Oleh: Ustaz Abu Faruq Rasul bin Dahri
Disunting: an-Nawawi (Edisi Online)
http://fiqh-sunnah.blogspot.com
PERIBADI RINGKAS AL-IMAM AS-SYAFI’E
Nama
sebenar al-‘Allamah Imam as-Syafie rahimahullah ialah: Muhammad bin
Idris as-Syafie yang lebih dikenali sebagai Imam as-Syafie. Beliau
adalah seorang Imam besar yang sentiasa mendapat pujian, penghormatan
dan pengiktirafan tentang keilmuannya oleh para ulama sejak zamannya
sehinggalah ke saat ini. Imam as-Syafie dilahirkan di Gazzah
(Palestin/Jurusalem) pada tahun 150H (767M). Meninggal dunia di Mesir
pada malam Jumaat dan dikebumikan selepas Asar pada 2hb. Rejab, 204H
dalam usia 54 tahun.[1] Beliau adalah seorang imam dan ulama besar
yang sentiasa mengajak ummah agar berpegang teguh kepada sunnah
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sehingga digelar oleh
tokoh-tohoh besar sebagai (Nasirus Sunnah)[2] "Pejuang/Penegak/Pembela
Sunnah" atau (نَاصِرُ الْحَدَيْث) "Pejuang Hadith".[3]
Imam
as-Syafie terkenal sebagai seorang yang paling alim di zamannya tentang
makna-makna al-Quran, dianggap seorang manusia yang paling tahu tentang
isi al-Quran dan sunnah Rasulullah.[4] Sehingga Imam Ahmad bin Hambal
rahimahullah berkata:
"Kalaulah tidak kerana as-Syafie tidaklah kami mengenali ilmu hadis".[5]
Berkata
Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah dalam mukaddimah syarah dan
tahkiknya tentang kitab ar-Risalah yang dihasilkan oleh Imam as-Syafie
rahimahullah:
"Jika sekiranya dibolehkan bagi seorang alim
bertaqlid dengan seorang alim yang lain, pasti manusia yang lebih layak
menurut pendapatku untuk ditaqlid ialah as-Syafie. Sesungguhnya aku
(tetapi tidak ghuluw dan keterlaluan) percaya sesungguhnya tidak pernah
muncul seorang ulamak Islam seperti lelaki ini dalam pemahaman,
pandangan dan ketelitiannya mengambil hukum dari al-Kitab dan
sunnah".[6] Dan beliau berkata lagi: "as-Syafie telah memenuhi permukaan
bumi ini dengan ilmu".[7]
Walaupun Imam as-Syafie diiktiraf
sebagai seorang ulama besar dan muktabar sehingga fatwa-fatwanya
dijadikan rujukan sejak zamannya sehinggalah sekarang, namun beliau
tidak pernah mengizinkan sesiapapun untuk bertaqlid buta[8] dengannya,
malah beliau bersepakat dengan imam-iman besar yang lain melarang dari
bertaqlid buta dengan mana-mana mazhab yang ada. Beliau dan juga para
imam yang lain tidak pernah memberi keizinan kepada sesiapapun
mengguna-pakai fatwanya sebelum terlebih dahulu diketahui dari mana
mereka mengambilnya. Beliau berkata:
"Dari Imam Abi Hanifah,
Malik, as-Syafie dan Ahmad rahimahumullah mereka semua berkata: Tidak
dihalalkan bagi seseorang untuk memberi fatwa dengan kata-kata kami atau
berpegang dengan kata-kata kami selagi dia tidak mengetahui dari mana
kami mengambil kata-kata tersebut".[9]
Imam as-Syafie amat
membenci perbuatan bertaqlid buta. Malah beliau melarang dengan
sekeras-kerasnya perbuatan bertaqlid buta. Larangan Imam as-Syafie amat
jelas apabila difahami wasiat beliau yang masyhur:
"Berkata Imam
as-Syafie: Setiap apa yang telah aku katakan, kemudian apa yang dari
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bertentangan dengan perkataanku
sekalipun (perkataanku itu dianggap) betul, maka hadith Rasulullah
sallallahu 'alaihi wa-sallam mesti diutamakan, oleh itu janganlah kamu
bertaqlid dengan qaulku (kata-kataku)".[10]
Imam as-Syafie tidak
pernah menghalalkan perbuatan seseorang yang meninggalkan al-Quran dan
as-Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam lantaran bertaqlid
buta atau ta’sub a’ma kepada seseorang ulama:
“Telah berkata Iman
as-Syafie rahimahullahu Ta’ala: Telah ijmak (sepakat) seluruh muslimin
bahawa sesiapa yang terang baginya sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi
wa-sallam, maka tidak dihalalkan baginya meninggalkan sunnah tersebut
lantaran mematuhi (mentaati) perkataan seseorang".[11]
Imam
as-Syafie berulang kali berwasiat tentang haramnya bertaqlid buta kerana
bertaqlid akan menyempitkan ilmu. Imam as-Syafie juga telah memberi
peringatan yang tegas bahawa amalan bertaqlid buta kepada mana-mana Imam
atau ulama samalah seperti mengangkat seseorang manusia sebagai tuhan
yang disembah selain Allah Subhanahu wa-Ta'ala:
“Sesiapa
bertaqlid kepada seseorang dalam perkara mengharamkan atau menghalalkan
sesuatu sedangkan hadith sahih bertentangan dengannya dan menegah
bertaqlid kerana diperintahkan beramal dengan sunnah, maka dia telah
mengambil orang yang ditaqlidkan sebagai tuhan selain Allah ‘Ta’ala”.
Amaran
Imam as-Syafie ini dapat diperjelaskan lagi dengan bersandarkan sebuah
hadith yang diriwayatkan oleh 'Adi bin Hatim radiallahu ‘anhu. Hadith
ini merupakan keterangan yang amat ketara menunjukkan bahawa Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam menganggap sebagai penyembahan
(pengibadatan) perbuatan bertaqlid buta yang dilakukan oleh kaum Nasara
terhadap Ahbar dan Ruhban mereka:
“Dari ‘Ady bin Hatim berkata:
Aku pergi kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan di leherku
tergantung sebuah salib dari emas, maka baginda bersabda: Wahai ‘Ady!
Buangkanlah berhala ini dari dirimu. Saya dengar baginda membacakan
surah Baqarah (Dan mereka menjadikan Ahbar dan Ruhban mereka sebagai
tuhan-tuhan sembahan selain Allah), aku berkata: Wahai Rasulullah!
Mereka tidak pernah menyembah (Ahbar dan Ruhban). Maka baginda bersabda:
Bukankah Ahbar dan Ruhban itu mengharamkan perkara yang telah
dihalalkan Allah maka mereka mengharamkan? Dan mereka menghalalkan
perkara yang diharamkan Allah lalu mereka pun menghalalkannya? Aku
menjawab: Memang itu adalah benar. Baginda bersabda: Maka itulah cara
mereka menyembah Ahbar dan Ruhban mereka".[12]
Itulah bahaya
taqlid buta atau ta’sub a’ma (تعصب اعمى) yang ditakuti oleh Imam
as-Syafie, yang mana ianya boleh membawa kepada penyembahan yang membawa
kepada kesyirikan. Maka amat tepat apabila beliau berwasiat agar umat
Islam tidak bertaqlid buta kepada mana-mana mazhab selain al-Quran dan
sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang sahih.
Penyerupaan
(meniru) bentuk suluk atau tata-cara agama dari agama kaum kuffar atau
musyrikin adalah haram (kufur) kerana telah ditegah oleh syara.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong dari golongan kaum tersebut".
Pengharaman bertaqlid buta atau ta’sub a’ma telah disuarakan juga oleh para sahabat, para imam dan para ulama muktabar:
"Dari
Ibn Masoud radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya janganlah sama sekali
seseorang dari kamu bertaqlid kepada seseorang tentang agamanya, yang
mana apabila ia beriman kamupun beriman dan sekiranya dia kufur kamupun
jadi kufur, maka sesungguhnya tidak ada contoh (yang boleh dikuti) dalam
perkara buruk ini".[13]
"Ibn Abbas pernah menjawab pertanyaan
seorang lelaki yang bertanya kepadanya tentang suatu masalah. Dijawabnya
pertanyaan tersebut dengan sebuah hadith. Maka menyangkal dan berkata
kepada Ibn Abbas: (Tetapi) telah berkata Abu Bakar dan Umar. Ibn Abbas
kemudian berkata: Ditakuti akan diturunkan ke atas kamu hujan batu
(bala) dari langit. Aku telah menjawab: Telah bersabda Rasulullah
sallallahu 'alaihi wa-sallam tetapi kamu berkata (menyangkal/beralasan)
telah berkata Abu Bakar dan Umar?".
"Berkata Imam Ahmad:
Janganlah kamu bertaqlid denganku, janganlah bertaqlid dengan Malik, Abu
Hanifah, as-Syafie, 'Auzii dan Thauri rahimahumullah. Ambillah oleh
kamu dari mana mereka itu mengambil".[14]
"Telah berkata Ibn
Hazam rahimahullah: Sesungguhnya para fuqaha yang menjadi ikutan telah
membatalkan pentaqlidan pada mereka dan sesungguhnya mereka menegah
(melarang) para pengikut mereka dari bertaqlid kepada mereka".[15]
"Telah
berkata Sanad bin 'Anan rahimahullah: Ketahuilah olehmu! Sesungguhnya
hanya dengan mengambil jalan mudah sehingga mendorong bertaqlid, adalah
tidak diredhai oleh seseorang insan yang bijaksana. Sesungguhnya
(bertaqlid) adalah cara seseorang yang bodoh lagi bebal dan si tolol
yang keras kepala".[16]
Ketegasan semua para imam mazhab sama ada
mazhab fikeh atau akidah mengharamkan sesiapapun dari bertaqlid buta
kepada mereka adalah amat serious. Ternyata tidak seorang pun dari
mereka mengizinkan ummah bertaqlid buta kepada mereka, kerana taqlid
buta sama seperti perbuatan Ahli Kitab yang akhirnya boleh membawa
penyembahan kepada mereka yang dianggap sebagai ketua agama atau imam
mazhab.
UCAPAN IMAM AS-SYAFIE YANG KONTROVERSI
Antara
ucapan (qaul) Imam as-Syafie yang disalah ertikan oleh sebahagian
masyarakat Islam sehingga menjadi isu kontroversi dan polemik, ialah
tentang maksud dan pembahagian bid’ah yang mana beliau pernah berkata:
"Bid'ah
itu terbahagi kepada yang baik dan yang buruk, atau yang terpuji dan
tercela. Dalam perkara ini, termasuklah setiap yang diada-adakan selepas
zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dan zaman para Khulafa
ar-Rasyidin".[17]
"Dari Harmalah bin Yahya rahimahullah berkata:
Aku mendengar as-Syafie rahimahullahu Ta'ala berkata: Bid'ah ada dua,
iaitu bid'ah yang terpuji dan bid'ah yang tercela. Apa yang bersesuaian
dengan sunnah maka itu adalah terpuji dan apa yang bertentangan dengan
sunnah maka itu tercela".[18]
"Berkata ar-Rabi' rahimahullah:
Telah berkata as-Syafie rahimahullahu Ta'ala: Perkara-perkara yang
diada-adakan itu terbahagi dua: Yang pertama, apa yang dicipta
bertentangan dengan al-Kitab, Sunnah, ijmak sahabat atau athar, maka
inilah bid'ah yang sesat. Kedua apa yang dicipta berupa kebaikan yang
tidak bertentangan dengan salah satu dari perkara (al-Kitab, sunnah,
ijmak atau athar sahabat) maka itu ciptaan yang tidak tercela".[19]
Persoalan-persoalan
(syubahat) yang timbul dari qaul Imam as-Syafie di atas telah
dijelaskan oleh para ulama Salaf as-Soleh, antaranya Abdul Qayyum bin
Muhammad bin Nasir as-Sahaibani rahimahullah. Beliau telah
membincangkannya dengan membawa keterangan seperti berkut:
Pertama:
Tidak seharusnya diterima perkataan seseorang manusia yang bertentangan
dengan perkataan (sabda) Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam walau
siapapun orangnya. Perkataan Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah
hujjah bagi setiap orang dan bukan pula perkataan seseorang itu menjadi
hujjah untuk menentang (meninggalkan) sabda Nabi sallallahu 'alaihi
wa-sallam[20] sedangkan Nabi Muhammad telah bersabda tentang persoalan
bid’ah:
“Setiap yang bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu ke dalam neraka".[21]
Dalam hal ini Abdullah bin Abbas radhiallahu 'anhu berkata:
"Tidak
ada pendapat seseorang (yang boleh terus diterima kerana) ia boleh
diambil atau ditinggalkan kecuali pendapat (sabda) Nabi sallallahu
'alaihi wa-sallam".[22]
Kedua:
Sesiapa yang mahu memberi perhatian (memahami) tentang qaul Imam
as-Syafie (membahagikan bid'ah kepada yang baik dan tercela) maka dia
tidak akan meragui bahawa yang dimaksudkan oleh Imam as-Syafie ialah
bid'ah di segi bahasa (لغوى) bukan syarii (شرعي). Ini berdalilkan
(kenyataan Imam as-Syafie) sesungguhnya setiap bid'ah dalam syara
(agama) adalah bertentangan dengan al-Kitab dan as-Sunnah. Imam
as-Syafie sendiri mengaitkan bid'ah yang baik dengan apa yang tidak
bertentangan dengan al-Kitab dan as-Sunnah kerana setiap bid'ah dalam
syara bertentangan dengan firman Allah dan Hadith Nabi sallallahu
'alaihi wa-sallam:[23]
"Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu".[24]
"Bersabda
Rasulullah sallallahau ‘alaihi wa-sallam: Sesiapa yang mengada-adakan
(mencipta) yang baru dalam urusan (agama) kami ini yang bukan darinya
maka ia tertolak".[25]
"Barangsiapa yang mengerjakan satu amal yang bukan dari suruhan kami maka ia tertolak".[26]
Apa
yang dimaksudkan oleh Imam As-Syafie sebagai bid'ah yang mahmudah
(baik/terpuji), misalnya pembukuan hadith-hadith Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam dan sembahyang tarawih, ini amat tepat menurut
definisi bahasa kerana walaupun ia tidak ada contoh sebelumnya tetapi ia
ada dasarnya dari syara.[27] Begitu juga dengan pembinaan madrasah
kerana belajar itu wajib menurut syara, pastinya pembelajaran yang
sempurna dan selesa ialah di madrasah. Semua yang berkaitan dengan
dunia yang tidak memudaratkan adalah bid'ah keduniaan yang hasanah dan
tidak bertentangan dengan syara.
Penjelasan di atas menunjukkan
bahawa setiap bid'ah yang dikatakan terpuji sebenarnya ia bukanlah
bid'ah, kerana ia tidak melibatkan urusan agama hanya disangka sebagai
bid'ah lantaran kurang memahami istilah bid'ah di segi bahasa dan syara.
Adapun bid'ah yang dianggap keji dan sesat setelah didapati secara
qatii (pasti) ialah yang bertentangan dengan al-Kitab dan as-Sunnah dan
jelas tiada dalilnya dari syara.[28]
Ketiga:
Memang sudah diketahui tentang pendirian Imam as-Syafie Rahimahullah
yang tegas, beliau sangat teliti dalam mengikuti (ittiba') kepada sunnah
Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam dan sangat benci kepada muqallid
(orang yang bertaqlid buta) dan orang yang menolak hadith Nabi
sallallahu 'alaihi wa-sallam. Ini terbukti semasa beliau disoal tentang
sesuatu perkara maka beliau menjawab:
"Wahai orang yang bertanya!
Bumi manakah yang akan aku pijak dan langit manakah yang akan aku
berlindung apabila aku telah meriwayatkan sesuatu hadith Rasulullah
sallallahu 'alaihi wa-sallam kemudian aku tidak berkata denganNya?
Sewajarnya bagiku mendengar dan melihat (patuh dan taat kepada hadith
-Pent.)"
Kalau demikianlah pengakuan, sikap, pendirian dan
pegangan Imam as-Syafie rahimahullahu Ta’ala terhadap hadith Rasulullah,
maka tidak sepatutnya seseorang itu berprasangka terhadapnya sehingga
melagakan pandangan beliau dengan hadith sahih[29] terutamanya hadith
di bawah ini:
"Sesungguhnya setiap yang bid'ah itu menyesatkan"
Yang
paling tepat dan benar ialah perkataan Imam as-Syafie ini semestinya
diletakkan di tempat yang sesuai dengan hadith di atas bukan (dijadikan
alasan - Pent.) untuk menentang hadith tersebut, kerana apa yang
dimaksudkan oleh Imam as-Syafie ialah bid'ah di segi bahasa[30] (لغوي)
sahaja bukan di segi syara atau dalam persoalan agama.
Imam as-Syafie rahimahullah pernah menegaskan dengan perkataan beliau:
"Berkata
as-Syafei rahimahullah: Apabila kamu temui di dalam kitabku apa yang
bertentangan dengan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam, maka
berkatalah (ambillah/berpeganglah) kamu dengan sunnah tersebut dan
hendaklah kamu tinggalkan apa yang telah aku katakan".[31]
"Berkata
as-Syafie rahimahullah: Setiap hadith dari Nabi sallallahu 'alaihi
wa-sallam adalah ucapanku (ikutanku) walaupun kamu tidak pernah
mendengar dariku".[32]
"Setiap masalah yang benar datangnya dari
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam menurut ahli Naql sedangkan ia
bertentangan dengan apa yang telah aku katakan, maka aku akan kembali
merujuk pada hadith itu selama hidupku atau setelah kematianku".
"Dari
Imam Abi Hanifah, Malik, As-Syafie dan Ahmad mereka berkata: Tidak
dihalalkan bagi seseorang untuk memberi fatwa dengan perkataan kami atau
berpegang dengan perkataan kami selagi dia tidak mengetahui dari mana
kami mengambil perkataan tersebut".[33]
BID'AH AKIDAH MENURUT IMAM AS-SYAFIE
Sebenarnya
bid'ah yang diperkatakan oleh Imam as-Syafie bukan hanya di segi
feqhiyah, tetapi merangkumi juga persoalan yang lebih besar, iaitu
bid'ah akidah yang menyentuh persoalan syirik besar dan kecil atau
tentang sah dan batalnya akidah seseorang yang mengaku sebagai seorang
mukmin. Contohnya, Imam as-Syafie menolak fahaman (akidah) firqah-firqah
bid'ah seperti Syiah, Khawarij, Qadariyah dan yang lainnya sebagaimana
yang diriwayatkan dari para ulamak as-Syafie:
1 - Sebagaimana yang ditakhrij oleh al-Baihaqi sebagai qaul yang sahih dari Rabi' bin Sulaiman dari Imam as-Syafie bahawa:
'Imam as-Syafie telah melarang bersolat di belakang orang yang berfahaman (berakidah) Qadariyah".[34]
Larangan
Imam as-Syafie ini lantaran firqah Qadariyah telah bid'ah akidahnya dan
disepakati oleh para ulama salaf sebagai golongan yang sesat.
2 - Dari al-Lalakaii dari al-Muzani berkata:
"Tahukah
kamu siapakah yang termasuk dalam golongan Qadariyah? Dia adalah
orang-orang yang mengatakan bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu
sehingga sesuatu amal tersebut dikerjakan".[35]
Dan menurut al-Baihaqi lagi bahawa Imam as-Syafie telah berkata:
"Qadariyah
ialah mereka yang telah digambarkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi
wa-sallam sebagai orang-orang Majusi ummat ini".[36]
Wasiat Imam
as-Syafie ini menunjukkan bahawa beliau menentang semua golongan yang
terkeluar dari akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Qadariyah ternyata telah
terkeluar dari akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah.
3 - Imam Syafie berkata tentang Syiah:
"Belum
pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani
menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu (bohong) seperti golongan
Syiah".[37]
Dari kenyataan Imam as-Syafie di atas, sudah jelas
bahawa akidah Imam as-Syafie adalah akidah yang di pegang oleh golongan
Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mendasari manhaj Salaf as-Soleh. Beliau
ternyata adalah seorang ulama besar dibidang fikeh dan akidah.
TAUHID MENURUT IMAM AS-SYAFIE
Dalam
memperkatakan tauhid asma' (nama-nama Allah) was-sifat wa-zat
(sifat-sifat dan zat Allah), tauhid uluhiyah serta tauhid rububiyah,
maka Imam as-Syafie dianggap seorang Imam Besar Salafi yang menegah
(mengharamkan) takwil, takyif, tasybih dan ta'til terhadap sifat dan zat
Allah ‘Azza wa-Jalla. Sebagaimana yang dapat difahami dari riwayat Abu
Talib Al-'Usayri beliau berkata: Imam as-Syafie pernah ditanya
berkenaan sifat-sifat Allah 'Azza wa-Jalla dan beriman dengannya, beliau
(Imam as-Syafie) menerangkan:
"Allah Tabaraka wa-Ta'ala memiliki
asma' (nama-nama) dan sifat-sifat yang telah disebutkan oleh KitabNya
(al-Quran) dan dikhabarkan oleh NabiNya sallallahu 'alaihi wa-sallam
(hadith-hadith) kepada umatnya, yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa
pun dari makhlukNya kerana telah sampai kepadanya dalil bahawa al-Quran
turun membawa keterangan tentangnya. Begitu juga diriwayatkan tentangnya
dengan perawi yang thiqah (dipercayai)". [38]
Dalam menjelaskan
Tauhid Uluhiyah, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari Abu
Muhammad az-Zubiri bahawa Imam as-Syafie berkata:
"Adapun
kewajipan yang berupa beriman kepada Allah yang berupa (kerja) hati,
ialah mengakui dan mengetahui dengan penuh keyakinan, redha dan berserah
bahawa tiada Ilah (yang berhak diibadahi) selain Allah, tidak ada
sekutu bagiNya, tidak mempunyai isteri dan anak, dan mengakui bahawa
Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya".[39]
Apabila memperkatakan tentang tauhid rububiyah, Imam as-Syafie membawakan dalil melalui firman Allah:
“Sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti malam dan
siang........". Maka dijelaskan oleh Imam as-Syafie: "Maka jadikanlah
makhluk ciptaan Allah sebagai dalil akan adanya pencipta, janganlah
menyusahkan dirimu dengan sesuatu yang tidak dapat dijangkau oleh
akalmu".[40]
Antara maksud yang dapat difahami dari penjelasan
Imam as-Syafie ini bahawa beliau melarang mencabuli wahyu Allah dengan
hawa nafsu atau akal jika sesuatu persoalan yang dikhabarkan oleh wahyu
itu berupa persoalan akidah yang tidak mampu dijangkau oleh akal fikiran
manusia.
Malangnya para pengikut yang mendakwa diri mereka
bermazhab as-Syafie mengenepikan wasiat Imam as-Syafie ini. Mereka
mengambil akal (falsafah) sebagai landasan untuk mengenal Allah, agama
dan iman. Mereka berakidah dengan akidah kaum Muktazili falsafi,
al-Maturidiyah (sifat 20) atau sufi falsafi, bukan akidah yang dianut
oleh Imam as-Syafie yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah
yang bermanhaj Salaf as-Soleh.
AKIDAH PARA ULAMA AS-SYAFI’EYAH
Di
dalam sebuah kitab berbahasa Arab yang memperkatakan akidah kalangan
ulama as-Syafie iaitu kitab (بيان الشرك ووسائله عند علماء الشافعية),
dibawakan fatwa-fatwa dari beberapa orang ulama as-Syafieyah tentang
kesyirikan dan dosa-dosa besar yang bersangkutan dengan persoalan
syirik, terutamanya yang berkaitan dengan syirik akbar (syirik besar).
Antara contoh-contoh dari fatwa tersebut:
Telah berkata Ibn Hajar
al-Haitami rahimahullah tentang kuburi (قُبُرِيٌّ). Erti dan maksud
kuburi ialah: "Orang yang suka memuliakan, mencintai atau menyembah
kubur atau juga yang berkaitan dengan pemujaan orang di dalam kubur
(orang mati)":
"Maka sesungguhnya antara perkara-perkara yang
paling besar diharamkan dan penyebab berlakunya perbuatan syirik
(menyekutukan Allah Ta’ala) ialah bersembahyang di sisi kuburan dan
menjadikannya masjid atau membina masjid (atau binaan) di atas
perkuburan".
Fatwa ulama di atas adalah berdasarkan hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
"Janganlah kamu solat menghadap ke kuburan (atau di kuburan) dan janganlah kamu duduk di atasnya".[41]
Hadith
sahih di atas ini dengan jelas melarang seseorang itu duduk di atas
kubur, sembahyang di kuburan atau di masjid yang dibina di atas kawasan
perkuburan, tetapi berapa ramaikah mereka yang mendakwa dari mereka
bermazhab Syafie melanggar wasiat Imam as-Syafie dan para ulama
as-Syafieyah? Malah ada dari kalangan mereka membina binaan di atas
kubur dan menyediakan tikar di samping kubur sambil membaca doa atau
al-Quran untuk si mati. Bukankah ini bertentangan dengan hadith sahih
dan wasiat Imam as-Syafie serta para ulama muktabar Syafieyah?.
"Dari
Abi Sa'id al-Khudri radhiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Bumi ini semuanya tempat sujud
(masjid) kecuali kuburan dan tandas".[42]
Hadith ini
dengan terang dan tegas melarang (mengharamkan) orang yang beriman dari
bersembahyang di kuburan, di dalam masjid yang dibina di atas tanah
perkuburan atau masjid yang di dalamnya terdapat kubur. Hadith ini dan
wasiat Imam as-Syafie yang berpandukan hadith ini tidak diperdulikan dan
dilanggar oleh sebahagian besar mereka yang mengakui bermazhab
as-Syafie sebagaimana yang banyak terdapat di Tanah Melayu pelanggaran
wasiat Imam as-Syafie ini. Sebagaimana juga terdapat larangannya di
dalam sebuah sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
"Dari Anas radhiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melarang bersolat di antara kubur-kubur".[43]
Malangnya
ramai dari kalangan mereka yang mengatakan bermazhab Syafie masih
mendirikan solat di kawasan perkuburan, terutamanya di masjid-masjid
yang dibina di kawasan perkuburan, d imasjid yang ada kubur di dalamnya
dan sembahyang di bangunan kuburan yang dianggap kubur orang suci, orang
keramat atau wali Allah. Perbuatan seperti ini amat bertentangan
dengan hadith-hadith sahih, bertentangan dengan fatwa Imam Syafie
rahimahullah dan para ulama Syafieyah.
Seterusnya al-‘Allamah Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah menjelaskan:
"Dilaknat
pembuatnya (orang yang bersolat, membina masjid atau binaan di
kuburan), wajib bersegera merobohkannya dan merobohkan kubbah yang
dibina di atas kubur kerana membinanya lebih bahaya dari masjid ad-Dirar
yang dibina kerana bermaksiat terhadap Rasulullah sallallahu 'alaihi
wa-sallam, yang mana baginda telah melarang dari melakukan yang
demikian".
Imam an-Nawawi rahimahullah juga telah berfatwa tentang perkara yang berkiatan dengan kuburi:
"Tidak
dibolehkan bertawaf di kubur Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam,
dilarang melekatkan perut dan dada ke dinding kubur. Abu 'Ubaidillah
al-Hulaimi dan selainnya yang mana mereka semua menjelaskan fatwa Imam
as-Syafie: Dibenci menyapu dengan tangan dan mengucup kubur Nabi".
Berkata Imam al-Bagawi rahimahullah:
"Dilarang dari meletak payung di atas kubur kerana 'Umar radhiallahu 'anhu berkata: Biarkanlah amalnya memayungkannya".
Ibn Hajar di dalam kitabnya (المنهاج) telah menjelaskan fatwa Imam as-Syafie:
"Dibenci
mengapur, membina dan menulis tulisan di atas kubur, sama ada menulis
namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang
lainnya".
Fatwa Imam as-Syafie berdasarkan hadith:
"Dari
Jabir radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi
wa-sallam telah melarang kuburan dikapur, diduduki atasnya, didirikan
bangunan di atasnya, ditambah atau ditulis di atasnya".[44]
Dengan
berpandukan kepada hadith di atas, adalah haram mengecat, mengapur,
duduk di atas kubur, mendirikan bangunan, membuat batas (meninggikan
batas di sekeliling kubur) kemudian menulis ayat al-Quran, nama atau apa
sahaja di atas kubur. Malangnya terlalu ramai penganut mazhab
as-Syafie melanggar larangan ini. Mereka meletak payang di atas kubur,
menulis nama si mati di atas kuburnya, menulia ayat al-Quran (surah
al-Fatihah) membina batas di sekeliling kubur dan membina binaan jika
dianggap si mati itu orang yang dimuliakan atau keramat. Seolah-olah
hadith sahih dan fatwa Imam as-Syafie tidak ada erti bagi mereka.
Apakah orang-orang yang seperti ini dinamakan orang yang beriman?
PERBUATAN SYIRIK
Imam
as-Syafie juga telah menjelaskan perkara-perkara yang boleh membawa
kepada syirik besar dan syirik kecil yang membatalkan akidah seseorang.
Antaranya ialah menyeru, meminta perlindungan (pertolongan), sujud,
ruku', bernazar dan berkorban (menyembelih) selain untuk Allah.
Begitu
juga seseorang itu ditegah dari mempercayai bahawa selain Allah ada
yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Ditegah bersumpah dengan
selain nama Allah dan melafazkan perkataan: "Dengan kehendak Allah dan
kehendak engkau" dan percaya dengan kuasa sihir dan percaya bahawa zat
sihir atau ilmu hitam boleh memberi kesan.
FIQH AS-SYAFI’E
Ada
beberapa (malah banyak yang berlainan) berbeza antara kenyataan amalan
fikeh Imam as-Syafie dengan mereka yang mendakwa dirinya bermazhab
as-Syafie. Antara contoh-contohnya ialah:
Solat Hari Raya. Telah berkata Imam as-Syafie sebagaimana yang terdapat di dalam Kitab al-Umm:
"Telah
sampai (hadith) kepada kami bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi
wa-sallam keluar di dua Hari Raya ke musalla (tanah lapang) di Madinah,
begitu juga mereka yang sesudah baginda".[45]
Jika terdapat
keuzuran seperti hujan atau selainnya diperintahkan oleh baginda agar
bersolat di masjid dan tidak keluar ke tanah lapang".[46]
Ada kalangan yang berdegil bersolat di masjid kerana kononnya beralasan dengan perintah 'Umar:
"Wahai
manusia! Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam keluar
bersama manusa ke tanah lapang kerana tanah lapang lebih memudahkan
mereka dan lapang bagi mereka. Sesungguhnya masjid pada ketika itu
tidak dapat memuatkan mereka".
Hadith di atas telah dianggap
sebagai hadis lemah oleh Imam as-Syafie.[47] Berkata Imam Bukhari
bahawa hadth ini mungkar dan kedudukan hadith ini sangat lemah. [48]
"Sebagaimana
menjadi mazhab jumhur ulama atas afdhalnya bersolat di tanah lapang,
dan telah ditegaskan oleh Imam Syafie rahimahulla atas tentang makruhnya
bersembahyang di masjid terutama jika dalam keadaan sesak". [49]
Dari
apa yang telah dihuraikan, jelaslah bagi kita bahawa Imam as-Syafie
rahimahullah adalah seorang ulama besar yang amat berjasa kepada ummah
sejak zamannya sehinggalah sekarang. Maka sewajarnya umat yang mencintai
para ulama salaf seperti beliau, memelihara segala wasiatnya dan tidak
mengkhianatinya.
Semoga Allah sentiasa memberi limpahan rahmat kepadanya dan kepada kita sekalian dengan berkat ilmunya. Amin!
Rujukan:
[1] Lihat: الرسالة Hlm. 7 - 8. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[2] Lihat: الرسالة Hlm. 6. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[3] Lihat: الرسالة Hlm. 6. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[4] Lihat: الرسالة Hlm. 6. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[5] Lihat: الرسالة Hlm. 6. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[6] Lihat: الرسالة Hlm. 5. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[7] Lihat: الرسالة Hlm. 7. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[8]
Makna taqlid ialah: (1). الرجوعُ الى قولٍ لا حجة لقائله عليه "Taqlid
ialah: kembali kepada qaul (pendapat) yang mana (orang yang memberi
pendapatnya) tidak ada hujjah di atas qaulnya". (2). التقليد هو قبولُ
قَولَ القائل وانت لا تعلم من اين قاله "Taqlid ialah: Menerima
perkataan seseorang sedangkan engkau tidak tahu dari mana (ia mengambil)
perkataannya".
[9] Lihat: جامع البيان العلم وفضله Jld. 1. Hlm. 91. Abu 'Umar Yusuf bin Abdulbar an-Namri al-Qurtubi.
[10] Lihat: اعلام الموقعين (17) Ibn Qaiyyim al-Jauzi.
[11] Lihat: اعلام الموقعين (17) Ibn Qaiyyim al-Jauzi.
[12] Lihat: تفسير الالوسى (10/84).
[13] Lihat: الاعتصام jld. 2. Hlm. 359. As-Syatibi. Makkah al-Mukarramah.
[14] Lihat: مسائل الامام احمد Diriwayatkan oleh Abu Daud. Hlm. 277.
[15] Lihat: الاحكام فى اصول الاحكام Jld. 6. 118. Abu Ali Bin Hazam al-Andulusi az-Zahari.
[16] Lihat: هل المسلم ملزم باتباع مذهب معين من المذاهب الاربعة Hlm. 70. Muhammad Sultan al-Maksumi.
[17] Lihat: البدعة تحديدها وموقف الاسلام منها Hlm. 160. Dr. Izzat Ali 'Atiah. Darul Kitab al-Arabi. Lebnon.
[18] Lihat:الباعث على انكار البدع والحوادث Hlm. 12. Abi Syamah as-Syafie.
[19] Lihat: الحاوي Jld. 1. Hlm. 539. as-Syuyuti. Tahqiq Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid. Terbitan at-Tijariyah.
[20]
Lihat: (1). اللمع فى الرد على محسني البدع Hlm. 36. Abdul Qayyum bin
Muhammad bin Hashir as-Sahaibani. (2). مناقب الشافعى Jld. 1. Hlm
469. (3). الباعث على انكار البدع والحوادث Hlm. 94. Syihabuddin Abu
Muhammad Abdulrahman bin Ismail (lebih dikenali dengan laqab) Abu
Syamah.
[21] H/R Muslim.
[22] Lihat: فتاوى أئمة المسلمين Jld. 1. Hlm. 138. Mahmud Khatab as-Subki. Al Istiqamah.
[23] Lihat: اللمع فى الرد على مُحَسِّني البدع Hlm. 37. Abdul Qayyum bin Muhammad bin Nashir as-Sahaibani.
[24] Al-Maidah, 5:3.
[25]
H/R Ahmad (24840). Bukhari (2499). “Raddun (رَدٌّ) bererti bid’un
(bid’ah) sebagaimana yang dijelaskan oleh Ali Hasan dalam bukunya Usul
al-Bid’ah”.
[26] H/R Bukhari.
[27] Lihat: اللمع فى الرد على محسني البدع Hlm. 38.
[28] Lihat: اللمع فى الرد على محسني البدع Hlm. 38.
[29] Lihat: اللمع فى الرد على محسني البدع Hlm. 39.
[30] Lihat: اللمع فى الرد على محسني البدع Hlm. 39.
[31] Lihat: المجموع Jld. 1. Hlm. 63.
[32] Lihat: سير اعلام النبلاء Jld. 10. Hlm. 34
[33]
Lihat: (1). اَلاَحْكَام فى اصول الاحام Jld. 1. Hlm. 145. Abu Ali bin
Hazam al-Andulusi. (2). جامع بيان العلم وفضله Jld. 1. Hlm. 147. Abu
'Umar Yusuf bin Abd al-Barr al-Qurtubi. (3). الفتاوى Jld. 1. Hlm.
147.
[34] Lihat: مناقب الشافعى Hld. 1. Hlm. 413.
[35]
Lihat: شرح اصول الاعتقاد اهل السنة والجماعة Jld. 2. 701. Abul Qasim
Hibatullah bin al-Husin at-Tabary al-Lalakaii. Tahqiq Ahmad Sa'ad
Hamdan. Dar Taiyibah. Riyad. Saudi Arabia.
[36] Dikeluarkan oleh Abu Daud (4691). Bab al-Qadar.
[37] Lihat: Sunnah Dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhamma Gharib. Edisi pertama. Surabaya. l984.
[38] Lihat: صفة العلو Ibn Qudamah. Hlm. 124.
[39] Lihat: مناقب الشافعي Jld. 1. Hlm. 387. Al-Baihaqi.
[40] Lihat: شعار العلم النبلاء Az-Zahabi. Tahqiq Syu'aib. Muassasah ar-Risalah.
[41] H/R Muslim (3/62). Abu Daud, Ahmad, Nasaii, Turmizi dan selain mereka.
[42] H/R Abu Daud No 492. Darimi (1/322) Ibnu Majah No 745. Ahmad,Turmizi, Hakim dan Ibn Hibban.
[43] H/R al-Bazzar
[44] H/R Muslim (3/63). Abu Daud No. 3225-3226) Ahmad (3/295, 332, 339, dan 399). Diriwayatkan juga oleh Turmizi dan Hakim.
[45] Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 207.
[46] Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 207.
[47] Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 207.
[48]
Lihat: صلاة العيدين فى المصلى هى السنة Hlm. 27. Nasruddin Al-Albani.
Maktabah al-Islami. Beirut. Cetakan Kedua. 1406H-1986M.
[49] Lihat:
صلاة العيدين فى المصلى هى السنة Hlm. 27. Nasruddin Al-Albani. Maktabah
al-Islami. Beirut. Cetakan Kedua. 1406H-1986M.
Islamic Widget
Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)
Rabu, 27 November 2013
Sabtu, 16 November 2013
Merasmikan Hari Anugerah Cemerlang 2013
Alhamdulillah petang tadi saya berkesempatan untuk merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Rendah Agama Taman Universiti Indah serta menyampaikan hadiah kepada para pelajar cemerlang bagi tahun 2013 ini.
Alhamdulillah anak ke dua saya Aireen Nabila juga antara yang menerima anugerah hari ini.
Kalimah Allah Titah Sultan Wajar Dipatuhi
Titah baginda itu dinyatakan menerusi kenyataan khas yang dikemukakan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais di sini hari ini.
Dalam kenyataan khas itu, baginda mahu semua rakyat mematuhi larangan tersebut seperti mana yang telah tertakluk di bawah Seksyen 9, Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di kalangan Orang Islam) 1988.
Menurut Hanafisah, menerusi kenyataan khas itu, baginda turut bertitah enakmen tersebut adalah terpakai kepada semua rakyat Selangor sama ada mereka itu beragama Islam atau bukan Islam.
"Selanjutnya, baginda bertitah supaya semua rakyat negeri Selangor perlu patuh kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 18 Februari 2010.
"Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan kalimah Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada tuhan dalam agama-agama lain," katanya.
Menurut Hanafisah, kenyataan khas itu turut menyatakan penegasan baginda terhadap kedudukan agama Islam di negara ini yang mana didaulatkan dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai agama Persekutuan dan mempunyai kedudukan istimewa berbanding agama lain.
Mengenai kes The Herald, tambahnya, kenyataan khas itu menyatakan Sultan Selangor sekali lagi menzahirkan pendirian tegas kalimah Allah tidak boleh digunakan sama sekali di Selangor oleh orang bukan Islam sebagaimana yang telah diperuntuk serta dikuatkuasakan dalam undang-undang serta fatwa negeri.
"Oleh yang demikian, pengunaan kalimah Allah dalam Bible dan penerbitan Herald versi Bahasa Melayu perlu dihentikan serta-merta. Ini bagi mengelak kekeliruan umat Islam di negeri ini dengan penganut-penganut agama lain dalam agama mereka.
"Kalimah Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu seperti yang terdapat dalam al-Quran menerusi surah al-Ikhlas," katanya.
Dalam pada itu, menurut Hanafisa, kenyataan khas berkenaan turut menyatakan baginda bertitah semua rakyat yang tinggal di Selangor menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lalu yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.
Malah, baginda seperti dalam kenyataan khas itu menasihatkan mana-mana pihak tidak mengambil kesempatan menjadikan kalimah Allah sebagai agenda politik memandangkan kalimah tersebut adalah suci dan melibatkan akidah umat Islam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131115/dn_02/Rakyat-perlu-akur#ixzz2kjdaCYO5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Rabu, 13 November 2013
Fathul Bari sedia bersemuka 9 Adun Pas
ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia,
Fathul Bari Mat Jahaya menyahut cabaran untuk bersemuka dengan sembilan
Adun Pas Kedah bagi membahaskan isu enakmen anti Syiah.
Beliau sedia berhadapan dengan pembangkang bagi menjelaskan isu itu walaupun dengan ‘sembilan lawan satu’.
“Saya boleh bersemuka dengan mereka dan saya sedia terima jemputan itu. Mereka boleh menulis surat dan menelefon saya untuk memaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu.
“Kalau boleh, berilah saya cadangan beberapa tarikh untuk saya lihat mana yang sesuai supaya hasrat itu dapat direalisasikan,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Fathul Bari bersetuju bersemuka dengan Adun Pas kerana ingin memastikan enakmen itu yang sudah diluluskan dapat diperkasakan lagi di Kedah.
“Saya bukan nak babitkan Pas mahupun mana-mana pihak, tapi dalam soal Syiah ini kita perlu bersama melangkaui sempadan politik,” katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Adun Pas mempelawa Fathul Bari bersemuka berikutan penulisannya di dalam akhbar ini, baru-baru ini berhubung sembilan Adun Pas menolak enakmen anti Syiah yang dibentangkan di Dun Kedah disifatkan tidak bertepatan dengan situasi sebenar.
Menurut laporan itu, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, Fathul Bari boleh bercakap mengenai isu Syiah dibincangkan dalam masyarakat, tetapi tidak boleh mengaitkan Adun Pas membantah undang-undang itu.
Untuk itu, Mohd Nasir yang juga Setiausaha Adun PR Kedah akan menulis surat untuk mengadakan perbincangan dengannya
Beliau sedia berhadapan dengan pembangkang bagi menjelaskan isu itu walaupun dengan ‘sembilan lawan satu’.
“Saya boleh bersemuka dengan mereka dan saya sedia terima jemputan itu. Mereka boleh menulis surat dan menelefon saya untuk memaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu.
“Kalau boleh, berilah saya cadangan beberapa tarikh untuk saya lihat mana yang sesuai supaya hasrat itu dapat direalisasikan,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Fathul Bari bersetuju bersemuka dengan Adun Pas kerana ingin memastikan enakmen itu yang sudah diluluskan dapat diperkasakan lagi di Kedah.
“Saya bukan nak babitkan Pas mahupun mana-mana pihak, tapi dalam soal Syiah ini kita perlu bersama melangkaui sempadan politik,” katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Adun Pas mempelawa Fathul Bari bersemuka berikutan penulisannya di dalam akhbar ini, baru-baru ini berhubung sembilan Adun Pas menolak enakmen anti Syiah yang dibentangkan di Dun Kedah disifatkan tidak bertepatan dengan situasi sebenar.
Menurut laporan itu, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, Fathul Bari boleh bercakap mengenai isu Syiah dibincangkan dalam masyarakat, tetapi tidak boleh mengaitkan Adun Pas membantah undang-undang itu.
Untuk itu, Mohd Nasir yang juga Setiausaha Adun PR Kedah akan menulis surat untuk mengadakan perbincangan dengannya
Blog Anakbukitgantang Dedah 14 Kesesatan Syed Qutb - Rujukan Utama Pemimpin PAS Dulu Hingga Kini.. Benarkah penelitian itu?
Di
antara buku-bukunya yang memuatkan pemikiran-pemikiran yang melampau
ini ialah buku yang berjudul "Fi Dzilal Al-Quran". Perkara yang amat
mengecewakan Ahlus Sunnah Wal Jema'ah dan penulis sendiri apa yang
berlaku di dunia Islam dan Nusantara kita ini, buku " Fi Dzilal
Al-Quran" telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan disebarkan di
kebanyakan negara terutamanya Mesir. Pengikut Syed Quthb atau Golongan
Quthubiyah ini menjadikan buku " Fi Dzilal Al-Quran" sebagai
perlembagaan agama mereka dan menjadikannya sebagai "brainwash' terhadap
pengikut-pengikut baru supaya memberi sokongan kepada mereka dalam
melakukan pemberontakan kepada mana-mana kerajaan yang tidak menyerahkan
tampuk pemerintahan kepada mereka.
Perkara yang amat perlu diberi peringatan di sini dan wajib
dititik-beratkan malah tidak boleh sekali-kali mengabaikannya oleh
mana-mana individu Muslim yang menyayangi agamanya adalah nama kepada
gerakan Golongan Quthubiyah [pengikut Syed Quthb] ini boleh
bertukar-tukar mengikut tujuan dan kepentingan, nama kumpulan ini
dibentuk dengan pelbagai jenama dan label bersesuaian dengan keadaan
setempat, bahasa dan tabiat penduduk.
Kalau diperhatikan konsep wala' yang pernah dilaungkan-laungkan selama
ini oleh golongan ini sebenarnya bukanlah sebagaimana konsep wala' yang
kita fahami sebelum ini tetapi ia sebenarnya merupakan suatu usaha
menanam ta'asub yang membabi buta ke dalam jiwa-jiwa pengikutnya dengan
menyerahkan segala harta dan nyawa semata-mata demi memartabatkan
pemikiran-pemikiran dan akidah-akidah sesat Syed Quthb. Dewasa ini,
bukanlah menjadi suatu perkara yang aneh lagi apabila tersebarnya
pemikiran pelampau agama ini yang bertitik-tolak daripada tersebarnya
risalah-risalah, buku-buku, vcd di negara-negara seperti Mesir, Jaza-ir,
Tunisia, sehingga tersebar di negara lain seperti lubnan, dan juga
tanahair kita yang tercinta. Percetusan dan kacau bilau yang kian hari
berlaku yang mana selain melibatkan pemikiran Wahhabiyah ianya juga
adalah kesan daripada bukti dan hakikat sebenar ideologi Syed Quthb.
Walaupun terdapat usaha-usaha licik sesetengah pihak yang ingin menutup
hakikat sebenar gerakan ini tetapi apa yang berlaku dan menjadi realiti
adalah angkara dari sikap ekstrem golongan Quthbiyah ini.
Perbincangan mengenai Syed Quthb yang merangkumi
aqidahnya, pemikiran sesatnya, pendapat-pendapatnya yang pelik-pelik
merupakan perbahasan yang panjang dan memerlukan kepada penyelesaian
yang mendalam dan terperinci. Perbincangan ini juga akan membawa kita
kepada perbahasan bagaimana kefasadan yang telah dilakukan oleh
kuncu-kuncunya (pengikut-pengikutnya) ini dan bagaimana mereka mendokong
segala pemikiran Syed Quthb yang kemudiannya membawa kepada pertumpahan
darah yang berpanjangan dan tidak berkesudahan sehingga hari ini.
Golongan Quthubiyah turun dalam masyarakat dengan membawa slogan
"Perjuangan Islam", "Khilafah Islamiyah", "Negara Islam". Dari sini
mereka menggambarkan Syed Quthb sebagai hero atau perwira di
dalam misi-misi setiap gerakan dalam perjuangan. Mereka menjadikan Syed
Quthb sebagai contoh ikutan dalam jihad dan perjuangan mereka dalam
menentang mana-mana Kerajaan Islam, manakala sirahnya pula dijadikan
pedoman dan sukatan sillibus usrah bagi kader-kader baru yang menceburi
kumpulan mereka.
Walaubagaimanapun, melalui penulisan kali ini penulis ingin membawa anda
kepada suatu pembongkaran dan pendedahan sebenar golongan ini secara
eksklusif semata-mata bertujuan baik mencari keredhaan Allah dan
rasul-Nya. Penulis bukanlah antara yang orang yang terbaik untuk
mendedahkan kesesatan golongan Quthubiyah ini, dan tidak pula boleh
berdiam diri membiarkan sahaja kefasadan dan kemungkaran terus
bermaharajalela di sana sini tanpa melakukan Amar Maaruf dan Nahi
Mungkar. Oleh kerana tiada penulisan yang banyak dalam mendedahkan
golongan ini khususnya penulisan berbahasa Malaysia, penulis mengambil
peluang ini sebagai jihad di dalam Islam dan juga sebagai menyahut
perintah Allah Ta'ala supaya dengan ini dapat membasmi
pemikiran-pemikiran berbahaya yang menjadi kanser di dalam masyarakat
Islam dewasa ini.
Mudahanah atau mendiamkan diri daripada menjelaskan kebenaran adalah suatu perkara yang amat keji dalam syara'.[4] Oleh
itu, penulis menyeru kepada masyarakat Islam yang merasakan dirinya
bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam ini supaya bersusaha keras
menyampaikan mesej ini kepada keluarga sendiri, sahabat handai, jiran
tetangga, orang kampung, masyarakat setempat di desa mahupun di kota dan
seterusnya kepada pihak berkuasa. Ini adalah kerana diam daripada
Al-AMR BIL MAARUF wa AN-NAHYU 'ANIL MUNGKAR adalah mainan dan bisikan
Iblis di samping ianya menunjukkan kecintaan dan pergantungan kepada
dunia lebih daripada Agamanya sendiri.
Berkata Al Imam al 'Alim ash-Shufi Abu 'Ali ad-Daqqaq (Semoga Allah meredhainya) :
Yang bermaksud :
الساكت عن الحق شيطان أخرس
"Orang yang diam dan tidak menjelaskan kebenaran adalah syaitan yang bisu"[5]
WAJAH SEBENAR SYED QUTB
Kepada semua yang masih lagi taasub kepada Syed Quthb dan
pemikiran-pemikirannya, kepada semua yang tersilap atau sengaja
melibatkan diri dalam kumpulan atau parti yang berteraskan pemikiran
Syed Qutb dan manhajnya yang punah-ranah, penulis mengajak anda semua
supaya membuat kajian yang teliti bersama-bersama tanpa menaruh sebarang
sikap keta'asuban supaya dapat kita mencari kebenaran dan menuju
keredhaan Ilahi.
SEJARAH HITAM SYED QUTHB DAN KECENDERUNGANNYA PADA UNSUR-UNSUR KELUCAHAN
Bagi
mereka yang benar-benar mengkaji sejarah Syed Quthb, mereka dengan izin
Allah Ta'ala, insyaAllah akan menjumpai sejarah hitam sebenar Syed
Quthb terutamanya di dalam bukunya yang diberi judul ( الإسلام مشكلة
الحضارة ) [6] Syed Quthb mengakui ;
Berkata Syed Quthb :
" Pada suatu malam aku berada di dalam sebuah gereja di negara (جريلي)
di wilayah Colorado, aku sememangnya pernah menjadi anggota persatuannya
[gereja], sebagaimana sebelum ini aku juga pernah menjadi anggota di
dalam pelbagai persatuan gereja yang lain pada setiap tempat yang pernah
aku lalui iaitu di antara Washington di sebelah timur dan California di
sebelah barat yang mana kawasan ini dikira sebagai tempat penting
masyarakat [setempat]. [lokasinya] amat sesuai untuk belajar atau
membuat kajian dengan secara bersungguh-sungguh. [Ianya] bukanlah secara
terang-terangan tetapi aku melakukan kajian [mempelajarinya] secara
senyap-senyap mengenai [kehidupan] rakyat Amerika….dan selepas aku
menyelesaikan TUGASKU SEBAGAI SEORANG YANG MEMBERI PERKHIDMATAN AGAMA kepada gereja tersebut,
aku terlibat sama dengan beberapa remaja perempuan dan wanita dewasa di
dalam upacara keagamaan yang merupakan ahli anggota [di gereja
tersebut]. [Kemudian apabila selesai majlis], kami berjalan melalui
pintu sebelah yang terus kepada tempat berjoget [pusat hiburan] yang
bangunannya bersambung dengan dewan sembahyang. Pusat hiburan itu terang
benderang dengan cahaya yang berwarna warni, merah dan biru dan
kadang-kala disinari lampu berwarna putih. Tarian ini didendangi dengan
alunan " الجرامنون" diikuti dengan rentakan kaki-kaki dan betis-betis di
dalam pusat hiburan tersebut. Manakala aku menghulurkan tangan [ untuk
memegang pinggang wanita] yang hadir [dalam pusat hiburan tersebut] dan
memberikan ciuman pada bibir-bibir dan pada dada-dada [mereka], suasana
ketika [katanya] itu sungguh mengasyikkan". Intaha.
Berkata
Sayyid Basher Ahmad Kasymiri di dalam kitabnya yang berjudul (عبقري
الإسلام سيد قطب), Cetakan Darul Al-Fadhilah sebagaimana teksnya yang
bermaksud ;
Yang bermaksud ;
"
Apa yang kami perhatikan apabila Syed Qutb mencecah umur 30-an, dia
telah sampai kepada suatu peringkat yang melampau batasan dalam
sesetengah penulisannya, sekira-kira dia telah memperlekeh-lekehkan
akhlak [akhlak yang mulia], peri kemasyarakatan dan mempertahankan
[ideologi barat] keharusan bersekedudukan [lelaki dan perempuan], dia
juga pernah memberi keterangan yang jelas bahawa sekiranya diwakilkan
kepadanya kejadian semula makhluk ini dia tidak akan menjadikannya
perkara lain melainkan [katanya dia akan menjadikan] taman-taman [yang
indah] dan tempat-tempat rehlah yang boleh menghimpunkan kawan-kawan,
teman-teman yang mesra, lelaki dan perempuan yang berkasih-sayang
memudahkan mereka berbisik-bisikan [berfoya-foya], tidak tidur pada
waktu malam dengan tiada sebarang suasana riuh-rendah dan kacau-bilau
[tiada ganguan]. Perkara [terkutuk ini] merupakan perkara yang
disembunyikan daripada kenalan [kawan-kawan] Syed Quthb sendiri [mereka
tidak tahu hal sebenar Syed Quthb] dan begitu juga mereka yang
mencintainya terutamanya [pun tidak tahu] terutamanya golongan yang
dinamakan sebagai Jemaah Islamiyah itu sendiri ataupun sesetengah ada
mengetahuinya [hal sebenar Syed Quthb] tetapi mereka sengaja menutup
mata". intaha.
Kenyataan ini juga adalah nukilan daripada kitab "Syed Qutb" dengan teks
yang sama di samping nukilan daripada Majalah Mingguan [مجلة الأسبوع]
diterbitkan pada 18 ogos 1934 M, Bilangan yang ke 37 – Adnan Muslim-
Dzuhur Da'iyah, m/s 104-106.
Berkata
Muhammad Hafiz Diyab di dalam kitabnya yang berjudul "سيد قطب- الخطاب
والأيدولوجيا", Cetakan Dar Attoli'ah Lil Thiba'ah Wa An-Nasyr, Beirut,
m/s 66 sebagaimana teksnya ;
Yang bermaksud ;
"
Syed Quthb bukan sahaja semata-mata anak murid kepada Al-'Aqad, bahkan
dia adalah di antara pelajar-pelajarnya yang paling akrab dengannya,
paling rapat [mesra] dengannya, sangat cenderung akan kesusasteraannya,
pemikiran-pemikirannya, dan halatujunya sehinggakan majalah (الرسالة )
selepas kematian Ar-Rafi'e membuka lipatan sejarah baru ketika melakukan
penulisan tentangnya. [Syed] Qutb adalah di antara orang yang memberi
penentangan yang paling keras terhadapnya [Ar-Rafi'e] di samping
mempertahankan ustaznya Al-'Aqad. Di dalam tempoh ini Syed Quthb telah
mengalami [masalah] keraguan di dalam akidah dan agamanya dan ini
berlarutan sehinggalah bertahun-tahun lamanya. Apa yang disebut kepada
An-Nadwi apabila dia menceritakan [peristiwa yang telah berlaku]
kepadanya bahawa segala hubungan dengan dirinya dan [sejarah] permulaan
kehidupannya yang pertama [kehidupan Islam] sudah terputus selepas
perpindahannya ke Kaherah [Mesir] dan apabila dia menetap di sana,
pengetahuan agamanya dan Akidah Islamnya semakin terhakis. Apabila
berlalu tempoh keraguan terhadap kebenaran agama di dalam dirinya, dia
sendiri mengakui perkara ini selepas dia kembali pulih [separuh pulih],
dia berkata ; " Sesungguhnya keraguan [yang aku alami] ini pernah
memperdayakan fikiranku merosakkannya...dan ianya menghalang diriku
daripada melihat pandangan yang asal lagi jelas [menghalang dirinya
daripada melihat kebenaran]". Intaha.
"
Di antara rencana-rencana hasil tulisan Syed Quthb dimuatkan di dalam
majalah (الأهرام) yang bertarikh 17 march 1934, m/s 7, dia membuat
seruan secara terang-terangan kepada orang ramai supaya kembali kepada
fesyen [العاري التام] "berbogel atau bertelanjang bulat ". Menurut Syed
Quthb, masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan dengan
bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi semasa manusia
mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu. Ini adalah suatu bid'ah yang
yang sememangnya telah tersebar pada masa Syed Qutb berada di
Negara-Negara Eropah lagi. Manakala mengenai keraguan dalam persoalan
dalam akidah dan agama adalah suatu perkara yang amat jelas sekali
apabila ia terdapat di dalam syair-syair qasidah yang dikarang olehnya
pada waktu itu.
Ini adalah pendapat Syed Quthb yang dimuatkan di dalam majalah tersebut.
Pada
tahun 1948 dia telah bermusafir ke [الولاية المتحدة] iaitu
Negara-Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di sana dia mendapat
cetusan baru, menerima tarbiyah [latihan rohani] dan menjalani proses
asas-asas manhaj pemikiran. Perkara yang perlu diambil perhatian dalam
peristiwa ini ialah persoalan kenapa Syed Quthb datang ke sana secara
mengejut dan berseorangan. Kedatangannya juga tidak pernah diiklankan
oleh mana-mana media massa. Dengan ini jelas kepada kita bahawa
kedatangan Syed Quthb ke [الولاية المتحدة] iaitu Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan di antara cetusan perancangan sulit
Amerika walaupun ianya tidak dapat diketahui oleh Syed Quthb sendiri.
sumber ini adalah daripada At-Thohir Ahmad Makki. Menurutnya, 3 buah
risalah Syed Quthb yang tidak disebarkan oleh majalah (الهلال) yang
bertarikh Oktober 1986, m/s 123-126.
Di
dalam majalah (روز اليوسف), m/s 34, Tahun 1996 pada 29 (تموز),
bilangan/3555, di bawah tajuk (سيد قطب من الإلحاد إلي القدسية والعكس)
telah menerbitkan beberapa perkara penting berkaitan dengan Syed Quthb
antaranya ;
- Dia mencintai salah seorang daripada 7 orang wanita yang pernah mengetuk pintu rumahnya dan dia menangis apabila wanita itu telah berkahwin.
- Syed Quthb banyak menulis [unsur-unsur lucah] tentang wanita antaranya menyifatkan bibir wanita (والشفة الظامئة) sebagai bibir yang mendahagakan, mata wanita (العين الهاتفة) sebagai mata yang menggoda, paha wanita (والفخذ اللفاء) sebagai paha yang sempit [padat dengan daging dan kenyal], dan dada wanita (والصدر الناهد) sebagai sebagai dada yang tinggi dan menonjol.
- Menyeru kepada orang ramai supaya kembali kepada fesyen [العاري التام] "berbogel atau bertelanjang bulat ". [Menurut Syed Quthb,] masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan dengan bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi kepada manusia semasa mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu.
- [Syed Quthb] menyifatkan Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang yang inginkan kemasyhuran, mencari perhatian ramai [mencari populariti]…tidak patut ambil mudah dengannya". Intaha.
Di
dalam buku yang sama, m/s 36, Syed Quthb sendiri yang mengatakan
kenyataan ini. Menurutnya (السهرة) [berjaga malam untuk tujuan
berbisik-bisik antara lelaki dan perempuan atau berfoya-foya yang
disebut sebelum ini] adalah (اللذيذة البريئة) iaitu kelazatan tanpa
batasan. Kenyataan ini ditulis olehnya sendiri pada tahun 1951. Selain
itu, di dalam buku yang sama juga, dia sempat mengarang tentang (بداية
الأمريكي في حياته الجنسية), lalu dia berkata ;
Yang bermakna ;
" Wanita-wanita di Amerika sangat mengetahui tempat yang boleh
mendatangkan ghairah pada jasadnya, (في العين الهاتفة) pada matanya
mengasyikkan, (والشفة الظامئة) pada bibirnya mendahagakan, (الصدر
الناهد) dadanya yang tinggi atau menonjol, (الردف المليء) cara duduknya
yang penuh seperti menunggang, (الساق الملساء) betisnya yang lembut dan
licin, dia [wanita Amerika] menonjolkan semua benda ini dan tidak
menyembunyikannya. Wanita Amerika [menurut Syed Quthb] sangat-sangat
mengetahui bahawa dada yang montok, rupa bentuk badannya yang
menghairahkan, kedua-duanya adalah (الشفاعة)[7] yang tidak pernah ditolak oleh semua wanita". Intaha.
- DARI SEORANG MARXISME & ETHIES
Setelah dilakukan kajian tentang sejarah kehidupan lelaki yang bernama Syed Quthb[8] ini
maka apa yang dapat disimpulkan bahawa Syed Quthb bukanlah seorang
ulama' Islam, bukan faqih dalam ilmu agama, bukan juga ahli hadis,
bahkan apa yang nyata sekali dia adalah seorang bekas [الصحفي]
sasterawan. Minatnya dengan bidang kesusasteraan[9], menyebabkan dia banyak menulis dalam beberapa majalah-majalah[10] di Mesir.
Sejarah memperakui bahawa Syed Quthb tidak pernah belajar berguru
ataupun di dalam pengistilahan ulama dia tidak pernah bertalaqqi dengan
mana-mana alim ulama' pada zamannya bahkan tidak keterlampauan jika
dikatakann dia tidak pernah mencium haruman pengajian ilmu agama
menggunakan kaedah bertalaqqi secara bersanad sebagaimana yang diamalkan
oleh ulama'-ulama' Ahlus-Sunnah Wal-Jama'ah sejak dari zaman salaf
lagi. Syed Quthb di dalam $At-Tashwir Al-Fanni Fi Al-Quran[11] (Gambaran
Keindahan Dalam Al Quran) ; memberi pengakuan secara terang-terangan
kerjayanya sebagai sasterawan dan dia sendiri mengakui pernah beraliran
marxisme [Mulhid ][12] .
Syed Quthb pernah mengalami penyakit berbahaya dalam hidupnya iaitu
keraguan dalam aqidah dan agamanya dan ianya berterusan sehingga
beberapa tahun lamanya. Antara pengakuan yang pernah dibuat seperti dia
sendiri mengakui tentang dirinya ;
وكنت قبل ذلك إحدى عشرة سنة ملحدا
Yang bermaksud :
" Dan aku sebelum itu [berhubung dengan cerita sebelumnya] pernah menjadi seorang Mulhid selama11 tahun". Intaha.
Perkara ini terbukti apabila ianya memang terdapat di dalam bukunya
sendiri. Ianya ditulis sebelum menerima hukuman gantung daripada
Kerajaan Mesir. Buku ini berjudul; (لماذا أعدموني) [ Kenapa Aku
Dibunuh]. Selain itu juga kenyataan yang membuktikan dirinya pernah
beraqidah (الإلحاد) disebut di dalam bukunya yang berjudul (معالم في
الطريق). Oleh kerana perkara yang sama juga banyak diulang-ulang dalam
penulisannya, Seorang tokoh semasa yang bernama An-Nadwi bangkit
menghentam dan mengaibkannya disebabkan perkara terkutuk itu. Dalam masa
yang sama, kenyataan ini juga di sebut di dalam majalah yang diberi
nama (مجلة التقوى), majalah (مجلة روز اليوسف) dan selainnya.
Maka jelaslah di sini bahawa Syed Quthb sememangnya tidak tersenarai
langsung daripada senarai alim ulama', bukan juga faqih atau ahli
tafsir, bukan ahli hadis bukan juga alim dalam bidang Nahu, hatta bukan
daripada ulama-ulama' Akidah Islam. Tetapi berdasarkan kajian ulama',
Syed Quthb adalah penulis riwayat-riwayat cerita dan kisah-kisah lucah
yang mengghairahkan. Sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan
kenyataan ulama' ini silalah kaji bukunya (أشواك قطب). Tapi yang anehnya
kenapa ada mereka yang masih lagi ta'asub dengan Syed Quthb ini dan
ragu-ragu malah mendewa-dewakannya sedangkan dia mempunyai seorang yang
berkeperibadian terkutuk dan mengaibkan?
- SYED QUTB SEBENARNYA ADALAH MASUNI [PENENTANG AGAMA ISLAM]
Syeikh Muhamad Al-Ghazali merupakan di antara anggota tertinggi dalam
Hizbul Ikhwan yang asal, beliau pernah menjadi teman rapat Imam Syeikh
Hasan Al-Banna ketika hayat beliau, selain itu beliau juga sangat
mengenali Hasan Al-Hudhaibi dan Syed Quthb dengan baik sekali. Di dalam
kitab karya penulisannya seperti (من ملائح الحق), m/s 223, menjelaskan
fenomena sebenar yang berlaku selepas kewafatan Imam Asy-Syahid Syeikh
Hasan Al-Banna –semoga Allah merahmatinya. Selain itu, beliau membongkar
jenayah golongan Al-Masuniyahlah[13] [golongan
yang memerangi agama Islam] sebenarnya yang telah melantik Syed Quthb
ketua bagi kumpulan atau Hizb Al-Ihwan ini. Mereka mengatakan golongan
mereka ;
ادخلوا فيهم لتفسدوهم
Yang bermaksud ;
" Pergilah kalian masuk ke dalam jema'ah mereka agar dapat memusnahkan mereka semua".
Di
dalam kitab yang sama, menurut beliau Imam Syeikh Hasan Al-Banna -
semoga Allah merahmatinya – sudah terlebih dahulu memberitahu jema'ahnya
[Ikhwan Al-Muslimin] telah berpecah kepada beberapa kumpulan, ada yang
benar-benar sudah menyeleweng, mereka telah menumpahkan darah, membunuh,
mengkafirkan masyarakat Islam yang tidak bersalah, lalu Imam Syeikh
Hasan Al-Banna mengatakan Syed Quthb dan kelompok-kelompaknya
sebagaimana tertera di dalam kitab Syeikh Muhamad Al-Ghazali berikut ;
وقد قال حسن البنا فيهم – قبل أن يموت- إنهم ليسوا إخوانا وليسوا مسلمين
Yang bermaksud ;
" Telah
berkata Imam Hasan Al-Banna mengenai mereka [Syed Quthb dan
pendokong-pendokongnya]- sebelum kewafatan beliau- bahawa mereka
bukanlah tergolong daripada Ikhwan [al-muslimun] dan bukan juga beragama
Islam.Intaha.
- SYED QUTHB BUKAN LELAKI YANG MAKSUM[14]
Kepada kumpulan Syed Quthb – yang bersembunyi di sebalik nama Hizb
Al-Ikhwan atau kadangkala dinamakan sebagai "Jama'ah Al-Islamiyah",
Kepada semua kelompok dan kumpulan, kepada setiap individu lahir yang
dari institut pendidikan Syed Quthb, Kami Ahlus Sunah Wal Jama'ah
mengatakan :
" Sekiranya kamu mengiktiraf Syed Quthb adalah bukan [seperti] Nabi
Muhammad Shollallahu 'Alaihi Wasallam, dan juga kamu mengiktiraf dia
bukan dari para malaikat Allah, maka natijahnya dia bukanlah seorang
yang maksum iaitu terpelihara daripada melakukan dosa dan noda. Tetapi
yang anehnya kenapa kenapa kamu masih lagi ta'asub dengan
pemikiran-pemikirannya, pendapat-pendapatnya, manhaj hitamnya yang
punah-ranah, pentakfir, selain itu juga dia juga pernah berulang-ulang
kali menghalalkan darah orang Muslim?
Buku-bukunya yang tersebar hari ini menjadi saksi bahawa Syed Quthb
merupakan seorang yang jahil dalam semua bidang dan ilmu keagamaan. Dia
adalah seorang Musyabbih (menyerupakan Allah dengan makhluk), Mujassim
(mengatakan Allah berjisim), mendustakan ayat-ayat Al-Quran, dan
beberapa kali dalam hidupnya mencela dan menghina para anbiya'. Dia
mempunyai penyelewengan dan kesalahan yang tidak terhingga untuk
dihitung dengan jari-jemari, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Adakah tidak ada perasan belas kasihan di dalam hati kalian apabila
melaksanakan pemikiran Syed Quthb dan meniru fikrah takfirnya,
menghalalkan darah semua manusia di kalangan para penguasa Islam,
rakyatnya, tuan-tuan guru yang mengajar agama [المشايخ], lelaki dan
wanita, para tukang azan di seluruh pelusuk bumi, para petani, para
penoreh getah, mereka yang bersolat di masjid-masjid, kanak-kanak yang
tidak bersalah, remaja-remaja lelaki dan perempuan, para doktor,
arkitek, dan semua pekerja buruh dan kakitangan kerajaan??!!
Hari ini, sejarah telah memperlihatkan kepada kami
bagaimana golongan kalian menumpahkan darah Umat Islam di Syiria,
Lubnan, Palestin, Iraq, Afghanistan, dan banyak lagi. Negara yang aman
dan berdaulat kalian porak-perandakan, kalian bunuh hamba-hamba Allah
yang tidak bersalah, manhaj pemikiran kalian sekira-kira menghalalkan
segala-galanya ini membawa kepada huru-hara, kacau-bilau, fitnah pada
agama, bala', kerosakan, kemusnahan, dan membawa kepada kehancuran yang
besar. Wahai pengikut Syed Quthb! Keluarlah daripada manhaj Al-Khawarij
ini, kembalilah kepada kepada manhaj Ahlus-sunah wal-jamaah yang suci,
murni dan dijamin kesahihan dan kebenarannya.
- IMAM AS-SYEIKH HASAN AL-BANNA –SEMOGA ALLAH MERAHMATINYA- MENTAHZIR UMAT ISLAM DARIPADA SYED QUTHB.
Antara
perkara yang paling menonjol untuk diutarakan di sini sebagai
membuktikan Syed Quthb tidak berada dalam landasan Ahlus Sunah
Wal-Jama'ah, bukan juga pengikut Imam Hasan Al-Banna iaitu pengakuan
Imam Hasan Al-Banna sendiri yang mengatakan dirinya sendiri berlepas
daripada Syed Quthb, kumpulannya dan pendapat-pendapat mereka
sebagaimana yang telah diterbitkan oleh majalah (مجلة روز اليوسف),
bertarikh 29/7/1996, bilangan 3555, m/s 36.
" Pada peringkat ini, Syed Quthb menyeru umat Islam kembali kepada
fikrah " berbogel dan bertelanjang bulat". Berdasarkan periwayatan
Mahmud Abdul Halim yang telah menulis sebuah kitab yang berjudul (تاريخ
الإخوان المسلمين ), beliau mengatakan Syed Quthb merupakan "Imam Takfir"
[إمام التكفير], dia merupakan semangat dan bapak kepada kumpulan
pemberontak atau kerosakan [الأب الروحي لجماعات العنف] yang menyeru
supaya kembali kepada fikrah " berbogel dan bertelanjang bulat".
[Menurut Syed Quthb] masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan
dengan bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi kepada manusia
semasa mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu. Apabila dia Mahmud Abdul
Halim ingin menulis kitab membangkangnya, Syed Quthb sendiri menegahnya
dan memberi amaran keras.
Mahmud Abdul Halim berkata kepada Syed Quthb ; "Sesungguhnya Syed Quthb
adalah pemuda yang terpengaruh dengan suasana barat, inilah antara
faktor besar kenapa dia boleh berfikiran [lucah] sebegini, sebenarnya
tujuan dia menulis rencana-rencana bukan sekadar penulisan karangan
biasa bahkan ia melambangkan keimanannya yang di yakini selama ini di
samping ia merupakan suatu percubaan untuk mendapat kemasyhuran".Intaha
- ABU AL-FATTAH ABU GHUDDAH, PENGERUSI HIZBUL IKHWAN DI SYIRIA MENGKAFIRKAN SYED QUTHB
Di
antara bukti kukuh memperkuatkan hujah penulis mengatakan bahawa
jema'ah Hizb Al-Ikhwan mengkafirkan di antara satu sama lain sebagaimana
yang telah tercatat di dalam (مجلة الأمة), diterbitkan pada Jamadil
Awwal 1405 H, yang merupakan tulisan Abu al-Fattah Abu Ghuddah sendiri.
Tulisan ini bertajuk (تعبيرات خاطئة)m/s 14-16 ;
أن
سيد قطب سمى الله بالعقل المدبر، ولا يجور إطلاق العقل على الله، فالله جل
شأنه منزه عن الوصف بمثل هذا، وهذه العبارات وأمثالها تكررت في كتاب في
ظلال القرءان كثيرا كثيرا، ويقول أبو الفتاح أبو غدة : إن هذا لا يفيد
التبجيل ولا التعظيم في حق الله بل يوهم النقص والشبه بالمخلوقات، ويقول :
وهذا خطأ فاحش شديد وأن معتقده يخرج من الإسلام.أهـ
Yang bermaksud ;
" Sesungguhnya
Syed Quthb telah menamakan Allah sebagai (العقل المدبر) [katanya Allah
adalah akal yang mentadbir], padahal tidak harus mengatakan atau
mensifatkan Allah sebagai akal. Allah Ta'ala Yang Maha Agung, Maha Suci
daripada perkara yang demikian itu. Ibarat sebegini dan seumpamanya
sering kali berulang-ulang di dalam bukunya (في ظلال القرءان) dengan
[ibarat] yang teramat banyak. Abu al-Fattah Abu Ghuddah telah berkata : "
[ibarat] ini tidak akan membawa kepada kebesaran dan keagungan pada
Allah Ta'ala bahkan memberi keraguan [Allah TA'ala] mempunyai kekurangan
dan sama dengan makhluk. Dan lagi dia berkata ; " [ ibarat] yang salah
ini adalah suatu kesalahan yang teramat buruk dan orang yang beri'tiqod
sedemikian rupa keluar daripada Islam." Intaha.
GURU-GURU AGAMA DI MESIR MEMINTA UMAT ISLAM BERWASPADA DENGAN SYED QUTHB
As-syeikh Abu al-Khair al-Mishri merupakan salah seorang pensyarah di
Universiti Al-Azhar menyedari bahawa pemikiran Syed Quthb adalah
berbahaya kepada masyaraka Islam secara keseluruhannya. Beliau pernah
mengatakan ;
إن سيد قطب لازمته يوما كاملا وكنت أقوم إلى الصلاة وهو لا يصلي فأقول له الصلاة يا سيد، فيقول أنا مشغولبالكتابة.
" Sesungguhnya
aku pernah bersama-sama dengan Syed Quthb sehari penuh, aku telah
bangun berdiri untuk melakukan sembahyang manakala dia pula tidak
bersembahyang, lalu aku berkata kepadanya ; " Mari sembahyang wahai
Syed! Jawabnya ; aku [sekarang] sibuk dengan penulisan[ku]." Intaha.
Selain beliau, ramai lagi alim ulama' yang mentahzir umat Islam daripada
Syed Quthb. Pernah ada satu rombongan daripada Al-Azhar ke Lubnan,
antara yang ikut serta dalam rombongan itu ialah Syeikh 'Ayyih. Beliau
berkata ;
وقال عنه : إنه جاهل ، وقد شهد عليه عدد كبير من مشايخ مصر الذين يعرفونه بالجهل وأنه كان ملحدا
Maknanya ;
" dia
(Syed Quthb) adalah seorang yang jahil, perkara ini sememangnya
disaksikan oleh ramai tuan-tuan guru agama [المشايخ] di Mesir yang
betul-betul mengenali kejahilannya, dan juga dia merupakan seorang
ethies [ملحد]". Intaha.
- IMAM HASAN AL-BANNA BER'AQIDAH ASYA'IROH
Imam Hasan Al-Banna adalah tokoh yang agung dalam perjuangan Islam. Demi
menjaga masyarakat Islam daripada teraniaya oleh penjajah Inggeris
beliau telah membina suatu pasukan rahsia yang kuat bagi melahirkan
kader-kader jemaah yang berkualiti bagi membenteras penganiayaan
Inggeris pada Umat Islam.
Manhaj beliau cukup jelas, masyhur dengan bermethodologikan manhaj Abu
Hasan Al-Asy'ary. Oleh kerana itulah kita dapati hari ini ada di
kalangan wahhabiyah mengarang kitab menghentam manhaj Imam Abu Hasan
Al-Banna.
Berkata Imam Abu Hasan Al-Banna Di Dalam Kitabnya Al-'Aqoid Al-Islamiyah ;
يقول حسن البنّا في كتاب العقائد الإسلامية:
"السلفُ والخلفُ ليس بينهم خلافٌ على أنه لا يجوز حملُ ءاية الاستواء على المعنى المتبادر.اهـ
Yang bermaksud ;
"Golongan
salaf dan khalaf tiada khilaf [bersepakat] di antara mereka bahawa
tidak harus menjadikan Ayat Istawa dengan makna secara zhahir
[الجلوس]".Intaha
TERLIBAT DENGAN GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN (GOLONGAN QUTHUBIYAH)
Kemudian keterlibatan Syed Quthb di dalam kelompok
Al-Ikhwan Al-Muslimin menjadikannya terkenal terutamanya apabila dia
telah mengukir nama di dalam gerakan itu dan pernah menjadi salah
seorang tokoh yang terkemuka dalam menggerakkan Ikhwan al-Muslimin. Di
sini bermula kesesatannya apabila dia menulis makalah, kitab dan
sebagainya yang mana penulisannya itu telah menjadikan dirinya
tergelincir daripada kebenaran dan menyesatkan Umat Islam.
Sekiranya karya-karya Syed Quthb ini dikaji selidik dan dibaca oleh mereka yang alim daripada Ahlul Fahm Wat At-Tamyiz[15] ternyata
akan terbongkar dari buku-buku tersebut fatwa-fatwa yang sesat yang
bertentangan dengan syari'at Allah yang akhirnya melambangkan
kedangkalan dan kebodohan penulisannya.
Syed
Quthb juga amat kagum dan tertarik dengan dengan pemikiran Abul A'la
Maududi pengasas Jama'ah Islamiyah di Pakistan terutamanya pemikiran
Abul A'la Maududi yang radikal dan keras dalam mengkafirkan orang yang
tidak melaksanakan hukum wadh'i walaupun mereka tidak membantah atau
tidak menginkari hukum syari'ah Allah.
- KEGANASAN GOLONGAN IKHWAN
Hizb
Al-Ikhwan hari ini adalah di antara golongan yang paling bahaya selain
wahhabiyah. Kewujudan golongan ini dalam masyarakat boleh membawa
huru-hara yang tidak berkesudahan dan boleh meresahkan Umat Islam.
Mereka tanpa ada perasaan malu dan segan silu menamakan jema'ah mereka
sebagai jema'ah yang inginkan pembaharuan dan islah dimsamping
melaung-laungkan nama Islam ke sana ke mari. Hizb Ikhwan hasil gubahan
Syed Quthb ini membawakan manhaj atau metodologi yang baru sekira-kira
mereka mengira diri mereka sahaja beragama Islam dan selain daripada
manhaj mereka adalah KUFFAR. Selain itu juga, Hizb Ikhwan menganggap
masyarakat Islam hari ini merupakan masyarakat jahiliyah yang kafir
[keluar daripada Islam] kerana mereka memakai hukum kanun biasa dan
tidak mempraktikkan hukum syar'iah.
Pengkafiran Hizb Ikhwan ini merangkumi semua penguasa- penguasa
di seluruh alam sehingga mengkafirkan penguasa-penguasa di tanah Arab
itu sendiri kerana realiti yang berlaku hari ini penguasa-penguasa
menggunakan hukum selain daripada hukum Allah, begitulah juga rakyatnya,
guru-guru yang mursyid, tukang azan, peniaga-peniaga, pekerja-pekerja
kerajaan, pekerja di sektor swasta, baik kanak-kanak yang tidak bersalah
dan juga yang sudah dewasa semuanya dikira sebagai kafir kerana mereka
tidak melakukan pemberontakan kepada kerajaan mereka.
Kalau diikuti perkembangan golongan ini secara serius di
tanahair kita ataupun di luar negara mereka tiada kepentingan lain,
tiada kerja lain melainkan melemparkan pengtakfiran terhadap masyarakat
Islam, menyeru kepada keganasan, fitnah-memfitnah, mengerahkan supaya
pengikut-pengikutnya keluar di jalanan supaya melakukan penentangan
secara membuta-tuli di samping membawa kepada pertumpahan darah.
- TIDAK HARUS MEMANGGIL MEREKA SEBAGAI "JEMAAH ISLAMIYAH"
Ulama'-Ulama' Muktabar mengatakan bahawa ; Tidak
boleh mengelarkan kumpulan ini dengan nama "Islamiyah", sebaliknya
menamakan mereka sebagai "kumpulan yang mendakwa sebagai Islam". Ini adalah kerana mereka amat
bercanggah dengan Akidah Islam itu sendiri yang menjadi tiang atau asas
kepada Agama Islam rentetan daripada kepercayaan mereka bahawa Allah
itu adalah ar-Risyah al-Mu'jizah (bulu yang melakukan hal yang luar
biasa), menamakan Allah dengan al 'Aql al-Mudabbir (Akal yang mengatur),
mereka mempercayai Allah Ta'ala sentiasa bersama-sama manusia dengan
zat-Nya pada setiap masa, menghalalkan darah orang Islam, berkompromi
dengan golongan zionis antarabangsa dalam memerangi Umat Islam. Oleh kerana itulah menurut para ulama' tidak boleh menamakan mereka sebagai orang muslimin dan tidak harus juga menamakannya sebagai "Jema'ah Islamiyah"
sebagaimana tersebar hari, selain itu tidak boleh mengatakan mereka
sebagai "Al-Ikhwan Al-Muslimun" tetapi kita dibenarkan menyebut golongan
ini sebagai " kumpulan atau golongan yang mendakwa mereka sebagai
Ikhwan Al-Muslimin". ini adalah supaya umat Islam tidak tertipu lalu
menyangka mereka pada landasan yang benar padahal mereka jauh daripada
itu.
- ANTARA NAMA-NAMA GOLONGAN QUTHBIYAH DI TANAH ARAB ;
Golongan
Quthubiyah sememangnya tersebar di banyak buah negara, mereka
berselindung dengan pelbagai nama dan organisasi. Penjenamaan yang
pelbagai dengan beridentitikan nama yang cukup 'islamik' adalah di
antara taktik untuk memancing masyarakat supaya menyertai mereka, selain
meracuni pemikiran pemuda-pemudi yang baru mengenal erti Islam dan
perjuangan.
Manakala di Nusantara golongan ini dikenali sebagai ;
- PAS di Malaysia
- PKS (PARTAI KEADILAN SOSIAL ) di Indonesia
- FATWA DALAM ISU AKIDAH YANG MENYELEWENG
Di
sini disebut beberapa kesesatan Syed Quthb secara ringkas tanpa ada
perbahasan yang terperinci tentang penyelewengannya di dalam Agama
Islam. Berikut adalah senarai ringkasan kesesatan-kesesatannya ;
- Menamakan Allah dengan nama (الريشة المعجزة) ar-Risyah al-Mu'jizah (bulu yang melakukan hal yang luar biasa),
- mendakwa Allah sebagai (الريشة المبدعة) ar-Risyah al-Mubdi'ah [bulu yang menciptakan alam dari sesuatu yang tiada menjadi ada, tanpa ada contoh sebelumnya].
- menamakan Allah sebagai (الريشة الخالقة) ar-Risyah al-Khaliqah [bulu yang menciptakan].
- menamakan Allah dengan (العقل المدبر) al 'Aql al-Mudabbir [Akal yang mengatur].
- mengkafirkan masyarakat Islam di pelusuk alam secara keseluruhan.
- pemikiran Syed Quthb berasal daripada pemikiran Baihasiyyah iaitu satu kelompok di dalam Khawarij yang mengkafirkan pemerintah Islam dan rakyatnya.
- mencela golongan As-Salaf As-Soleh.
- mencela dan menghina pengajian ilmu fiqh.
- beri'tikod Allah berada di mana-mana dengan zatnya [ seperti i'tikod Jahmiyah).
- menggelarkan masyarakat Islam sebagai Masyarakat Jahilyah.
- menghina dan mencela Nabi Musa 'Alayhissalam.
- menuduh Nabi Yusof merasa lemah diri [ghairah] apabila digoda oleh isteri pembesar Al-'Aziz.
- Mengkafirkan Nabi Ibrahim 'Alayhissalam.
- menghalalkan darah Umat Islam dan beberapa kes pembunuhan Oleh Golongan Quthubitah.
Ke
semua kesesatan-kesesatan Syed Qutb ini sememangnya berbukti bukannya
omongan kosong. InsyaAllah akan diterangkan secara jujur dan
berhati-hati oleh penulis terutamanya ianya berkaitan dengan amanah
syar'iyyah.
- PENGARUH PEMIKIRAN SYED QUTHB TERHADAP PAS
Walaupun Syed Quthb telah dihukum mati, namun buku-buku, majalah, risalah serta pemikiran-pemikiranyanya terus tersebar, diterjemah dalam pelbagai bahasa, dan kini didokong pula oleh beberapa organisasai di seluruh dunia termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia. PAS,
melalui usrah-usrah, kuliah-kuliah, ceramah, akhbar harakah, dan
menerusi pelbagai saluran memberi penekanan utama supaya pemikiran Syed
Quthb agar ianya tersebar di dalam masyarakat Islam di Malaysia. Pemikiran
mengtakfirkan mereka yang berhukum dengan hukum kanun dunia tanpa
menolak sedikitpun syar'ait Allah seringkali kedengaran di
ceramah-ceramah yang diadakan oleh PAS. Fikrah takfir tajaan Syed Quthb inilah yang cuba diterapkan oleh PAS kepada ahlinya untuk
merampas tampuk pemerintahan dan melakukan keganasan di dalam negara
yang seterusnya membawa kepada huru-hara dalam masyarakat Islam.
Antara
yang banyak menitik-beratkan pemikiran Syed Quthb ini ialah Profesor
Zulkifli Mohamad. Dia adalah di antara pelajar Melayu lepasan University
Al-Azhar, Mesir yang sentiasa mengikuti kuliah-kuliah Syed Qutb di
Maktab Syubban al-Muslimin pada tahun-tahun 1950-an. Kepulangannya ke
Tanah Melayu dan keterlibatannya dalam PAS memberi ruangan yang selesa
baginya untuk menerapkan FIKRAH PENGTAKFIRAN Syed Quthb ini sebagai
fikrah perjuangan PAS.
Selain itu juga menurut beberapa maklumat yang boleh dipercayai, Fadzil Noor adalah di antara orang yang pernah mengajar kitab Arab 'Fi Dzilallil Quran' [Karya Syed Qutb] di Markas PAS Kedah, Abdul
Hadi mengajar buku 'Ma'allim Fit Thariq' [Karya Syed Qutb] di
Terengganu manakala Nik Aziz Abdul Aziz dengan buku-buku [Fiqh Sunnah
karya Syed Sabiq] di Kelantan, dan begitu jugaYusuf Rawa tidak ketinggalan menyebarkan Ajaran Quthubiyah kepada masyarakat awam di Malaysia.
- TANGGUNGJAWAB AGAMA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA ;
Oleh
kerana menerangkan perkara yang haq dan menjaga amanah ilmiyah menjadi
tanggungjawab yang besar dalam agama, penulis menggunakan ruangan yang
terbatas ini sebagai tempatnya. Semoga Allah meredhai segala usaha ini
dan menerimanya sebagai amalan soleh di dalam bulan yang mulia. Ianya
juga termasuk dalam bab nasihat-menasihati yang diperintahkan oleh
Rasulullah Shollallahu' Alaihi Wasallam :
الدين النصيحة
" Agama itu adalah nasihat menasihati".
Selain
itu juga, timbul rasa bimbang di dalam diri penulis Negara Malaysia
yang yang tercinta akan mengundang huru-hara dengan tersebarnya
pemikiran-pemikiran Syed Quthb yang berhaluan kiri ini, sekali gus
menerajangkan dan memperkosa keamanan dan ketenteraman di dalam Negara.
Begitu juga penulisan ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan
pemuda-pemudi yang diperdaya oleh golongan ini dengan kata-kata manis
dengan berlabelkan "Perjuangan Islam". Wallahu A'lam.
[1] Surah Al-Hujurat, ayat 6
[2] Surah al-Israk, ayat ; 36
[3] Sohih Muslim.
[4] Hari
ini bukan sahaja ramai yang mendiamkan diri dalam membongkar ajaran
wahhabiyah, quthubiyah, sufi yang sesat, tetapi juga ramai mereka yang
bergelar ustaz, tok-tok guru yang sudah memandang dunia lebih daripada
akhirat. Oleh itu, kemungkaran yang berlaku di hadapan mata hanya
dipandang sebelah mata tanpa ada inisiatif tertentu untuk mencegah
ataupun membasmi virus pemikiran yang berbahaya.
[5] Diriwayatkan oleh Abu al-Qasim al-Qusyayri dalam Ar-Risalah al Qusyairiyyah.
[6] Syed
Quthb, "Al-Islam Musykilatul Hadharah" , Cetakan Dar Asy-Syaruq,
Percetakan ke-7, Tahun 1982, m/s 86. TAJUK YANG DIBERI PADA KITAB INI
[ISLAM ADALAH MASALAH KEPADA KETAMADUNAN] JUGA MERUPAKAN PENGHINAAN
KEPADA AGAMA ISLAM.
[7] Pemberian.
[8] Syed Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di sebuah kampung di wilayah Assyut.
[9] Walaupun
Syed Quthb mempunyai kebolehan di dalam sastera Arab, ini tidak
bermakna dia boleh sesuka hati mentafsirkan Al-Quran mengikut kepala
otak sendiri tanpa menoleh tafsiran yang digunakan oleh ulama'
mufassirin. Kalau dikaji dengan teliti, pentafsirannya di dalam buku 'Fi
Dzilallil Quran' amat bercanggah dengan tafsiran para sahabat dan semua
ulama' mufassirin yang muktabar.
[10] Syed
Quthb pernah dilantik menjadi Ketua Pengarang Majalah Ikhwan
al-Muslimin. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan selama 2 bulan
sahaja kerana pada bulan September 1954, kemudiannya majalah itu
diharamkan penerbitannya oleh Jamal Nasir. Kerajaan Mesir ketika itu
mengambil langkah yang keras terhadap gerakan Ikhwan supaya pemikiran
golongan ini tidak meracuni masyarakat Islam Mesir. Usaha kerajaan Mesir
berjaya apabila tertangkapnya pendukung-pendukung Ikhwan termasuk Syed
Quthb sendiri.[11] Kitab ini ditulis pada pada tahun 1939.
[12] Seperti golongan athies yang menafikan kewujudan Pencipta.
14] Syed Quthb bukanlah nabi, atau wali. Dia tidak terpelihara daripada dosa.
Sumber :
Langgan:
Catatan (Atom)