Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 19 September 2008

PASAK

MUKADIMAH 1
Modul Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Mu’jizat Sains dalam al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah (PASAK) direkabentuk khusus untuk memperkukuhkan kaedah pengajaran akidah yang lazim digunakan oleh para guru dan da’i. PASAK mengemukakan al-Quran sebagai mu’jizat teragung yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhamad s.a.w. Walaupun ramai orang Islam mengetahui dan memahami maksud mu’jizat, namun al-Qur’an sebagai mu’jizat teragung yang diberikan kepada Nabi Muhamad s.a.w. oleh Allah s.w.t. tidak dapat dirasai kehebatannya oleh manusia khususnya orang-orang Islam kecuali jika al-Qur’an dibaca, dikaji dan difahami isi kandungannya.
.

TAKRIF MU’JIZAT
Mu’jizat ditakrifkan sebagai fenomena luarbiasa yang ditunjukkan oleh nabi kepada mereka yang ada bersama-sama dengan nabi ketika itu. Mu’jizat diberikan oleh Allah s.w.t. kepada para nabi untuk meyakinkan mereka yang ada bersama-sama dengan nabi, sama ada mereka yang telah beriman atau yang belum beriman kepada Allah bahawa risalah yang dibawa oleh para nabi adalah benar dan seterusnya menjadi yakin kepada semua ajaran nabi tersebut. Sebagai contoh Nabi Musa a.s. yang berhadapan dengan tukang sihir-tukang sihir Firaun rasa gementar apabila melihat mereka menukar tali temali menjadi ular. Allah s.w.t. telah memerintahkan Nabi Musa a.s. mencampakkan tongkatnya lalu tongkat tersebut menjadi ular yang lebih besar. Apabila tukang sihir-tukang sihir Firaun melihat mu’jizat Nabi Musa tersebut, mereka beriman kepada Nabi dan sanggup menghadapi hukuman Firaun yang mahu menjemur mereka di atas pokok tamar sehingga mati kecuali mereka menolak kebenaran nabi Musa a.s. Nabi Isa a.s. juga diberikan mu’jizat oleh Allah s.w.t. Nabi Muhamad s.a.w. diberi dua jenis mu’jizat iaitu mu’jizat yang berbentuk pancaindera dan mu’jizat al-Qur’an.
KESAN MODUL PASAK
Kesan modul PASAK kepada para peserta amat mendalam sekali. Komen-komen para peserta program ini dari seluruh negara boleh dibaca dalam laman web yang alamat URL ditunjukkan dalam bahagian awal brosur ini. Anda boleh melayari laman web inidan nembaca maklumat yang ada.


Al-QUR’AN MU’JIZAT TERAGUNG

Antara mu’jizat al-Qur’an ialah mu’jizat dari segi sains. Al-Qur’an mengandungi pernyataan-pernyataan sains yang dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dan jelas apabila alat-alat teknologi canggih dicipta. Ketika al-Qur’an diturunkan manusia tidak mempunyai maklumat yang jelas tentang perkara tersebut. Allah s.w.t. telah berjanji untuk menunjukkan kepada manusia tentang kebenaran al-Qur’an seperti dalam firman Allah s.w.t. dalam Surah Fusilat 53.
Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda kami di ufuk-ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa ia (al-Qur’an) adalah benar...

MATLAMAT JANGKA PANJANG
MODUL PASAK

Matlamat modul PASAK ialah untuk memperkukuhkan akidah seseorang terhadap al-Qur’an dan sunnah Nabi Muhamad s.a.w. Dengan keyakinan terhadap kebenaran al-Qur’an dan sunnah Nabi Muhamad s.a.w. seseorang akan berusaha mendekatkan diri kepada tuhan dan melaksanakan segala suruhannya dan menjauhi larangannya.

MATLAMAT JANGKA PENDEK
Matlamat jangka pendek Modul PASAK adalah:
Mengukuhkan imanMenyedari kepentingan membaca danan

Meyakini bahawa al-Qur’an perlu dikaji isi kandunganya.
Meyakini bahawa al-Qur’an adalah perlembagaan hidup (dustur al-hayat)
Menyedari bahawa sains dan agama Islam tidak dapat dipisahkan
Menyedari bahawa umat Islam perlu mempelajari dan mengungguli dalam bidang sains.

MATLAMAT JANGKA PANJANG
· Membina akhlak Masyarakat
· Menjadikan masyarakat yang mengungguli bidang sains.

KANDUNGAN MODUL PASAK
Modul PASAK disusun mengikut turutan yang selari dengan kehendak Islam. Di antara kandungan Modul PASAK ialah:

Mu’jizat
Takrif mu’jizat, siapa yang diberi mu’jizat.
Fungsi mu’jizat, mu’jizat para nabi.
Mu’jizat hissi dan mu’jizat ma’nawiyy . Contoh-contoh mu’jizat hissi seperti yang diberikan kepada para nabi.
Mu’jizat teragung Rasulullah s.a.w. iaitu al-Qur’an. Hadith-hadith berkaitan dengan al-Qur’an sebagai mu’jizat teragung.
Mu’jizat dari sudut bahasa. Kesah Walid Bin Mughairah, tokoh sasterawan Jahiliyyah yang mengakui kehebatan al-Qur’an tetapi menarik balik perakuan tersebut setelah mendapat desakan Abu Jahal
Kesah Saidina Omar yang terpesona kepada al-Qur’an lalu menganut agama Islam.
Kesah tokoh-tokoh intelektual Barat masa kini seperti Professor Jefry Lang, Aminah as-Silmi, Dr. Murice Buccaille, Prof. Dr. Athur Allison Abdullah, Yusuf Islam dan lain-lain terpesona dan menganut Islam setelah membaca al-Qur’an.
SAINS DALAM AL-QUR’AN

Modul PASAK merangkumi dua tajuk penting yang berkaitan dengan ayat-ayat Allah di ufuk-ufuk dan juga ayat-ayat Allah pada diri manusia sendiri.

Ayat-Ayat Allah di Ufuk-Ufuk

Di antara kandungan bahagian ini ialah:
· Susunan surah-surah al-Quran yang membentuk Khat Allah dan Muhammad
· Kekunci al-Quran
· Kejadian alam semesta, iaitu bagaimana permulaan alam dari suatu yang padu, alam yang sedang mengembang dan pengecutan semula alam dijelaskan oleh al-Qur’an.
· Kejadian alam dari bentuk ”asap”
· Lautan dalam yang gelap gelita mengandungi ombak yang berapis ombak.
· Air daripada dua lautan yang tidak bercampur
· Air tawar dari sungai yang tidak bercampur dengan air masin di lautan
· Permukaan bumi yang paling rendah.
· Kesukaran bernafas apabila naik ke atas langit
· Bunga mawar merah di langit
· Sumber bahan api dan proses pembakaran
· Air sebagai bahan asas pembinaan makanan dalam tumbuh-tumbuhan
· Kejadian organisme hidup daripada air
· Gunung ganang sebagai pasak bumi
· Air hujan yang turun tersimpan dalam bumi
· Tamadun Kaum Iram di Yaman
· Awan mendung mempunyai kawasan yang sejuk.
· Bumi berbentuk sfera
· Bumi berpusing
Ayat-Ayat Allah Pada Diri Manusia

Di antara kandungan bahagian ini ialah”

Proses kejadian manusia dalam rahim ibu.
Penentuan jantina.
Fungsi kulit manusia sebagai organ deria
Fungsi bahagian otak dalam perancangan seseorang
Cap jari manusia
Kedudukan mata(uyun),telinga(uzun) dan kalbu (qulub), kedudukan pendengaran (sam’aa), penglihatan (absar) dan hati (Fu’ad).

Tajuk-tajuk yang dinyatakan ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an dan ini menjadi bukti bahawa al-Qur’an bukan daripada manusia atau makhluk-makhluk yang lain, bahkan ia dari Allah s.w.t.

MU’JIZAT SAINS DALAM SUNNAH NABAWIYYAH

Sunnah Nabawiyyah juga mengandungi banyak mu’jizat sains. Mu’jizat sains dalam Sunnah Nabawiyyah juga menunjukkan kebenaran Rasullah s.a.w.

PENUTUP
Ayat-ayat al-Qu’an yang dikemukakan dalam Modul PASAK menjadi satu bukti kebenaran al-Qur’an seperti yang disebutkan oleh Allah s.w.t. dalam Surah Fusilat ayat 53. Menurut hukun logik, olehsebab semua ayat al-Qur;an yang menyatakan tentang fenomena alam telah dibuktikan kebenarannya, maka semua ayat al-Qur’an pasti kebenarannya.
*** artikel ini adalah nota seminar "Keajaiban Al-Quran Dan Sains" oleh Prof. Dr Hj Mohd Arif Hj. Kasmo. Pensyarah Fakulti Pengajian Umum UKM Bangi pada 18 September 2008 bertempat di Surau Al-Muttaqin Taman Equine sejurus selepas Solat Tarawikh

Jumaat, 12 September 2008

Kesilapan Kerap Muslim di bulan Ramadhan

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.
Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Ust Hj. Zaharuddin Abd Rahman

Rahsia Puasa Ramadhan

Rahsia Puasa yang dipetik dari kitab Bahrul Mazi

Disebutkan oleh para alim ulama akan rahsia puasa itu beberapa perkara:

1. Mensedikitkan makan dan minum dan mengurangkan dia masuk didalam nikmat kelazatan untuk membezakan kekuatan cara kebitanangan.

Kerana puasa itu juga akan mensuburkan roh yang ikhlas dan naik tinggi kekuatan ikhlas seumpama malaikat yang dihiaskan mereka itu dengan beberapa sifat yang terpuji.

2. Berperangai orang mukmin pada setengah waktunya dengan beberapa perangai daripada perangai orang yang percaya akan Allah Taala, dan menyerupainya atas kadar seboleh-bolehnya dengan Malaikat yang Muqarabin daripada Allah Taala pada sifatnya yang suci daripada sekalian keinginan nafsu pada menegahkanya dan bersuci daripadanya.

3. Membiasakan dirinya sabar dan tetap hati atas menderita menahan diri daripada mengerjakan segala keperluan hidup yang sebelumnya dihalalkan, seperti makan, minum, berjima’ dengan isteri dan lain-lain kerana orang yang puasa itu memberati dirinya menjauhkan daripada cinta hati yang kuat kepada keduniaan dan mempamerkan sifat sabar yang cemerlang.

4. Mengingatkan hamba dengan sifat kehinaan dan kemiskinan orang lain kerana datangnya perasaan pada pertengahan puasanya berhajat kepada sedikit makanan dan minuman dan berhajat kepada sesuatu yang hina dengan dia.

5. Memelihara dirinya daripada melakukan sebarang dosa.

6. Mentarbiyah orang-orang yang kaya dan berada untuk menolong dan membantu orang-orang fakir, miskin untuk menghindarkan si fakir dan si miskin itu penderitaan akibat dari kelaparan serba kekurangan.

7. Menerangkan hati dan menajamkan fikiran, kerana sabda Nabi SAW “basangsiapa yang lapar perutnya maka lapanglah fikiranya dan teranglah hatinya” dan SabdaNya lagi “ bermula asal penyakit itu dari perut dan berpantang itu adalah asal kepada penawarnya”

Luqman Al-Hakim berkata menasihati anak-anaknya “ wahai anakku apabila penuh perutmu dengan makanan dan cukup kenyangnya nescaya kelamlah fikiranmu, dan tuli hikmatnya dan jadi malas anggota daripada berbuat ibadat, maka kebersihan hati dan kehalusan fakir itu dengan sebab kedua-duanyalah dapat kesedapan munajat dan memberi bekas dengan sebab zikir”.

Taqwa Dari Ramadhan

“wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana ia diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa kepada Allah SWT”.

Ayat diatas jelas menegaskan bahawa perkara asas yang ingin dicapai melalui ibadah puasa yang diardhukan ini ialah taqwa. Tanpa taqwa ertinya ibadah puasa yang dilakukan oleh kita ini tidak mencapai objektif yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Maksud yang seerti denganya ialah puasa kita gagal apabila mendapatkan taqwa melalui aktiviti puasa disepanjang Ramadhan. Sebab semua orang memahami bahawa kejayaan dalam sesuatu kerja ialah melihat kepada hasil atau objektif perlaksanaanya sejauh mana ia berhasil dicapai. Inilah yang biasa disebut sebagai “management by objective”

Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili didalam Tafsir-Al-Munir, ketika menatafsirkan ayat ini menyebut bahawa ibadah puasa melahirkan ketaqwaan kepada allah melalui beberpa factor:

1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada allah, dalam keadaan tersembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah. Seseorang boleh makan dan minum semahunya kemudian berpura-pura lapar dihadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah. Justeru Allah adalah Tuhan yang Maha Mengetahui.

2. Mengekang keterlanjuran syahwat dan meringankan pengaruh serta penguasaanya. Lantaran puasa melemahkan gelora dan gejolak nafsu.

3. Mencetus naluri yang peka dan sensitive dan bersifat belas simpati terhadap insane lain. Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan kurang bernasib baik.

4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang-orang kaya dan miskin di sisi Allah.

5. Meletakkan kehidupan insane dan pengurusanya di atas system yang benar-benar dan menepati fitrah dan mendisiplinkanya.

6. Memulihkan struktur dalaman tubuh, menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsure yang memudaratkan jasad.

Definasi TAQWA : kalimah taqwa asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.

Menurut istilah Syarak, Taqwa bererti : "menjaga dan memelihara diri dari seksa dan murka Allah dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya serta menjauhi perbuatan maksiat".

Rasulullah SAW pernah menjelaskankan hakikat taqwa dengan sabdanya bermaksud: “mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupakanNya dan bersyukur kepadanya dan tidak mengkufuri nikmatNya”

Dunia kini amnya dan Negara kita khasnya, dilanda kehancuran peradaban insaniyyah sehingga hilang sifat perikemanusiaan sebaliknya sifat perikebinatangan menguasai minda sebahagian besar umat manusia.

Menyedari reality dunia dan ummah hiri ini, marilah kita mengambil kesempatan dari ibadah puasa yang sedang kita tekuni sebulan di bulan Ramadhan untuk membina syaksiyah muslim yang berjuang dan bertaqwa dengan berusaha mendidik jiwa, minda dan seluruh pancaindera kita agar tunduk dan patuh kepada Allah, serta siap untuk menjunjung tinggi segala tanggungjawab mempertahan dan memperjuangkan islam yang syumul.

Wallahualam. Ust Reza Al-Banjari.

Khamis, 11 September 2008

Perang Badar Al-Kubra

Muqaddimah:
Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.
Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.
Sejarah :
Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.
Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.
Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.
Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat.
“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari.”
Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian ia masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.
Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.
Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal. Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, yaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan. Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad. Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini. Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.
Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat ynag perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasul. Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka. Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.
Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khawatir kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri. Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa asal mulanya berangkat dari madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas jalan ke Makkah. Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang berperasaan
Angkatan Unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.
Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad S.A.W mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:
“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”. Diikuti pula dengan Umar r.a. Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :
“Ya Rasulullah, teruskanlah pada barang apa yang Allah telah perintahkan pada Tuan! Maka kita serta Tuan. Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada Tuan seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. “Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua. Kita sesungguhnya akan duduk termenung saja.”. Akan tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan bersama Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama Tuhan Tuan. Kita sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan. Kita ikut berperang. Demi Allah, jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama Tuan daripada yang lainnya. Kita akan berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.
Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Anshar. Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin. Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang lain.
Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya. Pada saat itu juga Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :
“Sebagai Tuhanmu(Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumhamu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci. Mereka membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya”
(Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)
Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada seluruh tenteranya:
“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,”
Mendengar perintah Rasulullah S.A.W yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.
Dipihak Quraisy pula ada beberapa kocar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke Makkah.
Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :
“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.”
Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahwa Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah janjikan.
Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh. Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah. Dan dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah. Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar.
Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas.
Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri tentera Islam. Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.
Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh dengan mendadak sebagai orang pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi tidak berapa minit, Beliau bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang ertinya :
“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu. Ini Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya berdebu.”
Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.
Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.
Di Madinah pula, Rasulullah memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan keatas orang tawanan perang. Rasulullah juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan. Sehingga orang tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan. Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar.
Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah. Ada pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam. Setelah lam berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing. Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham. Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telha dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.
Hikmah didalam peperangan Badar
Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telh mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.
Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secar langsung telah member pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telha berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam
Kesimpulan
Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan tektik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.

Buku-buku rujukan

Abu Muhammad Abdul Malik Bin Hisyam Al-Maufiri
Perang Badar Al-Kubra dar sirah Nabawiyah Ibnu Hasyim

Sabtu, 6 September 2008

Manusia Iblis

Saudara saudari buatlah penilaian dan tafsiran sendiri. Gambar ni saya ambil dari blog Kerenah Dunia. Moga ia memberikan keinsafan kepada kita sekelian.







Jumaat, 5 September 2008

Zakat Fitrah

Saya terpanggil untuk turut mengulas kadar zakat fitah yang dikatakan naik di semua negeri kecuali di Selangor sekarang ini.
Pertamanya kita sewajarnya melihat kepada waqi' semasa yang berlaku sekarang ini dan saya merasakan amat tidak wajar jika pihak penguasa agama juga seperti peruncit lain yang turut menaikkan harga barang ekoran dari kenaikan gas petrol sebelum ini. Kini harganya sudah diumumkan turun dan akan turun lagi pada sedikit masa lagi.
Masalahnya ialah kenaikan harga beras dipasaran yang diambil kira oleh pihak berkuasa agama, namun tidakah mereka menilai dan melihat bahawa adakah rakyat terbanyak tidak terkesan dengan kenaikan harga beras itu.
Persoalanya, sekerap manakah pihak berkuasa agama seperti lembaga zakat di peringkat negeri-negeri dan di daerah-daerah turun padang menyelusuri kehidupan rakyat diperingkat bawah sedang sebenarnya mereka TIDAK TURUN PADANG tetapi sekadar menerima sahaja laporan dari penolong-penolong amil di peringkat kariah masing-masing sedangkan sebenarnya amil-amil itu juga tidak tahu apa penderitaan anak kariahnya sendiri.
Saya mengambil contoh kehidupan di sebuah kampung di Jerantut Pahang. Kebanyakan penduduknya bekerja sendiri dengan berkebun dan saya melihat mereka memilih untuk makan nasi dari beras hancur yang tidak tahu saya apa greadnya, maknanya beras yang paling murah, sedangkan kadar zakat fitrah dikira dari gread tinggi atau mungkin sederhana. Patutkah begitu?
Katakanlah di Sabah kadarnya tahun ini RM7.70, Pahang juga tinggi dengan kenaikan RM2.50= RM 7.30, Terengganu naik antara RM1.50-RM2.50 iaitu RM 6,RM7,RM8 berbanding tahun lalu RM 4.50 RM5.00 RM5.50. negeri lain juga mencatatkan kenaikan seperti Melaka RM6.30 Negeri Sembilan RM6.50, Johor RM6.50, Kelantan RM7.60, Pulau Pinang RM7.30 dll.
Bukan maksud saya untuk mempersoalkan kenaikan itu tetapi wajarkah sekarang kerana sebenarnya kenaikan harga bekalan beras itu sebenarnya berpunca dari kelemahan kerajaan pusat dan sepatutnya bila harga gas diturunkan harga bahan bekalan seperti beras juga wajar turun.
Wallahualam saya hanya melontarkan apa yang sepatutnya direnungkan bersama tetapi tangagungjawab membawar zakat Fitrah adfalah kewajipan kita.

Rabu, 3 September 2008