5.1 RIDDAH
Perbuatan keluar dari agama Islam oleh orang Islam yang mukallaf dinamakan riddah dan orang yang melakukannya dinamakan Murtad.
Riddah berlaku kerana salah satu sebab dari tiga sebab yang berikut:
Rosaknya keyakinan hati, atau
Mengucapkan perkataan-perkataan kufur, atau
Melakukan perbuatan-perbuatan kufur.
Perbuatan Riddah dikira sah apabila seseorang tidak memperakui Allah adalah Tuhannya, Rasulullah adalah utusan-Nya, tidak mempercayai kewujudan Hari Kiamat, tidak mempercayai Qada’ dan Qadar, tidak mempercayai kewujudan Malaikat, dan tidak memperakui kesahihan Al-Quran, di mana ia melibatkan keguguran iman seseorang apabila melanggar Rukun Iman. Penafian atau menentang perintah Allah seperti Solat lima waktu, mengerjakan Haji, menunaikan zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, mengerjakan cara pemujaan atau sembahyang agama lain juga termasuk dalam perbuatan Riddah.
SYARAT-SYARAT RIDDAH
Riddah baru dikira sah apabila mempunyai syarat-syarat yang berikut:
Yang
melakukan riddah adalah orang Islam. Tidak dikira murtad orang yang
beragama Yahudi memasuki agama Nasrani atau dan lain-lainnya.
Yang melakukan riddah adalah orang dewasa.
Yang melakukan riddah adalah berfikiran waras.
Kanak-kanak atau orang gila yang murtad tidak dikira sah, oleh kerana itu ia tidak dikenakan hukuman had.
Tetapi kanak-kanak yang murtad wajib dikenakan hukuman ta’zir bagi mencegahnya untuk menjadi murtad lagi.
Perbuatan
Riddah itu dilakukan dengan sengaja, bukan kerana tersalah atau terlupa
dan bukan kerana paksaan. Perbuatan riddah yang tidak sengaja atau
terpaksa adalah tidak sah dan orang yang melakukannya tidak bersalah.
Sebagai
contoh kisah ‘Ammar bin Yasir daripada keluarga Yasir yang diseksa oleh
golongan Arab Quraisy dikepalai Abu Jahal. ‘Ammar mengaku dengan lidah
keluar".
Perbuatan
riddah itu meyakinkan dan tidak meragukan sama sekali. Mempunyai
bukti-bukti yang terang, dengan pengakuan atau dengan persaksian yang
adil saksama. Seseorang tidak boleh dituduh secara melulu.
UQUBAH ATAS ORANG MURTAD
Orang murtad adalah halal darahnya, dan wajiblah dikenakan hukuman mati. Dalilnya ialah:
"Barangsiapa sahaja yang menukar agamanya (keluar dari Islam), maka hendaklah dia dibunuh."(Bukhari (2/280), Abu Daud (4351), At-Tirmizi (145), Nasaie (7/104), Ahmad (1/282)
Ibn Mas’ud meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak
halal darah seseorang muslim melainkan kerana salah satu dari tiga
perkara: Kafir sesudah beriman (murtad), berzina sesudah ihshan
(muhshan* yang berzina) dan membunuh jiwa seseorang.”
(Hadith Muttafaq ‘Alaih, Riwayat Bukhari, Muslim)
*muhshan: orang yang dah menikmati hubungan seks di alam perkahwinan, samada masih berpasangan atau dah bercerai atau kematian pasangan.
Cara membunuh orang murtad ialah dengan memenggal lehernya dengan pedang, berdasarkan hadith berikut:
“Muaz
bin Jabal datang menemui Abu Musa Al-Asy’ari di Yaman, tiba-tiba di
sisinya terdapat seorang lelaki. Mu’az berkata: Apa ini? Abu musa
menjawab: Seorang lelaki Yahudi memeluk Islam kemudian ia kembali
menjadi Yahudi, dan kami menghendaki dia kembali ke dalam Islam semenjak
dua bulan. Kata Mu’az: Demi Allah, aku tidak akan duduk sebelum kamu
penggal lehernya, lalu orang itupun dipenggal lehernya. Berkatalah
Mu’az: Allah dan Rasul-Nya memutuskan bahawa barangsiapa yang murtad
dari agamanya hendaklah kamu bunuh akan dia.” (Diriwayatkan Ahmad)
TAUBAT ORANG MURTAD
Sebelum
melaksanakan hukuman mati, seorang murtad disuruh bertaubat, lalu jika
ia bertaubat maka taubatnya diterima dan gugurlah ia dari hukuman mati.
Akan tetapi, jika ia tidak mahu bertaubat, maka ia dikenakan hukuman mati itu.
Para ulama’ tidak sependapat dalam hukum Istitabah (menyuruh taubat) terhadap orang murtad:
1) Sebahagian besar para fuqaha berpendapat bahawa hukum menyuruh orang murtad bertaubat sebelum dibunuh adalah wajib. Termasuk dalam golongan yang berpendapat demikian ialah mazhab Maliki, Hambali, Asy-Syafi’e, Syi’ah Zaidiah, Ath-Thauri, dan Al-Auza’i.
2) Abu Hanifah dan pendapat lain dari yang di atas berpendapat bahawa istitabah itu hanya sunat.
3) Golongan mazhab Zahairi pula berpendapat, bahawa istitabah itu bukanlah kewajipan dan bukanlah satu larangan.
4)
Al-Hasan Al-Bashri, Thawus dan lain-lain lagi berpendapat, bahawa orang
murtad itu wajib dibunuh segera dan tidak perlu diberi tempoh untuk
bertaubat. Pendapat ini bertentangan dengan dalil-dalil yang sah.
Mengenai tempoh taubat pula para ulama’ berselisih pendapat pula. Ada yang mengatakan tiga hari, sebulan dan ada yang mengatakan lebih daripada itu. Tempoh bertaubat sebenarnya tidak ada dalil yang sah yang membataskan tempoh itu, semuanya bergantung pada ijtihad hakim.
AKIBAT-AKIBAT RIDDAH
Selain
dari uqubah (hukuman mati terhadap golongan murtad) sepertimana yang
telah dinyatakan, maka riddah menimbulkan akibat-akibat hukum yang
berikut:
1. Hubungan perkahwinan menjadi putus.
Apabila
salah seorang suami atau isteri murtad, maka terputuslah perkahwinan
antara kedua-duanya. Pemutusan perkahwinan kerana riddah ini dikira
sebagai Fasakh.
2. Kehilangan hak perwalian
Orang yang murtad tidak boleh menjadi wali kepada orang Islam dalam apa bidang sekalipun.
3. Kehilangan hak pusaka
Orang
murtad menurut hukum kedudukannya adalah lebih rendah daripada kafir
biasa, maka ia kehilangan hak untuk menerima pusaka dari keluarganya.
4. Kehilangan hak persaksian
Orang
yang hendak menjadi saksi mestilah orang Islam yang adil. Orang Islam
yang fasiq tidak diterima sebagai saksi. Orang kafir tidak boleh menjadi
saksi walaupun ia kafir Zimmi, kecuali dalam perkara wasiat orang Islam
yang hendak meninggal dunia dalam perjalanan apabila tidak ada orang
Islam.
5. Kehilangan hak dalam pimpinan dan jawatan
Jika
seorang yang murtad itu telah menjadi pemimpin bagi orang Islam, maka
secara hukum telah kehilangan peranannya dan sudah tidak berhak lagi
untuk memimpin dan mengurus orang Islam.
5.2 PEMABUKAN
PENGERTIAN KHAMAR (ARAK)
Khamar
ialah sesuatu yang memabukkan, yang merosakkan akal sama ada cecair
yang dinamakan arak atau pepejal yang dinamakan candu. Semua bahan yang
sifatnya memabukkan dan merosakkan akal dinamakan khamar, dari bahan
apapun ia dibuat.
MINUM KHAMAR ADALAH DOSA BESAR
Khamar
adalah ibu dari segala kejahatan dan kejijikan, meminumnya termasuk
salah satu dosa besar, bahkan iman peminumnya diragui.
UQUBAH KE ATAS PEMABUKAN
Tiada
sebarang perbezaan pendapat di kalangan para ulama’ mengenai hukuman
rotan yang wajib dikenakan atas peminum arak, cuma mereka berbeza
pendapat mengenai jumlah sebatan itu.
1. As-Syafi’e berpendapat, bahawa sebatan itu adalah 40 kali sebatan.
Pendapat
ini didasarkan kepada Hadith, Riwayat Muslim, bahawa ‘Ali r.a merotan
Al-Wahid bin Uqbah sebanyak 40 kali rotan kemudian beliau berkata:
Rasulullah
s.a.w. telah merotan 40 kali rotan, Abu Bakar merotan 40 kali rotan dan
Umar 80 kali rotan, semuanya berdasarkan sunnah, dan saya lebih
menyukai ini (40 kali rotan).
2. Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Malik, Al-Laith, keluarga Rasul dan satu pendapat lain dari Asy-Syafi’e menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak ialah 80 rotan.
ALAT UNTUK MEROTAN PEMINUM
Tiada
sabit dari Rasulullah s.a.w. bahawa beliau menetapkan alat-alat yang
tertentu untuk memukul peminum arak. Kadang-kadang beliau memukul dengan
selipar, kadang-kadang dengan pelepah tamar, kadang-kadang dengan rotan
dan pelepah tamar, kadang-kadang dengan tangan dan selipar.
SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN
Untuk melaksanakan hukuman (uqubah) atas peminum arak disyaratkan syarat-syarat yang berikut:
Peminum hendaklah berfikiran waras.
Peminumnya
hendaklah seorang dewasa. Kanak-kanak tidak dikenakan hukuman had
rotan, tetapi ia dikenakan hukuman Ta’zir menurut ketentuan hakim.
Dengan sengaja meminum arak.
Peminum mengetahui bahawa yang diminumnya adalah arak.
SABITNYA KESALAHAN
Kesalahan pemabukan ini disabit melalui salah satu dari dua cara:
Dengan pengakuan oleh peminumnya sendiri.
Dengan persaksian oleh dua orang saksi yang adil.
HUKUM BERUBAT DENGAN KHAMAR
Sepakat
para ulama’ bahawa arak haram hukumnya dan termasuk salah satu dosa
besar. Tiap-tiap sesuatu yang diharamkan minumnya, maka haramlah ia
dimakan, diperniagakan dan dihadiahkan walaupun kepada orang bukan
Islam, dan haram pula dijadikan ubat-ubatan.
"Rasulullah saw bersabda, "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit."
(Sunan Ibnu Majah, no 3392, jilid 3, bab 30)
HUKUM MENCARI REZEKI DENGAN KHAMAR
Setiap
orang mukallaf wajib mencari rezeki untuk menyara hidupnya dan
keluarganya. Ia termasuk ibadat. Oleh kerana khamar diharamkan oleh
Allah dan Rasul-Nya dan ia pula termasuk dalam dosa besar yang diancam
dengan uqubah dan ‘iqab, maka haramlah mencari rezeki dengan khamar
itu.
Pengharaman
ini meliputi semua pekerja di kilang-kilang khamar, pengangkutan,
ladang-ladang kepunyaan kilang atau pengusaha khamar, kedai-kedai
khamar, pengusaha import dan eksport khamar dan sebagainya.
Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Bahawa Allah mengharamkan penjualan khamar, bangkai, babi, dan patung-patung berhala.”
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan