Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 25 Disember 2009

Gambar Ekslusif Barangan Nabi Muhammad S.A.W

Untuk maklumat lanjut baca disini.






















"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu dan mengucap salam kamu kepadanya"...















Rabu, 16 Disember 2009

ZIARAH KE NEGERI KELANTAN

Insyaallah pagi esok jam 7.25 pagi ana akan berangkat ke Kota Baharu menaiki pesawat firefly untuk meraikan pernikahan seorang sahabat karib yang telah banyak berjasa kepada gerak kerja dakwah bersama ana selama kami bertugas bersama.

Dengan mengambil berkat awal tahun hijrah 1431 beliau akan menjalankan akad nikah sejurus selesai solat Isya' di sebuah Masjid di Tanah Merah.

Disamping itu ana juga mempunyai beberapa jadual padat pada hari esok untuk berjumpa dengan beberapa orang sahabat di Kelantan untuk sesi diskus tidak resmi untuk memperkasakan lagi gerakan dakwah Haraki.

Sehingga kini ana belum menentukan lagi nak cheq inn dimana-mana hotel kerana bergantung kepada saranan sahabat-sahabat disana kerana ana diminta untuk tidak buat tempahan hotel di KB.

Namun begitu, untuk program pengimarahan Masjid al-Muttaqin, ana dah aturkan majlis ringkas sempena sambutan awal tahun hijrah dengan majlis bacaan doa akhir / awal tahun yang akan di bimbing oleh Ayahnda Ustaz Hj. Abdul Rahim Rafei seterusnya beliau akan menyampaikan ceramah khas sempena Hijratul Rasul SAW. Sila rujuk aturcara program dalam blog resmi Masjid Al-Muttaqin.

Terima kasih juga kepada Kapten dan Kopreal Kedaung yang sudi menghantar ana ke airport subuh nanti. "Bertindak Mengikut Arahan"

Hukuman Hudud Masih Berjalan Di Perantauan

MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam. Untuk maklumat lanjut baca link disini.

Persoalanya bilakah ia bakal dilaksanakan di negara yang kita cintai ini. Dengan berjalanya hukum Allah yang maha adil ini maka terselamatlah seluruh warga Malaysia dari kemurkaan Allah dengan menurunya semua episod jenayah mungkar dan maksiat yang makin parah yang kita dapat saksikan realitinya sekarang ini.

Memang terlalu sukar untuk melaksanakan semua undang-undang islam terutamanya Hukum Hudud kerana sejumlah besar dari umat islam di negara kita sendiri tidak meyakini dan menolak mentah-mentah hukum dari agama yang mereka anuti.

Pelbagai alasan yang sering kita dengar dan yang paling popular ialah alasan masyarakat majmuk......ha ha ha masyarakat majmuk? ini alasan golongan jahiliyyah..... lihatlah catatan sejarah Nabi kesayangan kita Muhammad SAW ketika membina dan membangunkan daulah Islam Madinah....apakah semua warganya terdiri dari orang islam? tentu tidak kerana masih adalagi kelompok yahudi yang tinggal dalam bumi Madinah pada ketika itu lalu Nabi tetap berjaya menegakan syestem pentadbiran dan undang-undang islam begitu juga zaman pemerintahan islam selepasnya juga turut melaksanakan hukuman islam sepenuhnya yang melibatkan semua kaum dan etnik yang pelbagai latar agama.

Peliknya di negara kita bila majoriti warganya islam dan majoriti pemimpinya islam namaun masih gagal untuk melaksanakan syistem dan undang-undang islam sepenuhnya. Wallahualam...sendiri mau ingat lah....

Selasa, 15 Disember 2009

KENAIKAN KADAR MAS KAHWIN DI NEGERI SELANGOR

Berikut adalah pekeliling daripada Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Petaling bertarikh 07/12/2009 kepada semua Nazir Masjid dalam Daerah Petaling bagi menyatakan perkara diatas.

Adalah dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 12 Mei 2009, telah memutuskan bahawa had minima kadar mas kahwin adalah sebanyak RM 300.00 bagi anak dara atau janda tanpa ada had maksima. Sekiranya terdapat wang hantaran daripada pihak lelaki maka ianya dikira sebagai mas kahwin. Keputusan ini akan berkuatkuasa mulai 01 January 2010. sekian dimaklumkan.

NILAI SEBUAH KEHIDUPAN

Dewasa ini, darjat kehidupan manusia terdiri daripada pelbagai golongan iaitu golongan kaya, golongan pertengahan, golongan miskin dan golongan yang terpinggir. Berdasarkan pemerhatian kita, sudah menjadi adat kehidupan golongan yang berpendapatan tinggi dan berpangkat mendapat sanjungan, penghormatan dan di pandang hebat oleh masyarakat. Oleh itu untuk mengejar nilai kehidupan, ada di kalangan mereka sanggup merasuah dan membeli gelaran-gelaran tertentu. Kadang kala golongan ini yang dilihat mempunyai harga diri yang tinggi sebenarnya mempunyai ruang terbuka luas mengumpul kekayaan dan maju ke hadapan secara tidak sah.

Adapun golongan miskin dan terpinggir pula kelihatan kurang mendapat sanjungan sebagaimana yang diperolehi golongan kaya atau atasan. Manakala golongan bawahan sering mendapat laluan sukar dan terpaksa berhempas pulas mencari kesenangan hidup. Ini adalah lumrah kehidupan. Persoalan besar timbul ialah apakah perbezaan taraf hidup itu menentukan harga atau nilai kehidupan manusia.

Kita sering mendengar, malah dipaparkan dalam media massa mengenai kisah-kisah sedih penganiayaan, penzaliman, perhambaan terhadap golongan bawahan seperti amah atau pembantu rumah. Ini adalah salah satu contoh harga atau nilai hidup yang dialami golongan bawahan atau miskin dalam usaha mencari rezeki halal dan sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan. Mimbar amat sedih, golongan yang mempercayai diri yang bernilai tinggi bersikap sombong dan bongkak sanggup melakukan kezaliman tanpa alasan yang benar.

Firman Allah SWT dalam surah asy-Syura ayat 42:
Maksudnya: “Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang yang beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

Sekali imbas, dunia dirasakan tidak selamat kerana golongan yang kuat menindas yang lemah dan terdapat golongan yang kaya tamak haloba memburu kekayaan sama ada secara sah atau rasuah. Laporan dan pendedahan terbaru Ketua Audit Negara mengenai penggunaan wang rakyat membuktikan bahawa terdapat pihak-pihak tertentu menunggu peluang untuk menyalahguna dan mengaut keuntungan daripada wang rakyat.

Perlu di ingatkan kepada umat Islam , apakah ini nilai atau harga sebenar dalam kehidupan kita?. Hakikatnya, Allah SWT telah banyak memberikan kita kesempatan iaitu sejak dilahirkan sehingga saat ini. Allah telah memberikan kita segala-galanya tanpa kita pinta. Tetapi jarang kita mensyukurinya kerana sesetengah dari kita merasakan itu adalah hasil jerih payah dan penat lelah kita sendiri.

Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:
“ Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi dianggap sebagai kaufur nikmat.”( Hadtih Riwayat At-Tabrani)

Kita bertanggungjawab dan perlu bersifat amanah sepenuhnya terhadap kehidupan manusia atau nasib diri kita sendiri. Kita percaya terdapat dua langkah meningkatkan nilai dan harga diri kita. Langkah pertama adalah dengan mengenali dan mengembangkan potensi yang ada di dalam diri kita sendiri. Langkah kedua adalah dengan memahami matlamat hidup kita di dunia ini supaya segala amalan yang kita lakukan lebih terarah dan selari dengan kehendak hukum syarak.

Kita perlu mengambil peringatan bahawa kadang kala sifat khianat dan perbuatan buruk menjatuhkan integriti dan harga diri manusia. Sifat khianat ini biasanya wujud pada golongan yang kurang nilai keimanannya. Lebih jelas lagi, sifat khianat ini merupakan antara ciri-ciri orang munafik yang disifatkan sebagai orang yang melanggar janjinya dan menodai kepercayaan yang tersemat dalam jiwanya. Malah Allah SWT telah melabelkan orang yang khianat itu sebagai sejahat-jahat makhluk yang amat dimurkai Allah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 55-56:
Maksudnya: “ Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi Allah ialah orang yang kafir, sebab itu mereka tidak (mahu) beriman. Iaitu orang yang kamu telah ikat perjanjian dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian pada setiap kali, sedang mereka tidak takut (akibatnya).”

Berdasarkan ayat di atas tersebut, jelas di sini bahawa sifat khianat merupakan sifat yang amat keji dan dimurkai di sisi Allah. Ini kerana sifat tersebut amat merbahaya jika dibiarkan merebak dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Akibat sifat keji tersebut bukan hanya menimpa pada orang yang melakukan khianat, malah ia turut memberi kesan yang buruk kepada orang yang dikhianatinya dan masyarakat sekelilingnya.

Umat Islam perlu sedar bahawa harga dan nilai sebenar kemuliaan seseorang tidak terletak pada taraf kekayaan atau kebesaran pangkat seseorang. Nilai dan harga diri yang berdasarkan kekayaan atau pangkat adalah sementara sahaja. Bagaimanapun dalam Islam harga diri adalah berdasarkan ketakwaan dan keimanan seseorang. Sifat ketakwaan ini akan menentukan nilai dan harga diri seseorang itu mulia di sisi masyarakat dan Allah SWT sepanjang masa.

Rasulullah SAW pernah menegaskan dengan sabdanya yang bermaksud:


“ Tidak mungkin berkumpul iman dan kufur dalam jiwa seseorang, dan juga tidak mungkin pula bersatu sifat jujur dan dusta padanya sekali gus sebagaimana tidak mungkin bersama sifat khianat dan amanah padanya dalam satu masa.” (Hadith Riwayat Ahmad).

Kesimpulannya, sifat ketakwaan dan keimanan wajib dihiaskan dalam setiap peribadi muslim, terutamanya para pemimpin, ketua jabatan, pekerja, ibu bapa dan anak-anak. Dengan itu, diharapkan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik dan dapat memacu kecemerlangan dan menjamin kesejahteraan hidup di dunia. Sebaliknya jika sifat khianat yang menjadi budaya, maka ia adalah isyarat berbahaya yang hanya mengundang masyarakat dan bangsa ke arah kehancuran dan kebinasaan.


Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu melalui wahyu-Nya; dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang yang khianat.” (an-Nisa:105) Wallahualam.

Jumaat, 11 Disember 2009

Jalan-Jalan di Melaka

Alhamdulillah hari ini ( 10 Dis 2009 ) sesi bengkel di tangguhkan awal sebab nak bagi ruang dan peluang kepada kami untuk bersiar-siar dan melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Melaka ni. Ana dan keluarga juga turut mengambil peluang untuk bersiar-siar dan jalan-jalan di tempat-tempat tersebut.

Ni la tempat kami menginap
Aksi si kecil kami ketika dibawa oleh Kak Longnya naik kereta mainan
Lihat.....betapa gembiranya si kecil kami Noni yang begitu teruja dan gembira sampai nak ajak balik pun di mengamuk sebab tak puas main lagi.....baba dia dah tak larat lagi nak berjalan....letih melayan ragam anak-anak.....
Seronok melihat ragam anak-anak....

Kak Long dan Kah Ngah beraksi di hadapan Kapal Protugis
Baba masa kecik-kecik dulu tak merasa macam korang merasa tau.....
"Tembak baba"!!....kata Kak Long...
" Baba !!! jom merempit"......."baba dah pencen la Kak Long"...

Kak Long & Kak Ngah....

Aksi Isteri dan anak-anakku naik beca.....
Dah letih berjalan, rest jap di kedai mamak...apa lagi test kari kambing ler...ok la boleh layan kari kambing kat kedai ni....
Aksi mereka di puncak tower Taming sari
Naik Taming Sari Tower
Aksi manja anak kedua kami Aireen Nabila
Ehem....
Renungan anak sulong kami Aleesa Hanim
Naik Melaka River Cruise....satu lagi produk pelancungan baru....
Sekadar bergambar di pintu masuk ke makam Hang Kasturi...kebetulan melintasinya...
Bingkisan sejarah Hang Jebat....seorang Pahlawan yang dinafikan kepahlawananya kerana berani menderhaka menentang raja yang zalim.....Hang Jebatlah sebenarnya Pahlawan Melayu....bukan Si Tuah....."Raja adil, raja di sembah, raja zalim, raja di sanggah"
Al-Fatihah...."Jebat"!!!.....ketegasan mu menentang kezaliman adalah motivasi kepada kami...

Maqam pendokong keadilan dalam sejarah Melayu " Hang Jebat".....teman-teman bertanya tak mau pergi ke Makam Hang Tuah ke?.....ana jawab tak teringin langsung sebab di tu dalam sejarahnya sebagai pengampu dan taat yang membuta tuli kepada pemerintah yang zalim.

Rumah Merah
A Famosa Squre
Gerbang A Famosa....renungkan lah...bila kita berpecah dan saling bercakaran maka kita akan mudah dijajah. Sejarah telah mengajar kita bahawa kita jangan leka untuk mempersiapkan diri dan negara dengan pertahanan yang lengkap,bukan sahaja pertahanan persenjataan tetapi kini pertahanan politik yang bertunjangkan syariaat wajib diperkasa dan didokongi oleh umah. Kita jangan dilalaikan dengan kuasa dan harta tika kita memerintah....buruk padahnya kepada tamadun kita apabila pemimpin melihat kuasa dan harta sebagai keutamaan apabila bergelar Yang Berhormat. Janganlah kita bergeser dan bercakaran sesama sendiri bahkan musuh yang patut kita perangi semakin kuat dalam setrategi mereka untuk menyerang kita. AWAS....
Nak jalan kaki letih so naik Beca je.....round bandar Melaka...1 jam RM 40
kenangan di Dataran Pahlawan

Rabu, 9 Disember 2009

MENJAGA ADAB KETIKA BERSELISIH PENDAPAT

Islam adalah agama yang syumul dan lengkap. Jika manusia dapat mengikuti agama itu dengan khusyuk dan tertib, ia akan membawa kepada kecemerlangan.Tetapi sejak kebelakangan ini kita dilanda wabak yang merbahaya iaituperselisihan pendapat atau ikhtilaf terbuka di antara ulamak dengan ulamak,orang awam dengan ulamak atau orang politik dengan ulamak mengenai isuagama Islam.

Apa yang lebih memeranjatkan kita lagi ialah peningkatan orangbukan Islam dan orang yang jahil agama tanpa segan silu mengeluarkanpendapat terbuka tentang Islam.

Ikhtilaf di kalangan pihak-pihak tersebut telah menimbulkan suasana kelam-kabut dalam masyarakat Islam sekaligus menjejaskan nama baik agama Islam serta penganutnya.

Perlu diperingatkan kepada umat Islam sekalian, jangan memperbesar-besarkan isu khilafiah, isu remeh-temeh seperti tahlil, maulidurasul, talqin dan sebagainya. Isu ini adalah isu lama dan ulamak yang bijak lagi waras tidak memperbesar-besarkannya.


Merujuk kepada sejarah Islam, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanafi dan Imam Hanbali serta aliran mazhab yang lain mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Anak-anak murid dan pengikut-pengikut mereka semakin bertambah dari hari ke hari.

Tetapi mereka telah menunjukkan sikap mulia seperti saling hormat menghormati atas semangat setiakawan yang tinggi. Apa yang jelas, Islam telah meletakkan adab-adab yang tinggi ke atas setiap muslim dalam proses pergaulan sesama muslim termasuklah ketika berselisih faham mengenai isu yang kurang jelas. Namun begitu kita ditegah menghina ulamak tertentu walaupun berbeza pandangan atau pendekatan. Ulamak dahulu adalah umat yang terbaik dan mendapat pengiktirafan dari masyarakat ketika itu.


Apa yang menyedihkan sekarang ialah perselisihan pendapat yang membawa krisis ulamak merugikan negara dan ummah. Keadaan ini diburukkan lagi apabila ada pihak yang anti-ulamak menulis atau membuat kenyataan secara sedar, jelas dan berterusan dengan niat dan tindakan untuk menghina Islam.


Kita kesal dengan adanya percubaan pihak-pihak tertentu kononnya atas dasar kebebasan bersuara, berfikir dan mengeluarkan pendapat, maka sewenang- wenangnya mahu menjadikan Islam dan segala hukum syariat Islam sebagai suatu perdebatan yang bebas mengikut sesuka hati sesiapa sahaja dan mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang betul dalam Islam.

Kedangkalan ilmu sesetengah pihak bukan sahaja merosakkan imej dan kesucian agama Islam, malah akan menimbulkan kekeliruan yang merbahaya di kalangan masyarakat awam khususnya masyarakat Islam di negara ini.

Kita berpendirian jika agama Islam dibiarkan didebat secara bebas, angkuh dan sombong bongkak seperti yang ditulis atau dilaungkan oleh pihak tertentu tanpa mengikut disiplin ilmu Islam yang betul, maka kewibawaan seluruh institusi Islam di negara ini akan terdedah kepada cercaan dan penghinaan.


Kita mendapati budaya pihak tertentu yang terus menyerang ulamak dalam hasil tulisan mereka secara menghina dan biadap adalah suatu perkara yang tidak dapat diterima.

Persoalannya kenapa golongan ulamak menjadi sasaran serangan yang berterusan oleh pihak-pihak ini.?

Ulamak yang beramal dengan Islam sebenar tidak pernah mendakwa diri mereka sebagai manusia sempurna. Namun jika sekalipun pendapat ulamak mahu dikritik, kenapa perlu mereka dihina dan dicerca dengan mempermainmainkan dan memerendah-rendahkan peribadi mereka dengan kata-kata menghina.

Menyedari hakikat ini, umat Islam yang terlibat dengan perselisihan pendapat itu perlu menjaga adab-adab berikut:

Pertama: Bersifat lapang dada menerima kritikan yang membina. Sikap sedemikian dapat menghindarkan kita daripada bersifat sombong dan bangga diri atas kelebihan diri yang ada.

Kedua: Memilih perkataan yang terbaik dalam sesi perbincangan.

Ketiga: Menjaga tingkahlaku dan tuturkata dengan lebih bersopan. Hindarkan daripada caci maki dan nafsu jahat sehingga tergelincir daripada kebenaran.

Insaflah, ikhtilaf boleh disalah tafsir atau dimanipulasikan oleh suatu perancangan berniat jahat dan seolah-olah ada suatu usaha tersusun dari pihakpihak tertentu untuk menyerang Islam dan institusi ulamak di negara ini.

Sebagai langkah pengawalan, marilah kita memelihara perkara-perkara berikut:

Pertama, walaupun Islam membenarkan ikhtilaf tetapi wajib kita menjauhinya sekiranya ia tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar.

Kedua, perkara yang boleh diijtihad itu perlu mematuhi beberapa syarat bagi memastikan keaslian perbincangan tersebut.

Ketiga, mengikuti akhlak para salafusoleh dalam pergaulan sesama mereka ketika terjadi ikhtilaf.

Keempat, dilarang menuduh atau memfitnah sesama Islam kecuali disertai ilmu dan keadilan.

Kelima, tidak mencampur adukkan antara masalah ijtihadiyah dengan masalah iftiraq (perpecahan). Sumber dari Jakim

Gambar Kursus Di Melaka

Gambar menceritakan segalanya :

Kumpulan GPK Kurikulum berbincang untuk mengatur program kurikulum 2010
Kumpulan GPK HEM & Penyelia Pagi ditugaskan untuk mengatur program dan aktiviti ko-kurikulum murid 2010

Ni pulak kumpulan Guru-Guru Besar yang merancang struktur pendidikan SRA Daerah Petaling tahun 2010.

BERKURSUS DI MELAKA 9-11 DIS 2009

Alhamdulillah kini ana mencuri masa untuk update blog ini untuk memaklumkan kepada ahli kariah bahawa ana sedang mengikuti kursus atau Bengkel Taqwim SRA Daerah Petaling mulai hari ini 9 dis hingga 11 dis 2009 di Seri Costa Hotel Melaka.

Bengkel ini diadakan untuk membentuk dan merancang perancangan taqwim untuk tahun 2010 akan datang bagi diselaraskan oleh semua Sekolah-Sekolah Rendah Agama Daerah Petaling.

Setakat ini banyak program yang dirancang diantara yang menarik perhatian ialah Kursus Imam Muda peringkat daerah, Pendidik Didik tabiat khususnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah disamping mengadakan program bersama PDRM iaitu pameran Anti Dadah dan Lumba Haram diperingkat daerah.

Sebagai maklumat bengkel hari ini diadakan untuk merancang program yang bakal dilaksanakan bersama oleh Majlis Guru-Guru Besar dan pihak JAIS untuk menjayakan program SPEIS Selangor.

Pentingnya perancangan sebegini dibuat kerana menjunjung sunah Nabi SAW yang mengajarkan kita seperti dalam sebuah hadisNya yang bermafhum " Tiap-tiap anak yang dilahirkan itu adalah seperti kain putih bersih lalu terpulang kepada kedua ibubapanya yang mencorakkanya samada menjadi Yahudi atau Nasrani"

Apa yang penting juga bengkel ini diadakan untuk menncari formula untuk menaikkan perstasi daerah dalam pencapaian akademik yang kini kami hanya ditempat kedua dalam Selangor.

Gerak kerja wajib digembeling oleh semua entiti dalam SRA Daerah bagi menjayakan perlaksanakan semua aktiviti yang bakal di muktamadkan dalam bengkel selama tiga hari ini.

Bengkel yang diadakan ini sangat mesra dan diadakan dalam suasana kekeluargaan disamping melakukan postmortem terhadap kelemahan-kelemahan lalu untuk di perbaiki dan diambil sebagai keutamaan dalam perlaksanaan tahun-tahun akan datang. Wallahualam .....salam dari Seri Costa 9/12/2009.

Jumaat, 4 Disember 2009

Pek Ha menangis teresak-esak


KUALA LUMPUR - Suri rumah, Yim Pek Ha yang sebelum ini dihukum penjara 18 tahun setelah disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan mendera bekas pembantu rumahnya, Nirmala Bonat dengan seterika panas dan air panas, lima tahun lalu berjaya mengurangkan hukuman kepada 12 tahun penjara. Selanjutnya baca disini.

Wah...wah.... tahu pulak dia menangais dan minta simpati, masa dia belasah Nirmala dulu tak ingat...

Korang rasa masa Nirmala kena dera dengan makcik ni dulu Nirmala menangis tak? Nirmala minta simpati tak ? atau Nirmala ni tahan dan diam je apabila dibelasah oleh makcik mangkuk ayun ni....kedaung....

Kalau aku yang jadi hakim aku bagi hukuman berendam dengan babi selama sebulan lepas tu ikat kat pokok petai bagi dia sebungkah sarang kerengga baru tau.....tak percaya tanya Kang Usop...

Ratu pondan luah perasaan

TOKYO - Seorang personaliti televisyen Jepun, Ai Haruna mahu negaranya lebih bertoleransi terhadap golongan transeksual sebulan selepas dia dinobatkan sebagai ratu pondan antarabangsa, Miss International Queen 2009 di Thailand.

"Saya terkejut melihat ramai transeksual bekerja di hotel dan restoran tanpa menghadapi masalah di Thailand," kata Haruna, pada satu sidang akhbar di sini semalam. Selanjautnya baca disini.

Ini mungkin satu lagi asbab kepada penularan gejala yang tidak waras dan ia sebenarnya menjadikan idola kepada segla jenis nyah di Malaysia. Tiada langsung niat saya utk mempromosikan golongn ni tetapi sekadar mengingatkan diri saya dan teman-teman bahawa ini juda adlah satu dari berjuta fitnah yang telah timbul dalam dunia akhir zaman.

Kita seakan hilang kekuatan untuk menangani dan mendepani masalah ini dan semalam ada seorang Ahli Parlimen dari PKR yang merujuk kepada isu seorang pondan yang berkahwin di Briten dengan beliau mengatakan bukan masanya kita menghukum tetapi sewajarnya kita mendidik atau menasihati golongan ini.

Bagi saya mudah sahaja utk nak respons kepada MP tersebut, sebenarnya kita perlu mengakui bahawa kebanjiran golongan ini atau dari jenis yang sama ia juga boleh dikenali sebagai lelaki lembut, gay dengan pelbagai istilah atas dan bawahnya serta bermacam lagi sebenarnya bermula dari seawal usia remaja lagi.

Saya melihat watak-watak ini yang bermula dengan watak lelaki lembut di peringkat sekolah rendah lagi bahkan ada dikalangan anak murid saya disekolah rendah juga ada yang berwatak demikian kemudian komunitinya akan lebih besar apabila ia masuk kealam sekolah menengah dan seterusnya hinggalah keperingkat IPT/IPTS dan berkerjaya.

Kita boleh sahaja memarahi atau menasihati mereka dan apakah mereka akan manut ( patuh )kepada segala cakap dan nasihat kita sedangkan naluri, watak dan jiwa mereka berada dialam lain iaitu alam ingin dilihat lebih cantik mengatasi golongan wanita sejati.

Bahkan diselangaor sudah ada peruntukan dalam Enekmen jenayah Islam Selangor Pindaan 1995 yang memperuntukan jenis kesalan apabila seseorang lelaki berpakaian seperti wanita boleh diambil tindakan mengikut peruntukan dalam enakmen tersebut. Namun perlaksanaan dan penguatkuasaanya...hampeh.....

Pertandingan ratu cantik pondan inipun bukanlah suatu yang asing dalam negara kita dan telah banyak laporan media sebelum ini yang memaparkan berita mengenainya bahkan kadang-kadang ia dibuat secara terbuka. Kelab Blueboy di Bukit Bintang seolah-olah menjadi medan dan merkas mereka tanpa ada sekatan undang-undang oleh DBKL dan sebagainya. Dengan kewujudan kelab tersebut seolah-olah menjadikan satu pengiktirafan resmi kepada golongan ini.

Nak kata pihak penguatkuasa agama,polis atau PBT tak tahu tentang kegiatan malam mereka amat tidak munasabah kerana kadang-kadang mereka menjadi kupu-kupu malam amat hampir dipersekitaran mereka seperti di Pekan Kajang ia berada lebih kurang 500 meter dari Balai Polis Kajang dan Pejabat Agama Kajang.

Diharapkan kepada MP tersebut bersama dengan agensi penguatkuasa turun ke padang menasihati golongan ini supaya mereka kembali ke pangkal jalan dan kembali menjalani kehidupan normal sebagai lelaki sejati bagi yang dah buat pembedahan alat sulit tu MP nak nasihat macamane??????? Wallahualam

Khamis, 3 Disember 2009

Makan Nasi Kambing Arab Di Restoran Al-Diafah Seri Petaling

Alhamdulillah malam kelmarin skuad 501 telah menerjah kesebuah restoran arab di Bandar Seri Petaling untuk menikmati masakan tradisional arab apa lagi kambing ler...

Ni menu speacial dia harganya hampr RM 1000. ade berani ker...kami dah test...memang sedap
Sabar menanti menu yang dioder
Nilah restoran yang ana maksudkan