Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 11 Disember 2009

Jalan-Jalan di Melaka

Alhamdulillah hari ini ( 10 Dis 2009 ) sesi bengkel di tangguhkan awal sebab nak bagi ruang dan peluang kepada kami untuk bersiar-siar dan melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Melaka ni. Ana dan keluarga juga turut mengambil peluang untuk bersiar-siar dan jalan-jalan di tempat-tempat tersebut.

Ni la tempat kami menginap
Aksi si kecil kami ketika dibawa oleh Kak Longnya naik kereta mainan
Lihat.....betapa gembiranya si kecil kami Noni yang begitu teruja dan gembira sampai nak ajak balik pun di mengamuk sebab tak puas main lagi.....baba dia dah tak larat lagi nak berjalan....letih melayan ragam anak-anak.....
Seronok melihat ragam anak-anak....

Kak Long dan Kah Ngah beraksi di hadapan Kapal Protugis
Baba masa kecik-kecik dulu tak merasa macam korang merasa tau.....
"Tembak baba"!!....kata Kak Long...
" Baba !!! jom merempit"......."baba dah pencen la Kak Long"...

Kak Long & Kak Ngah....

Aksi Isteri dan anak-anakku naik beca.....
Dah letih berjalan, rest jap di kedai mamak...apa lagi test kari kambing ler...ok la boleh layan kari kambing kat kedai ni....
Aksi mereka di puncak tower Taming sari
Naik Taming Sari Tower
Aksi manja anak kedua kami Aireen Nabila
Ehem....
Renungan anak sulong kami Aleesa Hanim
Naik Melaka River Cruise....satu lagi produk pelancungan baru....
Sekadar bergambar di pintu masuk ke makam Hang Kasturi...kebetulan melintasinya...
Bingkisan sejarah Hang Jebat....seorang Pahlawan yang dinafikan kepahlawananya kerana berani menderhaka menentang raja yang zalim.....Hang Jebatlah sebenarnya Pahlawan Melayu....bukan Si Tuah....."Raja adil, raja di sembah, raja zalim, raja di sanggah"
Al-Fatihah...."Jebat"!!!.....ketegasan mu menentang kezaliman adalah motivasi kepada kami...

Maqam pendokong keadilan dalam sejarah Melayu " Hang Jebat".....teman-teman bertanya tak mau pergi ke Makam Hang Tuah ke?.....ana jawab tak teringin langsung sebab di tu dalam sejarahnya sebagai pengampu dan taat yang membuta tuli kepada pemerintah yang zalim.

Rumah Merah
A Famosa Squre
Gerbang A Famosa....renungkan lah...bila kita berpecah dan saling bercakaran maka kita akan mudah dijajah. Sejarah telah mengajar kita bahawa kita jangan leka untuk mempersiapkan diri dan negara dengan pertahanan yang lengkap,bukan sahaja pertahanan persenjataan tetapi kini pertahanan politik yang bertunjangkan syariaat wajib diperkasa dan didokongi oleh umah. Kita jangan dilalaikan dengan kuasa dan harta tika kita memerintah....buruk padahnya kepada tamadun kita apabila pemimpin melihat kuasa dan harta sebagai keutamaan apabila bergelar Yang Berhormat. Janganlah kita bergeser dan bercakaran sesama sendiri bahkan musuh yang patut kita perangi semakin kuat dalam setrategi mereka untuk menyerang kita. AWAS....
Nak jalan kaki letih so naik Beca je.....round bandar Melaka...1 jam RM 40
kenangan di Dataran Pahlawan

Rabu, 9 Disember 2009

MENJAGA ADAB KETIKA BERSELISIH PENDAPAT

Islam adalah agama yang syumul dan lengkap. Jika manusia dapat mengikuti agama itu dengan khusyuk dan tertib, ia akan membawa kepada kecemerlangan.Tetapi sejak kebelakangan ini kita dilanda wabak yang merbahaya iaituperselisihan pendapat atau ikhtilaf terbuka di antara ulamak dengan ulamak,orang awam dengan ulamak atau orang politik dengan ulamak mengenai isuagama Islam.

Apa yang lebih memeranjatkan kita lagi ialah peningkatan orangbukan Islam dan orang yang jahil agama tanpa segan silu mengeluarkanpendapat terbuka tentang Islam.

Ikhtilaf di kalangan pihak-pihak tersebut telah menimbulkan suasana kelam-kabut dalam masyarakat Islam sekaligus menjejaskan nama baik agama Islam serta penganutnya.

Perlu diperingatkan kepada umat Islam sekalian, jangan memperbesar-besarkan isu khilafiah, isu remeh-temeh seperti tahlil, maulidurasul, talqin dan sebagainya. Isu ini adalah isu lama dan ulamak yang bijak lagi waras tidak memperbesar-besarkannya.


Merujuk kepada sejarah Islam, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanafi dan Imam Hanbali serta aliran mazhab yang lain mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Anak-anak murid dan pengikut-pengikut mereka semakin bertambah dari hari ke hari.

Tetapi mereka telah menunjukkan sikap mulia seperti saling hormat menghormati atas semangat setiakawan yang tinggi. Apa yang jelas, Islam telah meletakkan adab-adab yang tinggi ke atas setiap muslim dalam proses pergaulan sesama muslim termasuklah ketika berselisih faham mengenai isu yang kurang jelas. Namun begitu kita ditegah menghina ulamak tertentu walaupun berbeza pandangan atau pendekatan. Ulamak dahulu adalah umat yang terbaik dan mendapat pengiktirafan dari masyarakat ketika itu.


Apa yang menyedihkan sekarang ialah perselisihan pendapat yang membawa krisis ulamak merugikan negara dan ummah. Keadaan ini diburukkan lagi apabila ada pihak yang anti-ulamak menulis atau membuat kenyataan secara sedar, jelas dan berterusan dengan niat dan tindakan untuk menghina Islam.


Kita kesal dengan adanya percubaan pihak-pihak tertentu kononnya atas dasar kebebasan bersuara, berfikir dan mengeluarkan pendapat, maka sewenang- wenangnya mahu menjadikan Islam dan segala hukum syariat Islam sebagai suatu perdebatan yang bebas mengikut sesuka hati sesiapa sahaja dan mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang betul dalam Islam.

Kedangkalan ilmu sesetengah pihak bukan sahaja merosakkan imej dan kesucian agama Islam, malah akan menimbulkan kekeliruan yang merbahaya di kalangan masyarakat awam khususnya masyarakat Islam di negara ini.

Kita berpendirian jika agama Islam dibiarkan didebat secara bebas, angkuh dan sombong bongkak seperti yang ditulis atau dilaungkan oleh pihak tertentu tanpa mengikut disiplin ilmu Islam yang betul, maka kewibawaan seluruh institusi Islam di negara ini akan terdedah kepada cercaan dan penghinaan.


Kita mendapati budaya pihak tertentu yang terus menyerang ulamak dalam hasil tulisan mereka secara menghina dan biadap adalah suatu perkara yang tidak dapat diterima.

Persoalannya kenapa golongan ulamak menjadi sasaran serangan yang berterusan oleh pihak-pihak ini.?

Ulamak yang beramal dengan Islam sebenar tidak pernah mendakwa diri mereka sebagai manusia sempurna. Namun jika sekalipun pendapat ulamak mahu dikritik, kenapa perlu mereka dihina dan dicerca dengan mempermainmainkan dan memerendah-rendahkan peribadi mereka dengan kata-kata menghina.

Menyedari hakikat ini, umat Islam yang terlibat dengan perselisihan pendapat itu perlu menjaga adab-adab berikut:

Pertama: Bersifat lapang dada menerima kritikan yang membina. Sikap sedemikian dapat menghindarkan kita daripada bersifat sombong dan bangga diri atas kelebihan diri yang ada.

Kedua: Memilih perkataan yang terbaik dalam sesi perbincangan.

Ketiga: Menjaga tingkahlaku dan tuturkata dengan lebih bersopan. Hindarkan daripada caci maki dan nafsu jahat sehingga tergelincir daripada kebenaran.

Insaflah, ikhtilaf boleh disalah tafsir atau dimanipulasikan oleh suatu perancangan berniat jahat dan seolah-olah ada suatu usaha tersusun dari pihakpihak tertentu untuk menyerang Islam dan institusi ulamak di negara ini.

Sebagai langkah pengawalan, marilah kita memelihara perkara-perkara berikut:

Pertama, walaupun Islam membenarkan ikhtilaf tetapi wajib kita menjauhinya sekiranya ia tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar.

Kedua, perkara yang boleh diijtihad itu perlu mematuhi beberapa syarat bagi memastikan keaslian perbincangan tersebut.

Ketiga, mengikuti akhlak para salafusoleh dalam pergaulan sesama mereka ketika terjadi ikhtilaf.

Keempat, dilarang menuduh atau memfitnah sesama Islam kecuali disertai ilmu dan keadilan.

Kelima, tidak mencampur adukkan antara masalah ijtihadiyah dengan masalah iftiraq (perpecahan). Sumber dari Jakim

Gambar Kursus Di Melaka

Gambar menceritakan segalanya :

Kumpulan GPK Kurikulum berbincang untuk mengatur program kurikulum 2010
Kumpulan GPK HEM & Penyelia Pagi ditugaskan untuk mengatur program dan aktiviti ko-kurikulum murid 2010

Ni pulak kumpulan Guru-Guru Besar yang merancang struktur pendidikan SRA Daerah Petaling tahun 2010.

BERKURSUS DI MELAKA 9-11 DIS 2009

Alhamdulillah kini ana mencuri masa untuk update blog ini untuk memaklumkan kepada ahli kariah bahawa ana sedang mengikuti kursus atau Bengkel Taqwim SRA Daerah Petaling mulai hari ini 9 dis hingga 11 dis 2009 di Seri Costa Hotel Melaka.

Bengkel ini diadakan untuk membentuk dan merancang perancangan taqwim untuk tahun 2010 akan datang bagi diselaraskan oleh semua Sekolah-Sekolah Rendah Agama Daerah Petaling.

Setakat ini banyak program yang dirancang diantara yang menarik perhatian ialah Kursus Imam Muda peringkat daerah, Pendidik Didik tabiat khususnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah disamping mengadakan program bersama PDRM iaitu pameran Anti Dadah dan Lumba Haram diperingkat daerah.

Sebagai maklumat bengkel hari ini diadakan untuk merancang program yang bakal dilaksanakan bersama oleh Majlis Guru-Guru Besar dan pihak JAIS untuk menjayakan program SPEIS Selangor.

Pentingnya perancangan sebegini dibuat kerana menjunjung sunah Nabi SAW yang mengajarkan kita seperti dalam sebuah hadisNya yang bermafhum " Tiap-tiap anak yang dilahirkan itu adalah seperti kain putih bersih lalu terpulang kepada kedua ibubapanya yang mencorakkanya samada menjadi Yahudi atau Nasrani"

Apa yang penting juga bengkel ini diadakan untuk menncari formula untuk menaikkan perstasi daerah dalam pencapaian akademik yang kini kami hanya ditempat kedua dalam Selangor.

Gerak kerja wajib digembeling oleh semua entiti dalam SRA Daerah bagi menjayakan perlaksanakan semua aktiviti yang bakal di muktamadkan dalam bengkel selama tiga hari ini.

Bengkel yang diadakan ini sangat mesra dan diadakan dalam suasana kekeluargaan disamping melakukan postmortem terhadap kelemahan-kelemahan lalu untuk di perbaiki dan diambil sebagai keutamaan dalam perlaksanaan tahun-tahun akan datang. Wallahualam .....salam dari Seri Costa 9/12/2009.

Jumaat, 4 Disember 2009

Pek Ha menangis teresak-esak


KUALA LUMPUR - Suri rumah, Yim Pek Ha yang sebelum ini dihukum penjara 18 tahun setelah disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan mendera bekas pembantu rumahnya, Nirmala Bonat dengan seterika panas dan air panas, lima tahun lalu berjaya mengurangkan hukuman kepada 12 tahun penjara. Selanjutnya baca disini.

Wah...wah.... tahu pulak dia menangais dan minta simpati, masa dia belasah Nirmala dulu tak ingat...

Korang rasa masa Nirmala kena dera dengan makcik ni dulu Nirmala menangis tak? Nirmala minta simpati tak ? atau Nirmala ni tahan dan diam je apabila dibelasah oleh makcik mangkuk ayun ni....kedaung....

Kalau aku yang jadi hakim aku bagi hukuman berendam dengan babi selama sebulan lepas tu ikat kat pokok petai bagi dia sebungkah sarang kerengga baru tau.....tak percaya tanya Kang Usop...

Ratu pondan luah perasaan

TOKYO - Seorang personaliti televisyen Jepun, Ai Haruna mahu negaranya lebih bertoleransi terhadap golongan transeksual sebulan selepas dia dinobatkan sebagai ratu pondan antarabangsa, Miss International Queen 2009 di Thailand.

"Saya terkejut melihat ramai transeksual bekerja di hotel dan restoran tanpa menghadapi masalah di Thailand," kata Haruna, pada satu sidang akhbar di sini semalam. Selanjautnya baca disini.

Ini mungkin satu lagi asbab kepada penularan gejala yang tidak waras dan ia sebenarnya menjadikan idola kepada segla jenis nyah di Malaysia. Tiada langsung niat saya utk mempromosikan golongn ni tetapi sekadar mengingatkan diri saya dan teman-teman bahawa ini juda adlah satu dari berjuta fitnah yang telah timbul dalam dunia akhir zaman.

Kita seakan hilang kekuatan untuk menangani dan mendepani masalah ini dan semalam ada seorang Ahli Parlimen dari PKR yang merujuk kepada isu seorang pondan yang berkahwin di Briten dengan beliau mengatakan bukan masanya kita menghukum tetapi sewajarnya kita mendidik atau menasihati golongan ini.

Bagi saya mudah sahaja utk nak respons kepada MP tersebut, sebenarnya kita perlu mengakui bahawa kebanjiran golongan ini atau dari jenis yang sama ia juga boleh dikenali sebagai lelaki lembut, gay dengan pelbagai istilah atas dan bawahnya serta bermacam lagi sebenarnya bermula dari seawal usia remaja lagi.

Saya melihat watak-watak ini yang bermula dengan watak lelaki lembut di peringkat sekolah rendah lagi bahkan ada dikalangan anak murid saya disekolah rendah juga ada yang berwatak demikian kemudian komunitinya akan lebih besar apabila ia masuk kealam sekolah menengah dan seterusnya hinggalah keperingkat IPT/IPTS dan berkerjaya.

Kita boleh sahaja memarahi atau menasihati mereka dan apakah mereka akan manut ( patuh )kepada segala cakap dan nasihat kita sedangkan naluri, watak dan jiwa mereka berada dialam lain iaitu alam ingin dilihat lebih cantik mengatasi golongan wanita sejati.

Bahkan diselangaor sudah ada peruntukan dalam Enekmen jenayah Islam Selangor Pindaan 1995 yang memperuntukan jenis kesalan apabila seseorang lelaki berpakaian seperti wanita boleh diambil tindakan mengikut peruntukan dalam enakmen tersebut. Namun perlaksanaan dan penguatkuasaanya...hampeh.....

Pertandingan ratu cantik pondan inipun bukanlah suatu yang asing dalam negara kita dan telah banyak laporan media sebelum ini yang memaparkan berita mengenainya bahkan kadang-kadang ia dibuat secara terbuka. Kelab Blueboy di Bukit Bintang seolah-olah menjadi medan dan merkas mereka tanpa ada sekatan undang-undang oleh DBKL dan sebagainya. Dengan kewujudan kelab tersebut seolah-olah menjadikan satu pengiktirafan resmi kepada golongan ini.

Nak kata pihak penguatkuasa agama,polis atau PBT tak tahu tentang kegiatan malam mereka amat tidak munasabah kerana kadang-kadang mereka menjadi kupu-kupu malam amat hampir dipersekitaran mereka seperti di Pekan Kajang ia berada lebih kurang 500 meter dari Balai Polis Kajang dan Pejabat Agama Kajang.

Diharapkan kepada MP tersebut bersama dengan agensi penguatkuasa turun ke padang menasihati golongan ini supaya mereka kembali ke pangkal jalan dan kembali menjalani kehidupan normal sebagai lelaki sejati bagi yang dah buat pembedahan alat sulit tu MP nak nasihat macamane??????? Wallahualam

Khamis, 3 Disember 2009

Makan Nasi Kambing Arab Di Restoran Al-Diafah Seri Petaling

Alhamdulillah malam kelmarin skuad 501 telah menerjah kesebuah restoran arab di Bandar Seri Petaling untuk menikmati masakan tradisional arab apa lagi kambing ler...

Ni menu speacial dia harganya hampr RM 1000. ade berani ker...kami dah test...memang sedap
Sabar menanti menu yang dioder
Nilah restoran yang ana maksudkan