Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Ahad, 16 Mei 2010

Hebatnya KL Pusat Hiburan Sediakan Katil Asmara


Aksi panas pengkid, lesbian

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

2010/05/16 KUALA LUMPUR: Hanya selepas dua minggu akhbar ini membongkar pesta ‘jilat dan lekat’ khusus untuk pengkid dan lesbian, satu lagi pesta dengan pelbagai aksi yang lebih panas dikesan diraikan golongan berkenaan di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi semalam.

Golongan wanita yang berperwatakan lelaki itu tanpa segan silu menari di atas pentas dan menari dengan gaya berahi bertujuan memperlihatkan mereka juga mampu menari seperti lelaki dan tidak kurang juga yang cuba menggoda pengunjung yang melihat mereka.

Pada 2 Mei lalu, akhbar ini melaporkan mengenai penganjuran pesta pengkid dan lesbian yang menyediakan permainan ‘jilat dan lekat’ di sebuah pusat hiburan.

Pelbagai aksi berahi disajikan golongan berkenaan yang tanpa segan silu menjilat pasangan masing-masing di tengkuk, dada serta bawah pusat sambil melentok-lentok seksi.

Wartawan Metro Ahad menghadiri pesta awal pagi semalam selepas mendapat aduan orang ramai dan mendapati promosi mengenainya dibuat secara terbuka menggunakan laman sosial Facebook di Internet.

Namun berbeza dengan pesta sebelum ini, pintu masuk pusat hiburan itu dikawal ketat.

Hanya lesbian dan pengkid serta individu yang membuat tempahan untuk menyertainya dibenarkan masuk.

Pesta terbabit bermula kira-kira jam 10 malam kelmarin dan acara kemuncaknya ialah aksi peragaan dan tarian pengkid yang dimulakan kira-kira jam 12.30 malam hingga 1.30 pagi.

Apabila pengkid yang mengambil bahagian mula ligat menari dengan pelbagai aksi menjijikkan, kira-kira 150 hingga 200 pengunjung turut memberi sorakan gemuruh.

Begitupun, usaha wartawan untuk merakam aksi panas berkenaan menemui jalan buntu apabila pihak penganjur mengambil langkah berhati-hati serta mengarahkan lampu disuramkan.

Tinjauan wartawan juga mendapati beberapa katil dihiasi cadar berwarna merah ditempatkan di ruang tertentu.

Beberapa pasangan dilihat mengambil kesempatan bercumbu-cumbuan dan melakukan aksi ghairah di atas katil itu diiringi muzik.

Menariknya, kali ini pesta itu mendapat khidmat ‘minah saleh’ selaku pengacaranya. Malah, tidak kurang juga segelintir pasangan lesbian dari negara luar didapati berhibur yang rata-ratanya dihadiri remaja Melayu.

Bagaimanapun, kemeriahan pesta itu terganggu seketika apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi melakukan pemeriksaan mengejut.

Menurut sumber, polis bertindak atas aduan orang ramai yang marah menerima jemputan daripada e-mel dan laman sosial.

“Orang ramai mungkin jelik dengan jemputan yang diterima mereka menerusi laman web sosial dan e-mel. Namun kami hanya melakukan pemantauan dan melihat kesalahan daripada segi undang-undang.

“Kami juga tidak mempunyai kuasa untuk menangkap atau menyekat golongan ini berpesta. “Mungkin lebih baik masyarakat membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi membanteras gejala songsang berkenaan,” katanya. = myMetro

*** inikah budaya masyarakat 1Malaysia yang mereka idam-idamkan? hancur lebur akhlak generasi muda kita kerana hiburan. Berbanggalah wahai pemangkah-pemangkah yang memangkah mereka dalam PRU 12 lalu anda akan dapat saham yang sama walaupun anda berjubah beserban dan bertudung labuh.....anda turut mencorakkan kehancuran dan kejahilan generasi muda hari ini tanpa anda sedar.....maka sokonglah gagasan 1Malaysia untuk terus menjahanamkan jatidiri ummah ini......TAHNIAH kerana anda jugalah yang berjaya membuatkan mereka MENGHALALKAN JUDI BOLA SEPAK DUNIA.......

Selamat Hari Guru

Saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SK Delda Laum 1980-1986, Guru-Guru SMA Al-Wosto 1987-1992, Lecture Kolej Restu dan USIM dan teman-teman guru di SRA Taman Universiti Indah dan kepada semua insan yang bergelar pendidik.

Semoga segala ilmu yang anda curahkan itu akan dikira sebagai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT dan akan menjadi bahan timbangan yang akan membawa anda ke Syurga Allah.

Rabu, 12 Mei 2010

JUDI. TAHNIAH KEPADA UMNO/BN

Demi untuk menjaga berleluasanya perjudian haram menjelang Kejohanan Bolasepak Dunia 2010 maka kerajaan pilihan UMNO telah mengambil langkah selamat dan memberikan lesen perjudian tersebut kepada BERJAYA GROUP.

Malaysiakini melaporkan : Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar ha
rian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Saya teringat kata-kata Tuan Guru Nik Aziz " sesiapa yang menyokong PAS dapat Pahala ( Syurga ) dan menyokong UMNO dapat Dosa " dan kini teserlahlah benarnya kenyataan itu.

Tak perlu lagi kita nak letakan hujah Syare lagi kerana jelas al-Quran melarang perbuatan judi itu dalam apa hal dan keadaan sekali pun.

Kepada anda yang terlibat memenagkan sehingga UMNO terus berkuasa memerintah negara ini akan mendapat saham judi juga dan anda jangan kata anda tak tahu dan itu bukan urusan kami kerana tanpa undi anda kepada BN maka BN tidak akan berkuasa dan bila BN berkuasa inilah jadinya.

Saya dok tunggu juga mana kenyataan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah UMNO dan para Mufti khusunya Mufti Perak, Ust Jamil Khir Baharom, Ustazah Mashitah Ibrahim, Mufti Johor Noh Gadot, Dato Abdullah Mat Zain dll.

Seronok juga kalau dengar ulasan kenyataan Pengarah JAIS dan Pengerusi MAIS dalam isu ini.... alamatnya mereka ini semua beku dan membusuklah dari membicarakan isu ini.

Sepagi di Kuala Gandah Elephant Sanctuary 8 Mei 2010.

Pose istimewa bonda
Jom la tengok gajah besar tu mi.....
Renungan si Noni...
Aksi bondaku dan anakku...
Anak gajah yang berantai berani la aku peluk
Aksi kak long....
Bersama bonda tersayang...posing kat depan gajah...
Isteri dan anak-anak ku tengok dari jauh jer...
Setakat pegang boleh le...
Bersama isteri dan anak-anak....
Beruang ni kalau dia tengah makan kita boleh pi usik dia....kalau tak jangan harap nak pegang...mak saya siap picik perut di yang gendut tu....
Sangat seronok bagi makan rus-rusa kat Deearland ni...tapi aku geram sebab dah lama tak makan daging rusa.....dalam 10 tahun lepas selalu juga makan daging rusa sebab ade kaki pi memburu.....masa tu RM 40 je sekilo....sekarang tak tau la berapa itu pun kalau ade...

Jumaat, 7 Mei 2010

Cara mudah atasi darah gemuruh pengucapan awam


"Bagaimana untuk menghilangkan rasa gemuruh? Perasaan gemuruh adalah perkara yang lazim terjadi kepada setiap orang apabila perasaan takut muncul. Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara otomatis sebagai tujuan keselamatan mandiri. Kesannya adalah seperti berikut:-



1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah
2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing
3. Kenaikan kadar denyutan jantung
4. Kenaikan tekanan darah
5. Kekeringan pada bibir dan mulut
6. Pelebaran pupil
7. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat.
8. Serangan sejuk dan panas
9. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan
10. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit

Teknik untuk mengatasinya ialah dengan cara

1. Pernafasan- lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam2, maka cuba gunakan tangan kanan pegang dibahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. jika kedua2 tangan terasa bergerak ,maka anda telah berjaya melakukannya

2. Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika anda takut untuk berucap atau temuduga persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan perlu dibuat. Selepas itu anda boleh berlatih seorang di hadapan cermin.



3. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan penemuduga ataupun khalayak

4. Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan tumpuan pada anda dan mengwujudkan sangkaan 2 negatif pada diri anda. Sebenarnya mereka lebih berminat supaya anda dapat sampaikan secara yang baik ikut kemampuan anda

5. Tanyakan apakah perkara yang paling buruk akan terjadi jika anda melakukan persembahan dan anda akan brsedia terima apa sahaja . Apa yang penting anda akan baiki dari masa ke semasa

6.Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi anda perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk respon supaya anda dapat buat yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai 'kawan' dan bukanya lawan anda,. Dengan cara ini anda akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.

7. Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.

8.Hubungan mata sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata(eye contact)

9. Tumpukan pada isi yang hendak anda sampaikan dan bukannya menumpukan perasaan apa yang orang lain akan katakan pada anda. Jika tidak anda hanya akan wujudkan perasaan gelabah
10. Gambaran minda yang berulang-ulang perlu dilakukan supaya anda menyampaikan mesej kepada minda bawah sedar anda. Bayangkan anda dapat melakukan perkara yang anda takuti dengan jayanya. Anda dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada anda. Kesannya apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis akan berlaku tanpa anda sedar.Lakukan juga saranan auto pada diri anda berulang kali. Rasakan kehebatan itu dan lakukan anchoring seperti petik jari , gengam tangan dan sebagainya bagi menandakan rasa hebat tersebut
11. Teknik doa adalah paling berkesan seperti doa nabi Musa
Doa Nabi Musa AS

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )

Atau Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku

12.Persedian mental ialah anda memang benar-benar seronok untuk melakukan perbuatan tersebut, jadi anda perlu sampaikan dengan rasa excited.

13.Katakan pada diri anda bahawa apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja kesilapan anda sedia untuk menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.

14. Katakan berulang-ulang dengan diri saya suka jumpa dan bercakap dengan anda dan anda juga suka untuk berjumpa dan mendengar apa yang saya cakap.

maklumat lanjut http://mindataqwa.blogspot.com/

Isnin, 3 Mei 2010

Malaikat Maut Memerhati Wajah Manusia 70 kali dalam sehari

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."


Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam(berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

"Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

"Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian," katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan."Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

"Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah," katanya.

TERSALAH MEMBUNUH, RELA DIHUKUM, SUDI MEMAAFKAN

Saya petik suatu kisah yang berlaku di zaman Sahabat semasa pemerintahan Sayidina Umar Ibnu Khattab; buat menunjukkan suasana hati manusia-manusia waktu itu dan bentuk kehidupan yang telah mereka lalui.

Seorang pemuda bernama Hassan keluar dari kampung nya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.

Setelah sedar dari tidurnya didapati untanya tidak ada. Hassan lalu terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah hairan dan marahnya Hassan.

“Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang ada di sisi bangkai unta itu, “Tetapi bukan sengaja,” sambung orang tua itu lagi. “Ketika unta ini memakan tanaman pakcik, pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul dikepalanya. Lepas itu ia berpusing-pusing dan jatuh lalu mati.”

Orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenamya. Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur dengan tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang tua itu dan terpenggallah leher dari badan.

Hassan seakan-akan baru bermimpi tersedar dari kejadian itu dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya.

Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Dan Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. AmirulMukminin sendiri yang menjadi hakimnya. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, perbicaraan pun dijalankan.

Sayidina Umar selaku hakim setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itudalam beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibu bapa saya, anak isteri dan saudara-mara tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini,tentu mereka tak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.”

Sayidina Umar kerana tegas dan adilnya menjawab, “Tidak. Tiada jaminan bahawa engkau datang lagi untuk menjalani hukuman ini.” Hassan merayu lagi, “Kasihanilah saya tuan hakim. Semua orang yang mengasihi saya sedang menunggu kepulangan saya. Mereka tentu tertanya-tanya kalau saya tidakpulang memberitahu tentang perkara ini.”

Sekali lagi Sayidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya, “Tidak,” katanya. Kali ketiga Hassan merayu, tiba-tiba salah seorang Sahabat bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, sayaminta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”

Dengan jaminan yang diberikan oleh Sahabat itu (Abu Zar), Sayidina Umar pun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Dan Hassan pun dibenarkan pulang setelah menentukan tarikh akan datang. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarga nya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biar saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.” Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan.

Dia lebih takut dan cinta pada Allah daripada anak isteri. Dia lebih cintakan Akhirat daripada dunia. Di pertengahan jalan tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya. Tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijalankan kerana kelewatan Hassan semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.

Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertakbir: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujumya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang. Sebaik sahaja turun dari kudanya, Hassan menghadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.”

Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat.”Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhimya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat.”

Selesai berdoa, Hassan pun menghadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi, pada saat yang genting itu tiba-tiba kedua beradik anak si mati menghadap tuan hakim dan berkata:“Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.”

Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan: ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!” Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat. InsyaAllah.

Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu.

1. Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian.
2. Kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh.
3. Kemudian Abu Zar yang berjiwa “sahabat” dan sanggup mati kerananya.
4. Tuan hakim yang tegas dan adil.
5. Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka.

Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang manusia di zaman Sahabat telah menempah satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai sebagai sifatnya.

Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah takdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri.

Semoga peluang ini kita gunakan sebaik-baiknya untuk menurut jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai untuk turut menikmati kejayaan dan kenikmatan yang telah dan sedang mereka kecapi.