Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Isnin, 3 Ogos 2009

Solat Akan Dipenjara?



Baru-baru ni saya berkesempatan bertemu dengan seorang sahabat dari Hebron yang kini menyambungkan pengajianya di UIAM.


Dalam pertemuan yang ringkas itu pelbagai topik perbincangan yang kami bualkan terutamanya yang berkaitan dengan Jihad untuk membebaskan Palastine dari cengkaman regim Yahudi laknatullah.



Saya terpukul dan terpukau dengan satu kenyataanya : " AWAS!!! enta dan orang Islam Malaysia tunggu azab dan bala dari Allah!"



Aduh mak! apahal pulak ni? saya merungut sendirian dan bertanya kembali kepada teman tersebut kenapa enta cakap macam tu.



Dia menjelaskan bahawa dia telah dipenjara selama 3 tahun oleh Israel kerana menunaikan solat lima waktu di masjid dan menurutnya lagi teman-temanya ada yang dipenjara lebih dari itu bahkan ada yang dipenjarakan selama 27 tahun hanya kerana pergi ke masjid untuk mendirikan solat.



Dia juga mengatakan amaran tersebut wajar kepada orang islam di malaysia kerana masjid-masjid di sini kosong dan tidak dipergunakan serta dimanfaat sewajarnya untuk mendirikan solat. Apabila masuk waktu solat ramai kebanyakan orang-orang islam Malaysia tidak memperdulikanya bahkan tidak mahu mendirikan solat di masjid walaupun masjid itu terletak dihadapan matanya. Mereka hanya sibuk dengan urusan dunianya sahaja,ujar sahabat tersebut.



Dia juga menceritakan bahawa di dipenjara 3 tahun itu terlalu singkat dan dia tidak puas dengan ujian tersebut kerana orang lain sanggup dipenjara kerana menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah biarpun mereka terpaksa melintasi pelbagai ujian dan sekatan oleh regim Israil untuk mereka melangkahkan kami ke masjid.



SEDARLAH wahai saudaraku di negara kita sememangnya masjid-masjid dibina dengan cantik dan mewah bahkan kini kebanyakan masjid sudah dilengkai dengan aircondition tetapi jemaah yang datang menunaikan solat fardhu adalah terlalu sedikit berbanding dengan kepadatan penduduk islam di bumi Malaysia ini.



Kita memang dilingkungi dengan urusan dunia yang amat sangat hingga tidak mampu untuk melangkah kaki ke masjid dari waktu solat subuh hingga ke solat Isya' kita sentiasa sibuk.



Sibuk dengan urusan dunia kita masing, sibuk dengan keluarga dan anak-anak, sibuk dengan busnes, sibuk dengan MLM, sibuk menonton rancangan TV dan sibuk yang bermacam-macam lagi.



Jauh dari negara kita umat islam lain berhempas pulas mahu menjejakan kaki mereka ke masjid untuk mendirikan solat berjamaah namun kita???



Apa yang paling mendukacitakan kita ialah perbuatan menghalang dan menutup masjid kepada orang-orang islam di Hebron, dan Palastine juga sudak menular kedalam negara kita bila kita dapati masjid telah dikunci dari orang islam untuk menunaikan solat walaupun ketika itu waktu solat telah masuk, bahkan lebih parah lagi ada masjid dan surau yang dikunci berminggu-minggu lamanya bahkan berbulan-bulan lamanya hanya kerana pertelagahan dama pemilihan AJKnya dan lebih parah lagi masjid dan surau itu dikunci oleh talibarut yahudi kerana masjid dan surau itu terlalu aktif dengan jadual pengajianya dan para penceramahnya yang berani mengatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah.



Mengatakan yang halal itu halal, yang haram itu haram, yang benar itu benar yang salah itu salah yang sesuai dengan kehendak al-Quran dan sunah menjadi kesalahan besar kepada sesetengah pihak kerana kebimbangan mereka ummah ini cerdik dan terbuka mindanya dengan kesyumulan islam terhadap sistem kehidupan manusia ini maka tindakan mengunci masjid dan surau adalah penyelesaian terbaik bagi mereka.



Bahkan pada satu ketika dahulu pihak penguatkuasa agama di Selangor terlalu berahi dalam tindakanya memantau semua aktiviti-aktiviti di masjid-masjid dan surau dan jika ada yang menjemput penceramah-penceramah yang tiada tauliah dan penceramah itu datangnya dari parti yang berlawanan dengan pemerintah maka tindakan segera akan diambil bahkan ada surau yang telah runtuhkan, ada masjid yang disita dan bermacam-macam tekanan lagi.



Tetapi kelab-kelab malam, disco, spa-spa, rumah-rumah pelacuran tidak pula dipantau secara bersepadu untuk mencegah kemungkaran. Begitulah dahsyatnya apabila umat islam sendiri yang memusuhi agamanya.



Tidakkah kita takut dengan apa yang menimpa terhadap saudara-saudara kita di palastine dan di Hebron itu akan berlaku kepada kita???



Oleh itu marilah kita bermuhasabah diri dan kembalilah kepada petunjuk al-Quran dan Sunatur Rasul SAW untuk kembali mengimarahkan masjid dengan semaksimum mungkin untuk memperkasakan jatidiri kita sebagai muslim yang yang baik dan muslim yang berkualiti.



Tiada ulasan: