Hudud
adalah salah satu kandungan dalam Hukum Jenayah Islam selain Qisas dan
Ta’zir. Masing-masing mempunyai hukum dan sifat-sifatnya yang khusus.
Pengertian hudud berdasarkan petikan daripada buku Mengenal Qanun
Jenayah Islam yang dikarang oleh Dr. Abdul Ghani Azmi b. Idris, bahawa ;
Berasal
daripada kata jamak, mufradnya Haddun: menurut bahasa ia bererti batas
atau tegahan. Penjaga pintu dinamakan Haddad. Dan hukum ini dinamakan
Hudud atas uqubah-uqubah maksiat kerana ia biasanya dapat mencegah
pembuat maksiat mengulangi perbuatan maksiat yang kerananya dikenakan
had. Dan pada asalnya perkataan had ialah sesuatu yang memisahkan antara
dua perkara dan digunakan atas sesuatu yang membezakan sesuatu yang
lain.
Menurut
istilah Syara’, Hudud ialah uqubah (hukuman seksa dunia) yang telah
ditetapkan untuk menjaga hak Allah s.w.t. Oleh kerana itu tidak termasuk
Ta’zir kerana Ta’zir tidak ada ketentuan hukumannya dan tidak termasuk
pula qisas kerana qisas adalah hak anak Adam.
Kesalahan
dalam jenayah Hudud dianggap sebagai kesalahan terhadap hak Allah,
kerana perbuatan itu menyentuh kepentingan masyarakat umum iaitu
menjejaskan ketenteraman dan keselamatan orang ramai dan hukumannya pula
memberi kebaikan kepada mereka. Kesalahan ini tidak boleh diampunkan
oleh manusia sama ada mangsa jenayah itu sendiri, warisnya ataupun
masyarakat umum.
Kesalahan
Hudud ialah kesalahan-kesalahan yang bersangkutan dengan
pelanggaran-pelanggaran terhadap hak-hak Allah. Kesalahan-kesalahan
tersebut ialah :
1. Riddah
Murtad – keluar daripada agama Islam.
2. Zina
Persetubuhan atau hubungan kelamin yang tidak sah antara lelaki dan
wanita yang bukan mahram.
3. Qazaf
Tuduhan zina.
4. Pencurian (Sariqah)
5. Perompakan (Muharabah)
6. Liwat
Hubungan antara lelaki dengan lelaki atau lelaki dengan perempuan yang
melibatkan jalan belakang (dubur) atau hubungan homoseksual iaitu hubungan sejenis tanpa melibatkan jalan belakang.
7. Pemberontakan (Baghyu)
Penentangan terhadap pemerintah yang adil.
8. Hubungan Seks dengan Haiwan (Ityanul-Bahaaim)
9. Mabuk (Sakran)
Minum arak, khamar dan segala yang memabukkan.
10. Sihir
by kakaktua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan