Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Isnin, 13 Disember 2010

Kisah Kalung Jihad Di Leher Gadis


Assalamualaikum pengunjung budiman. Salawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, keluarga serta sahabat baginda dan semua muslimin muslimat di segenap penjuru alam.

Terjadilah kisah ketika Rasulullah saw sedang bersiap dengan angkatan untuk ke medan perang Khaibar yang jaraknya dari Madinah kira-kira 100 km. Mereka akan menghadapi segolongan Yahudi yang merupakan bahaya langsung kepada Islam dan kaum Muslimin. Pasukan Islam di bawah pimpinan Nabi saw sendiri dengan 1600 anggota pasukan dan 600 darinya adalah pasukan baginda.

Serombongan wanita seramai 6 orang dari Bani Ghifar telah datang menemui baginda.
"Ya Rasulullah, kami ingin berjuang menyertai engkau". Ketua kumpulan itu berkata kepada Nabi. " Kami boleh membantu kaum Muslimin menurut kesanggupan kami seperti mengubati yang luka". Demikianlah mereka memohon keizinan dari Rasulullah saw.

"Dalam keberkahan Allah". Rasulullah memberikan persetujuannya.

Dalam rombongan wanita itu, terdapat seorang gadis remaja yang belum baligh yang turut serta kerana keinginannya berjuang bersama Rasulullah. Maka bergeraklah pasukan Islam menuju Khaibar dan gadis itu disuruh duduk di atas kenderaan baginda bersama barangan yang lain. Gadis itu mendapat penghormatan Nabi kerana beliau adalah anggota yang paling kecil dari sekian ramai ahli-ahli pasukan Islam.

Setelah agak lama dalam perjalanan, beliau mula merasa penat dan merasakan dalam hatinya alangkah baik jika Nabi dapat memberi kesempatan berhenti dan berehat walaupun sebentar. Rupanya kehendak hati gadis kecil itu termakbul. Nabi saw memerintahkan tentera Islam berhenti untuk berehat untuk melepaskan penat lelah.

Sewaktu gadis itu hendak turun dari kenderaannya, kelihatan kesan-kesan darah pada pakaian dan tempat duduknya.

" Apa ini ? Barangkali engkau haid." Kata Nabi yang terpandang gadis itu kelihatan malu-malu. Nabi segera faham apa yang terjadi kerana setiap wanita akan mengalaminya apabila meningkat baligh.

"Benar." Jawab gadis itu dengan perasaan malu. Lantas Rasulullah mengajarnya dengan penuh memahami perasaan gadis yang baru akhil baligh itu. " Ambil air ini, dan cucikan dirimu dan masukkan sedikit garam ke dalamnya. Bersihkan tempat yang kena darah itu". Semua bimbingan Rasulullah dipatuhi gadis itu dengan rasa bahagia di hati kerana diperlakukan dengan penuh kasih sayang oleh Baginda. Ia merupakan kenangan manis buat gadis tersebut.

Perjalanan kemudian diteruskan beberapa hari sehingga sampai ke daerah Khaibar. Maka terjadilah peperangan dan setiap anggota pasukan memainkan tugas dengan cemerlang di bawah pimpinan Nabi saw. Akhirnya kemenangan berpihak kepada kaum muslimin dan mendapat banyak rampasan perang. Wanita-wanita Bani Ghifar tadi juga turut berjasa.

Sekadar hiasan

Nabi mengambil seutas kalung dan kemudian memanggil gadis itu ke sampingnya. Baginda lalu mengikatkan kalung itu ke lehernya sebagai tanda penghormatan Nabi ke atas perjuangannya. Keadaan itu amat mengharukan dan gadis itu merasa teramat gembira dengan penghormatan dari Rasulullah saw yang tidak pernah dimimpikan olehnya.

Kalung itu selalu dipakainya dan sebelum meninggal beliau mewasiatkan agar kalung itu dikuburkan bersamanya. Subhanallah..Subhanallah...Subhanallah.

Rabu, 1 Disember 2010

Nostalgia Kediaman Rasulullah SAW

Berikut adalah foto rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

Kita dapat melihat apa yang pernah di sampaikan oleh sahabat-sahabat tentang keadaan rumah ini dan bagaimana keadaannya.

Di dalam rumah yang tidak ada apa-apa, kecuali kesederhanaan dengan modal iman. Zaid bin Tsabit, “Anas bin Malik, pelayan Rasulullah pernah memperlihatkan kepadaku tempat minum Rasulullah yang terbuat dari kayu yang keras yang di patri dengan besi, lalu Anas berkata, ‘Wahai Tsabit, inilah tempat minum Rasulullah.’” (HR. Tirmidzi) “Dengan gelas kayu itulah Rasulullah minum air, perasan kurma, madu, dan susu.” (HR. Tirmidzi) dari Anas bin Malik.

Sedangkan, perabot lain yang tampak adalah baju besi yang biasa di pakai Rasulullah saat perang. Akan tetapi, tak lama sebelum beliau meninggal, baju besi itu di gadaikan kepada seorang Yahudi dengan 30 sha’ gandum seperti yang di ceritakan Aisyah. Dan ketika beliau wafat baju itu ada di tangan Yahudi dan belum di tebusnya.

Salah satu akhlak Rasulullah yang pelu dicontoh adalah jika datang dari bepergian di waktu malam, beliau tidak langsung masuk rumah secara tiba-tiba, agar tidak mengejutkan istri dan keluarganya, melainkan terlebih dahulu menunggu sampai pagi. Dan seperti biasanya, tidak lupa beliau mengucap salam ketika masuk ke dalam rumah.

Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun


Foto ini adalah reruntuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw


Foto ini adalah sisa reruntuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah.


Di bawah ini adalah foto reruntuhan tempat Sayyidah Fatimah , putri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.


Ini adalah foto reruntuhan mihrab tempat Rasulullah saw biasa melakukan solat.


Foto ini adalah makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut


Berikut ini pula kumpulan Foto Jubah Nabi Muhammad yang dipamerkan di Istambul, Turki. Para pengujung menyaksikan jubah Nabi Muhammad yang berumur lebih dari seribu tahun.

Sebuah jubah milik Nabi Muhammad di pamerkan di Masjid di Istambul, Turki. Masjid yang di bangun tahun 1851 ini oleh Sultan Abdulmecit, dikhususkan menyimpan barang-barang Nabi Muhammad, Sabtu (21/8).





Isnin, 22 November 2010

Tektik Bapa Ayam.....

Bapa ayam 'ghaib' lacur wanita


PELACUR warga China sememangnya gemar menjalankan aktiviti persundalan dengan menggoda lelaki tempatan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Taktik bapa ayam memperdagangkan wanita untuk aktiviti persundalan dengan berselindung di sebalik khidmat urut dilihat semakin menjadi-jadi dengan yang terbaru mereka meletakkan nombor telefon di dinding tandas stesen minyak.


Nombor telefon tersebut diletakkan di tempat strategik iaitu di atas tempat pengguna lelaki membuang air kecil. Nombor itu diletakkan sama paras dengan kepala lelaki dewasa.

Taktik tersebut dilihat seakan membantu perniagaan bapa ayam tersebut walaupun pelanggan yang menghubungi nombor berkenaan pada mulanya merasa tertipu kerana mereka bukan menyediakan khidmat tukang urut tetapi pelacur.

Kosmo! yang cuba menghubungi nombor yang tertera di dinding tandas berkenaan kemudian bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Richard.

Richard pada mulanya berpura-pura menanyakan jika wartawan memerlukan tukang urut sebelum mengubah topik dengan menawarkan pelacur-pelacur belaannya.

kosmo

Siapa kata menutup aurat tak boleh berjaya dalam sukan?


Foto AFP ini menunjukkan pasukan kabaddi wanita Iran menentang pasukan Taiwan di Sukan Asia Guangzhou. Dalam perlawanan itu, Iran berjaya menewaskan Taiwan dengan mata 62-18. Siapa kata menutup aurat itu menghalang atlet untuk memenangi sesuatu acara sukan?

Pelari pecut wanita Bahrain, Ruqaya Al Ghasara yang mengenakan pakaian sukan yang menutup aurat pernah mengejutkan dan mengagumkan dunia kerana berjaya memenangi pingat emas dalam acara larian 200 meter di Sukan Asia Doha 2006.


Sembelihan Aqiqah dan Korban sempena Aidil Adha 2010

















Sabtu, 30 Oktober 2010

Imam Abu Hanifah dihukum kerana tidak mahu terima jawatan.....


Al-Nu'man bin Zauthi al-taimi adalah salah seorang ulama' yang lahir sekitar tahun 80 Hijrah. Dilahirkan di Kufah yang kita kenal ia sebagai salah satu dari wilayah yang terdapat di Iraq.
Gelaran beliau adalah Abu hanifah. Kenapa ia digelar sedemikian? Ini kerana beliau kerap menulis dan pena ditangannya sukar untuk bebas dari pegangannya. Pena dalam bahasa Iraq disebut sebagai HANIFAH. Oleh yang demikian, sejak hari itu sehingga kini, kita lebih dominan mengenalinya dengan nama Abu Hanifah dari nama asalnya.


Abu Hanifah mempunyai ciri-ciri dan perwakan yang sangat ideal selain beliau seorang yang tampan, ramah dan sangat dekat walaupun dengan mereka-mereka yang masih diperingkat awal pengenalan. Bila ada sahaja siapa yang melalui hadapan rumahnya, Imam Abu Hanifah sering mengajak mereka bertandang ke rumah semata-mata untuk beramah mesra dengan mereka. Inilah dia seorang Imam yang sifatnya sangat disukai dan dekat dengan rakyat marhean. Beliau tidak pernah menunjukkan rasa bosan.
"Aku sangat suka kalau kalian datang lagi ke rumah aku bila-bila sahaja yang kalian mahu", inilah ucapan apabila tetamu yang hadir bertandang ke rumah meminta izin untuk pulang. Sangat mesra sifat beliau.
Beliau juga antara individu yang sangat suka bersedakah. Formula sedekah beliau mungkin sebahagian besar dari kita belum pernah dengar. Jika anda ingin tahu, Jom kita lihat formula sedekah beliau. Jika beliau mempunyai sejumlah wang dinar untuk dibelanjakan bagi keperluan keluarga, dengan jumlah itu jugalah beliau akan menyedekahkan untuk mereka yang memerlukan.
Selain kecerdasannya dalam memahami ilmu-ilmu syar’i, beliau juga dikenali sebagai seorang yang tegas dalam hal memilih dan mengambil hadith rujukan. Beliau hanya mahu mengambil hadith sahih yang diriwayatkan dari para sahabat, dan tidak mahu jika diriwayatkan dari para tabi’in.
Hal lain yang sangat menonjol berkenaan Imam Abu Hanifah adalah kekuatannya dalam ibadah solat. Hampir setiap orang yang pernah dekat dengan beliau selalu mempunyai pemerhatian dan jawapan yang sama. Biasanya Imam Abu Hanifah akan menjaga wudhu'nya. Jika wudhu'nya diambil pada solat Isya', ianya akan bertahan sehingga ke solat Subuh Sepanjang waktu antara Isya dan waktu sahur, aktivitinya ialah bermunajat dan bersolat selain menulis tulisan beliau berkenaan dengan segala permasalahan agama. Beliau hanya tidur sebentar di antara waktu Zuhur dan Asar.
Kecintaan beliau di dalam beribadah telah dibuktikan sendiri oleh ahli keluarganya sehingga beliau dikatakan melakukan perkara itu selama lebih 40 tahun. Beliau sangat menggemari surah al-Qamar dalam bacaan solatnya. Hingga pada ayat ke 46 yang berbunyi yang ertinya: "Sebenarnya hari Kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan Kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit, beliau pun menangis "
Imam Abu Hanifah sangat berhati-hati dalam soal harta benda. Suatu hari ketika mana ia menghadiahkan sehelai baju kepada rakannya, beliau memberitahu temannya kalau-kalau ada pada sebahagian tempat pada baju itu mempunyai sedikit kerosakan. Dan jika waktu-waktu baju itu akan dijual oleh temannya, sang Imam meminta kepada temannya itu untuk menyampaikan cacat di baju itu kepada si pembeli.
Namun, kerana mempunyai beberapa hal, teman Imam Abu Hanifah akhirnya memang benar-benar menjual baju tersebut. Sayangnya, ia lupa untuk menyampaikan pesan yang pernah disampaikan Imam Abu Hanifah berkenaan baju tersebut.
”Apakah engkau kenal siapa yang membeli baju itu?” ujar Imam kepada temannya. ”Aku tidak kenal, dan aku lupa ciri-ciri orang yang membeli baju itu,” jawab sang teman seadanya.
Untuk menebus kesilapan itu, Imam Abu Hanifah terus bersedekah sejumlah harga baju yang beliau hadiahkan kepada temannya itu.
Imam Abu Hanifah, seperti para ulama lain di zamannya, kerap menolak dengan tegas tawaran jawatan yang diberikan oleh para penguasa-penguasa khalifah pada waktu itu.
Pada masa Khalifah Al-Mansur memengang tampuk pemerintahan, Imam Abu Hanifah ditawar memengang jawatan hakim tertinggi. Ia menolak dengan alasan ketidakmampuan dirinya dengan jawatan tinggi itu. Penolakan itu menjadikan khalifah marah. Dan hasil dari kemarahan terbut, Imam Abu Hanifah pun dipenjara.
Imam Abu Hanifah bukan sekadar dipenjara, tetapi juga diseksa. Sepertinya ada pihak-pihak yang menyebarkan fitnah terhadap diri Imam Abu Hanifah. Menurut sebuah riwayat, beliau diracun ketika dalam penjara.
Pada tahun 150 Hijrah, Imam Abu Hanifah pun syahid ketika masih dalam penjara. Beliau meninggal dalam usia 70 tahun dan meninggalkan seorang anak yang bernama Hammad.
Rujukan: Min A’lam As-Salaf, Syaikh Ahmad Farid
Edit dan tambahan oleh: Mohammad Sufian Talib

7 tahun dicabul bapa sendiri

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

BUKTI...Kamisah menunjukkan laporan polis mengenai pencabulan anak saudaranya.

KUALA LUMPUR: “Sudah tujuh tahun anak saudara saya yang berusia 14 tahun dicabul bapanya sendiri, tapi baru kini rahsia itu terbongkar sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Rawang, Rabu lalu,” kata Kamisah Jamal, 31, ibu saudara kepada seorang remaja perempuan yang mendakwa dicabul bapanya sejak tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, setiap hari mangsa sering bermuram kerana trauma dengan apa yang berlaku selain tidak menyangka bapa kandungnya yang juga penagih dadah tergamak mencabul kehormatannya sejak kecil.


“Melalui cerita anak saudara saya, dia memberitahu ketika berusia tujuh tahun, bapanya selalu bermain dengan kemaluannya dengan tangan tetapi sejak dua tahun lalu selepas cukup umur, bapanya semakin berani melakukan perkara yang lebih buruk.


“Bapa mangsa yang juga abang kandung saya, sering mengambil peluang menceroboh masuk ke bilik anaknya itu apabila semua ahli keluarga lain tidur dan ada kalanya pada sebelah pagi ketika ibunya pergi bekerja hingga dia tidak terdaya untuk melawan,” katanya ketika datang ke Balai Berita, semalam.


Menurutnya, kejadian itu berlanjutan menyebabkan anak saudaranya itu trauma.


“Selepas membuat laporan, saya membawanya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan pihak hospital mengesahkan ada kesan menunjukkan anak saudara saya itu dicabul.


“Saya hanya mahu ayahnya ditangkap kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas anak sendiri,” katanya.


Akibat perbuatan terkutuk itu, anak saudaranya itu juga dikatakan sudah beberapa kali cuba membunuh diri.


Kamisah juga tidak berpuas hati apabila kakak iparnya merancang untuk menarik balik laporan yang dibuat kerana tidak mahu suaminya ditangkap.


“Saya hanya minta anak saudara dan dua adik perempuannya dilindungi bagi mengelak kejadian buruk berlaku.


“Mereka masih muda dan mempunyai masa depan yang panjang untuk dilalui,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kes cabul berkenaan dan akan membuat siasatan lanjut sebelum melakukan sebarang tangkapan.

HM