5.3 ZINA
PENGERTIAN ZINA
Zina
ialah persetubuhan haram melalui alat kelamin lelaki dan wanita di luar
perkahwinan yang sah, sama ada pasangan itu melakukannya secara suka
sama suka, dengan bayaran ataupun tidak, sama ada perkosaan atau tidak,
sama ada ia dilakukan oleh seorang dewasa dan pasangannya tidak dewasa,
sama ada dilakukan oleh suami, isteri atau tidak, sama ada dilakukan
oleh orang yang pernah bersuami atau beristeri atau tidak. Semua
hubungan seks di luar perkahwinan yang sah, dinamakan zina.
HUKUM ZINA
Zina adalah satu perbuatan keji yang termasuk dalam kelompok dosa-dosa besar.
Antara dalil-dalil daripada hadith berkaitan pengharaman zina adalah:
Sabda Rasulullah:
“Tidak
ada dosa sesudah syirik dengan Allah lebih besar dari benih yang
ditumpahkan oleh seorang lelaki dalam kemaluan perempuan yang tidak
halal baginya.”
(Hadith riwayat Ibnu Abi Ad-Dunia (dhaif).)
“Barangsiapa yang berzina atau meminum khamar, Allah mencabut iman daripadanya bagaikan orang mancabut baju dari kepalanya.”
(Hadith riwayat Al-Hakim (dhaif).)
JENIS-JENIS ZINA
A. PENZINA MUHSHAN:
Yang dimaksudkan dengan penzina muhshan ialah lelaki
atau
wanita yang telah menikmati persetubuhan dalam perkahwinan yang sah,
sama ada keluar mani atau tidak, sama ada masih dalam ikatan perkahwinan
ataupun telah bercerai. Hukuman yang diancam ialah uqubah di dunia dan
‘iqab di akhirat. Di dunia dikenakan hukuman mati iaitu direjam sampai
mati.
SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN
1. Berakal waras
Orang
gila tidak dikenakan hukuman rejam,hanya dikenakan hukuman Ta’zir
sahaja. Orang mabuk yang berzina tidak terlepas dari hukuman rejam
kerana ia mabuk atas kerelaannya sendiri dan ia tahu bahawa pemabukan
boleh membawa akibat yang berat, kecuali ia dipaksa untuk minum atau
tersalah minum lalu mabuk lalu melakukan zina, maka ia terlepas dari
hukuman.
2. Orang dewasa
3. Orang merdeka
Hukuman terhadap hamba hanyalah separuh hukuman orang merdeka.
4. Telah menikmati hubungan seks (sanggama) dalam perkahwinan yang sah, walaupun tidak sampai keluar mani.
5. Zina itu dilakukan dengan sukarela. Orang yang dipaksa berzina atau tersalah orang tidak dikenakan hukuman rejam.
Pendapat golongan Asy-Syafie, Maliki dan Hanbali.
Tidak
dikenakan hukuman rejam apabila seorang lelaki berzina dengan seorang
wanita yang tidur di kamar rumahnya kerana menyangka ia adalah isterinya
kerana walaupun ia termasuk dalam kategori zina, tetapi ada mempunyai
ciri-ciri subhat, di mana subhat menggugurkan Hudud.
Pendapat golongan Hanafi
Wajib dikenakan hukuman Had kerana tidak mungkin si lelaki tidak kenal isterinya sendiri melalui sentuhan, baunya atau suaranya.
Pendapat Imam Abu Hanifah
Berzina
dengan wanita yang diupah tidak dikenakan hukuman hudud kerana upah itu
dikira sebagai maharnya. Pendapat beliau ditentang keras oleh para
ulama’ termasuklah sahabat-sahabatnya. Pendapat ini bertentangan dengan
dalil-dalil yang naqli dan akli. Jika menurut pendapat beliau, orang
yang berzina dengan pelacur terlepas hukuman had kerana telah membayar
upah kepada wanita yang ditiduri itu.
Pendapat Imam Ibnu Hazm
Lanjutan
daripada kes Imam Abu Hanifah, beliau pula menyatakan dengan tegas
bahawa penzinaan antara lelaki dan perempuan yang diupah lebih hina
daripada penzinaan tanpa upah, malahan penzina yang mengambil upah telah
melakukan haram yang lain lagi, iaitu memakan harta dengan jalan yang
batil.
SABIT KESALAHAN ZINA
1. Pengakuan penzina sendiri.
Pengakuan
adalah penghulu segala dalil dan menjadi bukti atas kesalahan yang
telah dilakukannya. Pengakuan penzina perlulah memenuhi syarat-syarat
yang berikut:
Berakal
Pengakuan mestilah dibuat secara lisan
Dewasa
Dengan sukarela
Bilangan pengakuan
Menurut
Asy-Syafie, Maliki, Al-Hasan, Daud, Hammad bin Abu Sulaiman, Abu Thaur,
dan Ath-Thabari berpendapat bahawa pengakuan cukup dengan hanya sekali
sahaja.
Menarik balik pengakuan
Apabila
seorang penzina menarik balik pengakuannya, maka tidaklah ia dikenakan
hukuman. Demikianlah pendapat menurut golongan Asy-Syafie, Hanafi, dan
Ahmad.
2. Persaksian oleh empat orang saksi
Kesalahan zina menjadi sabit apabila ia disaksikan oleh persaksian yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:
Persaksian
dibuat oleh empat orang saksi. Jika persaksian kurang daripada empat
orang, ia tidak diterima bahkan mereka dikenakan hukuman lapan puluh
kali rotan kerana menuduh tanpa saksi yang cukup.
Semua saksi hendaklah lelaki.
Semua saksi hendaklah beragama Islam
Semua saksi terdiri daripada orang dewasa
Semua saksi berfikiran waras
Tuduhan dengan menggunakan perkataan yang terus-terang, bukan perkataan sindiran.
Melihat kesalahan zina itu dengan terus-terang, secara jelas melihat kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan perempuan.
Persaksian keempat-empat hendaklah dibuat dalam satu majlis, bukan di tempat yang berlainan dan masa yang berlainan.
Dari
Ibnu Abbas, "Hendaklah engkau bawakan empat orang saksi dalam menuduh
zina terhadap seseorang, atau hukuman sebat ke atas belakangmu"
(Hadis riwayat Bukhari)
3. Kerana si wanita mengandung
Menurut
pendapat kebanyakan ulama’ wanita yang mengandung tanpa suami, tanpa
diketahui siapa bapanya, ia tidaklah dikenakan had semata-mata, tetapi
hendaklah dengan pangakuannya atau persaksian oleh empat orang saksi,
sebab kandungan itu mungkin kerana hubungan seks dalam perkahwinan
fasiq, mungkin kerana dipaksa, atau mungkin kerana hubungan seks yang
dilakukan ke atasnya tanpa kesedarannya semasa tidur atau sebab-sebab
lain.
UQUBAH KE ATAS PENZINA MUHSHAN
Hukuman had atas penzina muhshan ialah direjam sampai mati. Tidak ada perbezaan pendapat antara ulama’ mengenai hukuman ini.
Dari Sulaiman bin Buwaidah, Maiz bin Malik pernah datang menemui baginda Rasulullah saw, maka dia berkata "Wahai utusan Allah, sucikanlah diriku!".
Jawab
baginda "Kasihan engkau. Pulanglah dan mohon ampun kepada Allah serta
taubatlah padanya." Lalu pulanglah Maiz dan tidak lama selepas itu, dia
datang kembali dan menyatakan perkara yang sama seperti tadi.
Peristiwa
ini berulang sehinggalah sampai kali keempat, baginda bertanya "Apakah
yang aku boleh tolong untuk menyucikan dirimu?".
Jawab
Maiz "Sucikan diriku dari dosa zina!". Maka baginda bertanya kepada
semua sahabat yang ada "Adakah Maiz ini ada penyakit gila?"
Maka
mereka menjawab bahawa Maiz tidak berpenyakit gila. Baginda bertanya
lagi "Adakah Maiz ini peminum arak?". Maka bangun seorang dari kalangan
sahabat lalu cuba menghidu-hidu bau pada Maiz dan tidaklah didapati bau
arak padanya.
Lalu
baginda bertanya lagi, "Wahai Maiz, adakah engkau benar-benar telah
melakukan zina?" Maka Maiz menjawab, "Ya!". Maka baginda memerintahkan
agar Maiz dibawa untuk hukuman rejam.
(Hadis
ini mutawwattir, Riwayat Sahih Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi,
Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Ya'ala, Al-Bazzar, at-Tabroni. rujuk juga kitab
Jamie' al-Usul (4/279), Nailul Awtar (7/95 & 109), Majma' az-Zawaid
(6/266), Nasbur Rayah (3/314), Subulus Salam (4/6), at-Talkhis al-Habir
(ms 350))
CARA PELAKSANAAN HUKUMAN REJAM
Hukuman
hendaklah dilakukan secara terbuka dan dipersaksikan oleh sekumpulan
orang Islam, baik mengenai hukuman rotan mahupun rejam.
Hukuman
bagi wanita yang sedang mengandung hendaklah ditangguhkan sampai ia
bersalin dan selesai menyusukan anaknya dalam tempohnya, jika tidak ada
orang lain yang akan menyusukan anaknya.
Wanita
yang direjam hendaklah direjam sambil duduk, manakala lelaki hendaklah
direjam sambil berdiri, begitulah menurut Jumhur ulama’
Pakaian
orang yang dikenakan hukuman rejam hendaklah diikat baik-baik supaya
tidak terbuka auratnya ketika menggelepar kesakitan semasa direjam.
Menurut
Abu Hanifah, orang yang menjadi saksi wajib menjadi orang pertama
merejam. Jika wanita itu membuat pengakuan sendiri, maka pemimpin negara
atau wakilnya wajib memulakan hukuman itu.
Menggali lubang untuk orang yang direjam.
B. PENZINA BUKAN MUHSHAN
Penzina
bukan muhshan ialah lelaki atau wanita yang belum pernah menikmati
hubungan seks dalam perkahwinan yang sah, walaupun telah melakukan
hubungan seks itu di luar perkahwinan yang sah.
UQUBAH KE ATAS PENZINA BUKAN MUHSHAN
Hukuman yang wajib ke atas penzina bukan muhshan ialah:
Cambukan rotan seratus kali
Pembuangan negeri (Daerah) selama setahun
SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN HUKUMAN
Syarat-syarat
pelaksanaan had, syarat-syarat yang dikenakan ke atas pesalah serupa
dengan syarat-syarat yang dikenakan ke atas penzina muhshan. Demikian
pula mengenai sabitnya kesalahan, iaitu melalui pengakuan, persaksian,
dan kehamilan.
CARA PELAKSANAAN UQUBAH
Wanita yang hamil hendaklah ditangguhkan sampai ia bersalin dan setelah tempoh penyusuannya tamat.
Penzina yang sedang sakit ditangguh sampai ia sembuh.
Hukuman tidak boleh dilakukan dalam keadaan cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
Pesalah dirotan sambil ia duduk.
Cambukan
rotan boleh dikenakan kepada seluruh anggota badan, kecuali kepala,
muka dan kemaluan. Demikian menurut pendapat Asy-Syafie, dan Abu
Hanifah.
Rotan
yang digunakan adalah rotan yang sederhana besarnya, tidak besar dan
tidak pula kecil, dan jika pelepah tamar yang digunakan, maka hendaklah
menggunakan pelepah tamar yang separuh kering.
Jika
hukuman itu dikenakan atas dasar pengakuan pesalah sendiri, maka
hukuman dihentikan atau digugurkan jika pesalah menarik balik
pengakuannya.
Pelaksanaan hukuman rotan hendaklah dipersaksikan oleh segolongan orang-orang mukmin.
4 ulasan:
Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA
Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111
(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))
Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111
شركة تسليك مجاري بالجبيل
شركة كشف تسربات المياه بالجبيل
شركة شفط بيارات بالجبيل
شركة نقل عفش بالجبيل
Bismillahir Rahmanir Rahmanirahim
https://keep.line.me/s/e3CDyq3Xh6tfeqo-Q1f-HigFRyCYa00QAvqdfwTEsuI
Salam dan renungan
Web: almawaddah.info
Kepada;
Yang dihormati Para rektor universiti, para akademik dan para mufti.
Tun, Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan.
Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah.info
1. Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?
2. Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?
Terima kasih dan 'afwan.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
.....
Catat Ulasan