Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Selasa, 15 Disember 2009

KENAIKAN KADAR MAS KAHWIN DI NEGERI SELANGOR

Berikut adalah pekeliling daripada Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Petaling bertarikh 07/12/2009 kepada semua Nazir Masjid dalam Daerah Petaling bagi menyatakan perkara diatas.

Adalah dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 12 Mei 2009, telah memutuskan bahawa had minima kadar mas kahwin adalah sebanyak RM 300.00 bagi anak dara atau janda tanpa ada had maksima. Sekiranya terdapat wang hantaran daripada pihak lelaki maka ianya dikira sebagai mas kahwin. Keputusan ini akan berkuatkuasa mulai 01 January 2010. sekian dimaklumkan.

Tiada ulasan: