Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 10 Julai 2009

Dampingilah Ulama dan Majlis Zikirullah.

" Berilah peringatan kerana peringatan itu amat memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman"...surah az-Zariyat ayat 55.
Bagi orang yang senditasa berlegar dengan dosa dan maksiat seumpama oarng yang sedang bergelomang dengan najis dalam tong tahi. Dari hujung rambutnya hingga hujung kakinya diselaputi dengan najis yang tak mungkin dapat dibersihkan dengan mudah kerana dia memerlukan sabun dan pewangi yang cukup serta harus dibilas beberapa kali dengan air yang bersih.
Begitulah juga jika kita hendak ibaratkan bahawa kekotoran dan najis bukanlah suatu perkara yang mudah hendak dibersihkan dengan sambil llewa sahaja, ia perlukan kesungguhan dan cermat jika mahu mencucinya.
Lantaran itu apabila kita dilengkari dengan pelbagai noda dan dosa kita sewajarnya membersihkan jiwa kita dengan zikrullah dan taubat dengan sesungguhnya.
Apabila kita sudah nekad dan berazam untuk kembali bertaubat, kita sewajarnya bertekad untuk meninggalkan segala bentuk maksiat dan dosa yang pernah kita lakukan.
Antara perkara yang perlu kita lakukan ialah kita perlu meninggalkan segala bentuk, sifat dan tampat-tempat maksiat tersebut. Kita akan karam jika kita dapati perahu yang kita naiki itu bocor tanpa kita berbuat sesuatu dan cara yang terbaik ialah kita perlu menukar perahu yang baru dan selamat kerana apabila perahu yang bocor itu mungkin sudah tidak dapat diperbaiki lagi.
Apabila kita sudah menyatakan untuk bertaubat perkara utama yang perlu kita lakukan ialah dengan mendampingi para ulama. Mendampingi para ulama dengan maksud selalu hadir dalam majlis-majlis ilmu dan majlsi zikirullah.
Para ulama adalah pewaris kepada kesinambungan obor perjuangan dan ilmu para Nabi. mereka tidak akan mengajarkan sesuatu yang bertentangan dengan Syariaat Allah swt.
Orang yang sentiasa zikrullah itu adalah orang yang sentiasa ingat perkara yang menjadi larangan Allah swt dan dia sentiasa mendapat motivasi dan dapat membentuk jati dirinya dengan perkara yang maakruf.
Tidak dinamakan zikrullah jika sekadar pada lidah semata-mata namun zikir yang hanya pada lidah walau diucap beribu kali sekalipun ia tidak mendatangkan manfaat dan tidak memenuhi kehendak zikrullah itu sendiri. Zikrullah yang hakiki ialah kita zikrullah dengan lisan dan dilaksanakan oleh setiap anggota tubuh badan kita, emosi dan fikiran serta muamalat kita seharian.
Zikrullah hanya akan dapat dilihat melalui amalan harianya, sekiranya ia masih mengekalkan perkara-perkara keji dan mungkar maka kita masih jauh lagi dari zikrullah. Maka segeralah kita bermuhasabah diri dengan bertaubat bersungguh-sungguh dari amapan dan perbuatan serta tutur perkataan kita.
Jadilah insan yang reti bahasa dengan PenciptaNya, melaksanakan segala suruhanya dan meninggalkan segala laranganya dengan penuh ketaatan dan kesabaran......Wallahua'lam.

Tiada ulasan: