Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Ahad, 16 Ogos 2009

Wabak H1N1. Apa Saranan Nabi ?

Dewasa ini negara kita telah diserang dengan ketakutan akibat dari penularan wabak H1N1 yang telah meragut 62 korbanya sehingga jam 6.00 petang 16 Ogos 2009.

Pelbagai pihak mendesak agar kerajaan melalui Kementerian Kesihatan ( MOH ) untuk bertindak dengan lebih agresif dan sekurang-kurangnya perintah darurat dikeluarkan atau sesuatu yang wajar.

Perintah berkurung atau kuarantin perlu diambil apabila kita diterjah oleh sesuatu wabak seperti H1N1 ini berdasarkan beberapa peringatan dan hadis-hadis Nabi SAW.

Rasulullah SAW telah memperingatkan kita tentang hal ini antaranya ;

عن أسامه بن زيد أن النبي صلى الله عليه وسلم ذكر الطاعون فقال : بقية رجز او عذاب أرسل على طا~فة من بني اسرا~يل فاذا وقع بأرض وانتم بها فلا تخرجوا منها واذا وقع بأرض ولستم بها فلا تهبطوا عليها ( حسن صحيح

Daripada usmah bin Zaid, bahawasanya Nabi SAW menyebut akan thaun, maka sabdanya: Baki dosa atau azab yang diutuskan atas satu puak daripada Bani Israil, maka apabila ia berlaku pada satu bumi ( tempat ) dan sekelian kamu menghadapnya, maka janganlah kamu keluar dari tempat itu dan apabila ia berlaku di tempat kamu dan kamu tiada didalamnya, maka janganlah kamu masuk ke dalamnya ( ketempat itu ).

Sedarlah bahawa hadis ini mengingatkan kita apabila kita ditimpa dengfan sesuatu wabah yang mudah merebak seperti H1N1 ini maka kita sudah ditegah untuk keluar dari kawasan yang terkena wabak itu dan kita juga dilarang masuk atau mengunjungi tempat yang terkena wabak tiu, maka boleh lah kita fahami bahawa larangan ini bermaksud kaedah kuarantin ini adalah satu tindakan yang wajar diambil oleh pihak kerajaan.

Para ulama muhaqqiqun menyatakan bahawa thaun itu adalah merupakan suatu wabak dan tiap-tiap wabak itu adalah thaun ( lihat : syarah Muslim, mukasurat 51 juzu' 9 )

Imam Nawawi berkata dalam Syarah Muslim : sesungguhnya telah datang daripada Ibnu Masud, katanya : Thaun ( wabak ) itu adalah fitnah keatas orang yang bermukim dan atas orang yang lari ( atau keluar ). Adapun fitnah atas orang yag lari ( keluar ) , maka iaitu ia berkata : lari 9 keluar ) aku maka lepaslah aku dari thaun ( wabak ) itu...

Dan adapun fitnah atas orang yang bermukim, maka katanya : bermukimlah aku, maka matilah aku. Padahal yang sesungguhnya lari 9 keluar ) sesiapa yang belum sampai ajalnya, dan bermukim sesiapa yang cukup ajalnya. ( syarah Muslim, muka surat 52 juzu' 9 )

Dari keterangan tersebut kita boleh membuat kesimpulan mudah iaitu pihak kerajaan melalui MOH sewajarnya sudah menambil tindakan menutup sekolah atau IPT/IPTS dan kawasan-kawasan yang wajar untuk menyekat penularan wabak ini dan sewajarnya juga bagi individu yang telah dijangkiti wabak ini dikuarantin dan dipantau sewajarnya.

Bagi orang yang dikuarantin mereka kena jelas terhadap perintah itu iaitu mereka sebenarnya dilarang untuk keluar dari pusat kuarantin dan orang yang tidak dijangkiti haram ia menjengah atau masuk ke kawasan atau rumah orang yang dikuarantin itu. wallahualam

Tiada ulasan: