Bagi kita mungkin tidak dapat merasa atau mendengar apabila Malikat maut sering menghantar mesej dan peringatan bahawa ajal kita sudah mendekap kepada kita lantaran kerana pendengaran kita sering terhijab dengan perkara-perkara samiyat seperti ini.
Bahkan malaikat maut sering mengingatkan kita gar sentiasa berwaspada dengan kematian kita namunhanya akan memberi faidah kepada insan-insan yang bertaqwa dan beramal saleh sahaja yang hatinya lembut dengan berkat kesungguhanya melaksanakan setiap titah perintah Allah SWT.
Malaikat maut menyeru kepada kita seolah-olah berbunyi ; " wahai manusia yang sudah berusi 40 tahun, kini tibalah masanya untuk kamu mencari bekalan akhirat kerana tubuh kamu sedang segar bugar dan tengah kuat dan gagah, hati dan nalurimu juga kini sedang waras dan masih belum nyanyuk lagi, berbuatlah amalan yang memberikan faedah kepada kamu kelak"
Kemudian malaikat maut menyeru lagi kepada insan yang berusia 50an dengan peringatan dan amaran yang lebih keras lagi mengingatkan bahawa dia sudah cukup bersedialah untuk datang berkunjung dan menjalankan tugasnya kepada mereka.
Tatkala apabila hamba sudah menjangkau usia 60an namun masih belum ada kesedaran dan keinsafan, masih berkelakuan seperti anak muda yang cergas dan ligat, masih jauh dari masjid dan surau, masih liat untuk untuk hadir ke majlis-majlis ilmu, masih segan mahu mendampingi para alim ulama, uban sudah memutih dikepada namun tampak masih ranggi seperti artis yang sedang berdansa, malaikat maut sudah berada disisnya dan hanya menunggu lampu hijau untuk bertindak kepada mereka.
Kala ini tiada siapapun yang mampu menghalang malaikat maut dari menjalankan tugasnya. Bagi situa yang masih belum sedar akan hari ajalnya tidak akan mampu untuk mengerti apa-apa tentang kematianya , dia sering melihat kematian, sering mengiringi jenazah ke perkuburan namun masih merasa giliranya masih jauh, tiba-tiba....
Tiba-tiba dia jatuh sakit kerana keuzuran dan sakit yang lain, mungkin terfikir dibenak kepalanya tibahalah sudah hari dan giliranya, tapi dukacita kerana kesempatan tatkala usianya masih muda dan kuat dahulu tidak dimanfaatkan sebaiknya untuk melakukan ala ibadat sebagai bekalanya hari ini.
Terlantar kita di pembaringan di hospital atau dirumah yang hanya mengharapkan bantuan dan ehsan ahli waris yang lain, maka berlinanglah airmata sesal dan sedih yang membasahi pipi namun ia sudah terlewat kerana sudah tiada masa lagi untuk melakukan kebaikan itu dan ini yang ia telah tinggalkan dahulu.
Tiada apa yang perlu disesal dan disedihkan lagi tatkala itu hanya mampu mengaharpkan rahmat dan keampunan dari Allah semata-mata, sudah berasa bahawa masa baginya sudah tidak cukup dan terlalu singkat, terlupa kita bahawa Allah telah peringatkan " Demi masa !, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian. Melainkan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran"....
Dari Ibnu Umar r.a bersabda, Nabi SAW ditanya; siapakah orang yang paling bijak wahai Nabi? lalu Nabi SAW menjawab; orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersedia menghadapinya". hadis riwayat Ibnu Majjah.
Bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan