Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Selasa, 31 Mac 2009

Mencari Rahmat Ilahi


Bermula kehidupan manusia adalah dari alam janin selama lebih kurang 9 bulan di dalam perut wanita yang bergelar ibu. Kehidupan kita di alam janin tidak lain adalah dengan kuasa dan keagongan Al-Khaliq.
Sesudah itu kita di keluarkan dari alam janin dan melihat kehidupan nyata diatas hamparan bumi dan dunia yang serba tidak menentu ini selama hayat masih ada kerana tiada siapapun yang tahu berapa lam usia mereka.
Kemudian kita mahu atau tidak mahu akan meninggalkan dunia ini menuju ke satu lagi alam yang belum pernah kita tempuhi iaitu alam kubur atau alam baqa' dengan membawa bekalan dan amalan yang kita cari sepanjang kehidupan kita diatas bumi. Sekarang kita sudah berada didalam bumi yang menjadikan kita yatim piatu tanpa harta dan keluarga dan sebagainya yang ada hanya beberapa helai kain putih yang menjadi pakaian zahir kita semata-mata.
Tidak pasti berapa lama pula kita akan tinggal keseorangan didalam liang lahat yang sempit dan gelap itu untuk menanti satu hari yang dahsyat, itulah hari pembalasan atau hari mahsyar.
Saya ingin membawa para pembaca mengenai satu perkara yang sering kita lupakan sepanjang kehidupan kita dialam dunia ini iaitulah persoalan Rahmat Allah SWT.
Nayata kita kini sibuk mencari sebanyak mungkin bekalan dan persiapan dunia. Kita bekerja hampir 8 jam sehari untuk mendapatkan gaji bulanan yang kita akan gunakan untuk membeli segala keperluan. Kita berniaga dari pagi hingga larut malam untuk mencari keuntungan untuk mempersiap keperluan harian sendiri dan ahli keluarga.
Sang suami akan berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi sagala hajat dan permintaan sang isteri dan anak-anak begitulah juga sebaliknya.
Orang politik sibuk mencatur parjalanan dan strategi politiknya untuk menempa segala kejayaan yang didambakan.
Para pemimpin disemua peringkat sibukmenjalankan tugas harianya untuk rakyat dan keperluanya.
Para ulama' sibuk menjalankan usha dakyah yang diperintahkan oleh Nabi kesayanganya.
Begitulah kesibukan setiap individu untuk memenuhi segala keperluan dan tanggungjawabnya, namun segalanya akan menjadi sia-sia kerana jika wang yang kita cari pasti kita akan mendapatnya, jika harta dan pangkat yang dicari itulah yang mereka perolehi, jika ilmu yang digali maka ilmulah yang dapati tetapi kita sering melupakan rahmat Allah dalam pencarian kita.
Apalah ertinya kita hidup atas dunia ini tanpa Rahmat Allah bersama kita. Lihat saja bagaimana orang yang berharta tetapi tidurnya tidak lena kerana bimbangkan segala harnya diambil atau dikihanati orang. sang penguasa amat bimbangkan pengaruh dan takhtanya dirampas orang, isteri dan anak-anak sepatutnya menjadi penenang dan penyejuk mata akhirnya menjadi beban dan sumber fitnah terhadapnya segalanya adalah berpunca dari tiadanya Rahmat Allah kepada mereka.
Bila Rahmat Allah menjadi teman lihat sahaja si miskin akan tidur lena dengan mimpi yang indah walau tidur diatas papan lapis yang keras berbanding si kaya yang tidur resah gelisah diatas tilam vono yang empuk.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud; Tiada seorangpun manusia akan masuk ke syurga Allah termasuk akau hanya dengan amalan mereka tetai mereka akan masuk ke syurga Allah dengan rahmat Allah semata-mata.
Marilah kita menghindar dari melakukan sesuatu yang boleh menjauhkan kita dari Rahmat Allah dalam kehidupan kita dengan kita terus berusaha dengan penuh kesabaran dan istiqamah untuk melaksanakan segala titah perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan laranganya. dan sentiasalah kita berdoa mohon diberikan Rahmat dan InyahahNya untuk kita meneruskan perjuangan merentasi kehidupan diatas pentas lakonan dunia ini.



Rabu, 25 Mac 2009

Mukjizat Nabi



Antara bukti mukjizat Nabi Muhammad SAW apabila saintis Amerika menemui kesan belahan pada bulan.

Lihatlah kebesaran dan keagongan Allah SWT yang masih memperlihatkan kepada kita kesan dari Mukjizat nabi yang ditunjukan kepada golongan kafir pada zamanya dahulu.

Sebarlanlah Salam

Berkenalanlah dengan saudara yang baru dikenali walaupun tidak meminta untuk berkenalan. Ini kerana asas gerakan dakwah adalah perkenalan dan berkasih-sayang. - Hasan al-Banna.

Gerakan dakwah Ikhwan Muslimin ditandai dengan kekuatan hubungan erat dan rasa persaudaraan sesama mereka. Ikhwan Muslimin tidak berhasrat memanjangkan pertengkaran sesama muslimin.
Malah, mereka mahu berusaha keras untuk membendung hal-hal yang boleh merebakkan pertikaian dalam umat Islam. Dan, kalimah salam adalah kunci kepada perpaduan itu.

Pendek kata, hadis Rasulullah s.a.w yang meminta agar ucapan salam itu disebarkan memang dimanfaatkan oleh ahli-ahli ikhwan itu sendiri. Semangat asal dan ruh perpaduan itulah yang sentiasa menjadi ingatan kepada anggota ikhwan.

Pada akhir zaman ini, kita lihat bahawa ada kecenderungan untuk memberikan salam cuma kepada orang yang dikenali saja. Kepada mereka yang tidak dikenali, maka kita abaikan sahaja.
Dan, hal inilah yang cuba disampaikan oleh Hasan al-Banna kepada pendokong gerakan Ikhwan Muslimin.

"Rasulullah s.a.w perintahkan kami 7 perkara:
"Mengunjungi pesakit, menghantarkan jenazah, menjawab tahmid ke atas orang yang bersin, membantu orang lemah, membantu orang teraniaya, menyebarluaskan salam dan menepati sumpah." - (Hadis riwayat al-Bukhari)

Lihat anjuran agama yang mahukan umatnya menyebarluaskan salam itu. Semua ini tidak lari dan tidak jauh daripada sikap Islam yang mahu menjadi juara kepada perpaduan sejagat dan Islam sebagai faham yang membawa rahmat ke serata alam.

Jika dunia hari ini tidak aman, bererti bukanlah silap Islam. Malah, kesilapan itu berpunca daripada orang Islam yang tidak menyebarluaskan salam dan tidak mengikuti anjuran baginda s.a.w itu dengan bersungguh-sungguh. Islam dan orang Islam itu dua perkara yang berbeza.

Sinar Islam malap oleh sikap MusliminDiakui bahawa kelakukan buruk umat Islam menyebabkan Islam itu menjadi buruk gambarannya. Kata Syeikh Muhammad Abduh, "Al-Islam mahjuubun bil Muslimin - (Keindahan) Islam itu terhijab oleh (kelakuan) umat Islam."

Wasiat ke-9 Al-Banna ini tidak lari daripada seruan baginda Rasulullah s.a.w sendiri. Dalam hadis lain disebutkan:

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Apakah (amalan) Islam yang terbaik? Nabi berkata: "Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya, hal memberikan salam itu bukanlah satu-satunya cara mengukuhkan perpaduan. Ia perlu disusuli dengan amalan memberikan makanan kepada orang-ramai, menghidupkan amalan baik pada waktu malam dan sebagainya.

Daripada Abdullah bin Salam r.a katanya, Nabi s.a.w. bersabda: "Hai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makanan, bersolatlah pada waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat." - (lmam at-Tirmizi).

Maka, selain menyebarluaskan salam, Islam melihat hal menjawab salam itu juga termasuk dalam perkara yang mesti diberi perhatian yang bersungguh-sungguh oleh umat Islam.

"Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balas penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah selalu menghitung tiap-tiap sesuatu." - (Surah an-Nisaa: 86)

'Budaya lepak' secara IslamBudaya lepak bukan budaya baru. Rasulullah s.a.w tidak suka mereka yang berada di tepian jalanan. Maka, baginda tegah para sahabat membuat pekerjaan yang sia-sia di tepi jalan itu. Tapi jika kita mahu berlepak-lepak juga, hendaklah kita melaksanakan 'hak-hak jalan' itu. Maka, termasuk dalam hak jalan itu ialah menjawab salam!

Dari Abi Sa'id Al-Khudriy r.a Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhilah duduk-duduk di pinggir jalan!" Sahabat berkata, "Ya Rasulullah, kami tidak boleh meninggalkan majlis kami ini dan juga bercakap-cakap dalamnya.
Rasulullah berkata, "Kalau enggan meninggalkannya, maka beri hak jalan itu." Sahabat bertanya, "Apakah hak jalan itu ya Rasulullah?" kata Rasulullah, "Tundukkan pandangan, singkirkan gangguan di jalan, jawablah salam dan melakukan amar ma'ruf nahi mungkar." (Muttafaq 'alaih).

Maka, perbuatan duduk di tepi jalan atau minum-minum petang di kedai kopi dan berbual-bual itu tergolong dalam istilah budaya lepak dalam masyarakat kita. Maka, hendaklah kita menunaikan hak-hak jalan di tempat kita sedang bersantai itu. Rasulullah cuba mengelakkan kita, tapi jika hendak melakukannya, maka hendaklah menunaikan hak jalan.

Kita lihat, dakwah Hasan al-Banna pun bermula di tempat lepak juga. Seperti yang kita ketahui, Al-Banna pun memulakan dakwah di kedai-kedai makan, kedai kopi, tempat di mana berkembangnya budaya lepak dengan begitu berleluasa. Ceramah dan khutbah di masjid saja tidak cukup menyekat arus kemungkaran dalam masyarakat.

Lebih ramai orang-orang yang memerlukan seruan dakwah, tetapi mereka sukar menuju ke masjid dengan sebab perawakannya yang menyebabkan mereka sendiri sukar menuju ke masjid.

Negara Islam terbina oleh masyarakat Islam bawahan yang perlu diislamkan sepenuhnya. Cabaran hari ini ialah bagaimana mahu mengislamkan orang Islam daripada sudut jiwanya, pemikirannya. Ini kerana, masih ramai orang Islam, tetapi sikap mereka seperti Yahudi, pemikiran mereka bukanlah pemikiran Islam dan akhlak mereka tidak mengikuti saranan nabi.

Sesungguhnya, Islam bermula daripada salah satu 99 nama Allah yang baik, iaitu As-Salaam. Daripada As-Salaam ini maka istilah Islam mendapatkan namanya. Maka, perbuatan menyebarkan salam ke serata alam inilah agenda Islam yang terutama dan Negara Islam terbina daripada masyarakat Islam yang benar-benar Islam.

Kita telah lama berdakwah di dalam Parlimen, mendakwahkan orang-orang atasan. Tapi, orang-orang bawahan tidak terkena tempias angin dakwah kerana dakwah cuma terhad di atas mimbar masjid, di khutbah-khutbah Jumaat dan di Parlimen.

Salam perlu disebarluaskan ke seluruh alam, lorong-lorong kecil, tempat anak-anak muda yang kering jiwanya akibat sudah lama hidup dibelenggu oleh faham kebendaan yang mengasuh mereka mengejar kemewahan.

6 perkara yg Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antaratimur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).


Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.


"Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud."Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'


Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranyamereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.


Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.


"Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.


Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atausepertiganya, atau seperempatnya?


"Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdaribeberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .


"Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...


Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang palingutama di dalam solat (yang lima waktu).


* Allah S.W.T telahmenyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. WallahualamKalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimatyang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Haramnya Babi


Ada Sifat Babi Yg Sangat Diharamkan Untuk Umat Islam
Ada orang asing bertanya (ilmuwan) kepada salah seorang ulama mengenaihaiwan babi ini...


Ilmuwan: Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan keranabanyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnyailmu kedoktoran, bukankah mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkandari virus dan parasit yg mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi ygbersih ini akan menjadi halal?

Ulama: Haramnya babi bukan kerana hal itu saja. Tetapi ada sifat babi ygsangat diharamkan untuk umat Islam.

Ilmuwan: Apakah itu?

Ulama: Cuba anda buat 2 kandang. Satu kandang anda isi dgn 2 ekor ayamjantan dan 1 ekor ayam bet ina . Satu kandang lagi anda isi dgn 2 ekor babijantan dan 1 ekor babi bet ina . Apakah yg akan terjadi pada masing2 dikandang tersebut? Bisakah anda meneka nya?

Ilmuwan: Tidak.

Ulama: Mari kita lihat sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekorayam jantan dan 1 ekor ayam bet ina . Yg terjadi adalah 2 ekor ayam jantantersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam bet ina tersebutsampai ada yg menang atau kalah. Dan itu adalah sesuai dgn kudrat & fitrahmanusia yg diciptakan.

Ilmuwan: Pada kandang babi?

Ulama: Ini yg menarik. Pada kandang kedua itu, 2 ekor babi jantan itu tidakberkelahi untuk memperebutkan babi bet ina tersebut malahan menyetubuhisecara beramai2 babi bet ina tersebut dan juga terjadi hubungan homoseksualantara kedua ekor babi jantan tersebut setelah selesai dgn si bet ina .
Hal inilah yg jelas2 bertentangan dgn fitrah umat manusia. Bila umat Islamikut2 kan memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat &karakteristik seperti babi ini..Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab,
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi,(daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik,yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah sempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(QS. Al-Maidah (5): 3).

Jumaat, 6 Mac 2009

Isu Penggunaan Kalimah ALLAH

Pengguna Kalimah Allah oleh Non Muslim .

Akhir - akhir ini isu penggunaan kalimah Allah semakin sensasi dan mencetus kontraversi malah turut mendapat ruang perbahasan di dalam parlimen . Hari ini pun , sejurus saya selesai menyampaikan kuliah Hadis di Akademi Ar Rasyidin , soalan yang sama ditimbulkan oleh salah seorang pelajar saya .

Bagi saya dan sesiapa sahaja yang pernah tinggal di negara arab seperti Mesir , Syria dan Jordan tentunya menjadi perkara biasa mendengar penganut agama kristian menyebut kalimah Allah swt . Bahkan mereka turut bersumpah dengan menggunakan kalimah Allah swt . Maksud saya penggunaan istilah atau kalimah Allah tidaklah menjadi polemik dikalangan ummat Islam di sana .

Mungkin kelihatan ganjil apabila ada beberapa pihak non muslim di negara ini mahu menggunakan kalimah Allah swt dalam penerbitan mereka , katalog mahupun signboard .
Saya pernah memasuki sebuah restoran di Tanta Mesir yang tertulis di dinding kedainya perkataan Allahu Yarhamuk atau maknanya Semoga Allah merahmatimu . Pada mulanya mati - mati saya sangka itu kedai muslim sehinggalah saya dimaklumkan oleh seorang sahabat arab yang belajar sekelas dengan saya bahawa kedai tempat saya makan itu adalah kedai milik seorang nasrani [ kristian ] .

Sepanjang masa saya berada di Mesir , tidak pula saya perasan wujud perbahasan mengenai penggunaan kalimah Allah dikalangan kristian meskipun Mesir adalah antara negara yang mempunyai ramai ulama' yang hebat dan tersohor .

Hukum Menggunakan Kalimah Allah oleh Non Muslim

Bagi menjelaskan perkara ini , saya melihat isu ini dari 2 sudut . Pertama dari sudut hukumnya secara tekstual sementara sudut kedua ialah dari aspek kemaslahatan yang perlu dilihat dari implikasi kepenggunaan kalimah Allah oleh Non Muslim dalam negara kita Malaysia .
Sudut pertama : Prinsip Hukum

Allah swt adalah Tuhan sekelian Alam . Tuhan kepada semua makhluk malah dialah Tuhan yang Mencipta segala suatu . Tuhan yang Maha Esa dan Memelihara makhluknya . Saya percaya perkara ini turut diyakini oleh mereka non muslim dalam negara ini terutama bekas agama samawi seperti kristian .

Malah hal ini diakui oleh al Quran apabila Allah swt berfirman dengan maksudnya :

Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid)(Surah al-Ankabut ayat 63).

Dilihat daripada ayat di atas , jelas mereka juga mengaku bahawa Allah swt adalah Tuhan yang mencipta dan memelihara alam ini dengan segala isinya . Bahkan Allah swt tidak melarang atau membantah golongan non muslim ini menggunakan kalimah Allah swt sebaliknya menyuruh Nabi Muhammad saw bersyukur ekoran pengakuan tersebut .

Lalu saya berpendapat bahawa menggunakan Kalimah Allah swt sebagai tuhan yang mencipta oleh golongan non muslim tidaklah menjadi kesalahan .

Sebenarnya yang menjadi perbahasan sejak dulu oleh para ulamak bukan terhenti di atas penggunaan kalimah Allah swt tetapi bagaimana mereka menanggapi Allah swt . Ertinya yang dilarang ialah perbuatan mereka mensyirikkan Allah swt .

Menyebut dan menggunakan nama Allah swt pada tempat dan perkara yang tidak wajar dan tidak layak bagi Allah seperti mensyirikkannya maka ianya diharamkan .

Sebagai contoh , Firman Allah swt yang bermaksud :

“Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..
(Surah al-Maidah ayat 73).

Perkara yang terlarang berkait penggunaan kalimah Allah swt ialah perbuatan atau perkataan yang mensyirikkan Allah swt . Jika mereka menggunakan nama atau kalimah Allah dengan mengakui bahawa Allah adalah Tuhan yang berkuasa maka tiada salahnya meskipun dia seorang non - muslim .

Samalah isunya seperti Gobala Krishnan dan beberapa pemimpin cina DAP yang membaca ayat al Quran dalam ucapan mereka . Jika mereka membacanya dengan niat ingin memetik kebenaran yang terkandung di dalam ayat tersebut , kenapa kita mesti melarang atau menolak ? kecualilah dibaca dengan maksud menghina atau mempersenda .

Jelas hukumnya haram dan kita wajib menegah siapa sahaja yang berbuat demikian meskipun ia seorang muslim , justeru menghina itu adalah salah [ dosa ] dan ditegah [ haram ] .

Sudut Kedua : Maslahah

Perkara yang berkait dengan kemaslahatan adalah suatu yang perlu disiasat oleh pihak berkuasa agama seperti Majlis Agama Islam , JAKIM , IKIM , Majlis Fatwa dan lain - lain badan berauthority . Sejauh mana penggunaan kalimah Allah itu mencetus keresahan dan mengundang polemik dikalangan rakyat yang berbilang kaum agar tidak tercetus perang yang tidak diingini .

Juga perlu dilihat kepada kesesuaian dan keperluan menggunakan kalimah Allah tersebut sebelum kita menjatuhkan hukum , apakah ia membawa maksud yang berbeza dari prinsip tauhid sehingga membawa maksud atau nilai yang salah terhadap KeEsaan Allah swt dan segala kesuciaannya .

Jika hasil siasatan memperlihatkan bahawa kepenggunaan nama Allah swt adalah kerana mahu turut sama menyebut bahawa Allah swt adalah tuhan yang sebenar dan Tuhan yang layak disembah maka tidak mengapa mereka menggunakannya . Namun jika hasil kajian dan siasatannya menunjukkan sikap yang jelas ingin mencetuskan kegelisahan atau keresahan dikalangan ummat Islam maka saya kira ianya wajar dihentikan . Apatah lagi membawa maksud mahu menghina agama Islam.

Kesimpulan

Hukum penggunaan kalimah Allah dilihat kepada bagaimana ia digunakan . Jika penggunaannya hanya bertujuan untuk merendah dan mempersenda agama Islam , maka ianya haram dan wajib ditentang habis - habisan sekalipun dilakukan oleh seorang muslim .

Sementara penggunaan yang positif untuk memberi pengiktirafan bahawa Allah adalah tuhan yang mencipta sebagaimana yang disebut oleh Allah swt di dalam al Quran maka ia dibenarkan oleh syara' sekalipun digunakan oleh non muslim .

Oleh Ustaz Nasrudin Tantawi

IKLAN TEMUDUGA TERBUKA

( Lubang kubur telah sedia menanti penghuninya..... Gambar di tanah perkuburan Baqi' di Madinah Al-Munawwarah diambil selepas solat subuh sekitar jam 06.30 pagi pada 07/03/2008 )


TEMUDUGA TERBUKA SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.

C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN

(khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:


Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:


Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:


Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:


Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?

2. Apa Agama anda?

3. Siapa Nabi anda?

4. Apa Kitab anda?

5. Di mana Kiblat anda?

6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:


Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:


Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal,

yang bermaksud begini:Sabda Rasulullah S.A.W:


"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.


Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

Rabu, 4 Mac 2009

Kursus Tahsin Solat


SURAU AL-MUTTAQIN
Lot 22776 Jalan Putra Permai 3, Taman Equine,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
_______________________________________________________________________

Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1430 ini, pihak surau Al-Muttaqin Taman Equine menganjurkan ;

KURSUS TAHSIN SOLAT

( Kursus ini merangkumi kursus pendek cara solat yang sempurna, solat jenazah, cara azan yang sempurna dan kursus imam.)

Muslimin & muslimat dijemput untuk menyertai kursus yang akan diadakan pada :

09 mac 2009 / 12 Rabiul awwal 1430 ( isnin )

Dari jam : 08.30 pagi hingga 05.30 petang

Yuran penyertaan RM 20.00 seorang dan penyertaan adalah terhad kepada 100 peserta sahaja.

Untuk maklumat lanjut hubungi ;
En Zainal 013-3414609 ( pengerusi )
Ust Reza 012-3718809 / En Hadri : 013-3414955 ( setiausaha )


Ceramah Umum Sempena Maulidur Rasul SAW pada sebelah malamnya akan disampaikan oleh
Ust Hj Dzul Karnain Bin Hj Hamzah Al-Hafiz

Muslimin & Muslimat dijemput hadir.

Beza Orang Berilmu & Orang Berharta

Perbezaan antara Ilmu dan Harta
Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-

Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.

Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.

Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.

Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut bakhil" (kedekut)

Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.

Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.

Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.

Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.

Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.

Ahad, 1 Mac 2009

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD


Add Image

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."


Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"


Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.


Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t.. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s.w.t., sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

WASIAT IMAM SYAFIE

" Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." pesan Imam Syafie.
Pertama: HAK KEPADA DIRI.
Bermaksud ; Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT.
Bermaksud ; Mengqada'kan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
Ketiga : HAK KEPADA KUBUR.
Bermaksud ; Membuang taniat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR.
Bermaksud ; Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
Kelima : HAK KEPADA MIZAN ( Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat )
Bermaksud ; Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
Keenam : HAK KEPADA SIRAT ( Titian Yang Merentangi Neraka Pada hari Akhirat )
Bermaksud ; Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh : HAK KEPADA MALIK ( Malaikat Penjaga Neraka )
Bermaksud : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu-bapa, bersedeqah ketika terang-terangan dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan : HAK KEPADA RIDHWAN ( Malaikat Penjaga Syurga )
bermaksud ; Berasa Redha kepada qadha' Allah, bersabar menerima Bala', bersyukur atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan : HAK KEPADA NABI SAW.
Bermaksud ; Berselawat ke atasnya, berpegang dengan Syariat, bergantung kepada As-sunnah ( Hadith ), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah SWT.
Kesepuluh : HAK KEPADA ALLAH SWT.
Bermaksud ; Mengajak manusia kearah kebaikan, mencegah manusia dari keburukan, menyuai ketaatan dan membensi kemaksiatan.
Semoga kita dapat beramal dengan wasiat-wasiat Imam Syafie yang amat berguna ini dan semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Imam Syafie.
kitab rujukan : Kisah Pengembaraan Imam Syafie karya Muhamad Zaini Yahya