainya. ATAU Harta kekal yang tidak boleh dipindahkan seperti rumah kediaman, tanah dan seumpamanya. Semua harta tersebut WAJIB diagihkan mengikut ketetapan hukum Faraid.

Jumaat, 3 April 2009

ROGOL YANG MENAKUTKAN RAKYAT


Kes rogol di negara ini meningkat hampir 300 peratus tahun lalu kepada 4,959 kes berbanding jumlah kes 2007 sebanyak 1,241, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung baru-baru ini.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 3,718 kes atau 299.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Jika dilihat kepada peningkatan indeks jenayah rogol seperti kenyataan diatas sewajarnya kita mengambil perhatian yang serius dengan penuh kebimbangan.
Begitulah apabila semua pihak tidak mengambil cakna terhadap masalah yang sedang berlaku dan kini kita telah dibelenggu dengan pelbagai kegawatan. Sekarang kita menghadapai masalah dengan kegawatan ekonomi yang memperlihatkan peningkatan kadar inflasi bahkan yang lebih teruk lagi ramai dari kita yang kehilangan pekerjaan terutamanya disektor perkilangan dan swasta.
Bila berlakunya kegawatan ekonomi banyak pihak tampil dengan pelbagai idea untuk mencari jalan bagi memulihkan ekonomi negara. Begitu jugalah dengan tekad Perdana Menteri baru kita Dato' Seri Najib juga sebentar tadi berjanji untuk memberikan perhatian serius terhadap usaha memulihkan kedudukan ekonomi negara.
Namun tidak ramai dari kalangan kita perasan nagara juga sedang dilanda dengan satu lagi gejala yang menakutkan kita iaitulah ummah dan rakyat kita sedang dirundung kegawatan akidah dan iman.
Tidak ramai dari kita yang tampil memberikan idea untuk mengatasi masalah ini. Kegawatan iman ini juga memperlihatkan kepada kita bagaimana jenayah rogol, buang bayi, penculikan, ketagihan arak, dadah, penyebaran ajaran sesat dan pemahan terhadap pelbagai unsur ketuhanan dan lain-lain sedang menyerang generasi muda kita.
Gawatnya iman tidak mampu kita uruskan hanya dengan cara penguatkuasaan semata-mata namun apa yang lebih penting ia memerlukan kepada usaha dakwah, nasihat dan motivasi terhadap setiap warga untuk memperkasakan keimanan terhadap Al-Khaliqnya iaitulah Allah SWT.
Persoalanya apakah tindakan yang drastik oleh pihak berwajib untuk memimpin generasi muda kita untuk mengenal Allah dan melaksanakan setiap perintahNya. Dimana mereka untuk mendidik dan mentarbiyah anak muda kita untuk berusaha ke masjid menunaikan solat lima waktu? Tidak ketinggalan kita lihat warga tua juga seakan menjauhkan diri dari Masjid.
Tetapi apabila perkara-perkara yang melalaikan serta yang merosakan minda generasi muda kita ia terlalu banyak penaja dan publisiti contohnya seperti konsert-konsert hiburan yang dianjurkan begitu mudah untuk dihebahkan untuk menggamit penonton, begitu juga dengan hiburan media seperti tv yang terlalu banyak di siarkan.
Sampai bilakah kita akan duduk dalam situasi ini? Tidak anda bimbang akan keselamatan anak-anak kita bila situasi ini terus berlaku? Terjaminkah generasi muda kita dari segala macam gejala sosial yang dinyatakan diatas.
Marilah kita bersama-sama memainkan peranan untuk menjinakan hati warga kita untuk terus taatkan allah dalam semua keadaan kerana kita hanya akan hidup sementara dan sekali sahaja. Justeru marilah kita membuat kebaikan untuk menjamin kesinambungan iman terhadap generasi akan datang. Hidupkanlah peranan kita seperti yang telah diperintahkan " Apabila kamu melihat kemungkaran berlaku maka tegahlah ia dengan tangan dan kekuasaan mu, jika tidak mampu tegahlah ia dengan lisan dan nasihat dan seandainya tidak mampu juga maka tegahlah ia dengan hati, maka perbuatan menegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman" maksud Hadis
Wallahualam....

Rabu, 1 April 2009

19 KEISTIMEWAAN WANITA & 6 WANITA MALANG



19 KEISTIMEWAAN WANITA


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”


1.Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


2.Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.


3.Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


4.Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


5.Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


6.Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli (email : Zamri kecik's)

Pemaafkah Kita?

Sebagai manusia kita dianugerahkan pelbagai perasaan yang mencorakkan setiap peri laku dan tindakan semasa. Ada perasan cinta, kasih dan sayang, disulami pula dengan perasaan sakit hati, dendam dan marah dan sebagainya.
Begitulah resamnya hidup kita yang sentiasa bercampur baur antara kepelbagaian perasaan yang bersarang dalam sanubari kita.
Kita bisa sahaja akan melakukan apa yang terbaik dan termampu kerana dek permintaan orang yang kita sayangi. Segala hajat dan permintaan isteri dan anak-anak hampir 100 peratus kita berusaha untuk memenuhinya. Begitulah dalamnya nilai kasih sayang kita terhadap orang yang kita sayangi.
Namun dalam masa yang sama kita akan nekad bertindak apa sahaja jika sesuatu perkara yang mengundang perasaan marah kita terhadap seseorang. Dengan adanya perasaan marah disulami dengan dendam kesumat kita mampu bertindak diluar batas kemanusiaan demi memuaskan nafsu dan perasaan marah itu.
Seseorang itu akan sanggup mencederakan hatta sanggup membunuh kerana marah dan dendam. Padanya mungkin puaslah hatinya kerana dapat bertindak balas.
Namun apa yang jarang kita ambil perhatian adalah satu lagi perasaan yang jarang kita gilap dalam kehidupan kita iaitulah sifat dan rasa pemaaf.
Kita jarang untuk memaafkan setiap kesilapan orang lain terhadap diri kita dengan penuh ketulusan. maaf yang kita beri hanyalah bersifat dibibir sahaja tidak sampai kepada maaf yang penuh kaikhlasan maka dengan sebab itulah sifat dendam kesumat terus bersarang didalam jiwa kita.
Justeru pemaaf bukanlah satu perkara yang mudah. Mudah untuk kita lontar dan perkatakan namun hakikatnya apakah kita mampu memberikan kemaafan dengan penuh ikhlas? Sudah menjadi resam bangsa kita umat Melayu ini sering memberi maaf tetapi tidak ikhlas berbeza dengan sikap dan budaya orang-orang arab jika mereka memberi maaf , maka kemaafan itu disulami dengan Selawat nabi yang ikhlas.
Maka marilah kita berikan kemaafan kepada seseorang denmgan ikhlas mudah-mudahan kita juga diberi keampunan dan Rahmat oleh Allah namun janganlah pula terlalu mudah memeberikan kemaafan keatas perkara maksiat dan dosa. Berilah maaf kepada yang berhak mendapatkan kemaafan jangan kita digelar dayus kerana tidak mampu bertindak demi keadilan kerana kita ini jenis lembut hati dan pemaaf. Contohnya jika isteri seseorang itu dicerobohi maka tidak wajar baginya memaafkan kepada pelakunya.