Erti Aqiqah : Ialah binatang yang disembelihpada ketika mencukur rambut kanak-kanak yang beru lahir.
Hukum Aqiqah : Hukumnya Sunat Muakad. Tuntutan untuk melaksanakanya adalah tanggungjawab dan ditujukan kepada orang yang wajib menafqahkan seperti bapanya atau datuknya dengan hartanya sendiri dan bukan dari harta bayi tersebut.
Tantutan melaksanakanya adalah sebaik sahaja bayi tersebut sempurna dan selamat dilahirkan. Yang lebih afdhal dilakukan pada hari ketujuh dari tarikh bayi dilahirkan.
Bilangan dan tuntutan menyembelih aqiqah bagi bayi lelaki atau khunsa adalah afdhal dengan dua ekor kibas ( kambing ) atau 2/7 dari binatang yang harus dijadikan 7 bahagian seperti unta, lembu dan kerbau.
Walau bagaimanapun memadailah untuk menyembelih seekor kibas ( kambing ) atau 1/7 dari lembu atau kerbau jika tidak mampu pada ketika itu dan dilakukan pada waktu yang lain baki aqiqah tersebut serta memadailah aqiqahnya jika ia terus tidak mampu sehingga bayi itu kelak berhasil untuk melaksanakanya sendiri baki tersebut.
Bagi bayi perempuan pula memadailah dengan menyembelih seekor kibas ( kambing ) atau 1/7 dari lembu, kerbau atau unta.
Tuntutan melakukan Aqiqah tidak luput atau tidak terkecuali walaupun bayi itu meninggal dunia sebelu dari hari yang ketujuh kelahiranya.
Tidak terkecuali juga jika di takhirkan ( dilewatkan ) dari hari yang ketujuh dan tuntutan untuk melaksanakan Aqiqah ini akan berterusan sehingga bayi itu mencapai usia baligh.
Jika bayi itu telah baligh maka gugurlah tuntutan aqiqah bagi bapa atau datuknya dan disunatkan baginya untuk menyempurnakan Aqiqah bagi dirinya sendiri.
Hubungan antara Aqiqah dan Qorban adalah sama dari sifat dan penentuan jenis binatang dan syarat-syaratnya kecualai ia terbatas dengan had masa iaitu Ibadah Qorban hanya boleh dilaksanakan pada hari Tasryik sahaja bermula dari terbit matahari 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah manakala Aqiqah pula dari hari ketujuh kelaghiran sehingga ia mampu melaksanakanya sendiri.
Sering menjadi persoalan dalam masyarakat apakah boleh jika seekor lembu yang hendak dijadikan korban berkongsi dengan Aqiqah contohnya pada 7 bahagian lembu itu 3 bahagian untuk korban dan 4 bahagian untuk aqiqah. Hukumnya dibolehkan bagi maksud tersebut dan ia tidak mencacatkan ibadah korban tersebut.
Perbezaan antara korban dan aqiaqah ialah pada daging sembelihan tersebut iaitu daging aqiqah hendaklah disedekahkan terutamanya kepada orang fakir miskin dan sunat dimasak terlebih dahulu manakala bagi daging sunat desedekahkan kepada orang fakir miskin dan boleh dihadiahkan kepada orang kaya dengan cara memberikanya daging mentah sahaja dan tidak disunatkan untuk dimasak.
Syarat bagi keduanya ialah daging tersebut hendaklah dibahagikan kepada golongan fakir dan miskin dari kalangan orang islam sahaja.
Perkara-perkara sunat menyambut kelahiran bayi.
1. Azankan ditelinga kanan bayi dan di iqamatkan ditelinga kiri ( kebanyakan kita azan hanya untuk bayi lelaki dan iqamat untuk bayi perempuan dan perbuatan ini tidak mengikut sunah )
2. Sunat dibaca ditelinga kanan dengan surah Al-Qadr dengan haraman moga Allah tidak akan mentaqdirkanbayi tersebut bezina sepanjang hayatnya kelak.
3. Sunat di Tahnikkan iaitu digosokkan buah kurma selepas dihancurkan atau sesuatu yang manis ke lelangit bayi oleh orang alim dan orang yang dikenali sebagai Ulama'.
4. Sunat mencukur rambut bayi samada ia bayi lelaki atau perempuan BUKAN POTONG JAMBUL seperti kebiasaan dalam adat melayu. Rambut yang telah dicukur ditimbang dan di nilaikan dengan harga semasa emas kemudian disedekahkan kepada fakir miskin.
5. Sunat diberi nama pada hari ketujuh dengan nama yang baik-baik makna dan ertinaya walaupun bayi tersebut meninggal dunia sebelumnya. Sunat juga memberikan nama pada anak yang keguguran yang telah ditiupkan roh padanya dan jika tidak dapat dipastikan jantinanya maka hendaklah dinakan dengan nama yang boleh melambangkan kedua-duanya seperti Talhah dan Hindun atau sebagainya.
WAJIB DI KHITANKAN bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan setelah ia baligh dan berakal dan sunat disegerakan khitan pada hari yang ketujuh dari hari kelahiranya.
Wallahualam... sila rujuk kitab Matlaul Badrain dalam bab Aqiqah dari mukasurat 383 hingga 388. Kitab yang telah di tahqiq dan diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor. RM 15.00 senaskhah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan