Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Rabu, 27 Januari 2010

Sekitar Kursus Pengurusan Jenazah Di PLUS Rawang 27 Jan 2010

Alhamdulillah hari ini saya telah menyampaikan kursus pengurusan jenazah untuk kakitangan PLUS seksyen Rayang bersama 8 lagi Plaza Tol PLUS yang berhampiran. Kursus ini merupakan sebahagian dari acara sambutan Ma'al Hijrah anjuran PLUS. 70 orang peserta yang mengikuti kursus berkenaan. Tahniah dan terima kasih.

Muqadimah kursus
Berkursus dalam keadaan santai
Antara peserta kursus
Sebahagian peserta dari 8 seksyen plaza tol PLUS.
Taklimat akhir sebelum praktikal memandikan jenazah.
Kaedah meruang ( mengistinja'kan ) jenazah

Antara kaifiat memandikan mayat
Penyediaan kain kafan
Jenazah lelaki dipakikan serban
Menunjukan cara pemakaian tudung bagi jenazah wanita. Pelbagai kaedah pemakaian tudung boleh digunakan.
Cara membalut kapas dibahagian muka
Keadaan mayat sebelum kafan talinya diikat
Keadaan mayat didalam liang lahad
Beginilah sebahagian dari keadaan mayat selepas kafan dibuka semula..
Macam mayat betul la pulak.....Tahniah kepada Abg Selamat yang sudi jadi model jenazah hari ini. Pada kebiasaanya saya akan menggunakan peserta sebagai model dalam semua kursus pengurusan jenazah yang saya kendalikan. Wallahualam

Isnin, 25 Januari 2010

Mencari Nilai Taqwa Siri 3 : Murahnya Nilai Bohsia

Baru-baru ini saya telah mengakad-nikahkan pasangan pengantin dalam keadaan yang luar biasa seperti kelaziman pasangan pengantin baru dalam majlis akad nikah.

Seorang teman berbisik kepada saya dengan nada keheranan kerana tiada kelibat wali dan kaum keluarga pengantin perempuan dan kedatangan mereka hanya di iringi dengan beberpa orang sahaja.

Perkara yang berlaku terhadap pasangan ini sudah saya maklumi namun kerana tugas dan tanggungjawab saya hanya pendamkan dan hanya secebis nota dalam sokongan pernikahan saya kepada Pendaftar iaitu setatus pemohon adaha thaib dan telah hamil........bulan.

Apabila permohonan itu telah diluluskan oleh PAID maka tanggungjawab saya seterusnya menjalankan akad nikah dengan keizinan dari wali sang pengantin perempuan menerusi surat wakalah wali.

Seperti telahan dan rungutan teman-teman yang hadir dalam majlis tersebut saya sambut dengan nada bersahaja sahaja.

Teman-teman merungut murahnya maruah budak perempuan ni ..ustaz! sampai cincin sebentuk pun takde....hantaran lagi la takde...cuma mas kahwin jer RM 300.... so nilai budak tu RM 300 je la....

Saya nak kata apa lagi...biarkan je sahabat-sahabat mengomel tentang perkara tersebut. Moralnya kepada kita semua agar sentiasa menjadikan segala perintah agama dihadapan dan keutamaan berbanding perkara-perka lain.

Bila kita memahami sagala nilai taqwa dalam urusan keluarga dan pendidikan anak-ana serta menjadikan syariat dalam kita menguruskan urusan rumahtangga maka kita akan dapat lahirkan idaman kita untuk melihat Rumah ku Syurga Ku akan terbina dan terhasil.

Apabila anak gadis kita berada diluar kawalan dan jagaan kita kerana merantau untuk mencari ilmu dan pekerjaan bukanlah lesen untuk mereka melakukan apa sahaja menurut hawa nafsu mereka.

Masih menjadi tanggungjawab para ibu bapa untuk mengambil tahu dan kena buat ziarah mengejut terhadap kediaman anak-anak gadis kita untuk terus memelihara iman dan tatasusila kita sebagai warga muslim yang baik. Wallahualam

Mencari Nilai Taqwa Siri 2

Kebelakangan ini apabila dunia cyber menjadi pilihan kepada sumber maklumat pantas maka lahirlah para bogger dengan gaya penulisan yang pelbagai dalam arena maya ini.

Suatu perkara yang tidak boleh tidak kita wajar mengambil perhatian tentang penulisan yang kita buat.

Bermula dari sumber maklumat dan gaya bahasa penulisan sebenarnya memberikan imej dan penafsiran yang pelbagai dari para pembaca.

Sekiranya sesuatu perkara dan isu yang kita lontarkan dalam penulisan kita dalam blog tanpa kita selidiki sumber maklumatnya samada ia benar atau tidak akan memberikan kesan langsung terhadap sesuatu perkara yang kita publishkan.

Isu yang kita yakini benar tetapi kita tidak mendahulukan dengan siasatan sumber samada ia benar-benar saheh atau tidak dibimbangi kita akan turut menyebarkan fitnah dan akan meruntuhkan kerukunan moral dan akhlak.

Sesuatu isu yang berkitan dengan seseorang maka wajarnya kita menyelidiki sumber-sumber yang sah dan benar sebelum kita turut memberikan sebarang ulasan mengenainya.

Berwaspadalah agar kita tidak turut menjadi agen pemfitnah kerana terlalu besar kesanya kepada seseorang yang terfitnah dalam ruangan maya seperti ini bahkan menjadi satu dosa yang sangat besar.

Allah mengingatkan kita bahawa dosa pemfitnah itu lebih besar dari membunuh dengan maksud bahawa seseorang yang membunuh akan terlepas dari hukum balas dengan mendapatkan pengampunan dari wali atau ahli waris mangsa namun tetap dihukum dengan hukuman yang setimpatl dan dikenakan Diat.

Berbeza dengan dosa memfitnah seseorang yang menyebarkan fitnah terpaksa menarik balik segala tuduhan dan fitnahnya terhadap mangsanya dengan menarik balik segala tuduhannya serta memohon maaf secara terbuka dan membuat islah ( pembetulan ) kepada semua orang yang menerima berita fitnah itu langsung darinya adat secara berantai.

Mudahnya kita menulis sesuatu perkara namun terlalu sukar untuk kita menjernihkan kembali segala kekeruhan yang kita cipta hasil dari tulisan kita.

Gunakanlah ruang maya ini sebagai info yang bermanfaat kepada penulisan dan kepada khalayak pembaca semoga segala tulisan kita yang baik dan berilmu akan menjadikan ia sebagai medan dakwah yang terbaik dalam misi kita menjadikan kita sebagai Khaira Ummah. Wallahualam

Jumaat, 22 Januari 2010

Mencari NIlai Taqwa. Siri 1


"Katakanlah, Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam". AlAn’am 162

Disaat kita meniti kehidupan yang penuh berliku ini kita sebenarnya masih tercari-carai apakah matlamat kehidupan kita kerana kita sendiri seakan tidak tahu mana laluan yang kita hendak gunakan samada jalan yang penuh berliku dan beranjau atau jalan yang mudah dan selesa.

Allah SWT menciptakan kepada kita dunia ini penuh dengan kenikmatan lalu Allah juga menyuruh kita mensyukuri segala pemberian dan nikmat itu lalu sedikit sangat dari kita yang mensyukuri segala pemberian itu.

Dalam diri kita ada pelbagai perasaan dan nafsu yang sebenarnya mengawal segala perbuatan kita dan terkadang kita lupa satu perkara penting yang boleh memandu kehidupan kita dengan lebih bermakna iaitulah iman.

Kita boleh sahaja melakukan pelbagai perkara yang kita inginkan namun disana ada lagi perkara penting sebagai tembok yang ampuh dan kukuh mengawal segala macam ragam kehidupan kita agar tidak mudad tergelincir dan menjerumuskan kita kearah kebinasaan dan kerugian.

Kita bisa kaya dan mewah atas usaha yang kita lakukan, kita boleh berhibur dengan pelbagai aktiviti yang kita ceburi, kita mampu menjadi pemimpin politik yang disegani bila kita diundi dan dipilih dan kita boleh dalam segala hal yang kita inginkan dan yang kita ushakan.

Namun disana ada satu perkara yang kita sering lupa dan kita kesampingkan iaitu sifat TAQWA.

Taqwa bukanlah mudah untuk diushakan dan bukanlah sukar untuk kita jiwai kerana nilai taqwa sentiasa terbuka dalam kehidupan kita.

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa Umar bin Khattab ra. bertanya kepada Ubay bin Ka'ab tentang taqwa. Ubay ra. menjawab:"Bukankah Anda pernah melewati jalan yang penuh duri?""Ya.", jawab Umar."Apa yang Anda lakukan saat itu?""Saya bersiap-siap dan berjalan dengan hati-hati.""Itulah taqwa."

Dengan erti yang lain kita hendaklah mempersiapakn diri kita dengan kepatuhan dan ketaatan kepada segala titah perintah Allah dam segala espek kehidupan kita dan meninggalkan segala tegahan dan laranganNya .

Sebagai suami dan ketua rumah tangga nilai Taqwa perku kuat dalam diri kita kerana kita bakal mencorak dan mentadbir isi rumah kita dengan menunaikan segala macam tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.

Tanggungjawab menyediakan makanan dari sumber yang halal, pakaian yang menutup aurat, keselesaan tempat tinggal dan kenderaan,pendidikan dan kasih sayang merupakan aset yang terpenting yang wajib kita lunaskan terhadap mereka namun disana ada satu perkara yang sering kita lupakan iaitu sentiasa perihatin terhadap kepatuhan kepada perintah Allah dalam soal ibadah isteri dan anak-anak.

Apakah kita yakin kita akan lepas dari seksaan Neraka Allah yang Maha Pedih dan mengazabkan itu? kita jangan menjadi hipokrit semata-mata kita sudah solat namun pastikah isteri kita dan anak-anak kita dirumah juga sudah menunaikan ibadah solat?

Kita smart berbaju kemeja atau tshirt dan berseluar panjang menutup aurat tetapi kenapa dibiarkan isteri dan anak dara kita mendedahkan auratnya? Rambut kita disisir rapi begitu juga rambut isteri dan anak dara kita disisir rapi tetapi menjadi tatapan umum dan berwarna-warni lagi. Terlihat juga nak bujang kita berseluar pendek lah dia bersinglet lah dia bersubang lah dia dan macam-macam lagi.

Jika situasi ini berlaku persoalan yang wajar kita timbulkan dimana nilai Taqwa dalam rumah tangga kita?

Tidak kah kita impikan kebahagian yang hakiki yang disebut sebagai Rumah ku Syurga ku dan tidak kah kita ingat peringatan Allah kepada kita

" wahai orang-orang yang beriman, peliharah dirimu dan keluargamu dari seksaan api neraka".... Wallahualam...

Selasa, 5 Januari 2010

Ape Cerita ?

Pada satu hari ada tiga orang sahabat sedang rancak berbual di kedai mamak disebuah tempat di atas kayangan.

Ketiga-tiga sahabat ini kebetulanya terdiri dari 3 dari bangsa dan keturunan serta agama yang berbeza namun atas konsep 1 kayangan mereka hidup aman damai dan harmonis dalam kelompok masyarakat mereka.

Dalam rutin harian biasa mereka menjalani aktiviti macam orang kebanyakan, bekerja, bermasyarakat dan bersosial serta berpolitik dan sebagai mana layaknya.

Sedang asyik berbual sambil minum teh tarik pekat manis tiba-tiba si Ah Chong melihat jam tangan sambil berkerut dahinya lalu dia bingkas bangun serta merta dan ingin meninggalkan teman-temanya minum sambil berkata " maaf bro, wa kena pi Tokong nak sembahyang...."

Lantas si Mail Kedaung bertanya " hang nak pi sembahyang ?

Ye ! jawab si Ah Chong....

"Hang sembahyang sembah sapa "? tanya Mail Kedaung

"Wa sembahyang sembah Allah meh"....jawab Ah Chong dengan penuh yakin

Ok ! kata si Mail Kedaung

"Eh ! Bala hang tak pi sembahyang juga ker? tanya Mail Kedaung kepada si Bala yang berketurunan india...

"Nak pi juga petang nanti kat Kuil hujung kampung tu"...kata si Bala....

"Saja nak tanya....aku tengok tu banyak patung-patung kat kuil hindu tu tapi hang sembahyang sembah saper ha" !...soal si Mail Kedaung lagi...

"Aku pun sembahyang sembah Allah juga !...tegas si Bala

"Alamak !!! apa dah jadi ni... rungut si Mail Kedaung sambil tepuk kepala keheranan.

"Si Ah Chong sembah Allah, si Bala pun sembah Allah, aku dan orang islam pun sembah Allah....takan lah tuhan yang aku sembah sama macam tuhan yang depa sembah"...rungut si mail Kedaung.

"Habis tu ape beza aku dengan depa" ? soal si Mail Kedaung dalam benak fikiranya...

"Pasai apa jadi lagu ni "? rungut si Mail Kedaung.. "ni mesti ada yang tak kena"...... rungutnya lagi.

Setelah puas berfikir akhirnya barulah Mail Kedaung ingat pada zaman dahulu ada sebuah negeri di bawah bayu sana telah membenarkan kelompok bukan Islam menggunakan Kalimah Allah yang dibuat oleh sistem kehakimanya yang koyak rabak demi memuaskan nafsu pihak-pihak yang berkepentingan.

Moral : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya....mungkin akan menjadikan seketsa diatas berlaku pada satu hari nanti jika tidak diambil tindakan sekarang.

Isnin, 4 Januari 2010

Hari pertama persekolahan

Alhamdulillah hari ini adalah hari pertama persekolahan sesi 2010. Kedua-dua anak ana mulai bersekolah. Sesi pagi keduanya bersekolah di Sekolah Rendah Agama Taman Universiti dan sesi petang di Sekolah kebangsaan taman Universiti.

Ana cukup berasa sedih dan teruja melihat anak-anak sejak awal pagi bersiap dengan pakaian sekolah dan penuh bersemangat dan ana sendiri mengalirkan air mata gembira dan yang bercampur hiba kerana bila anak mula bersekolah bermakna diri ini sudah tua lah maksudnya.

Apa yang penting adalah kita sebenarnya memikul amanah Allah terhadap pendidikan anak-anak. Kita wajib memberikan pendidikan yang sempurna dengan memberikan didikan agama dan kademik yang secukupnya kepada mereka.

Ana juga turut kesal dan sedih dengan sebahagian besar dari ibu-bapa yang telah gagal menghantar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah-sekolah agama dan hanya mementingkan pendidikan akademik semata-mata.

Tidakah mereka merasa bertanggungjawab untuk memberikan didikan agama yang sempurna dan tidakakah mereka takut terhadap tuntutan anak diakhirat kelak kerana tidak memberikan pendidikan agama kepada mereka.

Apa agaknya jawapan kita jika kita dipersoal dan dituntut oleh anak-anak diakhirat kenapa kita tidak memberikan didikan agama kepada mereka?

Apakah juga kita tidak teringin melihat kejayaan anak-anak kita dalam kedua-dua bidang. Tidakah kita mahu melihat anak kita menjadi seorang doktor tetapi seorang doktor yang hafiz al-Quran? seorang engeniar yang alim dan sebagainya.

Kita tidak akan mampu melihat kejayaan itu serentak jika diperingkat awal lagi kita tidak berusaha untuk memberikan didikan agama kepada mereka.

Fikir-fikirkanlah....Wallahualam