Ust tolong!!! ade orang nak bunuh diri, kat rumah aku ni....dia nak terjun dari tingkat 5 ni...cepat datang..... ujar Pak Usop yang menghubungi saya pada jam 12.15 tgh malam tadi.
Tanpa lengah saya terus keluar dan pergi ke tempat yang dimaksudkan...Tampak keadaan masih cemas apabila saya sampai, namun orang yang dikatakan hendak terjun itu telah berjaya ditangkap oleh orang ramai dan kini dia dibawa masuk kedalam rumah kembali.
Alhamdulillah....nasib baik la di tak terjun kalau tidak jenuh la kami nak berurusan dengan pihak polis dan sebagainya...saya pada mulanya malas dah nak pegi jengok budak yang cuba nak terjun tadi kerana saya rasa sudah tak perlu untuk berbuat demikian..dok tengah berbual dangan Pak Usp dan beberapa orang lagi mengenai kronologi kejadian sebentar tadi..tiba-tiba kami disapa oleh ibu kepada budak yang nak terjun tadi dan dia minta saya naik untuk tengok dan nasihatkan sesuatu kepada budak tu.
Saya sebenarnya amat keberatan kerana dah tengah malam ni tapi saya gagahi juga kerana tidak baik untuk menghampakan permintaan orang yang dalam kesusahan.
Sesampainya saya dirumah wanita tersebut saya dan Pak Usop dan beberapa orang lagi dibawa ke bilik perempuan tadi, saya dapati dia masih lagi menangis dan meraung-raung. Saya cuba hendak memahami apakah yang sebenarnya yang sedang berlaku dan menasihatinya serta memberikan dia jalan harapan. Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya melainkan isak dan tangisanya sahaja.
Menurut ibunya anaknya itu telah berkahwin dan sudah mempunyai 2 orang anak perempuan yang sudah besar sekitar 6-8 tahun la umurnya. Ibunya menambah lagi yang anaknya itu sering bergaduh suami-isteri dan dia tak mau campur kalau urusan dalama keluarga anaknya itu.
Saya sebenarnya masih tidak jelas akan punca insiden itu sampai nak terjun bangunan tu mungkin masalah belar la agaknya. Ibunya menambah dia sering melihat anaknya itu bergaduh dan bertengkar dengan suaminya.
Kebetulan pula ketika kejadian suaminya tiada kerana pergi menemankan ibunya di Hospital Selayang.
Pada pengamatan saya dalam insiden ini saya boleh membuat kesimpulan yang ringan iaitu apabila seseorang itu jauh dengan agama dala kehidupanya maka akan mudahlah seseorang itu menuruti segala gejolak nafsunya dan terlalu mudah untuk putus asa dan kemurungan serta kecewa apabila menghadapi sesuatu masalah.
Dalam menguruskan sesebuah rumahtangga aset utama dalam organisasinya iaitu pasangan suami-isteri sewajarnya sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa berlapang dada apabila menghadapi sebarang konflik dalam rumahtangganya.
Sebagai suami-isteri kita sepatutnya menjadikan sebarang konflik yang melanda hubungan kita itu sebagai suatu perkara yang boleh mematangkan dan mendewasakan hubungan kita sebagai suami-isteri. Sabar adalah paling utama dalam menguruskan situasi rumahtangga.
Menjadikan Allah itu sebagai teman dalam semua keadaan, dalam keadaan kita senang kita bersyukur, dalam keadaan kita berduka dan sedih kita merayu dan merintih, dalam keadaan kita susah kita memohon pertolongan dan berharap.
Sebagai hamba kita sebagai pasangan suami-isteri yang menjadi mentor kepada anak-anak sentiasalah mendirikan solat dan amal ibadat wajib yang lain dan sering menghidupkan amalam membaca al-Quran dirumah agar dapat memberikan tarbiyah yang berkesan kepada anak-anak. Wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan