Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Khamis, 16 Julai 2009

Antara Sifat Ahli Syurga

Pada satu hari ketika sedang duduk bersama para sahabat, tiba-tiba Rasulullah saw berkata kepada para sahabatnya; " sebentar lagi akan lalu dihadapan kalian seorang lelaki ahli syurga!"

Sejurus kemudian munculah seorang lelaki dari golongan ansar yang baru selesai mengambil wuduk dan kelihatan janggutnya yang masih kusut dan menjinjing kasutnya, lelaki itu berjalan melintasi Rasulullah saw dan para sahabatnya.

Pada kesokan harinya, Rasulullah saw telah mengatakan perkara yang sama dan anehnya lelaki tersebut muncul dengan keadaan yang serupa seperti semalam dan begitulah yang terjadi pada hari ketiga.

Sejurus selepas Rasulullah saw memberitahu kepada para sahabat tentang perkara yang sama, lelaki yang dimaksudkan akan muncul lagi lelaki tersebut seperti pertama kalinya dan melintas di hadapan mereka para sahabat Rasulullah yang mulia.

Apabila Rasulullah bangun dari tempat duduknya, Abdullah bin Umar r.a segera menyusul dan mengejar lelaki tersebut dan apabila dia sudah hampir maka Abdullah bin Umar r.a. menyapanya.

Abdullah bin Umar r.a berkata kepada lelaki tersebut;"aku telah membuat ayahku marah, dan sebagai akibatnya, aku telah bersumpah untuk tidak menemuinya selama tiga hari dan jika tuan tidak keberatan bolehkah aku meminta perlindungan dan menumpang dirumah mu".....

"Boleh"... jawab lelaki tersebut dengan senang hati dan tanpa sebarang syak dan curiga atau perasangka.

Abdullah bin Umar r.a. pun mengikut lelaki tersebut untuk bermalam dirumahnya selama tiga hari dengan tujuan menyiasat kebenaran bicara Rasulullah tentang lelaki berkenaan.

Sepanjang tempoh tiga hari tersebut Abdullah bin Umar r.a. mendapati lelaki tersebut tidak pernah mendirikan solat dirumahnya kecuali dia solat berjamaah di masjid. Seperkara lagi, jika lelaki itu pergi dari satu tempat ke satu tempat lain atau apabila dia bangun dari tidurnya dia akan sentiasa menyebut nama Allah dan begitulah yang dilakukan sehingga dia tidur kembali hinggia dia terjaga dari tidurnya untuk mendirikan solat malam dan solat subuh.

Abdullah bin Umar r.a. juga memerhatikan, bahawa lelaki itu tidak pernah sekali pun menyebut perkataan-perkataan yang tidak baik, yang keluar dari mulutnya hanyalah kata-kata yang manis dan memuji kebesaran Allah swt.

Menjelang hari ketiga dia bermalam dirumah lelaki berkenaan, Abdullah bin Umar pun menceritakan perkara yang sebenarnya terhadap lelaki berkenaan. Abdullah bin Umar r.a. menyatakan bahawa dia bukanlah bergaduh atau berbalah dengan ayahnya dan bukan juga dia dihalau namun Abdullah menyatakan bahawa itu adalah muslihanya sahaja.

" Sebaliknya aku mengikut engkau pulang adalah kerana selepas aku mendengar Rasulullah saw berkata bahawa engkau adalah ahli syurga, jadi aku tertanya-tanya mengapakah Rasulullah saw berkata demikian dan atas sebab apa pula engkau dinakan sebagai ahli syurga?"

" lalu aku minta izin untuk bermalam dirumah mu adalah untuk melihat sendiri apa yang engkau lakukan dan boleh aku mencontohi mu, wahai saudara ku! apa sebenarnya yang membuatkan engkau mencapai darjat sebagaimana yang telah dikatakan oleh Rasulullah saw terhadap dirimu itu"....jelas Abdullah bin Umar r.a. kepada lelaki berkenaan.

Lalu lelaki ansar berkenaan dengan merendah diri berkata; " tidak ada apa yang istimewa dengan diri ku ini, cuma mungkin kerana aku tidak pernah memendam perasaan yang tidak baik terhadap kaum muslimin, aku juga tidak mempunyai secebis pun perasaan benci diatas anugerah yang allah berikan kepada sesiapa juga dikalangan hamba-hambaNya"....jelas lelaki berkenaan.

Apa yang berkalu itu kemudianya Abdullah menceritakan kepada Rasulullah dan para sahabatnya yang lain.....wallahua'lam

Tiada ulasan: