Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Ahad, 22 Mei 2011

NASIHAT BERGUNA BUAT SALAFI & KHALAFI MALAYSIA

( Diterbitkan oleh METRO AHAD, 24 Dis 06 dengan versi artikel)

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

( dengan sedikit tambahan)

SOALAN

soalan saya ustaz, ilmuan kaum tua dan kaum muda sekarang masih lagi berbeda pendapat hatta pada masalah yang furu'. mereka masih berfikiran sempit dan tidak mahu mengambil pengajaran atas dasar taqlid yang pernah dianuti masyarakat islam dahulu. bagaimana ustaz peranan para ilmuan muda ini untuk mendapat tempat dalam bidang intelektual sekarang?

-hidayah-

JAWAPAN

Sedar atau tidak sedar, perselisihan dan perbezaan pendapat antara golongan yang mengkaji dan mengamalkan agama Islam di Malaysia menjadi semakin hangat. Ia semakin mendapat perhatian ramai apabila muncul di akhir-akhir ini golongan kelas pertengahan dari masyarakat yang suka mendapatkan sesuatu hukum beserta dengan dalil-dalilnya, tanpa hanya mendengar ‘halal' atau ‘haram' dan kemudian menurutinya dengan selesa. Dengan pertambahan golongan masyarakat yang sebegini, maka pendapat mazhab Syafie yang sudah biasa didengari dan dikuti tanpa banyak soal sejak turun termurun sudah mula dibuka untuk perbandingan dengan pandangan-pandangan lain, demi mendapatkan satu hukum yang benar-benar selesa dipegang oleh golongan ini. Secara tidak lansgung, tindakan ini dilihat amat negatif oleh sebilangan golongan dan kelompok masyarakat yang lain, iaitu dalam keadaan mereka sudah amat selesa dengan satu pegangan itu sejak sekian lama tiba-tiba muncul perbincangan terhadap pegangannya. Hal seperti ini menjadikan perang mulut berlaku dan ‘perdebatan dari jauh' dan dekat juga tidak kurang banyaknya.

Hasil tinjauan dan pengamatan sederhana saya, mendapati adakalanya perdebatan ini bertukar kepada perdebatan sihat kepada yang sebaliknya. Hasil dari itu, saya ingin mengambil peluang di ruang ini bagi berkongsi nasihat yang berguna buat sahabat-sahabat dari kedua-dua aliran. Diharap mereka sudi untuk membacanya tanpa prejudis.

Bagi saya, peranan golongan ilmuan muda hari ini antaranya :-

a) Tidak cepat menghukum sebaliknya perlulah memahami perjuangan kedua-dua kumpulan dengan baik

b) Menjaga asas dan adab serta bersabar dalam perdebatan dan perbincangan.

c) Memahami hujjah, kondisi, kesediaan masyarakat setempat.

d) Merujuk sesuatu isu dari sumber rujukan samada kitab yang benar-benar mewakili mazhab itu. Jika mazhab Syafie, maka perlulah dirujuk kitab utama yang telah disepakati oleh ribuan ulama Syafie silam seperti Ar-Rawdah, Al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, Fath al-‘Aziz dan Al-Umm. Ini antara kitab utama yang mesti dipastikan rujukan bagi mendapatkan satu fatwa yang mewakili mazhab Syafie.

e) Bersikap terbuka dan beradab dalam menilai pandangan-pandangan ulama lain dan dalil bagi setiap fatwa mereka. Dan banyak lagi peranan lain yang tidak mampu saya nyatakan di ruangan kecil ini.

Justeru, eloknya ilmuan muda dan dewasa meneliti di mana punca temu dan tembung antara dua aliran ini. Jika diteliti, kita akan dapati kedua-dua mereka bertemu dalam banyak perkara, terutamanya, bertemu dalam niat baik yang ingin disumbangkan kepada masyarakat..

Kaum Muda yang di namakan juga ‘salafi', ‘tajdid', ‘sunnah' atau dicop juga sebagai ‘wahabi' pada hemat saya menginginkan seluruh masyarakat lebih 'selamat' dan hampir kepada Al-Quran & as-Sunnah (pada hemat dan penelitian mereka) ; iaitu dengan cara membawa mereka kepada pegangan Aqidah dan Ibadat yang dipaku dengan dalil sohih tanpa hanya terikat dan taqlid kepada satu aliran atau pendapat saja. Ia satu niat yang amat baik dengan mengembalikan fungsi aqal yang dikurniakan Allah SWT serta memurnikan ibadat dari rekaan-rekaan yang dijangkakan boleh menghilangkan sasaran pahala yang diletakkan oleh Rasulullah SAW.

Kaum Tua atau dikenali sebagai ‘Khalafi' yang berpegang dengan umum mazhab Syafie pula berhasrat memudahkan orang awam yang dirasakan kebanyakannya kurang mampu untuk mengikuti kaedah tadi, lalu mereka mempopularkan cara taqlid (ikutan tanpa kajian terperinci) sebagai medium penyatuan dalam masyarakat dan juga ibadah, selain menganugerahkan kemudahan buat masyarat yang majoritinya tidak punyai kemampuan untuk mengkaji secara mendalam hingga ke tahap dalil bagi sesuatu ibadat. Selain itu, mereka juga risau akan munculnya individu yang tidak berkelayakan lalu menggunakan kaedah rujukan dalil tadi sehingga menyeleweng, menurut mereka lebih baik bertaqlid kepada satu mazhab (Syafie) berbanding silap menyeleweng atau lebih baik pegang pendapat ulama syafie dari pegang pendapat sendiri yang amat tidak ‘alim.

Niat mereka ini lebih elok jika kita sedari dari asyik berbicara tentang perselisihan mereka. Selain itu, akibat peselisihan yang semakin buruk, muncul tuduhan dari kedua-dua kumpulan bahawa orang sana tidak lain hanya ingin menyesatkan dan memecah belahkan orang ramai. Masing-masing menuduh antara satu sama lain sebagai punca masalah tanpa sedar lagi kemungkinan dirinya adalah silap.

Justeru, kita dapat lihat inilah perjuangan mereka semua niat adalah baik, cuma mereka berbeza dalam target bentuk pergerakan, penentuan keutamaan dan pendekatan.

Peranan Penyokong

Malangnya dengan di'api'kan oleh penyokong masing-masing yang kurang 'ilmu' dan penghayatan, maka pertembungan menjadi serius, titik selisih menjadi utama menenggelamkan hasrat murni dan titik persamaan. Hinggakan guru-guru kedua kumpulan yang pada asalnya cukup lunak dan berbaik, menjadi keras, tuduh menuduh berlaku, remeh meremeh, balas membalas, lebih amat malangnya banyak pula si 'guru' yang bertindak balas bukan dalam isu yang sebenar, tapi hanya akibat mainan mulut si anak murid atau penyokong yang suka menokok tambah bagi menyedapkan perisa, kononnya orang sana menyebut itu ini.

Suka saya nasihatkan si murid agar mengingati kembali bab 'An-Namimah' iaitu mengadu domba yang amat dicela oleh Islam. Guru mana yang tidak ‘marah' apabila dilaporkan oleh si anak murid bahawa orang sana mengatakannya mengajar ajaran yang tidak benar, sesat, hujah cetek, menolak Usul Fiqh, tak mengetahui hadith dan lain-lain. Malah lebih buruk apabila kritikan hujjah merebak kepada kritikan peribadi, rupa wajah dan lain-lain.

Nabi SAW bersabda :

‏لا يدخل الجنة ‏ ‏نمام

Ertinya : Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba ( Riwayat al-Bukhari)

Huraian ringkas berkenaan tajuk yang disebut dalam kitab "Al-Halal Wal Haram" oleh Dr Yusof Al-Qaradawi sangat baik dibaca oleh ilmuan dan para pengaji agar tidak tergolong dalam kumpulan pengadu domba yang memburukkan keadaan, memutuskan ikatan kasih antara muslim dengan berselindung di balik ‘niat baik' kononnya untuk meluruskan orang yang sedang menyeleweng.

Saya kerap berjumpa, pertempuran hujjah si 'guru', tetapi ia sebenarnya adalah hasil 'mulut' si anak murid, maka bertempurlah si 'guru' tanpa fakta yang sebenar tentang pihak sebelah sana, amat malang dan membuang masa. Inilah akibat kesimpulan sendiri dari kedua-dua belah pihak, sehingga mengadakan perkara yang tiada.

Peranan Syaitan

Dalam keghairahan menegakkan hujjah, pendekatan, keutamaan yang diletak oleh kumpulan dan perjuangan masing-masing, ramai yang tidak sedar bahawa Syaitan bertapak semakin hebat dalam diri. Sedarkah kita bahawa Syaitan pasti melontarkan rasa keakuan, ego, sombong, rasa diri ‘alim kerana hujjah mantap?. Ketika itu, secara sedar atau tidak, sekiranya hujjah di pihak lain adalah benar sekalipun , ianya tetap akan dilihat salah, sekaligus menolaknya dengan pantas, sambil merujuk ke guru masing-masing untuk mencari hujjah tambahan.

Kerap juga saya dengari di kalangan penyokong-penyokong ini merujuk kepada guru mereka sambil berkata "Ust , bagaimana saya nak jawab hujjah mereka yang ini, yang itu dan lain-lain" . Sedarkah kita bahawa kemungkinan hujjah itu benar?. Tetapi dalam hal ini, si penyokong seolah-olah sudah pasti ianya salah, cuma mereka kurang mahir menacri hujah menolaknya sahaja. Sang guru pula akan rasa tercabar apabila hujjahnya dipatahkan lalu dengan begitu bersemangat pula membawa ‘buah' baru untuk dilontarkan kepada ‘orang sana'.

Jika ini berlaku, tiada lagi usaha mencari kebenaran tulen, yang ada hanyalah usaha menunjukkan ke'alim'an masing-masing. Adakalanya, belum pun sesuatu hujah ‘orang sana' diamati sehingga habis ayat-ayatnya, telah digelengkan kepala, ditertawakan, diberikan senyuman sumbing tanda hinaan terhadap hujah orang lain.

Nabi SAW menyebut :

الكبر بطر الحق وغمط الناس

" Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan memperlekehkan manusia" ( Riwayat Muslim)

Berkata Syeikh Abu Raghib akan erti "Batar" dalam hadith di atas :-

"Rasa ‘ujub' atau keajaiban diri yang menyelubungi individu ketika diseliputi nikmat ( termasuk nikmat ilmu)"

Inilah yang pasti berlaku dalam pertempuran hujjah yang diapikan oleh para penyokong ini. Perlekehan akan berlaku, lalu timbulah ayat-ayat seperti " tak habis mengaji lagi tu" , " hidung masih berhingus nak berhujjah". " ni mesti tak faham bahasa arab dengan baik ni" , "depa ni bukan reti ilmu hadith" dan banyak lagi dari kedua-dua belah. Sihatkah ini? Benarkah perjuangan kebenaran yang didokongi atau telah terseleweng sedikit demi sedikit?.

Semoga Allah memberi rahmat buat kita semua dan mengampunkan saya dalam kesilapan pengamatan saya yang amat sederhana. Maaf buat semua jika ia mengguris anda tanpa hak. www.zaharuddin.com

Sesatkah Akidah ibn Taimiyyah dan Muhammad abd Wahhab?


Semenjak kebelakangan ini wujud segelintir tokoh-tokoh agama tempatan yang memperhebatkan serangan mereka terhadap Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Syaikh Muhammad Abdul Wahhab rahimahumallah. Melalui seminar-seminar diseluruh tanah air, kuliyah-kuliyah agama di merata-rata masjid dan artikel-artikel di media massa golongan ini telah menabur benih-benih fitnah kononnya kedua syaikh tersebut telah menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya (Tasybih) dan menjadikan Allah berjisim dan berjasmani (Tajsim) berdasarkan Nama-Nama dan Sifat-Sifat-Nya. Hal ini amat menghairankan kita kerana tokoh-tokoh tersebut selama ini menyerukan agar jangan mudah membid’ahkan, mengkafirkan serta menyesatkan sesama umat Islam namun sikap mereka ini boleh kita ibaratkan seperti ibu ketam yang ingin mengajar anaknya supaya berjalan lurus. Ternyata ucapan menyesatkan, membid’ahkan serta mengkafirkan pengikut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Syaikh Muhammad Abdul Wahhab atau kelompok yang mereka labelkan sebagai Wahabi begitu mudah mereka muntahkan dari mulut-mulut mereka yang celupar itu. Melalui risalah yang ringkas ini penulis akan cuba mengupas akidah sebenar Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Syaikh Muhammad Abdul Wahhab berkaitan dengan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah yang Maha Sempurna serta Indah. Kemudian penulis juga akan menilai pegangan syaikh berdua tersebut dengan pegangan ke empat-empat imam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam al-Syafi’i dan Imam Ahmad rahimahumullah agar dapat kita melihat betapa jahilnya tuduhan yang telah dilemparkan oleh tokoh-tokoh agama tersebut.

Kaedah Yang Membelakangi Tawhid al-Asma was-Sifaat.

Tawhid al-Asma’ was-Sifaat adalah menetapkan apa-apa yang Allah dan Rasul-Nya telah tetapkan atas diri-Nya baik itu berkenaan dengan Nama-Nama mahupun Sifat-Sifat Allah dan mensucikan-Nya daripada segala 'aib dan kekurangan sebagaimana hal tersebut telah disucikan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Tawhid ini dalam ertikata lain adalah untuk mengenali Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui Nama-Nama-Nya yang indah dan Sifat-Sifat-Nya yang Maha Tinggi lagi Maha Sempurna. Tidak ada jalan lain untuk sampai kepada pengetahuan ini melainkan melalui jalan wahyu iaitu berpandukan dari al-Qur’an dan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.

Berkaitan dengan Tawhid al-Asma’ was-Sifaat ini Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin rahimahullah telah berkata:

Kita mengetahui bahawa Allah telah mengkhabarkan kepada kita tentang Diri-Nya dengan Nama-Nama-Nya yang indah dan Sifat-Sifat-Nya yang Sempurna. Kita juga yakin sepenuhnya bahawa Allah-lah yang paling mengetahui segala sesuatu, paling benar perkataan-Nya dan paling baik penuturan-Nya. Oleh kerana itu, kita wajib tanpa ragu-ragu lagi menetapkan Nama-Nama dan Sifat-Sifat tersebut bagi Allah sesuai sepertimana yang Dia khabarkan sendiri kepada kita. Begitu juga sikap penerimaan kita terhadap khabar yang disampaikan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mana baginda adalah orang yang paling tahu tentang Allah ‘Azza Wa Jalla, paling benar beritanya, paling tulus niatnya dan paling jelas penuturan serta penjelasannya. Jadi wajib kita menerima berita sahih yang datang dari baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tentang Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah ‘Azza wa Jalla. - Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin, al-Qowa’idul Mutsla, m.s. 83

Menurut Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab rahimahullah:

“Aku bersaksikan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sekalian mereka yang hadir bersamaku daripada para malaikat dan aku bersaksikan kamu : “Bahawa aku beri ‘itiqad Ahlus Sunnah wal Jamaah, beriman dengan Allah dan para malaikat, kitab kitab-Nya, para Rasul-Nya, hari kebangkitan selepas mati serta qadar baik dan jahat”.

“Aku beriman dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala : Beriman dengan sifat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyifatkan diri-Nya dengannya sepertimana yang dinyatakan dalam kitab-Nya dengannya sepertimana yang dinyatakan dalam kitab-Nya dan yang datang melalui lidah Rasul-Nya tanpa tahrif (mengubah) dan tamtsil (mengumpamakan). Bahkan aku beri ‘itiqad bahawasa sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak ada sesuatu yang serupa dengan-Nya dan Dia Maha Mendengar juga Maha Melihat”.

“Aku tidak menafikan apa apa yang disifatkan bagi Diri-Nya dan aku tidak mengubah perkataan Allah daripada tempatnya dan tidak mengingkari nama-nama dan ayat-ayat-Nya. Aku tidak mengetahui kaifiat-Nya dan aku tidak membandingkan sifat-sifat Alla dengan sifat makhluk. Kerana Allah tiada yang senama bagi-Nya, tiada seumpama, tiada bandingan dan tidak dikiaskan dengan makhluk-Nya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala lebih mengetahui tentang diri-Nya dan yang selain daripada-Nya serta lebih benar dan baik perkataan-Nya”.

“Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala menyucikan diri-Nya daripada sesuatu yang menyalahi, yang disifatkan oleh ahli takyif (menentukan cara kaifiat) dan tamtsil dan daripada sesuatu yang dinafikan oleh ahli tahrif dan ta’til (menafikan sifat)” – Di nukil dari kertas kerja karangan Syaikh Muhammad ‘Abdul Qadir al-Mandeeli bertajuk Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab dan Dakwahnya.

Dari keyakinan ini maka datanglah kaedah emas dalam memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah sebagaimana yang telah digariskan oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa:

(Hendaklah) beriman kepada apa sahaja yang disampaikan oleh Allah mengenai diri-Nya di dalam kitab-Nya dan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan keimanan yang bersih dari tahrif dan ta'thil serta dari takyif dan tamtsil. - Syaikh Alawi bin Abdul Qadir as-Segaf, Mengungkap Kesempurnaan Sifat-Sifat Allah, m.s. 4

Untuk kita benar-benar dapat memahami dan mempraktikkan kaedah ini maka adalah sangat mustahak untuk mengetahui definisi tahrif, ta'thil, takyif dan tamtsil. Penjelasan terhadap definisi-definisi ini penulis rujuk kepada tulisan Sai’d bin Ali bin Wahf al-Qahtaniy dalam kitabnya Syarh al-‘Aqidah al-Wasithiyah Syaikhul Islam Ibnu Taymiyah: Studi tentang ‘Aqidah Ahlussunnah wal Jamaaah.

Pertama: Tahrif

Tahrif secara bahasa (lughah) bermakna mengubah dan mengganti. Menurut pengertian syar'i ia adalah: “Mengubah lafaz Nama-Nama Allah yang Husna dan Sifat-Sifat-Nya yang Maha Tinggi, atau makna-maknanya.” Tahrif ini boleh kita bahagikan kepada dua jenis:

Pertama: Tahrif dengan cara menambah, mengurangi atau mengubah bentuk lafaz sehingga sekali gus mengubah maknanya. Seperti ucapan kaum Jahmiyah dan mereka yang terpengaruh dengan fahaman mereka, bahawa Sifat Istawa diubah kepada Istawla (menguasai), merujuk kepada ayat:

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam. - al-A'raaf (7): 54

Di sini ada penambahan huruf Lam dalam Sifat Istawa’ sehingga ia diubah menjadi Istawla.

Kedua: Tetap membiarkan lafaz sebagaimana asli tetapi melakukan pengubahan terhadap maknanya. Contohnya Sifat Allah al-Yad (tangan) diubah maknanya menjadi an-Ni'mah (Nikmat) merujuk kepada ayat:

Allah berfirman: “Hai iblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kedua Tangan-Ku? - Saad (38): 7

Kedua: Ta’thil

Ta'thil secara bahasa bererti meniadakan. Menurut pengertian syar'i ia adalah: “Meniadakan Sifat-Sifat Ilahiyah dari Allah Ta'ala, mengingkari keberadaan Sifat-Sifat tersebut pada Zat-Nya, atau mengingkari sebahagian darinya.” Perbezaan antara Tahrif dan Ta'thil adalah, Tahrif merupakan penafsiran semula terhadap Sifat-Sifat Allah manakala Ta'thil merupakan penafian terhadap Sifat-Sifat Allah.

Jenis-Jenis Ta'thil

Pertama: Penolakan terhadap Allah atas kesempurnaan Sifat-Nya yang suci, dengan cara meniadakan Nama dan Sifat-Nya atau sebahagian darinya sebagaimana yang dilakukan oleh penganut fahaman Jahmiyah dan Mu'tazilah.

Kedua: Meninggalkan mu'amalah dengan-Nya, iaitu dengan cara meninggalkan ibadah kepada-Nya baik secara keseluruhan mahupun sebahagian, atau dengan cara beribadah kepada selain-Nya di samping beribadah kepada-Nya.

Ketiga: Meniadakan pencipta bagi makhluk. Contoh, orang yang menggunakan perkataan “alam semulajadi” yang bermaksud kejadian alam yang terjadi dengan sendirinya.

Jadi setiap orang yang melakukan Tahrif pasti akan melakukan Ta'thil tetapi tidak semua yang melakukan Ta'thil telah melakukan Tahrif. Barangsiapa yang mengubah atau menetapkan satu makna yang bathil dan menafikan satu makna yang benar daripada Sifat Allah, maka dia telah melakukan Tahrif dan Ta'thil sekaligus. Ada pun seorang yang menafikan Sifat Allah, maka dia telah melakukan Ta’thil tanpa Tahrif. Contohnya bagi seorang yang mengubah Sifat Istawa’ kepada Istawla, maka dia juga telah menafikan Sifat Istawa’ tersebut. Maka dia melakukan Tahrif dan Ta’thil sekali gus. Akan tetapi jika dia sekadar menolak Sifat Istawa’ tanpa mengubah lafaznya, maka dia hanyalah seorang yang melakukan Ta’thil tanpa Tahrif.

Ketiga: Takyif

Takyif bererti bertanya bagaimana. Contohnya adalah sikap bertanya bagaimana Sifat Istawa' Allah di atas Arsh, atau bagaimana bentuk al-Yad (tangan) Allah Subhanahu wa Ta’ala. Secara syar'i Takyif bermaksud: “Sikap menentukan atau mempastikan hakikat suatu Sifat dengan menetapkan tatacara, ciri-ciri dan bentuk tertentu terhadap Nama-Nama Allah atau Sifat-Sifat-Nya.” Perlu dibezakan bahawa tindakan meniadakan Takyif tidaklah bererti meniadakan makna terhadap Nama atau Sifat Allah. Peniadaan Takyif tidak bererti makna Nama dan Sifat Allah dibiarkan sehingga tidak diketahui langsung pengertiannya. Ini kerana erti Nama atau Sifat tersebut tersebut memang sedia difahami atau dimaklumi melalui kaedah Bahasa Arab. Dalam ertikata lain semua Sifat Allah menunjukkan makna yang hakiki dan pasti. Kita mengimani dan menetapkan Sifat tersebut untuk Allah seraya memahami ertinya akan tetapi kita tidak mengetahui tatacara, ciri-ciri dan bentuk Sifat tersebut. Yang wajib adalah beriman ke atasnya dan menetapkan Sifat-Sifat tersebut dengan memahami maknanya secara hakiki manakala bentuk dan keadaannya diserahkan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Keempat: Tamtsil

Tamtsil ertinya mengumpamakan atau memisalkan. Ia juga menghampiri erti Tasybih iaitu menyerupakan. Dari segi syar'i ia adalah: “Mengumpamakan atau menyerupakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Sifat-Sifat Zatiyah-Nya mahupun Fi'liyah-Nya sebagaimana makhluk-Nya.” Tamtsil ini pula terbahagi kepada dua:

Pertama: Menyerupakan makhluk dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Misalnya orang Nasrani yang menyerupakan Nabi Isa ‘alaihissalam dengan Allah dan orang Yahudi yang menyerupakan 'Uzair dengan Allah.

Kedua: Menyerupakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan makhluk. Contohnya kelompok Ahlul Zahir yang menyatakan Allah mempunyai tangan sebagaimana tangan yang dimiliki oleh makhluk, memiliki penglihatan sebagaimana penglihatan makhluk serta penyerupaan-penyerupaan lain.

Secara ringkasnya kaedah ini adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Malik apabila ditanya tentang tatacara, ciri-ciri dan bentuk Istawa'. Jawab Imam Malik:

Istawa' itu ma'lum (diketahui maknanya), Bagaimana (kaifiat) tatacara, ciri-ciri dan bentuk majhul (tidak diketahui), mengimaninya wajib, sedangkan bertanya tentangnya (tatacara, ciri-ciri dan bentuk) adalah bid'ah.

Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah dari segi makna memang dapat kita fahami dan ketahui. Contohnya Al-Yad dalam bahasa Arab maknanya tangan maka kita tetapkan Sifat Tangan kepada Allah sebagaimana maknanya yang hakiki. Namun begitu bagaimana kaifiatnya (tatacara, ciri-ciri dan bentuk) al-Yad kita serahkan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ianya diluar batasan akal untuk membayangkannya. Apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang Dia memiliki Dua Tangan dalam surah Saad (38):75, kita beriman kepada firman-Nya. Tentu sekali Sifat itu sesuai dengan kebesaran-Nya, kemuliaan-Nya dan kesempurnaan-Nya dan sama sekali tidak menyerupai makhluk-Nya sebagaimana firman-Nya:

Tiada sesuatupun yang seumpama dengan (Zat-Nya, Sifat-Sifat-Nya dan pentadbiran-Nya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. - al-Syuura (42): 11

Ayat ini mengandungi penyucian (Tanzih) dan penafian kepada Allah daripada menyerupai makhluk-Nya, baik dalam Zat, Sifat mahupun Perbuatan-Nya. Bahagian awal ayat ini (Tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya..) merupakan bantahan terhadap kaum al-Musyabbihah dan al-Mujassimah manakala bahagian akhir ayat (Dan Dia Maha Mendengar dan Melihat) merupakan bantahan kepada kaum al-Mu'athilah (orang yang meniadakan sifat-sifat Allah).

Setelah jelas kepada kita pengertian Tahrif, Ta’thil, Takyif dan Tamtsil, maka mudahlah untuk kita berinteraksi dengan Sifat-Sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ringkasnya, kita Ahlus Sunnah beriman dan menerima Sifat-Sifat Allah tanpa Tahrif, Ta’thil, Takyif dan Tamtsil.

Pegangan Imam-Imam Mazhab Tentang Tawhid al-Asma’ was-Sifaat.

Kaedah-kaedah yang dipegang oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Syaikh Muhammad Abdul Wahhab ini sebenarnya merupakan kaedah yang telah disepakati oleh keempat-empat imam mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi’i dan Imam Ahmad rahimahumullah ta’ala tanpa sedikit pun perbezaan di antara mereka. Berikutnya akan penulis paparkan kata-kata mereka satu persatu sebagai bukti kesepakatan mereka dalam kaedah yang mereka gunakan untuk berinteraksi dengan Nama-Nama Allah yang Indah dan Sifat-Sifat-Nya yang Maha Tinggi lagi Maha Sempurna.

Imam Abu Hanifah rahimahullah

Dalam kitab al-Fiqhul-Akhbar, m.s. 66-68, berkata Imam Abu Hanifah:

Dan apa yang disebut oleh Allah Ta’ala dalam al-Qur’an daripada sebutan Wajah dan Tangan dan Diri maka ia adalah Sifat-Sifat bagi-Nya tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifiat). Dan tidak boleh dikatakan bahawa Tangan-Nya adalah kuasa-Nya (kudrat) atau nikmat-Nya kerana padanya terdapat pembatalan sifat. Ini adalah pendapat al-Qadariyyah dan al-Mu’tazilah. Akan tetapi Tangan-Nya adalah Sifat-Nya tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifiat). Dan Marah-Nya dan Redha-Nya adalah dua Sifat daripada Sifat-Sifat-Nya tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifiat).

Re: Sesatkah Akidah ibn Taimiyyah dan Muhammad abd Wahhab?

Imam Malik rahimahullah

Abu Nu’aim meriwayatkan daripada Ja’far bin Abdillah, dia berkata:

Ketika kami sedang berada di samping Malik bin Anas, datanglah seorang pemuda lalu bertanya: “Wahai Abu Abdillah, al-Rahman (Allah Yang Maha Pengasih) Istawa’ di atas Arasy, bagaimanakah Istawa’ tersebut?” Mendengar pertanyaan ini, Imam Malik menjadi marah, lalu dia menundukkan muka ke bumi seraya menyandarkannya ke tongkat yang dipegangnya hingga tubuhnya bersimbah peluh.

Setelah dia mengangkat kepalanya, dia berkata: “Cara Istawa’-Nya tidak diketahui sedangkan Istawa’ telah jelas dan diketahui, beriman kepadanya adalah wajib, dan bertanya tentangnya adalah bid’ah. Aku menyangka engkau adalah si pelaku bid’ah.” Lalu beliau menyuruh orang itu keluar. – Rujuk buku Muhammad bin Abdurrahman al-Maghrawi yang berjudul Manhaj Akidah Salaf: Akidah Imam Malik, m.s. 161-167 untuk mengetahui dengan lebih mendalam pegangan Imam Malik.

Imam al-Syafi’i rahimahullah

Berkata Imam al-Syafi’i dalam kitabnya al-Risalah m.s. 7 hingga 8:

Segala puji bagi Allah…. Dia adalah seperti yang disifatkan terhadap diri-Nya dan dia mengatasi dengan Sifat-Nya atas makhluk-Nya.

Imam al-Zahabi dalam kitabnya Siyar A’lam an-Nubala, jld. 20, m.s. 341 meriwayatkan daripada Imam al-Syafi’i:

Kita tetapkan Sifat-Sifat yang disebutkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah dan kita nafikan Tasybih (penyerupaan dengan makhluk) daripada-Nya sebagaimana Dia telah menafikannya daripada Diri-Nya.”

Dr. Muhammad bin Abdurrahman al-Khumais melalui bukunya Aqidah Empat Imam Mazhab (ms. 45-49) juga telah menyebut pegangan Imam al-Syafi’i daripada sebuah manuskrip asli riwayat Abu Talib al-‘Usyari yang kini tersimpan di University of Leaden di Belanda. Berkata Abu Talib al-‘Usyari, al-Syafi’i pernah ditanya sifat-sifat Allah ‘Azza wa Jalla dan apa-apa yang patut untuk diimani. Maka al-Syafi’i menjelaskan:

Allah Tabaraka wa Ta’ala memiliki Asma’ (nama-nama) dan Sifat-Sifat yang telah disebutkan oleh kitab-Nya (al-Qur’an) dan diberitakan oleh Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam (Hadis yang sahih). Ia tidak boleh diingkari oleh sesiapapun dari makhluk Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah sampai kepadanya dalil bahawa al-Qur’an turun membawa keterangan tentang hal tersebut, juga sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh perawi yang adil dan thiqah (terpercaya) yang telah jelas lagi sahih dalam menerangkan masalah ini. Maka barangsiapa yang mengingkari atau berbeza dengan semuanya itu padahal hujah (dalil dan keterangan) tersebut telah jelas baginya, bererti dia kafir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Adapun jika dia menentang kerana belum mendapat hujah dan keterangan tersebut, maka dia diampuni kerana kebodohannya kerana pengetahuan tentang semuanya itu (Sifat-Sifat Allah dan Asma-Nya) tidak dapat dijangkau oleh akal dan pemikiran.

Yang termasuk ke dalam keterangan-keterangan seperti ini adalah keterangan-keterangan Allah Subhanahu wa Ta’ala bahawa Dia Maha Mendengar dan bahawa Allah itu memiliki Tangan sesuai dengan firman-Nya:

Justeru kedua Tangan Allah terbuka. - al-Maaidah (5): 64

dan bahawa Allah memiliki Tangan Kanan, sebagaimana Dia nyatakan:

Dan langit digulung dengan Tangan Kanan-Nya. - al-Zumar (39): 67

dan bahawa Allah itu memilki Wajah, berdasarkan firman-Nya yang menetapkannya:

Dan tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali wajah Allah… - al-Qashash (28): 88

Dan kekallah wajah Tuhanmu yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. - al-Rahmaan (55): 2

Juga bahawa Allah mempunyai Tumit (tapak kaki), sesuai dengan pernyataan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam:

Tidaklah penuh neraka jahannam melainkan ia berkata: “Adakah lagi untuk ditambah?” sehinggalah Allah Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Memberkati dan Maha Tinggi meletakkan tapak kaki-Nya ke dalam neraka. Maka berkata neraka: “Cukup, cukup, demi Keagungan-Mu” sehinggalah sebahagian neraka dilipat (memenuhi) sebahagian yang lain. - Shahih Muslim – no: 2848 (Kitab Syurga, nikmat dan sifat ahlinya, Bab Neraka akan dimasuki oleh orang yang angkuh.......). Dalam risalah Abu Talib al-‘Usyari, hadis ini disebut secara ringkas. Di sini penulis menyebut lafaz yang penuh bagi memudahkan kefahaman pembaca.

Dan Allah Tertawa berdasarkan sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam tentang orang mati fi sabilillah, yakni:

Dia akan bertemu dengan Allah Azza wa Jalla sedang Allah Tertawa kepadanya. - Setakat ini hadis dengan lafaz di atas belum ditemui. Dr. Muhammad bin Abdurrahman al-Khumais dalam bukunya Itiqad al-A’immah al-Arba‘ah (Dar al-‘Ashimah, Riyadh 1992), m.s. 47, notakaki 3 menyandarkan hadis ini kepada riwayat Shahih al-Bukhari, hadis no: 2826 (Kitab Jihad) dan Shahih Muslim, hadis no: 1890 (Kitab Kepimpinan). Yang benar hadis di atas menghampiri lafaz yang terdapat dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim.

Dan bahawa Allah Turun ke langit dunia pada setiap malam berdasarkan hadis Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam tentangnya (seperti disebutkan dalam Sahih Muslim dan hadis riwayat Jamaah).

Begitu juga keterangan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala itu tidak buta sebelah mata-Nya berdasarkan pernyataan Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda menyebut dajjal, baginda bersabda:

Sesungguhnya ia (Dajjal) buta sebelah matanya dan sesungguhnya Tuhanmu tidaklah buta sebelah mata-Nya. - Shahih Muslim, hadis no: 2933 (Kitab Fitnah dan isyarat-isyarat Hari Kiamat)

Dan bahawa orang-orang mukmin pasti akan melihat tuhan mereka pada hari kiamat dengan pandangan mata seperti halnya mereka melihat bulan di malam purnama, juga bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala mempunyai Jari Jemari seperti ditetapkan oleh sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam:

Tidaklah ada satu hati pun melainkan ia berada di antara Dua Jari dari Jari-Jari al-Rahman (Allah Yang Maha Pengasih) - Sunan Ibnu Majah, hadis no: 199 (Muqaddimah) dan dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibnu Majah, hadis no: 166.

Semua sifat-sifat ini yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri bagi Diri-Nya dan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk-Nya, hakikat yang tidak dapat dijangkau oleh akal atau fikiran dan orang yang mengingkarinya kerana bodoh (tidak mengetahui keterangan-keterangan tentangnya) tidaklah kafir kecuali jika dia mengetahuinya tetapi dia tetap mengingkarinya, barulah dia kafir. Dan bila mana yang datang tersebut merupakan berita yang kedudukannya dalam pemahaman seperti sesuatu yang disaksikan dalam apa yang didengar, maka wajib baginya sebagai orang yang mendengar berita tersebut untuk mengimani dan tunduk kepada hakikat hal tersebut dan mempersaksikan atasnya seperti halnya dia melihat dan mendengar dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Namun kita tetapkan Sifat-Sifat ini dengan menafikan (meniadakan) Tasybih sebagaimana Allah telah menafikannya daripada diri-Nya dalam firman-Nya:

Tiada sesuatupun yang seumpama dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran-Nya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. - asy-Syuura (42): 11

Imam Ahmad rahimahullah

Berkata Musaddad bin Mursahad dalam kitabnya al-‘Aqidah li Ahmad bin Hambal, m.s. 127, aku bertanya (kepada Imam Ahmad bin Hambal) tentang hadis-hadis yang menerangkan Sifat-Sifat Allah, maka beliau menjawab: “Diterima sebagaimana ia datang dan diimani dengannya dan jangan ditolak daripadanya apa-apa jika ia adalah dengan sanad yang sahih.” - Hafiz Firdaus, Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah, m.s. 45

Sekian beberapa himpunan kata-kata daripada para imam mazhab yang empat, semoga Allah merahmati mereka semua. Terdapat banyak lagi nukilan kata-kata Imam-Imam Mazhab tersebut yang telah penulis himpunkan dalam buku penulis bertajuk “Kaedah Memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah”. Silalah rujuk buku tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih mendalam tentang pandangan Imam-Imam tersebut berkaitan dengan Tawhid al-Asma’ was-Sifaat. Apa yang dapat kita simpulkan daripada kata-kata mereka di atas adalah,

Aqidah empat imam adalah sesuai dengan apa yang dituturkan al-Qur’an dan al-Sunnah serta apa yang dianut oleh para sahabat dan tabi’in yang mengikuti mereka dengan penuh ihsan. Tidak ada perbezaan dan perselisihan di antara para imam tersebut. Bahkan, alhamdulillah, mereka sepakat untuk beriman kepada Sifat-Sifat Allah...... Bahkan mereka sama sekali mengingkari golongan Jahmiyah dan Ahlul Kalam yang terpengaruh dengan filsafat Yunani dan aliran-aliran Mutakallimin. - Dr. Muhammad bin Abdurrahman al-Khumais, Aqidah Empat Imam Mazhab, m.s. 4

Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah berkata dalam kitabnya al-Iman:

Di antara rahmat Allah kepada para hamba-Nya adalah bahawa para imam yang mempunyai lidah kebenaran pada umat, seperti empat imam mazhab dan selain mereka, adalah bahawa mereka mengingkari (menentang) pendapat Ahlul Kalam dari kalangan Jahmiyah tentang al-Qur’an, iman dan Sifat-Sifat Allah. - Dinukil daripada buku Aqidah Empat Imam Mazhab, m.s. 4

Kesimpulan

Maka sewajarnya bagi kita untuk mencontohi aqidah keempat-empat imam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah tersebut dalam bab tawhid al-Asma’ was-Sifaat ini. Banyak orang yang menyandarkan diri mereka kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah secara umum dan Mazhab al-Syafi’i secara khusus akan tetapi mereka tidak memahami penyandaran mereka, jauh sekali daripada berpegang kepadanya secara benar. Diharapkan mulai kini kita sama-sama merenung semula apa yang sepatutnya menjadi pegangan kita yang sebenar.

Di dalam al-Qur’anul-Karim terdapat banyak ayat yang menerangkan Nama dan Sifat Allah 'Azza wa Jalla. Apa yang nyata, Allah tidak pernah menyuruh kita untuk menafi (Ta’thil) atau mengubah (Tahrif) istilah mahupun makna bagi Nama-Nama dan Sifat-Sifat-Nya tersebut. Selain itu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai seorang penjelas al-Qur’an juga tidak pernah menjelaskan bahawa Nama-Nama dan Sifat-Sifat tersebut adalah sesuatu yang perlu dinafikan (Ta’thil) atau diubah (Tahrif) istilah atau maknanya. Bahkan di dalam pelbagai hadis baginda yang sahih, baginda sendiri menetapkan Nama-Nama dan Sifat-Sifat tersebut. Hal ini diterima dan diimani oleh para sahabat tanpa mereka terfikir untuk menafikannya (Ta’thil) atau mengubah (Tahrif) istilah dan maknanya. Semua ini berlaku bukan kerana wujud ruang kosong “kelupaan” akan tetapi kerana Nama-Nama dan Sifat-Sifat tersebut sememangnya dimaksudkan untuk difahami sebagaimana ada tanpa penafian (Ta’thil) dan pengubahan (Tahrif).

Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan generasi awal umat Islam, iaitu generasi as-Salafussoleh, tidak wujud persoalan bahawa jika diterima Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah “sebagaimana ada” akan mengakibatkan penyerupaan (Tasybih) Allah dengan makhluk ciptaan-Nya. Malah jauh sekali daripada pemikiran mereka bahawa penerimaan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah “sebagaimana ada” bererti Allah memiliki jisim dan anggota jasmani (Tajsim). Semua ini tidak berlaku kerana mereka – generasi as-Salafussoleh – melandasi pemahaman mereka terhadap Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah bersama-sama dengan ayat yang menafikan apa jua bentuk persamaan dengan mana-mana makhluk-Nya. Ayat yang dimaksudkan adalah:

Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya. - al-Ikhlas (112):04

Dan firman-Nya:

Tiada sesuatupun yang seumpama dengan-Nya dan Dia-lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. - asy-Syuura (42):11

Ringkasnya, generasi as-Salafussoleh beriman kepada semua Nama dan Sifat Allah selagi mana ia dikhabarkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Mereka menerima dan menetapkan semua Nama dan Sifat tersebut serta memahami maknanya tanpa membahas apa dan bagaimana bentuk dan ciri-cirinya (tanpa Takyif) kerana mereka sedia maklum berdasarkan ayat 4 surah al-Ikhlas dan ayat 11 surah asy-Syura bahawa Nama dan Sifat tersebut bebas daripada apa jua penyerupaan dengan makhluk Allah di alam ini. Mereka juga tidak berfikir apa dan bagaimana bentuk dan ciri-cirinya (juga tanpa Takyif) kerana mereka sedia maklum bahawa akal fikiran tidak sekali-kali akan dapat menemui jawapannya.

Persoalan yang mungkin bermain-main di fikiran para pembaca adalah jika Tawhid al-Asma was-Sifaat yang dipegang oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Syaikh Muhammad Abdul Wahhab tersebut merupakan kaedah yang benar menurut mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah, maka apakah pegangan tokoh-tokoh agama yang sedang menyibukkan diri mereka untuk menyesatkan pegangan kedua syaikh tersebut? Mari kita lihat analisis yang dilakukan ulamak-ulamak berikut:

Imam Abu Hatim al-Razi (277H) berkata:

Tanda golongan Jahmiyah adalah mereka menggelar Ahlus Sunnah dengan panggilan Musyabbihah (menyerupakan Allah dengan makhluk).

Imam al-Barbahari (329H) berkata:

Bila kamu mendengar seseorang berkata: “Orang itu adalah Musyabbih” ketahuilah dia adalah Jahmiyah.

Imam Ismail al-Shabuni (449H) berkata:

Ciri-ciri Ahlul Bid’ah sangat jelas dan ciri yang paling terang adalah sikap mereka yang secara terang-terangan memusuhi dan menghina Ahlus Sunnah dan Ahlul Athar (ahli hadis) serta memberi nama-nama yang buruk kepada mereka antaranya Hasyawai, Jahalah, Zahiriyah dan Musyabbihah. - Ketiga-tiga kata-kata di atas dinukil daripada buku Dr. Ibrahim bin Amir al-Ruhailli yang berjudul Manhaj Ahli Sunnah Menghadapi Ahli Bid’ah, m.s.75-76

Aliran al-Jahmiyyah berasal daripada seorang yang bernama Jahm bin Safwan (128H). Antara teori yang direka-cipta oleh aliran ini adalah menafikan Sifat-Sifat Allah, Allah berada di mana-mana, di setiap tempat dan al-Qur’an adalah makhluk. Diriwayatkan bahawa aliran al-Jahmiyyah berasal daripada Ja’d bin Dirham, daripada Aban bin Sam‘an, daripada Thaluth, anak kepada saudara perempuan Lubaid bin al-A’sham, seorang Yahudi yang telah mensihir Rasulullah pada zaman baginda. Asas-asas pemikiran aliran al-Jahmiyyah beralih ke aliran al-Mu’tazilah dan seterusnya ke aliran al-Asya‘irah dan al-Matudiriyyah dengan beberapa perubahan.

Bukan penulis bermaksud untuk menuduh tokoh-tokoh agama tersebut sebagai Ahlul Bid’ah, al-Jahmiyyah ataupun al-Mu’tazilah. Hanya sahaja penulis khuatiri pandangan mereka ini menyerupai kelompok tersebut tanpa mereka sedari akan hal tersebut. Semoga melalui risalah ini ianya akan dapat menjernihkan semula keadaan dan menyatukan golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah bagi menghadapi ancaman golongan Syi’ah al-Rafidhah, Kumpulan Artikel 11, Kumpulan Jangan Ikut Tuhan (budaya Punk dan Black Metal), Golongan Islam Liberal, Golongan Anti Hadis, kelompok sekular, aliran Hedonis, Neo-Murji’ah, missionaris Kristian dan jarum-jarum zionis yang cuba untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam. Merekalah musuh utama umat Islam dan bukan golongan Wahabi yang sebenarnya melakukan usaha untuk memartabatkan Sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam serta menentang segala bentuk pencemaran yang menggugat ketulenan Islam.

Re: Sesatkah Akidah ibn Taimiyyah dan Muhammad abd Wahhab?
« Jawab #2 on: 09 November, 2009, 05:02:14 PM »
Imam Ibn Al-Jauzi r.a. sudah menjawab masalah asas golongan ini. Semua yg dinukil dengan terjemahan kpd bahasa Melayu itu scara asasnya sudah menyalahi pendirian as-salaf as-sholeh terhadap nas-nas mutasyabihat (kesamaran maknanya). Jadi, hanya yg boleh terpengaruh adalah orang-orang awam yang tidak mempunyai asas aqidah Islam yang murni.

Cuba baca hadith ini dan fahami sebagai muqoddimah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Allah s.w.t. memperindahkan seseorang yang mendengar dari kami sesuatu hadith lalu menyampaikannya kepada orang lain. Boleh jadi, orang yang meriwayatkan Fiqh (nas hadith) sebenarnya tidak seorang yang faham (terhadap apa yang diriwayatkan) dan boleh jadi orang yang meriwayatkan fiqh (kefahaman atau hadith) menyampaikannya kepada orang yang lebih memahaminya”.

[Hadith riwayat Imam Ibn Hibban, Imam Ibn Majah, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibn Abdil Barr, Al-Muhaddith Ramahramzi dan sebagainya].

Jadi, bukan semua orang yang menukilkan hadith-hadith atau membacanya memahami apa yang dibacanya. Ini satu kefahaman dalam bidang ilmu agama.

Saya simpulkan beginilah:

Fokus Pertama: Dalam Al-Qur'an ada dua jenis ayat yang utama.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Dia-lah yang menurunkan Al kitab (Al Quran) kepada kamu. di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, Itulah isi utama Al-Qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta'wilnya. Padahal, tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal” [Surah Ali Imran: 7]

Pertama: Ayat-ayat Muhkamat

Kedua: Ayat-ayat Mutasyabihat


Apa beza antara kedua-dua jenis ayat tersebut?

Ayat-ayat Muhkamat adalah ayat2 yang lafaznya mudah difahami dan jelas maknanya.

Ayat-ayat Mutasyabihat adalah ayat2 yang lafaznya sukar difahami dan kesamaran maknanya. Al-Qur'an juga menyebut (dalam ayat tadi), nas-nas mutasyabihat ada ta'wilnya. Apa makna ta'wil? Ta'wil dalam penggunaan umum adalah makna lain bagi sesuatu lafaz selain dari makna zahir dari sudut bahasa.

Contohnya: "Bulan masuk ke dalam kedai".

Ayat ini ada ta'wilnya kerana yang dimaksudkan dgn bunga di sini adalah seorang yang indah sedang masuk ke dalam kedai tersebut. Maka, lafaz bulan digunakan secara kiasan atau pinjaman dan sebagainya, menunjukkan ketinggian bahasa seseorang. Al-Qur'an mengandungi uslub bahasa yang tertinggi dalam ukuran bahasa Arab, maka sudah tentu tidak sunyi dari konsep atau kaedah kiasan dan sebagainya. Sebab itulah adanya nas-nas mutasyabihat yang tidak boleh difahami dengan makna zahir atau dengan maknanya dari sudut bahasa.

Bagi ayat-ayat Muhkamat, tidak ada masalah untuk memahami makna zahir bagi lafaz-lafaz tersebut. Adapun bagi ayat-ayat mutasyabihat, cara berinteraksi dengannya tidak sama dengan ayat-ayat muhkamat. Antara kesalahan pengaku salafi (tapi x ikut salaf pun) adalah, mereka memahami nas-nas mutasyabihat dgn cara yg sama sebagaimana mereka memamahami nas-nas muhkamat. Siapa ajar mereka macam tu? Adakah mereka tidak tahu ada keluasan penggunaan sesuatu lafaz dalam bahsa Arab seperti uslub kiasan, perumpamaan dan sebagainya? Wallahu a'lam

Hati-hatilah. Bukan semua orang yang menyebut ayat-ayat Al-Qur'an memahaminya dengan kefahaman yang sahih. Mu'tazilah sesat pn bukan sebab tak baca atau tak rujuk Al-Qur'an, tapi malah mereka rujuk Al-Qur'an tetapi memahaminya dengan kefahaman yang salah. Siapalah yang ajarkan kepada mereka (mujassimah) agar berpegang dengan makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat?

Berwaspadalah, kerana Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud

“Sesiapa yang berbicara tentang Al-Qur’an dengan pendapatnya semata-mata tanpa ilmu, maka tersedia tempatnya dalam neraka”. [hadith riwayat Imam Ahmad (1/269) daripada Saidina Ibn Abbas r.a., Imam At-Tirmizi (8/277) dan Imam At-Tabari]
« Last Edit: 21 June, 2010, 08:14:32 PM by IbnuNafis »

Re: Sesatkah Akidah ibn Taimiyyah dan Muhammad abd Wahhab?
« Jawab #3 on: 09 November, 2009, 05:03:21 PM »

Kedua: Lafaz-lafaz seperti Yad Allah, Istawa dan sebagainya Adalah Mutasyabihat

Jadi, setelah kita faham ayat-ayat Al-Qur'an ada dua jenis yang utama, maka apakah kedudukan ayat-ayat seperti yad Allah, istawa (bahasa Melayu: Semayam) dan sebagainya?

Imam At-Tabrani (360 H) yang merupakan seorang ulama’ tafsir turut meletakkan nas-nas seperti yadd, istiwa dan sebagainya sebagai nas-nas mutasyabihat dengan menukilkan perkataan ulama’ salaf. Beliau berkata dalam tafsirnya:-

وقال محمدُ بن الفضلِ: (هُوَ سُورَةُ الإخْلاَصِ لأنَّهُ لَيْسَ فِيْهَا إلاَّ التَّوْحِيْدُ فَقَطْ، وَالْمُتَشَابهُ نَحْوُ قَوْلِهِ)) ٱلرَّحْمَـٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ )طه: 5( وَنَحْوُ قَوْلِهِ)) خَلَقْتُ بِيَدَيَّ(( [ص: 75]، وَنَحْوُ ذلِكَ مِمَّا يَحْتَاجُ إلَى تَأَويْلِهَا فِي الإبَانَةِ عَنْهَا((.
[/size]
Muhammad bin Al-Fadhl berkata: ia (muhkam) adalah Surah Al-Ikhlas kerana tiada di dalamnya melainkan tauhid semata-mata. Adapun mutasyabih seperti firman Allah: ((لرَّحْمَـٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ )) dan firman Allah (خَلَقْتُ بِيَدَيَّ)) dan sebagainya yang memerlukan kepada ta’wil bagi menjelaskannya.

Jelas menurut Imam Muhammad bin Al-Fadhl, ayat-ayat seperti istiwa’ dan yadd Allah adalah nas-nas mutasyabihat yang mempunyai kesamaran dari sudut maknanya. Maka, kenapa mujassimah memahami yadd, istawa dan sebagainya yang merupakan nas-nas mutasyabihat dengan makna zahir, padahal nas-nas mutasyabihat tidak difahami sebegitu kerana membawa ruang kepada makna lain bagi lafaz tersebut.

Imam Muhammad bin Al-Fadh ini hidup pada zaman salaf, menunjukkan bagaimana as-salaf as-sholeh memahami lafaz-lafaz seperti yadd dan sebagainya adalah lafaz-lafaz mutasyabihat (kesamaran maknanya). Tak tahulah, mungkin di sisi pengaku salafi, Ibn Taimiyyah lebih salafi dari Imam Muhammad bin Al-Fadhl dan lebih dekat kepada salaf berbanding Imam At-Tabrani?

Ketiga: Kedudukan Nas-nas Mutasyabihat seperti Yadd Allah dan sebagainya

Kalau dalam Al-Qur'an, Allah s.w.t. sebut lafaz "yadd" bagi makhluk/manusia, maka makna yadd tersebut adalah suatu anggota bagi suatu jisim lalu boleh diterjemah yadd tersebut kepada tangan.

Tapi, kalau dalam Al-Qur'an, Allah s.w.t. sebut lafaz yadd Allah, maka makna yadd tersebut berbeza dengan makna lafaz yadd bagi makhluk, bukan sekadar berbeza dari sudut kaifiyyat (tatacara atau bentuk), tetapi berbeza maksud sama sekali, sebab yadd Allah adalah lafaz mutasyabihat.

Apa kedudukan mutasyabihat di situ?

Imam As-Samarqandi (375 H) juga berkata:

ويقال: المحكم ما كان واضحاً لا يحتمل التأويل والمتشابه: الذي يكون اللفظ يشبه اللفظ والمعنى مختلف

Maksudnya: “Dikatakan: Al-Muhkam itu apa yang jelas maknanya dan tidak membawa ta’wil. Dan mutasyabih adalah apa yang lafaznya menyamai lafaz lain sedangkan maknanya berbeza. [tafsir Bahr Al-Ulum: Ali Imran ayat ketujuh]

Jadi, disebabkan yadd Allah adalah mutasyabihat, maka lafaznya mungkin sama dengan lafaz "yadd" bagi makhluk tapi maknanya berbeza.

Jadi, kalau makna yad Allah berbeza dengan makna bagi lafaz yadd manusia, bagaimana kamu boleh terjemah yadd Allah kepada tangan Allah sedangkan makna lafaz yadd bagi kedua-duanya (Allah dan makhluk) berbeza? Begitu jugalah dengan seluruh nas-nas mutasyabihat yang lain. Jadi, dengan menterjemahkan yadd Allah kepada tangan Allah mengelabui orang awam yg mana maksud sebenar yadd Allah dalam AL-Qur'an sebenarnya bukan maksud suatu anggota bagi zat Allah s.w.t. yang boleh diterjemahkan dengan makna "tangan Allah". Kita akan buktikan betapa menterjemahkan lafaz mutasyabihat ke dalam bahasa lain dengan maknanya dari sudut bahasa (makna zahir) adalah suatu kesalahan di sisi salaf sendiri.

Keempat: Lafaz-lafaz Mutasyabihat Tersebut (yang dinisbahkan kepada Allah) Tidak Difahami dengan Makna Zahir (dari sudut bahasa)

Seseorang tidak boleh faham makna Allah fis Sama' atau Istawa 'ala Al-Arasy dengan makna zahir iaitu Allah s.w.t. bertempat atau berada di atas langit, sebagaimana pegangan orang-orang musyrikin dan ahli kitab.Bahkan, Al-Qur'an tidak pernah mewajibkan kita memahami nas-nas mutasyabihat dengan makna zahir sebegitu sehingga menetapkan batasan bagi zat Allah s.w.t. iaitulah terbatas di atas langit (di atas Arasy). Sedangkan sifat-sifat Allah tiada batasannya, apatah lagi zat Allah s.w.t.? Jadi, fahaman ini salah wahai Zhahiriyyah (golongan terlalu berpegang dengan zahir ayat).

Baca perkataan Imam Al-Kirmani r.a.:

قوله ( في السماء ( ظاهره غير مراد ، إذ الله منزه عن الحلول في المكان
[/size]

Maksudnya: "Perkataan Allah "fis sama'" maka makna zahirnya bukanlah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. tidak bertempat pada sebarang tempat, [Fath Al-Bari: 13/412].

Imam Al-Qurthubi berkata:


مذهب السلف ترك التعرض لتأويلها مع قطعهم باستحالة ظواهرها


Maksudnya: “Mazhab Salaf adalah, meninggalkan usaha ta’wilnya beserta ketegasan mereka bahawasanya zahir-zahir (mutasyabihat) itu mustahil…” [Syarh Jauharah At-Tauhid: 167]

Imam An-Nawawi juga berkata:

وهو مذهب جمهور السلف وبعض المتكلمين، أنه يؤمن بأنها حق على ما يليق بالله تعالى وأن ظاهرها المتعارف في حقنا غير مراد

Maksudnya: “Iaitu mazhab jumhur Salaf dan sebahagian mutakallimin bahawsanya seseorang itu beriman bahawasanya ia (nas mutasyabihat) benar daripada Allah s.w.t. dengan makna yang bersesuaian dengan Allah serta (makna) zahir yang diketahui di sisi kita bukanlah yang dimaksudkan...” [Syarah Muslim 6/36]

Oleh kerana itulah, Imam Ibn Al-Jauzi mengkritik mujassimah di zamannya dengan berkata:

قالوا: إن هذه الأحاديث من المتشابه الذي لا يعلمه إلا الله تعالى. ثم قالوا: نحملها على ظواهرها، فواعجباً ما لا يعلمه إلا الله أي ظاهر له؟ فهل ظاهر الاستواء إلا القعود؟ وظاهر النزول إلا الانتقال؟


Maksudnya: “Mereka (mujassimah) berkata: Sesungguhnya hadith-hadith mutasyabihat ini tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah. Kemudian mereka berkata: “Kita tetapkannya (maknanya) dengan (makna) zahirnya”. Alangkah peliknya. Apa yang tidak diketahui kecuali Allah itu adalah (makna) zahirnya? Bukankah makna zahir istiwa itu tiada lain melainkan duduk? Bukankah tiada makna zahir bagi nuzul melainkan berpindah-pindah (yang makna kesemua makna tersebut tidak layak bagi Allah)?” [Daf Syubah At-Tasybih m/s 34]

Kelima: Jadi, Apa kedudukan orang-orang yang memahami nas-nas mutasyabihat dengan makna zahir?

Mereka adalah orang-orang disebut oleh Allah s.w.t. sebagai tertutup daripada kebenaran atau mempunyai penyakit dalam hatinya.

Imam Abu Hayyan ketika menjelaskan makna antara mereka yang mengikut mutasyabihat dalam surah Ali Imran ayat tujuh menyebut: mereka yang berpegang dengan makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat.

))فيتبعون ما تشابه منه(( قال القرطبي: متبعو المتشابه إما طالبو تشكيك وتناقض وتكرير، وإما طالبو ظواهر المتشابه: كالمجمسة إذ أثبتوا أنه جسم، وصورة ذات وجه، وعين ويد وجنب ورجل وأصبع.
[/size]

Maksudnya: “((mereka yang mengikuti kesamaran daripadanya)) Imam Al-Qurthubi berkata: Mereka adalah yang mengikut mutasyabihat samada menginginkan utk meragukan, atau mendakwa pertentangan dalam Al-Qur’an atau pengulangan. Ataupun, mereka yang menginginkan zahir-zahir mutasyabih seperti golongan mujassimah yang menetapkan bahawasanya Allah itu jisim, menetapkan rupa bentuk bagi zat itu adalah wajah, menetapkan mata, tangan, bahu, kaki dan jemari bagiNya…” [Al-Bahr Al-Muhith pada ayat tersebut]

Begitu juga Imam Al-Alusi dalam Ruh Al-Ma’ani menjelaskan ayat tersebut dengan berkata:

)) فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـٰبَهَ مِنْهُ(( أي يتعلقون بذلك وحده بأن لا ينظروا إلى ما يطابقه من المحكم ويردوه إليه وهو إما بأخذ ظاهره الغير المراد له تعالى أو أخذ أحد بطونه الباطلة

Maksudnya: “((mereka mengikut apa yang kesamaran daripadanya)) iaitu mereka bergantung kepadanya (mutasyabihat) semata-mata dan tidak melihat kepada apa yang bersesuaian dengannya dalam ayat muhkam untuk dibandingkan (dikembalikannya) kepadanya. Iaitu, samada mengambil zahir (mengikut makna zahir mutasyabihat) yang tidak dimaksudkan oleh Allah atau mengambil suatu makna batin yang batil. [Ruh Al-Ma’ani dalam tafsir surah Ali Imran: 7]

Re: Sesatkah Akidah ibn Taimiyyah dan Muhammad abd Wahhab?
« Jawab #4 on: 09 November, 2009, 05:04:14 PM »

Keenam: Pendirian As-Salaf As-Sholeh terhadap Nas-nas Mutasyabihat

Setelah mereka faham dalam Al-Qur'an ada muhkamat dan mutasyabihat, lalu memahami lafaz2 seperti yadd Allah dan sebagainya sebagai nas-nas mutasyabihat, maka mereka bersikap menyerahkan makna bagi lafaz-lafaz mutasyabihat itu kepada Allah s.w.t. tanpa membahaskannya.

As-Salaf As-SHoleh dan Khalaf (Ahlus Sunnah wal Jamaah) sepakat bahawasanya lafaz-lafaz mutasyabihat tidak difahami dengan makna zahir kerana ada makna lain (ta'wil) bagi nas-nas mutasyabihat tersebut. Lalu, majoriti as-salaf as-sholeh menyerahkan makna bagi lafaz-lafaz tersebut kepada Allah s.w.t.. Ini dipanggil sebagai tafwidh makna. Berbeza dengan tafwidh Ibn Taimiyyah dan Taimiyyun (pengikut fahaman Ibn Taimiyyah zaman ini) yang sekada tafwidh kaifiyyat (menyerahkan tatacara atau bentuk) mutasyabihat namun dalam masa yang sama memahami nas-nas mutasyabihat dengan makna zahirnya dari sudut bahasa, yang tidak dilakukan oleh majoriti ulama' as-salaf as-sholeh.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga berkata:

“Realitinya, bagi sesiapa yang membaca karangan para ulama' salafus soleh berkenaan ayat-ayat mutasyabihat tersebut, maka dia akan dapati bahawa, kebanyakkan daripada mereka meninggalkan usaha untuk mendalami makna ayat-ayat mutasyabihat tersebut, tidak bersusah-payah untuk mentafsirkannya dengan sebarang ungkapan. (Ini manhaj tafwidh menurut salafus soleh).

"Perkara ini jelas bahkan, hampir kepada tahap muttafaqun alaih (disepakati oleh ulama') sebelum kelahiran Sheikhul Islam Ibn Taimiyah dan madrasahnya (pemikiran dan manhajnya yang tersendiri)…” [Fusulun fil Aqidah 40-41]. Rujuk juga kata-kata aluan beliau dalam buku Al-Qaul At-Tamam karangan Ustaz Sheikh Saif Al-‘Ashri].

Lihatlah betapa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi membezakan madrasah pemikiran Ibn Taimiyyah dalam masalah mutasyabihat dengan para ulama' as-salaf yang mana pegangan mereka adalah tafwidh makna (serahkan makna bagi nas-nas mutasyabihat) kepada Allah s.w.t., berbeza dengan Ibn Taimiyyah dan Taimiyyun yang memahaminya dengan makna zahirnya.

Kita nukikan sedikit perkataan As-Salaf (kerana keterbatasan waktu dan ruang): bagi membuktikan As-Salaf As-Sholeh berpegang dengan manhaj tafwidh makna (serahkan makna sebenar kepada Allah s.w.t.) tanpa memahaminya dengan sebarang makna dari sudut bahasa atau secara zahir.

Ini sebahagian buktinya:-

عن الشافعي: …ولم يعلموا حقيقة معناها فسكتوا عما لم يعلموه

Diriwayatkan oleh Imam As-Syafi’e r.a. berkata: “…tetapi mereka tidak mengetahui hakikat maknanya (tidak tahu makna sebenar lafaz-lafaz mutasyabihat tersebut). Oleh yang demikian, mereka mendiamkan diri daripada membicarakannya…” [Majmu’ Fatawa 7/1-4 dan Ijtima’ Al-Juwusy oleh Ibn Qayyim Al-Jauziyyah 137-139]

Imam As-Syafi'e r.a. berkata:

"Saya beriman (dengan nas-nas mutasyabihat) tanpa tasybih. Saya percaya tanpa tamsil. Saya menegah diriku dari cuba memahaminya. Saya menahan diriku dari mendalaminya dengan seboleh-bolehnya" [Daf' Syubah man Syabbaha oleh Imam Taqiyuddi Ad-Dimasyqi Al-Hisni (829 H) m/s 147]

Inilah aqidah Imam Kami, As-Syafi'e r.a. yang tidak memahami nas-nas mutasyabihat dengan makna zahir. Wahai Pengaku Salafi. Imam As-Syafi'e menegah dirinya daripada memahami mutasyabihat, tetapi kamu pula memahami mutasyabihat dengan makna zahir lalu menterjemahkannya ke dalam bahasa asing secara literal yang tidak pernah dilakukan oleh As-Salaf As-Sholeh. Itulah sebenarnya bid'ah kalau nak tahu apa itu bid'ah, bukan bab-bab furu' dan khilafiyyah seperti yg kamu dakwa.

Ini pula aqidah Imam Ahmad wahai saudara sekalian:

Imam Ibn Qudamah meriwayatkan juga perkataan Imam Ahmad bin Hanbal r.a. yang berkata:

نؤمن بها ونصدق بها لا كيف ولا معنى
،

Maksudnya: “Kita beriman dengannya (ayat nuzul dan sebagainya) dan membenarkannya tanpa kaif dan tanpa makna...” [Lam’atul I’tiqad m/s 9]

Imam As-Syafi'e dan Imam Ahmad sepakat utk tidak menetapkan sebarang makna bagi nas-nas mutasyabihat, maka dari mana kamu mengambil cara memahami nas-nas mutasyabihat wahai orang yang mengaku salafi? Mengaku sahaja tidak cukup.

Imam Ibn Rajab Al-Hanbali r.a. menjelaskan pendirian as-salaf dengan berkata juga:

والصواب ما عليه السلف الصالح من إمرار آيات الصفات وأحاديثها كما جاءت من غير تفسير لها …خصوصا الإمام أحمد ولا خوض في معانيها .

Maksudnya: “Apa yang betul adalah, apa yang dipegang oleh Salaf Soleh yang melalukan (biarkan) ayat-ayat sifat dan hadith-hadithnya sebagaimana ia disebutkan tanpa tafsir...khususnya Imam Ahmad yang tidak mendalami langsung akan makna-maknanya (mutasyabihat)” [Fadhl Ilm As-Salaf ‘ala Al-Khalaf: 30]

Saya bersetuju dengan pendirian Imam Ibn Al-Jauzi Al-Hanbali r.a. dalam menolak mujassimah seraya berkata:

"Mereka (mujassimah yang berselindung dalam kelompok hanabilah) berkata: Kita berpegang dengan zahirnya (makna zahir nas mutasyabihat tersebut), sedangkan makna zahirnya mengandungi ciri-ciri manusia (kejisiman dan sebagainya). Seolah-olah, sesuatu itu perlu ditetapkan dengan hakikatnya (makna zahirnya) seboleh mungkin. Namun, dalam masa yang sama, mereka cuba keluar daripada tasybih, dan mendakwa sebagai ahlus-sunnah, padahal apa yang mereka lakukan adalah tasybih pada hakikatnya. Bahkan, fahaman mereka turut dianuti oleh sebahagian orang awam." [Daf' Syubah At-Tasybih: 3].

Kalau nak nukilan banyak lagi tentang manhaj as-salaf terhadap nas-nas mutasyabihat, maka bolehlah baca buku para ulama'2 muktabar yang terdahulu termasuklah karangan para ulama' as-salaf sendiri, bukan pengaku2 salafi semata-mata.

Ketujuh: Menterjemahkan Nas-nas Mutasyabihat kepada Bahasa Asing (A'jam) Dari Sudut Bahasa (dengan Makna Zahir)

Ia perbuatan yang ditolak oleh As-Salaf As-Soleh berdasarkan tiga faktor.

Pertama: Sudah jelas bahawasanya As-Salaf As-Sholeh menyerahkan makna bagi lafaz-lafaz mutasyabihat kepada Allah s.w.t. kerana mereka tidak memahaminya dengan makna zahir dari sudut bahasa. Sesuatu yang tidak diketahui maknanya, maka bagaimana boleh menterjemahkannya ke bahasa lain?

Kedua: Mereka menegah daripada mentafsirkan nas-nas mutasyabihat. Ini kerana, mereka sudah menyerahkan maknanya kepada Allah s.w.t. bahawasanya hanya Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui makna nas-nas mutasyabihat tersebut. Jadi, sesuatu lafaz yang tidak boleh ditafsirkan bererti tidak boleh juga diterjemahkan secara bahasa (literal) kerana terjemahan adalah sebahagian daripada penafsiran.

Larangan tafsiran nas-nas mutasyabihat di sisi As-Salaf:-

Imam Al-Baihaqi berkata:

أما المتقدمون من هذه الأمة فإنهم لم يفسروا ما كتبنا من الآيات والأخبار في هذا الباب

Maksudnya: “Golongan terdahulu (salaf) dalam umat ini, mereka tidak menafsirkan apa yang kita tuliskan (riwayatkan) dari ayat Al-Qur’an dan hadith pada bab ini (mutasyabihat)”. [Al-Asma’ wa As-Sifat: 407]

Imam Az-Zahabi turut meriwayatkan dengan berkata:

والمحفوظ عن مالك رحمه الله رواية الوليد بن مسلم أنه سأله عن أحاديث الصفات، فقال: أمرها كما جاءت بلا تفسير

Maksudnya: “Diriwayatkan secara terpelihara (sanadnya) daripada Imam Malik dengan riwayat Al-Walid bin Muslim bahawasanya beliau bertanya kepadanya (Malik) tentang hadith-hadith sifat maka beliau berkata: “Laluinya sebagaimana ia tanpa tafsir... [Siyar A’laam An-Nubala’ 8/105]

Ketiga: Ada sandaran daripada As-Salaf as-Shaleh secara jelas melarang terjemahan atau tafsiran nas-nas mutasyabihat kepada bahasa asing.

Imam Sufian bin ‘Uyainah berkata:

ما وصف الله تبارك وتعالى به نفسه في كتابه ، قراءته تفسيره ، وليس لأحد أن يفسره بالعربية ولا بالفارسية

Maksudnya: “Apa yang Allah sifatkan tentang diriNya dalam kitabNya maka bacaannyalah tafsirnya (hanya lafaz sahaja). Tiada sesiapa boleh mentafsirkannya dalam bahasa Arab ataupun dalam bahasa Farsi”. [Al-Asma’ wa As-Sifat: 314]

Apa yang dimaksudkan dengan:

“Bacaannya adalah tafsirannya…”: maknanya, cukup menetapkan lafaznya tanpa perlu memahami maknanya dari sudut bahasa. Ia berdasarkan perkataan seterusnya:-

“Tiada sesiapa boleh menafsirkannya dalam bahasa Arab…”: Maknanya, tidak boleh memahaminya dengan maknanya dari sudut bahasa Arab itu sendiri kerana boleh membawa kepada tasybih dan prasangka.

Perkataan beliau lagi: “…tidak boleh menafsirkannya dalam bahasa Farsi”: maknanya, tidak boleh menterjemahkannya ke dalam bahasa lain berdasarkan maknanya dari sudut bahasa seperti menterjemahkan yadd Allah kepada tangan Allah dan sebagainya.

Hakikatnya, hal ini berkaitan dengan penguasaan seseorang terhadap uslub bahasa Arab itu sendiri di mana As-Salaf As-Sholeh dan majoriti ulama' Islam memahaminya. Maka, mereka tidaklah menghadapi masalah dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat sehingga terjerumus kepada fahaman tajsim kerana beria-ia untuk memahami nas-nas mutasyabihat dengan makna zahir.

Bukan setiap lafaz membawa makna yang sama dalam setiap susunan ayat. Ini juga wujud dalam bahasa Melayu, apatah lagi bahasa Arab yang lebih tinggi kesusasteraannya.

Sebagai contoh, perkataan tangan itu sendiri. Lafaz tangan dalam bahasa Melayu secara zahirnya bermaksud suatu anggota bagi suatu jasad atau jisim.

Tetapi, hanya dengan menambah satu perkataan sahaja sebelum lafaz tangan seperti menambah lafaz "buah" lalu membentuk "buah tangan". Maka, makna lafaz tangan dalam cantuman perkataan "buah tangan" ini tidaklah difahami secara zahir. Begitu juga dengan makna perkataan buah itu sendiri, sudah tidak lagi difahami dengan maknanya dari sudut zahir.

Jadi, menjadi satu kesalahan dari sudut bahasa, jika lafaz buah tangan diterjemahkan secara literal (zahir) kepada bahasa lain seperti "fruit of hand" kerana ianya menghilangkan maksud asal bagi perkataan "buah tangan" dalam penggunaan bahasa Melayu. Apa yang terjadi di sisi mujassimah adalah kesalahan sebegini mudah tetapi setelah lafaz arab berubah kepada lafaz melayu secara literal, maka orang-orang awam yang tidak faham uslub bahasa Arab yang tinggi akan faham maksud-maksud yang berbeza dengan maksud yang ingin disampaikan ketika lafaz-lafaz tersebut belum diterjemahkan daripada bahasa asalnya iaitu bahasa Arab.

Saya teringat ketika ada seorang rakan baru belajar bahasa Arab, lalu berbual dengan guru kami seorang Arab. Kawan saya ingin bercerita tentang suatu peristiwa, lalu cuba mencari terjemahan perkataan "baru-baru ini" kepada bahasa Arab dengan makna yang sama. Tetapi, dia cuba menterjemahkannya secara literal (mengikut makna zahir sesuatu perkataan) lalu berkata dalam bahasa Arab: "Jadid-jadid Haza". Kami yg faham bahasa Melayu dan bahasa Arab tergelaklah kerana ianya diterjemah secara literal tetapi tidak membawa kepada maksud "baru-baru ini" dalam bahasa Arab. Maka, guru kami seorang arab terpinga-pinga sebab tidak faham maksud ungkapan "jadid-jadid haza" padahal ianya sudah dalam bahasa Arab. Inilah antara kecelaruan mujassimah yang tidak tahu berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat dari sudut bahasa.

Bukan terjemahan itu perlu betul dari sudut bahasa, tetapi perlu sampai kepada maksud sebenar konteks susunan ayat. "Baru-baru ini secara literalnya betullah diterjemahkan kepada"Jadid-jadid haza" sebab perkataan jadid dalam bahasa Arab bermaksud baru dan perkataan haza dalam bahasa Arab juga bermaksud ini dalam bahasa Melayu. Tapi yang salah adalah kefahaman umum terhadap struktur ayat yang berbeza antara dua bahasa. Begitulah dalam isu nas-nas mutasyabihat ini.

Kesimpulannya, golongan as-salaf as-sholeh menyerahkan makna mutasyabihat kepada Allah s.w.t. tanpa membahaskan mengenai maknanya. Jadi, nak jadi salafi, jadilah pengikut salaf yang benar-benar mengikut salaf, bukan memahami salaf mengikut kaca mata beberapa individu sahaja.

Wallahu a'lam.

Jumaat, 20 Mei 2011

Amalan Utama Hari Jumaat.... antara 2 surah... hadis soheh VS hadis palsu

Bismillahirrahmanirrahim
Derajat Hadits Fadhilah Surat Yasin
Oleh : Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Kebanyakan kaum muslimin membiasakan membaca surat Yasin, baik pada malam Jum'at (hari Jum'at menjelang khatib naik mimbar, tambahan-peny), ketika mengawali atau menutup majlis ta'lim, ketika ada atau setelah kematian dan pada acara-acara lain yang mereka anggap penting.
Saking seringnya surat Yasin dijadikan bacaan di berbagai pertemuan dan kesempatan, sehingga mengesankan, Al-Qur'an itu hanyalah berisi surat Yasin saja. Dan kebanyakan orang membacanya memang karena tergiur oleh fadhilah atau keutamaan surat Yasin dari hadits-hadits yang banyak mereka dengar, atau menurut keterangan dari guru mereka.

Al-Qur'an yang di wahyukan Allah adalah terdiri dari 30 juz. Semua surat dari Al-Fatihah sampai An-Nas, jelas memiliki keutamaan yang setiap umat Islam wajib mengamalkannya. Oleh karena itu sangat dianjurkan agar umat Islam senantiasa membaca Al-Qur'an. Dan kalau sanggup hendaknya menghatamkan Al-Qur'an setiap pekan sekali, atau sepuluh hari sekali, atau dua puluh hari sekali atau khatam setiap bulan sekali. (Hadist Riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya).
Sebelum melanjutkan pembahasan, yang perlu dicamkan dan diingat dari tulisan ini, adalah dengan membahas masalah ini bukan berarti penulis melarang atau mengharamkan membaca surat Yasin. Sebagaimana surat-surat Al-Qur'an yang lain, surat Yasin juga harus kita baca. Akan tetapi di sini penulis hanya ingin menjelaskan kesalahan mereka yang menyandarkan tentang fadhilah dan keutamaan surat Yasin kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Selain itu, untuk menegaskan bahwa tidak ada tauladan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam membaca surat Yasin setiap malam Jum'at, setiap memulai atau menutup majlis ilmu, ketika dan setelah kematian dan lain-lain.

Mudah-mudahan keterangan berikut ini tidak membuat patah semangat, tetapi malah memotivasi untuk membaca dan menghafalkan seluruh isi Al-Qur'an serta mengamalkannya.

KELEMAHAN HADITS-HADITS TENTANG FADHILAH SURAT YASIN

Kebanyakan umat Islam membaca surat Yasin karena sebagaimana dikemukakan diatas fadhilah dan ganjaran yang disediakan bagi orang yang membacanya. Tetapi, setelah penulis melakukan kajian dan penelitian tentang hadits-hadits yang menerangkan fadhilah surat Yasin, penulis dapati Semuanya Adalah Lemah.

Perlu ditegaskan di sini, jika telah tegak hujjah dan dalil maka kita tidak boleh berdusta atas nama Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam sebab ancamannya adalah Neraka. (Hadits Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan lainnya).

HADITS DHA'IF DAN MAUDHU'

Adapun hadits-hadits yang semuanya dha'if (lemah) dan atau maudhu' (palsu) yang dijadikan dasar tentang fadhilah surat Yasin diantaranya adalah sebagai berikut :
1."Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin dalam suatu malam, maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya dan siapa yang membaca surat Ad-Dukhan pada malam Jum'at maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya".(Ibnul Jauzi, Al-Maudhu'at, 1/247).
Keterangan : Hadits ini Palsu.

Ibnul Jauzi mengatakan, hadits ini dari semua jalannya adalah batil, tidak ada asalnya.
Imam Daruquthni berkata : Muhammad bin Zakaria yang ada dalam sanad hadits ini adalah tukang memalsukan hadits. (Periksa : Al-Maudhu'at, Ibnul Jauzi, I/246-247, Mizanul I'tidal III/549, Lisanul Mizan V/168, Al-Fawaidul Majmua'ah hal. 268 No. 944).

2."Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin pada malam hari karena mencari keridhaan Allah, niscaya Allah mengampuni dosanya".

Keterangan :Hadits ini Lemah.

Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitabnya Mu'jamul Ausath dan As-Shaghir dari Abu Hurairah, tetapi dalam sanadnya ada rawi Aghlab bin Tamim. Kata Imam Bukhari, ia munkarul hadits. Kata Ibnu Ma'in, ia tidak ada apa-apanya (tidak kuat). (Periksa : Mizanul I'tidal I:273-274 dan Lisanul Mizan I : 464-465).

3."Artinya : Siapa yang terus menerus membaca surat Yasin pada setiap malam, kemudian ia mati maka ia mati syahid".
Keterangan :Hadits ini Palsu.

Hadits ini diriwayatkan oleh Thabrani dalam Mu'jam Shaghir dari Anas, tetapi dalam sanadnya ada Sa'id bin Musa Al-Azdy, ia seorang pendusta dan dituduh oleh Ibnu Hibban sering memalsukan hadits. (Periksa :Tuhfatudz Dzakirin, hal. 340, Mizanul I'tidal II : 159-160, Lisanul Mizan III : 44-45).
4."Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin pada permulaan siang (pagi hari) maka akan diluluskan semua hajatnya".

Keterangan :Hadits ini Lemah.

diriwayatkan oleh Ad-Darimi dari jalur Al-Walid bin Syuja'. Atha' bin Abi Rabah, pembawa hadits ini tidak pernah bertemu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Sebab ia lahir sekitar tahun 24H dan wafat tahun 114H.(Periksa : Sunan Ad-Darimi 2:457, Misykatul Mashabih, takhrij No. 2177, Mizanul I'tidal III:70 dan Taqribut Tahdzib II:22).

5."Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin satu kali, seolah-olah ia membaca Al-Qur'an dua kali". (Hadits Riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman).

Keterangan :Hadits ini Palsu.

(Lihat Dha'if Jamiush Shaghir, No. 5801 oleh Syaikh Al-Albani).
6."Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin satu kali, seolah-olah ia membaca Al-Qur'an sepuluh kali". (Hadits Riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman).

Keterangan :Hadits ini Palsu.

(Lihat Dha'if Jami'ush Shagir, No. 5798 oleh Syaikh Al-Albani).

7."Artinya : Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati (inti) Al-Qur'an itu ialah surat Yasin. Siapa yang membacanya maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaannya itu seperti pahala membaca Al-Qur'an sepuluh kali".

Keterangan :Hadits ini Palsu.

Hadits ini diriwayatkan oleh At-Tirmidzi (No. 3048) dan Ad-Darimi 2:456. Di dalamnya terdapat Muqatil bin Sulaiman.
Ayah Ibnu Abi Hatim berkata : Aku mendapati hadits ini di awal kitab yang di susun oleh Muqatil bin Sulaiman. Dan ini adalah hadits batil, tidak ada asalnya. (Periksa : Silsilah HaditsDha'if No. 169, hal. 202-203)
Imam Waqi' berkata : Ia adalah tukang dusta. Kata Imam Nasa'i : Muqatil bin Sulaiman sering dusta.(Periksa : Mizanul I'tidal IV:173).

8."Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin di pagi hari maka akan dimudahkan (untuknya) urusan hari itu sampai sore. Dan siapa yang membacanya di awal malam (sore hari) maka akan dimudahkan urusannya malam itu sampai pagi".

Keterangan :Hadits ini Lemah.

Hadits ini diriwayatkan Ad-Darimi 2:457 dari jalur Amr bin Zararah. Dalam sanad hadits ini terdapat Syahr bin Hausyab. Kata Ibnu Hajar : Ia banyak memursalkan hadits dan banyak keliru. (Periksa :Taqrib I:355, Mizanul I'tidal II:283).

9."Artinya : Bacakanlah surat Yasin kepada orang yang akan mati di antara kamu".

Keterangan :Hadits ini Lemah.

Diantara yang meriwayatkan hadits ini adalah Ibnu Abi Syaibah (4:74 cet. India), Abu Daud No. 3121. Hadits ini lemah karena Abu Utsman, di antara perawi hadits ini adalah seorang yang majhul (tidak diketahui), demikian pula dengan ayahnya. Hadits ini juga mudtharib (goncang sanadnya/tidak jelas).

10."Artinya : Tidak seorang pun akan mati, lalu dibacakan Yasin di sisinya (maksudnya sedang naza') melainkan Allah akan memudahkan (kematian itu) atasnya".

Keterangan :Hadits ini Palsu.

Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Akhbaru Ashbahan I :188. Dalam sanad hadits ini terdapat Marwan bin Salim Al Jazari. Imam Ahmad dan Nasa'i berkata, ia tidak bisa dipercaya. Imam Bukhari, Muslim dan Abu Hatim berkata, ia munkarul hadits. Kata Abu 'Arubah Al Harrani, ia sering memalsukan hadits. (Periksa : Mizanul I'tidal IV : 90-91).

Penjelasan

Abdullah bin Mubarak berkata : Aku berat sangka bahwa orang-orang zindiq (yang
pura-pura Islam) itulah yang telah membuat riwayat-riwayat itu (hadits-hadits tentang fadhilah surat-surat tertentu).

Dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata : Semua hadits yang mengatakan, barangsiapa membaca surat ini akan diberikan ganjaran begini dan begitu SEMUA HADITS TENTANG ITU ADALAH PALSU. Sesungguhnya orang-orang yang memalsukan hadits-hadits itu telah mengakuinya sendiri.

Mereka berkata, tujuan kami membuat hadits-hadits palsu adalah agar manusia sibuk dengan (membaca surat-surat tertentu dari Al-Qur'an) dan menjauhkan mereka dari isi Al-Qur'an yang lain, juga kitab-kitab selain Al-Qur'an. (Periksa : Al-Manarul Munffish Shahih Wadh-Dha'if,hal. 113-115).

Dengan demikian jelaslah bahwa hadit-hadits tentang fadhilah dan keutamaan surat Yasin, semuanya LEMAH dan PALSU. Oleh karena itu, hadits-hadits tersebut tidak dapat dijadikan hujjah untuk menyatakan keutamaan surat ini dan surat-surat yang lain, dan tidak bisa pula untuk menetapkan ganjaran atau penghapusan dosa bagi mereka yang membaca surat ini.

Memang ada hadits-hadits shahih tentang keutamaan surat Al-Qur'an selain surat Yasin, tetapi tidak menyebut soal pahala.

Wallahu A'lam bish shawab

sumber :http://www.mail-archive.com/assunnah@yahoogroups.com/msg01377.html

KEUTAMAAN SURAH-SURAH TERTENTU UNTUK KITA AMALKAN...

1. Dari Abi Said Rafi´´ bin Al Mu´alla ra. ia berkata, "Rasulullah SAW. bersabda kepadaku, ´Maukah saya ajarkan kepadamu surah yang paling agung dalam Al Qur´an, sebelum kamu keluar dari mesjid? ´Lalu beliau memegang tanganku, dan ketika kami hendak keluar, saya bertanya : ´Ya Rasulullah! Engkau berkata bahwa engkau akan mengajarkan surah yang paling agung dalam Al Qur ´an kepadaku´

Beliau menjawab : ´Alhamdu lillahi rabbil ´alamiin (Al Faatihah), adalah tujuh ayat yang dibaca pada setiap salat dan Al Qur´an yang agung yang diberikan kepadaku´. (Bukhari)

2. Dari Ibnu Abbas ra., ia berkata, "Ketika Jibril a.s. sedang duduk di sisi Rasulullah SAW., beliau mendengar suara dari atas, lalu beliau mendongakkan kepala dan bersabda, ´Ini adalah pintu langit yang dibuka pada hari ini, dan tidak pernah dibuka kecuali hari ini´ Lalu seorang malaikat turun dari pintu tersebut. Kemudian beliau bersabda, ´Ini adalah malaikat yang turun ke bumi dan dia tidak pernah turun kecuali hari ini´. Lalu dia (malaikat) memberi salam seraya berkata, ´Aku membawa berita gembira dengan dua cahaya yang diturunkan kepada engkau dan tidak pernah diberikan kepada nabi sebelummu, yaitu : Surah Al Faatihah dan beberapa ayat terakhir Surah Al Baqarah. Tidaklah kamu membaca satu huruf daripadanya kecuali kamu mendapat karunia ´". (Muslim)

3. Dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW. bersabda, "Janganlah kau jadikan rumah-rumahmu seperti kuburan, sesungguhnya setan akan lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surah Al Baqarah." (Muslim)

4. Dari Ubai bin Kaab ra., ia berkata, "Rasulullah SAW. bersabda, "Wahai Abu Munzir! Tahukah engkau ayat mana dalam Kitab Allah yang paling agung?" Saya menjawab, ´Allahu laailaaha illa huwal hayyul qoyyuum (ayat kursi)´, Lalu beliau menepuk dadaku dan bersabda, ´Semoga Allah memudahkan ilmu bagimu, wahai Abu Munzir´. (Muslim)

5. Dari Abi Mas´ud Al Badri ra., dari Rasulullah SAW. beliau bersabda, "Barangsiapa membaca dua ayat terakhir surah Al Baqarah pada waktu malam, niscaya ia akan mencukupinya." (Disepakati oleh Bukhari dan Muslim)

6. Dari Abu Umamah Al Bahili, ia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda, ´Bacalah Al Qur´an, karena di hari kiamat kelak ia akan memberikan syafaat bagi pembacanya, bacalah zahrawaen, yaitu : surah Al Baqarah dan surah Ali ´Imran. Sesungguhnya pada hari kiamat nanti keduanya akan datang bagaikan dua awan atau dua kawanan burung yang berbaris yang siap membantu orang-orang yang pernah membacanya. Dan bacalah surah Al Baqarah karena membacanya adalah suatu berkat dan meninggalkannya adalah suatu kerugian. Tukang sihir tak akan sanggup menghasutnya." (Muslim)

7. Dari Abu Darda ´ ra., bahwa Rasulullah SAW. bersabda, "Barang siapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al Kahfi, maka ia akan terjaga dari dajal." Dalam riwayat lain, "...sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahf..." (Muslim)

8. Dari Abu Said Al Khudri ra., bahwa Rasulullah SAW. bersabda, "Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumat, maka dia akan diterangi cahaya antara dua Jum ´at." (Hakim dan Baihaqi. Hadis ini adalah hadis sahih)

9. Dari Ibnu Masud ra., ia berkata, "Rasulullah SAW. bersabda, "Surah Tabarak (Al Mulk) adalah penjaga dari azab kubur.". (Hakim dan Abu Naim, Hadis di atas adalah hadis sahih)

10. Dari Ibnu Umar ra., dia berkata, "Rasulullah SAW. bersabda, "Siapa yang suka melihat saya di hari kiamat dengan sebenar-benar penglihatan, maka hendaklah ia membaca surah At Takwiir, Al Infithaar dan Al Insyiqaq." (Ahmad, Tirmizi dan Hakim)

11. Dari Abu Said Al Khudri ra. bahwa Rasulullah SAW. bersabda tentang Qul Huwallahu Ahad, "Demi Allah ~Yang diriku berada di dalam genggamanNya~, sesungguhnya ia (Al Ikhlash) menyamai sepertiga Al Qur´an. "Pada riwayat lain, Rasulullah SAW. bersabda kepada para sahabatnya, "Adakah di antara kamu yang tidak sanggup membaca sepertiga Al Qur´an dalam satu malam?" Hal ini memang berat bagi mereka, lalu mereka bertanya, "Siapakah di antara kami yang mampu, wahai Rasulullah?" Beliau bersabda, "Qul Huwallahu Ahad Allahush-Shamad, adalah sepertiga Al Qur´an." (Bukhari)

12. Dari Muaz bin Anas ra., bahwa Rasulullah SAW. bersabda, "Siapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad sebanyak sepuluh kali, niscaya Allah akan membangun rumah baginya di surga." (Ahmad)

13. Dari ´Uqbah bin ´Amir ra., bahwa Rasulullah SAW. bersabda, "Adakah kau lihat ayat-ayat yang diturunkan pada malam ini dan selainnya tidak dapat dilihat sepertinya?, dialah, ´Qul a´udzu birabbil falaq´ dan ´Qul a´udzu birabbin-naas´. (Muslim)

14. Dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW. apabila akan berangkat tidur setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, kemudian meniupkannya seraya membaca surah Al Ikhlash, Al Falaq dan An-Naas. Kemudian beliau mengusapkannya ke seluruh tubuhnya, sebatas yang bisa dicapai. Dimulai dari kepala, lalu wajah, kemudian bagian depan dari badan. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali. (Disepakati oleh Bukhari dan Muslim)

15. Kami diceritai oleh Abdullah bin Yusuf : Kami diberitahu oleh Malik dari Ibnu Syihab, dari Urwah, dari ´Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW. bila merasa sakit beliau membaca sendiri Al Mu´awwizaat ´ (Al Ikhlash, Al Falaq dan An-Naas) kemudian meniupkannya. Apabila rasa sakitnya bertambah saya yang membacanya kemudian saya usapkan ke tangannya mengharap keberkatan darinya." (Bukhari)

KEUTAMAAN HARI JUMAAT

sholat.jpgHari Jum’at adalah hari yang paling afdal dalam seminggu. Allah Subhanahu wa Ta`ala telah mengkhususkannya untuk kaum muslimin yang belum pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya sebagai karunia dan pemuliaan terhadap umat ini. Pada hari tersebut terdapat ibadah-ibadah yang khusus.
Dalil-dalil yang menyebutkan keutamaannya dan sunnah-sunnah serta kewajipan yang diperintahkan dalam rangka memuliakan hari Jum’at.

Bersumber dari Abu Hurairah radliallahu `anhu bahwa Rasulullah SAW mengatakan:

“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jum’at. Pada hari itu diciptakan Adam alaihis salam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jum’at pula.” (HR. Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkannya. Lihat Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jum’ah)

Ibadah khusus yang mulia pada hari Jum’at adalah solat Jum’at. Barangsiapa meninggalkannya tanpa ada alasan syar’i akan mendapatkan dosa besar dan akan di azab dengan azab yang pedih (Masyhur Hasan Salman dalam Al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Mushallin). Rasulullah SAW mengatakan tentang suatu kaum yang meninggalkannya:

“Sungguh aku berkeinginan untuk memerintahkan seorang laki-laki solat bersama dengan manusia kemudian aku akan membakar rumah- rumah mereka yang tidak melakukan solat Jum’at.” (HR. Muslim, Ad-Darimi dan Al-Baihaqi)

Dalam suatu riwayat yang bersumber dari Muhammad bin Abdirrahman bin Zahrah, aku mendengar pamanku berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa mendengar panggilan azan pada hari Jum’at dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.” (HR. Al-Baihaqi, Abu Ya’la, disahihkan oleh Ibnu Hajar dan Ibnu Mundzir. Hadits ini dihasankan oleh Masyhur Hasan Salman dalam Al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Mushallin)

Berikut ini ada beberapa hal yang disunnahkan berkenaan dengan keutamaan hari Ju’mat:

1. Disunnahkan berdoa kerana berdoa pada hari itu akan dikabulkan terutama pada waktu/saat mustajab (mudah terkabul doa). Para ulama berbeda pendapat tentang waktu-waktu terkabulnya doa pada hari Jum’at tersebut. Ada yang berpendapat pada saat imam duduk di antara dua khutbah, antara duduknya imam sampai selesainya solat, dan ada pula yang berpendapat akhir waktu dari hari Jum’at yaitu akhir waktu dari solat Asar. Pendapat yang terakhir inilah yang dikuatkan oleh Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma`ad bab Jum’ah dan Al-Hafidh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari. Ibnul Qayyim mengatakan inilah pendapat jumhur ulama dan para sahabat.

Hal ini terdapat dalam hadits bersumber dari Jabir bin Abdillah:

Dari Jabir bin Abdillah dari Rasulullah SAW bahwasanya beliau berkata: “Pada hari Jum’at ada dua belas waktu. Tidak ditemukan seorang muslim yang sedang memohon sesuatu kepada Allah ‘Azza wa Jalla kecuali pasti Dia memberinya. Maka carilah waktu itu, yaitu akhir waktu setelah `Ashr.” (HR. Abu Dawud, disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Dawud, hadits 926 hal. 196)

Doa yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah meminta kebaikan di dunia dan akhirat dan meminta perlindungan dari neraka. Dalam suatu hadits bahwa orang yang meminta dimasukkan ke dalam syurga maka syurga mengatakan:

“Ya Allah, masukkan dia ke dalam syurga.” Dan barang siapa yang meminta perlindungan neraka kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala maka neraka akan berkata: “Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.” (HR. Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 6151/6, lihat Shifatun Naar fil Kitab was Sunnah oleh Mahmud bin Khalifah Al-Jasim).

2. Disunnahkan memperbanyak bacaan salawat Nabi.

Hadits dari Aus bin Aus radliallahu `anhu berkata bahwa Rasulullah pernah berkata:

“Seutama-utama hari adalah hari Jum’at. Padanya diciptakan dan dimatikan Adam alaihis salam, ditiup sangkakala dan dibinasakannya manusia. Oleh karena itu perbanyaklah salawat atasku pada hari itu karena shlawatmu akan sampai kepadaku.” Para shahabat bertanya: “Bagaimana bisa sampai sedangkan jasadmu telah dimakan tanah?” Berkata: “Allah Subhanahu wa Ta`ala mengharamkan tanah untuk memakan (membusukkan) jasad para Nabi.”
(HR. Abu Dawud, Sahih, lihat Sahih Sunan Abu Dawud hal. 196 hadits no. 925 oleh Syaikh Nashiruddin Al-Albani)

3. Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi). Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:

“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

Pada lafadz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadits hasan.”

Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu. Dan pada lafadz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Pada hadits yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir Surah Al-Kahfi)

Disunnahkan pula membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat fajar (subuh). Abu Hurairah mengatakan:

“Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat shubuh hari Jum’at.” (Muttafaqun `alaihi)

Menurut Ath-Thabrani dari Ibnu Mas’ud bahwa Nabi sallallahu `alaihi wa sallam terus menerus membaca kedua surah tersebut. Menurut riwayat dari Ibnu Abbas dan Abi Hurairah radliallahu `anhum berkata bahwa Rasulullah SAW membaca surah Al-Jum’ah dan Munafiqun pada hari Jum’at (HR. Muslim). Demikian pula Nabi sallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Sabbihisma dan Al-Ghasyiyah pada sholat Jum’at (lihat Tafsir Ibnu Katsir surat Al-A`la dan Al-Ghasyiyah).
(DARI BERBAGAI SUMBER)