Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Rabu, 16 Disember 2009

ZIARAH KE NEGERI KELANTAN

Insyaallah pagi esok jam 7.25 pagi ana akan berangkat ke Kota Baharu menaiki pesawat firefly untuk meraikan pernikahan seorang sahabat karib yang telah banyak berjasa kepada gerak kerja dakwah bersama ana selama kami bertugas bersama.

Dengan mengambil berkat awal tahun hijrah 1431 beliau akan menjalankan akad nikah sejurus selesai solat Isya' di sebuah Masjid di Tanah Merah.

Disamping itu ana juga mempunyai beberapa jadual padat pada hari esok untuk berjumpa dengan beberapa orang sahabat di Kelantan untuk sesi diskus tidak resmi untuk memperkasakan lagi gerakan dakwah Haraki.

Sehingga kini ana belum menentukan lagi nak cheq inn dimana-mana hotel kerana bergantung kepada saranan sahabat-sahabat disana kerana ana diminta untuk tidak buat tempahan hotel di KB.

Namun begitu, untuk program pengimarahan Masjid al-Muttaqin, ana dah aturkan majlis ringkas sempena sambutan awal tahun hijrah dengan majlis bacaan doa akhir / awal tahun yang akan di bimbing oleh Ayahnda Ustaz Hj. Abdul Rahim Rafei seterusnya beliau akan menyampaikan ceramah khas sempena Hijratul Rasul SAW. Sila rujuk aturcara program dalam blog resmi Masjid Al-Muttaqin.

Terima kasih juga kepada Kapten dan Kopreal Kedaung yang sudi menghantar ana ke airport subuh nanti. "Bertindak Mengikut Arahan"

Tiada ulasan: