Alhamdulillah sejak semalam 15 Ogos 2009 hingga ke pagi tadi 16 Ogos 2009 saya dapat memenuhi undangan untuk menyampaikan kursus teori dan praktikal pengurusan jenazah.
Semalam saya berkesempatan bersua muka dengan student medic di INTEC UITM Shah Alam yang akan melanjutkan pengajian mereka di Asia Tengah dan mereka dibekalkan dengan pelbagai persiapan dan saya diamanahkan untuk membekalkan mereka dengan hal yang berkaitan dengan pengurusan jenazah.
Saya cukup teruja dan bersemangat menymapaikan segala ilmu dan pengalaman pengurusan jenazah kepada mereka kerana apabila saya bertemu dengan peserta muda ia suatu perkara yang sangat mengkagumkan kerana jarang anak muda mahu turun untuk menguruskan jenazah disemua peringkat masyarakat. Tapi sayangnya saya tidak sempat mengambil gambar sepanjang program itu berlangsung dan insyaallah saya sebenarnya sedang menunggu gambar-gambar yang bakal diemail dari mereka.
Dan pada pagi tadi saya juga sempat memenuhi undangan dari Jawatankuasa Masjid al-Mukaramah Bandar Sri Damansara untuk menyampaikan kursus pengurusan jenazah teori dan praktikalnya.
Disini saya juga berkesempatan menunjukan kepada para peserta praktikal memandikan jenazah dan tahniah kepada peserta yang sudi dimandikan tadi serta praktikal mengkafankan jenazah, juga dukacita kerana saya tidak sempat mengambil gambar sepanjang program tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan