Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Rabu, 9 Disember 2009

BERKURSUS DI MELAKA 9-11 DIS 2009

Alhamdulillah kini ana mencuri masa untuk update blog ini untuk memaklumkan kepada ahli kariah bahawa ana sedang mengikuti kursus atau Bengkel Taqwim SRA Daerah Petaling mulai hari ini 9 dis hingga 11 dis 2009 di Seri Costa Hotel Melaka.

Bengkel ini diadakan untuk membentuk dan merancang perancangan taqwim untuk tahun 2010 akan datang bagi diselaraskan oleh semua Sekolah-Sekolah Rendah Agama Daerah Petaling.

Setakat ini banyak program yang dirancang diantara yang menarik perhatian ialah Kursus Imam Muda peringkat daerah, Pendidik Didik tabiat khususnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah disamping mengadakan program bersama PDRM iaitu pameran Anti Dadah dan Lumba Haram diperingkat daerah.

Sebagai maklumat bengkel hari ini diadakan untuk merancang program yang bakal dilaksanakan bersama oleh Majlis Guru-Guru Besar dan pihak JAIS untuk menjayakan program SPEIS Selangor.

Pentingnya perancangan sebegini dibuat kerana menjunjung sunah Nabi SAW yang mengajarkan kita seperti dalam sebuah hadisNya yang bermafhum " Tiap-tiap anak yang dilahirkan itu adalah seperti kain putih bersih lalu terpulang kepada kedua ibubapanya yang mencorakkanya samada menjadi Yahudi atau Nasrani"

Apa yang penting juga bengkel ini diadakan untuk menncari formula untuk menaikkan perstasi daerah dalam pencapaian akademik yang kini kami hanya ditempat kedua dalam Selangor.

Gerak kerja wajib digembeling oleh semua entiti dalam SRA Daerah bagi menjayakan perlaksanakan semua aktiviti yang bakal di muktamadkan dalam bengkel selama tiga hari ini.

Bengkel yang diadakan ini sangat mesra dan diadakan dalam suasana kekeluargaan disamping melakukan postmortem terhadap kelemahan-kelemahan lalu untuk di perbaiki dan diambil sebagai keutamaan dalam perlaksanaan tahun-tahun akan datang. Wallahualam .....salam dari Seri Costa 9/12/2009.

Tiada ulasan: