Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Khamis, 31 Julai 2008

Makan Kangkung ?

ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?
Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung Saya mendapat cerita ini dari seorang teman.
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea .
Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh. Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.
Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula. Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya.
Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.
Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia.
setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya.
Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersihkan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya.
Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung. .
Best Regards, Dr. Norni Abdullah, Psychiatrist, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, 42500 Klang, Selangor. Tel : +60333756279 Fax : +60333729089

Kisah Teladan

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

Jumaat, 25 Julai 2008

Hadis Pilihan Dari Hadis Akhir Zaman

Hadis Nabi SAW yang menceritan penyebab "Bala" Allah akan ditimpakan kepada sesebuah masyarakat. Sehubungan dengan itu saya nukil kan kembali hadis ini sebagai peringatan dan pengajaran kita moga ia memberikan iktibar yang menginsafkan setiap pembaca dalam blog ini.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ;" apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala' pasti akan turun kepada mereka ;
1. Apabila harta negara hanya berlegar pada orang-orang tertentu,
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan / kekayaan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami menuruti kehendak isterinya.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawanya.
7. Dan ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan didalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatanya.
11. Arak sudah diminum dimerata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh orang lelaki.
13. Para artis dijanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat ( menyalahkan ) generasi pertama ( sahabat-sahabat Nabi ). maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau terkena gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain.
Hadis riwayat At-Termidzi.
Keterangan ringkas : Dunia pada hari ini telah berbuat dan melakukan apa yang telah disabdakan oleh Nabi saw ini cuma masih belum sampai kepada keperingkat akhir yang bakal menerima bala' seperti yang dinyatakan oleh Nabi seperti diatas.
Negara kita sebenarnya memperlihatkan kesemua 15 perkara itu telah terang dan nyata berlaku dalam kelompok masyarakat kita umat islam dari kelompok bangsa Melayu.
Dari apa yang kita dapat fahami dari keterangan dalam hadis ini maka layaklah kita sebenarnya ditimpakan bala' itu namun barangkali masih ada lagi dalam masyarakat kita para alim ulama dan tok-tok guru yang alim dan makbul doa mereka menyebabkan terhalangnya bala' itu menimpa kita.
Justeru marilah kita menginsafi segala durja dan maksiat yang pernah kita lakukan samada yang kita sedari atau tidak dan kembali kita bertaubat dan beristigfar kepada Allah swt mudah-mudahan kita diberi keampunan dan hidayahNya. Amin ya Rabbalalamin......ust reza

Ada Apa Dengan Bulan Rejab

Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:
1. Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2. Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3. Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4. Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat sepuas-puasnya.Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
1. Hijrah Pertama Dalam Islam
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
2. Israk dan Mikraj
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.
3. Peperangan Tabuk
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4. Pembebasan Baitul Maqdis
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5.Lahirnya Imam Syafie RH
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

Khamis, 24 Julai 2008

Isra' & Mikraj - Roh dan Jasad

IMAM Nawawi seorang tokoh perundangan dalam Islam, menyatakan dalam kitabnya Syarah Muslim: Perkara sebenar yang telah disepakati sama ada oleh ulama fiqh (fuqaha), ulama ahli hadith (muhaddithin) dan ulama ilmu kalam atau ilmu tauhid (mutakallimin), begitu juga para sahabat (atsar) dan para ulama dahulu dan mutakhirin, bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diisrak dan dimikrajkan oleh Allah SWT dengan roh dan jasadnya sekali. Begitu juga Al Imam Ibnu Hajar mempunyai pendapat yang sama dalam perkara tersebut.
Menurut Imam Nawawi, tiada alasan untuk menolak hakikat Israk Mikraj Nabi S.A.W dengan roh dan jasadnya sekali, kerana peristiwa Israk dan Mikraj agung itu bukan atas usaha ikhtiar Nabi s.a.w sendiri, sebaliknya Nabi s.a.w menghebahkan kepada orang ramai bahawa baginda telah diisrak dan dimikrajkan oleh Allah SWT bersama malaikat Jibril. Kenderaan yang disediakan oleh Allah SWT bernama buraq iaitu kenderaan yang dicipta dari cahaya. Buraq kenderaan khusus untuk suatu pengembaraan Nabi s.a.w dalam perisitiwa bersejarah diisrak dan dimikrajkan ke langit. Ini bermakna bahawa Israk Mikraj adalah suatu peristiwa di luar kemampuan Nabi s.a.w untuk melakukannya, sebaliknya ia dikehendaki oleh Allah SWT berlaku ke atas diri Nabi s.a.w dengan dibantu oleh malaikat Jibril.
Allah SWT melalui firmanNya dalam ayat pertama surah Al Isra', menjelaskan tentang peristiwa Israk memulakan dengan kalimah Subhana "Maha Suci Allah." Ertinya, Allah SWT itu Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Sekalipun peristiwa Isra Mikraj itu perkara luar biasa(ajaib) di sisi akal manusia, tetapi bagi Allah SWT Yang Maha Suci dari sifat kelemahan, maka Dia boleh melakukan apa jua perkara pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.
Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar Nabi s.a.w bermimpi pergi ke Baitul Muqaddis dan juga mimpi naik ke langit, maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda Nabi s.a.w, kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bukan Nabi Muhammad sahaja yang boleh bermimpi naik ke langit, bahkan orang yang bukan taraf nabi pun boleh bermimpi serupa itu juga.
Apabila kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku kepada roh dan juga jasad Nabi Muhammad s.a.w ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa Nabi diisrak dan dimikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Bukannya bermimpi pergi ke langit, kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa kerana mimpi bukan isu yang patut dipertikaikan.
Sekiranya Nabi Muhammad s.a.w itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja, maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy cabar Nabi untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menerangkan rupa bentuk masjid Al-Aqsa serta jumlah pintu, tiang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut. Jika hanya dengan bermimpi, tidak mungkin Nabi s.a.w mampu menjawab semua soalan kaum musyrikin yang mengkehendaki Nabi Muhammad menjawab dengan lengkap keadaan rupabentuk masjid Al-Aqsa itu.
Pertanyaan kaum musyrikin mengenai keadaan rupabentuk masjid Al- Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap, kerana mereka yakin seratus peratus bahawa Nabi s.a.w tidak pernah menjejakkan kaki ke Baitul Muqaddis. Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul, maka kaum musyrikin menjadi panik dan kebingungan. Mereka tahu bahawa Muhammad s.a.w sebelum peristiwa yang menggemparkan itu, sememangnya tidak pernah pergi ke Baitul Muqaddis, tetapi mereka hairan bagaimana Nabi boleh menjawab semua pertanyaan berhubung masjid Al-Aqsa itu.
Mereka telah hilang punca, kecuali mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi adalah seorang ahli sihir, bagi mereka hanya ahli sihir sahaja yang boleh berbuat demikian.
Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi s.a.w tentang rupabentuk masjid Al-Aqsa, kerana Nabi s.a.w sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril untuk menunaikan solat dua rakaat. Setelah selesai solat, Nabi s.a.w telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman, satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu, Nabi s.a.w mengambil bejana yang mengandungi susu, dan tindakan Nabi memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril kerana menepati fitrah manusia. Sesi minuman itu dalam masa yang singkat, selepas itu Nabi s.a.w naik ke langit bersama Jibril dengan kenderaan Buraq.
Tidak terfikir oleh Nabi s.a.w untuk melihat persekitaran masjid Al-Aqsa, jauh sekali hendak mengingat jumlah pintu dan jumlah tiang serta lain-lain perkara yang berhubung masjid Al-Aqsa. Bagaimanapun Allah SWT tidak membiarkan Nabi dan RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba hendak memalukannya. Ketika Nabi Muhammad agak termangu dengan pertanyaan puak musyrikin, Allah SWT datangkan Masjid Al-Aqsa ke hadapan Nabi s.a.w yang sedang berdiri pada HIjir Ismail. Justeru itu Nabi dapat melihat masjid Al-Aqsa dengan jelas, sehingga begitu mudah Nabi menjawab semua pertanyaan puak musyrikin dengan tepat.
Kejadian Israk Mikraj yang berlaku kepada Nabi s.a.w sememangnya suatu peristiwa yang sukar untuk difahami oleh akal dan fikiran manusia secara biasa. Persoalannya bagaimana Nabi naik ke langit dengan kenderaan Buraq yang terdedah kepada persekitaran angkasa lepas, ia boleh membahayakan fizikal manusia biasa. Nabi menempuhnya tanpa sebarang persiapan untuk maksud tersebut, sebaliknya Nabi s.a.w diarah oleh Tuhan secara mendadak untuk misi
Israk dan Mikraj ke langit yang ditemani oleh malaikat Jibril.
Bayangkanlah, ketika manusia mencipta kapal terbang untuk pengangkutan udara, mereka terpaksa mengkaji bertahun-tahun untuk membolehkan manusia berada dalam pesawat udara pada kadar ketinggian tertentu dan masa yang agak lama. Bukan saja keselamatan pesawat tetapi juga keselamatan penumpang menjadi keutamaan.
Tetapi Nabi s.a.w ke langit yang tertinggi iaitu ke Sidratul Muntaha dengan tidak ada kawalan fizikal, suatu tempat yang malaikat Jibril pun tidak boleh sampai padanya. Allah SWT izinkan RasulNya Muhammad s.a.w menjejakkan kaki ke tempat yang amat tinggi itu tanpa pakaian keselamatan (menurut istilah sekarang), sekadar pakaian biasa yang ada pada tubuh Nabi ketika itu.
Dengan kelajuan seperti kilat menyambar, kenderaan Buraq terdedah kepada persekitaran angkasa lepas yang tidak mampu dilalui oleh manusia biasa. Tetapi Nabi s.a.w selamat pergi dalam peristiwa Israk Mikraj itu, dan selamat pulang setelah meredah angkasa raya hanya dalam masa satu malam sahaja. Nabi s.a.w telah menjejakkan kaki ke bumi Makkah menjelang subuh.
Keadaan luar biasa itu sebenarnya adalah mukjizat Allah yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w, mukjizat itulah yang amat sulit untuk difahami. Peristiwa Israk Mikraj yang amat menakjubkan, mendorong golongan kafir musyrikin Makkah semakin hebat mempersenda Nabi s.a.w setelah gagal untuk menafikan peristiwa tersebut

Khamis, 17 Julai 2008

Liwat dan Qazaf dari perspektif Islam

Liwat dan qazaf dari perspektif Islam
Harakahdaily Thu Jul 17, 08 2:59:40 pm MYT

Tulisan ini dipetik daripada buku "Qazaf: Mangsa Fitnah" (Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001) tulisan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Buku bersifat kontemporari ini diharap dapat merungkaikan persoalan berhubung tuduhan liwat dan qazaf yang dikategorikan sebagai jenayah hudud dalam sistem perundangan Islam. -->

Mensabitkan Kesalahan Zina Dan Liwat

Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar (pengakuan) atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.

Iqrar (Pengakuan)

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):
"Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina." Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain (yakni seperti tidak melayannya), lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau gila?" Dia menjawab: "Tidak." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Adakah engkau telah berkahwin?" Dia menjawab: "Ya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): "Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia."

Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja." Dia menjawab: "Tidak. Sebenarnya saya telah berzina."

Mengikut riwayat yang lain: "Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa." Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.

Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):
"Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: "Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya." Sabda Rasulullah s.a.w. : "Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah." Wanita itu berkata lagi: "Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma'iz bin Malik?" Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah masalah engkau?" Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah benar?" Wanita itu menjawab: "Ya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersalinlah dahulu."

Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin.

Baginda bersabda: "Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu." Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: "Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah." Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu."
Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oelh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar (mengaku) berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.

Syarat-syarat iqrar

1. Orang yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Abu Daud: Kitab al-Hudud):
"Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar."

2. Pengakuan hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Ibn Majah: Kitab al-Talaq):
"Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa."

3. Iqrar (pengakuan) dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.

4. Iqrar hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma'iz bin Malik.

5. Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Menarik Balik Pengakuan

Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma'iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.

Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.

Saksi

Firman Allah (al-Nisa': 15) yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka."

Firman Allah lagi (al-Nur:4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi..."

Firman Allah lagi (al-Nur:13) yang bermaksud: "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta."

Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.

2. Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.

3. Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.

4. Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.

5. Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.

6. Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.

7. Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.

8. Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.

9. Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.
Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain (hearsay) juga tidak boleh diterima.

Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata

Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan).

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan)."

Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.

Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.

Bersumpah

Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.

Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.

Syarat orang yang melakukan zina dan liwat

Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh, yakni cukup umur mukallaf 2. Berakal3. Secara pilihan dengan tidak dipaksa4. Mengetahui pengharaman zina dan liwat5. Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)6. Berzina atau berliwat dengan manusia7. Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat

Qazaf

Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.

Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.

Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.

Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.

Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:

1. Secara sorih (berterus terang) dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.

2. Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan 'awak bukan anak kepada si anu' yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau 'awak anak daripada hasil zina' dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.

Hikmah Pengharaman Qazaf

Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.

Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.
Syarat-syarat Qazaf

Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.

Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:

1. Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh dipakai.
2. Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.
3. Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.
4. Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi mengikut hukum Islam.

Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf
2. Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta'zir.
3. Islam, mengikut jumhur para ulama.
4. 'Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.
5. Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.

Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.

Mensabitkan Jenayah Qazaf

Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:
1. Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.2. Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.

Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf

Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?

Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah (manusia) dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.
Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba (manusia), kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.

Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.

Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan (berwajib) maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.

Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.

Hak Tuduhan Qazaf

Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.

Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.

Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf (Menuduh Zina atau Liwat)

Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.

Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.

Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.

Hukuman di dunia

Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.

Firman Allah (al-Nur: 4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik."

Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:

1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.

2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.

Hukuman di Akhirat:

Firman Allah (al-Nur: 23-24) yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."

Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.

Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.- tajdid_

Ahad, 13 Julai 2008

Khutbah Jumaat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“BUDAYA MEMFITNAH MENGUNDANG BALA’ BENCANA”
( 11 Julai 2008 / 8 Rejab 1429H )


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperoleh taufik dan hidayah menjadi insan soleh yang boleh menjadi teladan terbaik kepada anak-anak, keluarga dan masyarakat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah " BUDAYA MEMFITNAH MENGUNDANG BALA’ BENCANA " .

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada masa ini muncul pelbagai isu panas dalam negara kita yang nyata telah menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam di negara ini. Antara isu panas itu ialah tuduh-menuduh mengenai perzinaan, pembunuhan, liwat, rasuah dan pelbagai perkara yang mengaibkan. Isu-isu ini masih dalam siasatan pihak berkuasa dan belum diputuskan oleh mahkamah. Apa yang nyata isu-isu ini telah merosakkan imej orang Islam dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini. Mimbar yang mulia ini bimbang pihak-pihak berkaitan akan menyebarkan pelbagai fitnah yang mengaibkan dalam usaha mempertahankan diri dan hak masing-masing.

Sehubungan itu kita perlu memberi peluang kepada pihak berkuasa menegakkan kedaulatan undang-undang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan profesional lagi adil.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar ingin mengingatkan umat Islam bahawa kita perlu menjauhi perbuatan memfitnah. Fitnah bererti menyebarkan berita palsu atau cerita yang tidak benar tentang sesuatu hal atau orang lain baik secara diam-diam atau pun secara terbuka. Berdasarkan pemerhatian, fitnah ini bukan sahaja berlaku dalam politik tetapi berlaku juga dalam rumah tangga, pejabat dan sebagainya. Ia berlaku kerana dengki, munafik, mengadu domba dan memutar belitkan fakta yang membawa kesan buruk, aib dan hina yang berpanjangan kepada seseorang. Apatah lagi jika mangsa fitnah itu adalah orang yang beriman dan bukan kaki maksiat.

Ketika mengulas lanjut kekejaman fitnah ini Huzaifah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “ Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah. ”
(Hadith Riwayat Muslim)

Hakikatnya perbuatan fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh kerana menimbulkan kesengsaraan kepada pemfitnah dan orang yang difitnah, menimbulkam keresahan di kalangan masyarakat, memecahbelahkan perpaduan umat, menyekat pencapaian kerjaya dan tergolong sebagai ahli neraka.

Berdasarkan peristiwa sejarah, isu fitnah yang mengaitkan wanita dan seks paling lumrah berlaku bertujuan untuk menjatuhkan dan mengaibkan maruah seseorang. Nabi Yusuf Alaihissalam pernah difitnah oleh Zulakiha isteri kepada Gabenor Mesir ketika itu kerana cuba menggodanya. Kesan daripada itu, baginda disumbat ke dalam penjara. Begitu juga, Ummul mukminin Saidatina Aishah RHA isteri Rasulullah SAW sendiri yang pernah difitnah oleh Abdullan bin Ubai kononnya berzina dengan Safwan bin Mu’tal. Namun begitu, serangan fitnah yang sengaja dibuat-buat bagi memalukan orang-orang saleh ini adalah ternyata tidak benar.

Dalam usaha menghukum orang yang terlibat dalam aktiviti memfitnah Islam memperuntukkan undang-undang yang tegas. Dalam fitnah kes liwat atau zina misalnya, Islam memperuntukkan hukum qazaf iaitu dikenakan 80 kali sebatan dikhalayak ramai. Hukum qazaf dikenakan jika penuduh-penuduh perbuatan keji itu gagal mengemukakan empat orang saksi yang adil iaitu tidak fasik. Pada prinsipnya hukuman di dalam Islam adalah untuk menegakkan keadilan, mendidik manusia dan bukan menghukum dengan sewenang-wenangnya.

Justeru itu mimbar mengingatkan semua umat Islam di negara ini, jangan begitu mudah memfitnah orang lain sekiranya kita tidak mahu dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat kelak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar yang mulia ini amat bimbang dengan berleluasanya perbuatan dosa besar di kalangan pemimpin dan rakyat akan mengundang bala bencana di negara ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 25:
Maksudnya: “ Dan jagalah diri kamu daripada memfitnah yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.”

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah SWT tidak akan hanya menurunkan azab sengsara kepada pembuat dosa atau penzalim sahaja, akan tetapi mereka yang tahu tetapi berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa tindakan untuk mencegah atau menghalang juga bakal menerima azab tersebut.

Menurut beberapa Ulama’ terkenal mereka yang melakukan fitnah ini selalunya mata hati mereka telah buta kerana dipenuhi dosa. Keadaan ini menyebabkan pemfitnah mengamalkan apa sahaja cara yang salah dalam usaha untuk memenuhi nafsu serakahnya. Hakikatnya mereka yang mengamalkan fitnah ini kelihatan beragama Islam tetapi sebenarnya perbuatan mereka seperti orang yang tiada agama, atau tiada kualiti modal insan soleh yang amat diharapkan oleh Islam dan umatnya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bagi mengelakkan penyebaran fitnah dan kemurkaan Allah SWT, maka mimbar yang mulia ini menasihatkan bahawa kita hendaklah berwaspada dengan persekitaran tingkahlaku manusia yang pelbagai ragam ini agar tidak terjerumus dengan akhlak iblis dan syaitan yang merugikan bangsa, negara dan diri kita sendiri, maka marilah kita mematuhi ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.



Mengakhiri khutbah hari ini, demi mencapai keselamatan dunia dan akhirat, Islam menghendaki umatnya berkhidmat dengan cemerlang, amanah, berintegriti, berlaku adil dan bersih daripada pengkhianatan dan penyelewengan. Oleh itu, unsur-unsur khianat, mengaibkan orang, menyalahguna kuasa dan sebagainya adalah tanda manusia yang zalim, tidak berperi kemanusiaan dan terlibat dengan dosa besar serta akan dihumbankan ke dalam api neraka. Dalam usaha mengekalkan kita sebagai insan soleh dan bebas daripada dosa besar dan kecil, maka kita digalakkan bersegera bertaubat. Allahu akbar!

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Hujurat ayat 6:

Maksudnya : " Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.”

Khamis, 10 Julai 2008

Seruan Jumaat Surau Al-Muttaqin

Assalamualaikum wrbt...

Saya bagi pihak Pengerusi dan seluruh AJK Surau Al-Muttaqin Taman equine dengan sukacita menjemput teman-teman kaum muslimin untuk hadir ke majlis kami seperti maklumat berikut:

1. Gotong-Royong membersihkan kawasan persekitaran Surau yang akan bermula pada jam 02.00 petang ini. Menyembelih lembu aqiqah selepas waktu Asar, masak sup tulang untuk persediaan makan malam. membuat persiapan dan menyediakan masakan kenduri serta membersih dan menyusun atur kelengkapan Solat Jumaat dsb.

2. Majlis Kesyukuran Permulaan Solat Jumaat
12.00 Ketibaan para tetamu dan VVIP / VIP
12.15 Ucapan Pengerusi Majlis
Ucapan Pengerusi Surau Al-Muttaqin
Ucapan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Petaling
Ucaptama Perasmian oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor / wakilnya

01.22 Azan Jumaat
Khutbah & Solat Jumaat oleh YB EXCO / Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Petaling

02.00 Jamuan makan tengahari & bersurai

teman-teman kaum muslimin dijemput hadir dan menghebahkanya pada yang lain.

Rabu, 2 Julai 2008

HUKUM QAZAF

Dewasa ini kita sering didedahkan dengan satu perkataan yang disebut sebagai "QAZAF" yang dikaitkan dengan isu Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sehubungan dengan itu saya berasa terpanggil untuk menyatakan apakah itu QAZAF untuk panduan dan tatapan umum.Catatan ini saya rujuk dari kitab Qanun Jenayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Al-Quran Dan Hadis Oleh Haji Said Bin Haji Ibrahim Mantan Mufti Negeri Sabah.
QAZAF
ERTI ; Melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.
BAHAGIAN :
1- Qazaf yang pesalahnya boleh dikenakan hukuman Hudud seperti menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina / liwat tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil.
2- Qazaf yang pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir, seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur,mencuri,minum arak atau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci,memaki dan lain-lain yang boleh menjatuhkan maruah seseorang dan menghinanya.
HUKUM QAZAF:
Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina/liwat tanpa mengemukan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalah HARAM dan termasuk dalam Dosa Besar dan wajib dikenakan hukuman Had Qazaf iaitu disebat sebanyak lapan puluh kali sebat serta tidak boleh diterima penyaksianya selama-lamanya kerana dia adalah orang yang jelas Fasik.
Dalilnya ; " dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatanya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasik" surah An-Nur:4
PENUDUH YANG DIKENAKAN HUKUMAN :
Seseorang yang menuduh seseorang yang lain berzina yang boleh dikenakan hukuman Had Qazaf adalah tertakluk kepada lima syarat :
1 ;- Berakal - tidak gila
2 ;- Baligh ( telah dewasa mengikut perhitungan Syara')
3 ;- Kemahuan sendiri ( tidak dipaksa )
4 ;- mengetahui HARANYA Qazaf ( menuduh )
5 ;- Bukan ibu/bapa dan datuk hingga keatas kepada orang yang dituduh.
SYARAT ORANG YANG DITUDUH
Orang yang dituduh melakukan zina / liwat yang boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas orang yang menuduh secara palsu mestilah orang yang dituduh itu mempunyai syarat-syarat seperti berikut;-
1 ;- Orang yang dituduh tadi diketahui orangnya ( dikenal pasti orang yang dituduh itu ), sekalipun ia telah meninggal dunia ( mati )
2 ;- Orang yang dituduh itu seorang yang baik dan bersih daripada perbuatan zina / liwat dan terpelihara kehormatanya dari sebarang kejahatan.
MENUDUH ORANG BERLIWAT
Seseorang menuduh seseorang yang lain melakukan liwat tanpa sesuatu bukti yang boleh menyokong tuduhanya samalah hukumnya seperti menuduh seseorang melakukan zina. Jika tidak sabit kesalahan orang yang dituduh itu mengikut bukti-bukti yang disebutkasn diatas maka orang yang menuduh itu wajib dikenakan hukuman Had Qazaf sebagaimana yang dikenakan keatas orang yang menuduh orang berzina yang diperuntukan dalam perkara pembuktian dan saksi, samada yang melakukan atau yang dilakukan liwat itu lelaki atau perempuan.
CARA-CARA MELAKUKAN QAZAF
dalam undang-undang Syariah cara melakukan Qazaf ( menuduh seseorang berzina ) terdapat tiga cara iaitu :
1 ;- Tuduhan yang dibuat secara terang dan nyata.
iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zina / liwat dan penafian nasabnya.
contohnya:
"wahai penzina! atau wahai orang yang berzina! atau engkau berzina! atau ibu mu berzina!
2 ;- Tuduhan yang dibuat secara Kinayah ( kiasan ).
iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang boleh membawaerti zina atau selainya.
contohnya dia berkata :
"wahai pelacur! atau wahai orang yang melakukan perbuatan terkutuk dan keji! atau wahai orang yang jahat!" dan sebagainya.
3 ;- Tuduhan yang dibuat secara sindiran.
iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga yang boleh memberi pengertian yang lain daripada zina / liwat sebagaimana yang dilakukan dalam perkataan kinayah.
contonya dia berkata:
"isteri mu sudah aku kacau! atau isteri mu sudah ke musnahkan! atau rumahtangga ju sudah aku rosakkan dan sebagainya".
BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN QAZAF
Kesalahan Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti-bukti berikut :
1 ;- Syahadah ( penyaksian )
Saksi-saksi yang layak pada Syara seperti berikut:
i) Terdiri dari empat orang saksi lelaki tidak diterima penyaksian perempuan.
ii) Baligh mengikut perkiraan hukum Syara'
iii) Berakal iaitu waras dan cukup sempurna akal fikiranya.
iv) Orang yang ADIL iaitu orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil.
v) Saksi-saksi hendaklah terdiri dari orang islam sahaja samada menjadi saksi kepada orang islam atau bukan islam.
vi) Saksi-saksi mestilah benar-benar melihat dengan jelas dengan matanya sendiri kemaluan lelaki itu dimasukan kedalam kemaluan perempuan seperti keris masuk kesarungnya.
vii) Keterangan saksi mestilah jelas menerangkan secara hakiki masuknya zakar lelaku itu kedalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku dan bukanya secara kiasan.
viii) Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dalam masa yang sama ( tidak berlainan tempat dan masa )
2 ;- Ikrar ( pengakuan )
Untuk membuktikan sabit kesalahan Qazaf ialah dengan pengakuan sendiri daripada orang yang membuat tuduhan keatas seseorang melakukan zina dengan sekali pengakuan dalam mahkamah atau majlis kehakiman.
nota:
Seseorang lelaki atau perempuan yang mengaku berzina tidak boleh disabikan berzina dengan hanya pengakuanya itu sahaja kecuali cukup syarat pengakuan mereka iaitu :
i ) Pengakuan itu mestilah dibuat dan dikemukan di mahkamah dihadapan hakim atau wakilnya.
ii ) Pengakuan itu mestilah datang dari orang yang mempunyai fikiran yang waras dan siuman.
iii) Pengakuan itu mestilah dibuat oleh orang yang telah dewasa mengikut perhitungan syara'.
iv) Pengakuan itu mestilah dibuat secara lisan. iaitu dengan mulut dan lafaz, kecuali orang yang bisu boleh diterima pengakuanya dengan tulisan atau isyarat yang dapat difahami.
v ) Pengakuan itu mestilah dibuat dengan cukup terang dan jelas mengenai perbuatan zina yang dilakukan oleh mereka tanpa menimbulkan sebarang keraguan dan kesamaran.
3 ;- Sumpah
dalam kes Qazaf ia boleh disabitkan kesalahan qazaf dengan sumpah jikaorang yang dituduh tidak mempunyai sebarang bukti untuk menolak dan menafikan tuduhan dari penuduh. maka orang yang kena tuduh itu hendaklah meminta kepada orang yang membuat tuduhan supaya bersumpah diatas kebenaran tuduhan itu.
MENOLAK DAN MENAFIKAN TUDUHAN QAZAF.
Untuk menolak dan menafikan tuduhan Qazaf, pihak orang yang didakwa membuat tuduhan palsu zina itu mestilah melakukan salah satu perkara-perkara berikut :
i ) Menolak dan menafikan dakwaan kesalahan Qazaf dengan mengemukan dan membawa saksi-saksi tanpa dibataskan kepada bilangan yang tertentu.
ii ) Menegaskan bahawa orang yang dituhnya itu mengakui kebenaran tuduhanya. untuk membela dirinya memadai dengan mengemukakan dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan seorang perempuan.
iii) Mengaku membuat kesalahan Qazaf, dan dalam kes ini orang yang membuat tuduhan mestilah membuktikan kebenaran tuduhan zian / liwat yang dituduhkan keatas orang yang dituduhnya itu dengan mengemukakan saksi-saksi sebanyak empat orang yang benar-benar dan sungguh-sungguh menyaksikan orang yang dituduh itu melakukan zina / liwat.
Wallahualam.... Insyallah bersambung by ust reza

Selasa, 1 Julai 2008

HUKUM LIWAT SAMA DENGAN ZINA

Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak ?


Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.



Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf.
( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)


Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :


ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة



Ertinya: Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)



Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)



Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama
(Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).



RINGKASAN SYARAT-SYARAT QAZAF :

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1) Syarat kepada penuduh :-

-Beraqal

- Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina).
( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)3)

Syarat orang yang dituduh
- Beraqal
- Baligh
- Islam
- Merdeka diri- BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.


Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء


Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat.
(Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)


Imam Malik berkata :

قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،

Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)


Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.


Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.


Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini. Mungkin si penuduh dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.



Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
29 Jun 2008