Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Isnin, 13 Disember 2010

Kisah Kalung Jihad Di Leher Gadis


Assalamualaikum pengunjung budiman. Salawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, keluarga serta sahabat baginda dan semua muslimin muslimat di segenap penjuru alam.

Terjadilah kisah ketika Rasulullah saw sedang bersiap dengan angkatan untuk ke medan perang Khaibar yang jaraknya dari Madinah kira-kira 100 km. Mereka akan menghadapi segolongan Yahudi yang merupakan bahaya langsung kepada Islam dan kaum Muslimin. Pasukan Islam di bawah pimpinan Nabi saw sendiri dengan 1600 anggota pasukan dan 600 darinya adalah pasukan baginda.

Serombongan wanita seramai 6 orang dari Bani Ghifar telah datang menemui baginda.
"Ya Rasulullah, kami ingin berjuang menyertai engkau". Ketua kumpulan itu berkata kepada Nabi. " Kami boleh membantu kaum Muslimin menurut kesanggupan kami seperti mengubati yang luka". Demikianlah mereka memohon keizinan dari Rasulullah saw.

"Dalam keberkahan Allah". Rasulullah memberikan persetujuannya.

Dalam rombongan wanita itu, terdapat seorang gadis remaja yang belum baligh yang turut serta kerana keinginannya berjuang bersama Rasulullah. Maka bergeraklah pasukan Islam menuju Khaibar dan gadis itu disuruh duduk di atas kenderaan baginda bersama barangan yang lain. Gadis itu mendapat penghormatan Nabi kerana beliau adalah anggota yang paling kecil dari sekian ramai ahli-ahli pasukan Islam.

Setelah agak lama dalam perjalanan, beliau mula merasa penat dan merasakan dalam hatinya alangkah baik jika Nabi dapat memberi kesempatan berhenti dan berehat walaupun sebentar. Rupanya kehendak hati gadis kecil itu termakbul. Nabi saw memerintahkan tentera Islam berhenti untuk berehat untuk melepaskan penat lelah.

Sewaktu gadis itu hendak turun dari kenderaannya, kelihatan kesan-kesan darah pada pakaian dan tempat duduknya.

" Apa ini ? Barangkali engkau haid." Kata Nabi yang terpandang gadis itu kelihatan malu-malu. Nabi segera faham apa yang terjadi kerana setiap wanita akan mengalaminya apabila meningkat baligh.

"Benar." Jawab gadis itu dengan perasaan malu. Lantas Rasulullah mengajarnya dengan penuh memahami perasaan gadis yang baru akhil baligh itu. " Ambil air ini, dan cucikan dirimu dan masukkan sedikit garam ke dalamnya. Bersihkan tempat yang kena darah itu". Semua bimbingan Rasulullah dipatuhi gadis itu dengan rasa bahagia di hati kerana diperlakukan dengan penuh kasih sayang oleh Baginda. Ia merupakan kenangan manis buat gadis tersebut.

Perjalanan kemudian diteruskan beberapa hari sehingga sampai ke daerah Khaibar. Maka terjadilah peperangan dan setiap anggota pasukan memainkan tugas dengan cemerlang di bawah pimpinan Nabi saw. Akhirnya kemenangan berpihak kepada kaum muslimin dan mendapat banyak rampasan perang. Wanita-wanita Bani Ghifar tadi juga turut berjasa.

Sekadar hiasan

Nabi mengambil seutas kalung dan kemudian memanggil gadis itu ke sampingnya. Baginda lalu mengikatkan kalung itu ke lehernya sebagai tanda penghormatan Nabi ke atas perjuangannya. Keadaan itu amat mengharukan dan gadis itu merasa teramat gembira dengan penghormatan dari Rasulullah saw yang tidak pernah dimimpikan olehnya.

Kalung itu selalu dipakainya dan sebelum meninggal beliau mewasiatkan agar kalung itu dikuburkan bersamanya. Subhanallah..Subhanallah...Subhanallah.

Tiada ulasan: