Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Rabu, 1 April 2015

Amaran Mufti Perak terhadap penentang hudud

Kalau ada umat lslam yang masih berdegil menentang perlaksanaan hukum hudud, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tampil dengan amaran keras. “Hentikan sahaja.”
Ini kerana tambah beliau umat Islam tidak boleh mempertikaikan hukum hudud kerana ia merupakan hukum Allah yang wajib untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun mufti berkenaan memberi kelonggaran:mereka hanya boleh mempertikaikan dengan cara untuk memperbaiki pelaksanaannya dan bukan dengan cara mengutuk.

Beliau memberitahu media di pejabatnya di Ipoh Sabtu lalu: “cuma saya tak tahu apa yang sedang dipertikaikan, apakah caranya atau apakah ianya tidak sempurna, itu saya tidak tahu tetapi kalau dia sebut hukum hudud, sesiapa yang menentang akan menerima bencana dari Allah.

“Umat Islam boleh mempertikaikan cara untuk memperbaiki dan bukan cara untuk mengutuk kerana manusia ini tidak ada yang sempurna.”

Harapannya umat Islam  menerima hukum hudud kerana ia merupakan hukum Allah dan wajib untuk dilaksanakan.

Katanya lagi umat tidak boleh berpecah belah dan mesti menerima hukum hudud. “Tidak ada seorang Islam pun yang boleh menolak atau mempertikaikan hukum hudud, kalau dia pertikaikan maksudnya dia pertikaikan hukum Allah.”

HUDUD: PENCURIAN!!!

PENCURIAN



PENGERTIAN PENCURIAN


Pencurian adalah mengambil barang kepunyaan orang lain dengan sengaja dan secara senyap-senyap dari tempat simpanannya yang wajar. Ciri-ciri pencuri itu ialah:


1. Mengambil barang kepunyaan orang lain.

Pencurian yang tidak termasuk dalam jenis pencurian yang dikenakan hukuman potong tangan ialah mengambil barang dari Baitulmal, mengambil barang kepunyaan syarikat di mana ia menjadi ahli, suami mencuri barang isteri dan sebaliknya, dan orang tua yang mencuri kepunyaan anaknya.


2. Secara senyap-senyap.

Mengambil barang orang lain secara terang-terangan (merampas) tidak dinamakan pencurian yang dikenakan hukuman had.


3. Barang diambil dari tempat simpanan yang wajar.

Mengambil barang kemas di luar rumah, ambil padi di sawah, ambil haiwan di ladang walaupun dinamakan pencurian , tetapi tidak dikenakan hukuman potong tangan.


4. Dengan sengaja.

Mengambil barang orang kerana tersalah ambil, kerana terlupa, dipaksa, atau terpaksa kerana lapar tidak dikenakan hukuman potong tangan.


“Umatku tidak dipertanggungjwabkan kerana tersalah, terlupa dan orang-orang yang dipaksakan.”
(Hadith riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban, Ath-Thabarani, dan Al-Haakim)



SYARAT-SYARAT PENCURIAN


Pencurian yang berakibat hukum barulah wujud apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

Pencuri:

Mukallaf: dewasa dan berfikiran waras. Tidak ditetapkan pencuri mesti beragama Islam. Orang bukan Islam yang mencuri juga dikenakan hukuman potong tangan.

Perbuatan mencuri dilakukan dengan sengaja.

Pencuri tiada subhat (hubungan langsung) dengan barang-barang yang dicuri. Seperti bapa mencuri barang anaknya, atau ahli syarikat mencuri harta syarikat, mereka tidak dikenakan hukuman had.



Barang-barang yang dicuri:

Barang yang dicuri adalah halal dari segi hukum.
Barang-barang yang dicuri berada dalam tempat simpanannya yang layak.


Barang-barang yang dicuri cukup nisabnya:

Menurut pendapat jumhur ulama’, nisab barang-barang yang dicuri ialah bernilai ¼ dinar emas atau tiga dirham perak (9.36 gram emas) atau senilai ¼ dinar. Pendapat inilah yang paling kuat dari segi dalilnya.


“Aisyah r.a. berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. memotong tangan pencuri yang mencuri ¼ dinar ke atas.”
(Hadith riwayat Jama’ah Ahli Hadith selain Ibn Majah)


“Umar r.a meriwayatkan: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. memotong tangan pada (pencurian) sebuah perisai yang berharga tiga dirham.”
(Hadith riwayat Jama’ah Ahli Hadith)


“Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu potong tangan pencuri, kecuali pada ¼ dinar ke atas.”
(Hadith riwayat Ahmad, Muslim, An-Nasai, dan Ibn Majah)


Golongan mazhab Hanafi berpendapat, bahawa nisabnya mestilah lebih daripada 10 dirham.


Ada lagi pendapat-pendapat lain yang dikemukakan oleh ulama’-ulama’.


PENCURIAN BERKUMPULAN

Apabila sekumpulan orang mencuri barang kepunyaan orang lain, dan jika dibahagikan masing-masing cukup nisab, maka semua mereka dipotong tangan. Akan tetapi jika barang yang dicuri itu cukup nisabnya, tetapi setelah dibahagikan masing-masing tidak cukup nisabnya, dalam hal ini para ulama’ berselisih pendapat.

Golongan Jumhur ulama’ berpendapat mereka dipotong tangan kerana jumlah barang yang dicuri telah cukup nisabnya, bukan setelah dibahagikan untuk ramai.

Abu Hanifah pula berpendapat mereka tidak dipotong tangan kerana barang yang dicuri mereka tidak mencukupi nisab apabila dibahagikan masing-masing.


SABIT KESALAHAN MENCURI

Kesalahan mencuri menjadi sabit melalui salah satu dari dua perkara:

Pengakuan oleh pencuri sendiri.

Dengan persaksian oleh dua orang saksi lelaki yang adil.


UQUBAH KE ATAS KESALAHAN PENCURIAN

Hukuman potong tangan

Barangan curian hendaklah dikembalikan

Menggantungkan tangan yang dipotong di leher pencuri

Dari Aisyah r.a., "Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sesungguhnya akan aku potong tangannya itu."(Hadis riwayat Ahmad, Ashab al-Kutub as-Sittah)


GUGURNYA HUKUMAN POTONG TANGAN

Apabila pencuri menarik balik pengakuannya sebelum dikenakan hukuman potong tangan, maka gugurlah hukuman potong tangan itu ke atasnya.


PENCURIAN YANG TIDAK DIKENAKAN HAD

Pencurian yang dikenakan hukuman Ta’zir:

Pencurian yang dilakukan oleh kanak-kanak atau orang gila

Pencurian yang tidak cukup nisab

Pencurian atas barang-barang kepunyaan bersama

Pencurian atas barang-barang yang tidak sah dimiliki

Pencurian yang dipaksakan atau kerana terlalu lapar

Pencurian yang dilakukan oleh orang tua terhadap harta milik anaknya


MUHARABAH (PEROMPAKAN)

PENGERTIAN

Muharabah atau Hirabah ialah sekumpulan bersenjata dalam sesebuah negara Islam yang menimbulkan kekacauan, menumpahkan darah, merompak harta benda, memperkosa kehormatan wanita, menculik, merosakkan tanaman, ternakan dan sebagainya. Perompak ini mungkin dilakukan oleh orang Islam dan mungkin dilakukan oleh orang kafir zimmi atau harbi.


SYARAT-SYARAT MUHARABAH

Muharabah mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

Yang melakukannya ialah orang mukallaf, lelaki atau perempuan, Islam atau tidak.

Mempunyai kekuatan senjata yang dipergunakan untuk perompakan walaupun tongkat ataupun batu.

Melakukannya secara terang-terangan.

Dan lain-lain syarat yang diperselisihkan ulama’.


UQUBAH TERHADAP KESALAHAN HIRABAH

Allah s.w.t. menetapkan empat hukuman atas kesalahan muharabah ini:

Hukuman mati, atau

Hukuman salib, atau

Potong tangan dan kaki secara bersilang, atau

Dibuang negeri

Segolongan ulama’ berpendapat hakim boleh memilih hukuman berdasarkan betapa besarnya kesalahan atau jenis kesalahan yang telah dibuat pesalah.



PELAKSANAAN HUKUMAN

Setelah adanya pengakuan daripada pesalah sendiri (hukuman digugurkan apabila pesalah menarik balik pengakuan) atau dengan persaksian dua orang saksi lelaki yang adil, maka hukuman dilakukan seperti berikut:


Kumpulan perompak yang membunuh sahaja dikenakan hukuman mati. Hakim dan wali yang terbunuh tidak boleh memaafkan pesalah.


Kumpulan perompak yang membunuh dan merompak harta benda dikenakan hukuman salib dan bunuh.

Kumpulan yang hanya merompak harta benda dikenakan hukuman potong tangan dan kaki secara bersilang.


Terhadap kumpulan yang hanya mengganggu ketenteraman atau lalulintas hanya dikenakan hukuman buang negeri.


TAUBAT SEBELUM DITANGKAP


Ulama’-ulama’ berbeza pendapat mengenai perkara ini, tetapi kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa taubat hanya menggugurkan hukuman pencurian dan pelanggaran hak-hak Allah, tetapi dipertanggungjawabkan atas pertumpahan darah (membunuh) dan harta benda yang masih wujud lagi di tangan perompak.


CARA BERTAUBAT


Ulama’-ulama’ berbeza pendapat mengenai perkara ini, tetapi kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa perompak perlu meninggalkan kejahatan perompakannya tanpa perlu mendatangi kepala negara, ataupun ia membuang senjatanya dan mendatangi kepala negara sebagai seorang yang taat.

HUDUD AKAN MEMPERLIHATKAN SIAPA AHLI PARLIMEN ISLAM YANG AKAN JADI KAFIR!!!

Mari kita lihat,ahli parlimen islam Malaysia
jadi orang ke atau jadi hantu!!!



Yang duduk didepan 3 orang tu Melayu,Islam,
pemimpin Pas pulak tu....yang seorang kenal 
sangat sepupu sepapat chin peng.....


Mereka pilih Dap bukan Hudud. Tak lama lagi 
mereka akan sah kafir bila draf hudud Pas 
dibentangkan di Parlimen!



Siapa Di Antara 137 Ahli Parlimen Islam Malaysia Yang Bakal Jadi Kafir???


Perjalanan dan perjuangan untuk melihat 
hudud dilaksanakan di negeri Kelantan  sebenarnya masih  lagi panjang dan jauh. 

Beberapa akta dan fasal dalam Perlembagaan  harus dipinda di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Dua perkara yang perlu dipinda ialah Akta 
355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa  Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan  Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri  Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu.

Secara matematiknya jumlah ahli parlimen 
Islam yang di dalam Dewan Rakyat, berjumlah  137 orang secara keseluruhan. 

Walaupun untuk meminda dua akta ini hanya  memerlukan sokongan “simple majority” atau  112 orang ahli parlimen bersetuju bagi membolehkan ianya diluluskan tetapi kekangan  parti, kecetekan ilmu dan iman bakal jadi penentu.

Jumlah 112 undi untuk membolehkan perlembagaan  dipinda nampak kecil tetapi bukan mudah hendak dicapai.

137 orang ahli parlimen Islam itu merangkumi :

1) Ahli parlimen UMNO –  88 orang

2) Ahli parlimen PBB – 10 orang

3) Ahli parlimen Bebas, Khalid Ibrahim – 1 orang

4) Ahl parlimen PAS – 21 orang

5) Ahli parlimen PKR – 15 orang

(tidak termasuk Anwar Ibrahim yang kini  di penjara)

6) Ahli parlimen DAP – 2 orang

( Ariff Sabri, Raub dan Zairil, Bukit Bendera)

Jadi siapa ahli parlimen Islam yang berani  tidak mahu mengundi hudud di parlimen?

Hakikatnya Pas terbahagi dua iaitu golongan  Ulamak dan Professional yang diragui ilmu  agama dan pegangan mereka. 

Malah mereka dilihat lebih taat kepada DAP  berbanding Presiden Pas. Justru undi dari  MP Pas juga masih belum solid.

2 ahli parlimen DAP iaitu Ariff Sabri dan Zairil  pula pasti akan taat kepada pucuk pimpinan  DAP. Sementara itu, kesemua 15 ahli parlimen  PKR juga dijangka tidak akan mengundi untuk  menyokong hudud diluluskan di parlimen.

Undi MP Umno dan gabungan BN pula  dilihat agak solid jika Presiden parti  memberikan green light. 
Malah kebanyakkan MP Umno/BN dilihat 
menyokong hudud kecuali beberapa kerat  yang dilihat agak liberal mungkin kerana  faktor cetek ilmu ataupun datang daripada keluarga kahwin campur. 

Walaupun PKR sebagaimana DAP telah  melahirkan hasrat tidak menyokong pembentangan  Hudud di Parlimen, Anwar dilihat bernasib baik  kerana tidak perlu mengundi. 

Yang pasti berani mengundi menolak Hudud,  walaupun mengetahui perlaksanaan hukum  tersebut adalah wajib, boleh membawa kepada  terbatalnya kalimah syahadah seseorang itu  dan boleh membawa kepada kufur.  Waliyazubillah.-bumiyang.

MENOLAK HUDUD LANGSUNG TIDAK MENJEJASKAN  ALLAH! YANG PASTI, BERSEDIALAH MENJADI KAFIR!
PILIH ANTARA DUA! KEPENTINGAN POLITIK  ATAU KEPENTINGAN AKIDAH TERHADAP ALLAH!

JANGAN MENANG DI DUNIA TETAPI  SENGSARA DI AKHIRAT!  ALLAH SENTIASA MELIHAT!!!

HUKUM HUDUD ADALAH UNTUK SEMUA,BAIK ISLAM MAHUPUN KAFIR!!! PART 6.

5.4 QAZAF


Qazaf bermaksud tuduhan zina. Tuduhan selain zina tidak termasuk dalam Hudud, tetapi termasuk dalam Ta’zir. 

Tuduhan zina sangat besar dosanya. Qazaf hendaklah dengan perkataan yang terang dan jelas iaitu dengan menggunakan perkataan zina atau menafikan anak yang dilahirkan isterinya atau yang sedang dikandung isterinya, atau menggunakan perkataan yang serupa dengan zina dalam bahasa lain.

Menurut beberapa pendapat ulama’, tuduhan mestilah secara terbuka, tuduhan secara tertutup tidak termasuk dalam qazaf. Namun dalam Al-Quran dan As-Sunnah menyebut tentang qazaf secara umum, jadi qazaf secara terbuka, tertutup, bertulis dan sebagainya dikira sebagai qazaf menurut pandangan sebilangan besar Jumhur ulama’

SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN HUKUMAN
Qazaf menjadi sabit apabila memenuhi syarat-syarat yang berikut:

1. Orang yang menuduh:

Berfikiran waras
Dewasa
Tuduhan dilakukan secara terang-terangan dan sengaja, bukan dipaksa.
Tidak disyaratkan penuduh mesti orang Islam. Orang kafir yang menuduh orang Islam akan dikenakan hukuman had juga.

2. Orang yang dituduh:

Berfikiran waras
Dewasa
Kebanyakan dari pendapat ulama’ membataskan umur lelaki yang dituduh ialah 10 tahun dan perempuan yang dituduh ialah 7 atau 9 tahun.

3. Orang Islam

4. Merdeka

Menuduh hamba tidak dikenakan had, demikian pendapat jumhur ulama’, antaranya ialah Abu Hanifah, Asy-Syafie, Maliki, Al-Auzai’, Sufian Ath-Thauri, dan lain-lain.

5. Orang yang dituduh tidak membuat zina sebelum dan sesudah dituduh.


SABIT KESALAHAN QAZAF

Kesalahan qazaf menjadi sabit melalui salah satu dari dua cara:

Kerana pengakuan penuduh sendiri, dan ia gagal mendatangkan empat orang saksi, atau
Kerana persaksian dua orang lelaki yang adil

UQUBAH KE ATAS KESALAHAN QAZAF

Uqubah yang dikenakan ke atas penuduh ialah:

Lapan puluh pukulan cemeti

Hilang hak persaksian kerana ia sudah tergolong dalan golongan orang-orang fasiq. 

Haknya akan pulih apabila ia bertaubat dan beramal soleh.

Pelaksanaan hukuman ini dilakukan oleh hakim atas tuntutan yang tertuduh sendiri atau walinya.

Dari Ibnu Abbas, "Hendaklah engkau bawakan empat orang saksi dalam menuduh zina terhadap seseorang, atau hukuman sebat ke atas belakangmu"
(Hadis riwayat Bukhari)


GUGURNYA HUKUMAN

Penuduh akan terlepas dari hukuman had apabila ia dapat mengemukakan empat orang saksi seperti saksi-saksi dalam bab zina, ataupun apabila tertuduh sendiri membuat pengakuan berzina yang dituduhkan ke atasnya. 

Jika penuduh berjaya mengemukakan empat orang saksi, maka gugurlah hukuman had ke atasnya, sebaliknya tertuduh dikenakan hukuman had penzina.

LI’AN

Kadang-kadang qazaf ini dilakukan oleh suami terhadap isterinya padahal ia tidak mempunyai empat orang saksi dan si isteri tidak mengaku bersalah.

Dalam hal ini, apabila suami menuduh isterinya berzina atau menafikan anaknya dan ia tidak mempunyai empat orang saksi, maka ia dibebaskan dari hukuman had qazaf, dan diberi kesempatan untuk bersumpah sebanyak empat kali bahawa isterinya benar-benar berzina, dan pada kali kelima ia bersumpah: Jika aku berbohong, maka aku akan mendapat laknat dari Allah.

Dan si isteri pula diberi hak untuk membela dirinya dengan bersumpah empat kali bahawa suaminya berbohong dan untuk kali kelima ia bersumpah: Jika suamiku benar dengan tuduhannya, maka aku akan mendapat kemurkaan dari Allah s.w.t.. Inilah yang dinamakan Li’an.

HUKUM HUDUD ADALAH UNTUK SEMUA,BAIK ISLAM MAHUPUN KAFIR!!! PART 5.

5.3 ZINA



PENGERTIAN ZINA

Zina ialah persetubuhan haram melalui alat kelamin lelaki dan wanita di luar perkahwinan yang sah, sama ada pasangan itu melakukannya secara suka sama suka, dengan bayaran ataupun tidak, sama ada perkosaan atau tidak, sama ada ia dilakukan oleh seorang dewasa dan pasangannya tidak dewasa, sama ada dilakukan oleh suami, isteri atau tidak, sama ada dilakukan oleh orang yang pernah bersuami atau beristeri atau tidak. Semua hubungan seks di luar perkahwinan yang sah, dinamakan zina.


HUKUM ZINA

Zina adalah satu perbuatan keji yang termasuk dalam kelompok dosa-dosa besar.
Antara dalil-dalil daripada hadith berkaitan pengharaman zina adalah:


Sabda Rasulullah:

“Tidak ada dosa sesudah syirik dengan Allah lebih besar dari benih yang ditumpahkan oleh seorang lelaki dalam kemaluan perempuan yang tidak halal baginya.”
(Hadith riwayat Ibnu Abi Ad-Dunia (dhaif).)

“Barangsiapa yang berzina atau meminum khamar, Allah mencabut iman daripadanya bagaikan orang mancabut baju dari kepalanya.”
(Hadith riwayat Al-Hakim (dhaif).)

JENIS-JENIS ZINA

A. PENZINA MUHSHAN:

Yang dimaksudkan dengan penzina muhshan ialah lelaki 
atau wanita yang telah menikmati persetubuhan dalam perkahwinan yang sah, sama ada keluar mani atau tidak, sama ada masih dalam ikatan perkahwinan ataupun telah bercerai. Hukuman yang diancam ialah uqubah di dunia dan ‘iqab di akhirat. Di dunia dikenakan hukuman mati iaitu direjam sampai mati.

SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN

1. Berakal waras

Orang gila tidak dikenakan hukuman rejam,hanya dikenakan hukuman Ta’zir sahaja. Orang mabuk yang berzina tidak terlepas dari hukuman rejam kerana ia mabuk atas kerelaannya sendiri dan ia tahu bahawa pemabukan boleh membawa akibat yang berat, kecuali ia dipaksa untuk minum atau tersalah minum lalu mabuk lalu melakukan zina, maka ia terlepas dari hukuman.

2. Orang dewasa

3. Orang merdeka

Hukuman terhadap hamba hanyalah separuh hukuman orang merdeka.

4. Telah menikmati hubungan seks (sanggama) dalam perkahwinan yang sah, walaupun tidak sampai keluar mani.

5. Zina itu dilakukan dengan sukarela. Orang yang dipaksa berzina atau tersalah orang tidak dikenakan hukuman rejam.


Pendapat golongan Asy-Syafie, Maliki dan Hanbali.

Tidak dikenakan hukuman rejam apabila seorang lelaki berzina dengan seorang wanita yang tidur di kamar rumahnya kerana menyangka ia adalah isterinya kerana walaupun ia termasuk dalam kategori zina, tetapi ada mempunyai ciri-ciri subhat, di mana subhat menggugurkan Hudud.

Pendapat golongan Hanafi

Wajib dikenakan hukuman Had kerana tidak mungkin si lelaki tidak kenal isterinya sendiri melalui sentuhan, baunya atau suaranya.

Pendapat Imam Abu Hanifah

Berzina dengan wanita yang diupah tidak dikenakan hukuman hudud kerana upah itu dikira sebagai maharnya. Pendapat beliau ditentang keras oleh para ulama’ termasuklah sahabat-sahabatnya. Pendapat ini bertentangan dengan dalil-dalil yang naqli dan akli. Jika menurut pendapat beliau, orang yang berzina dengan pelacur terlepas hukuman had kerana telah membayar upah kepada wanita yang ditiduri itu.

Pendapat Imam Ibnu Hazm

Lanjutan daripada kes Imam Abu Hanifah, beliau pula menyatakan dengan tegas bahawa penzinaan antara lelaki dan perempuan yang diupah lebih hina daripada penzinaan tanpa upah, malahan penzina yang mengambil upah telah melakukan haram yang lain lagi, iaitu memakan harta dengan jalan yang batil.


SABIT KESALAHAN ZINA

1. Pengakuan penzina sendiri.

Pengakuan adalah penghulu segala dalil dan menjadi bukti atas kesalahan yang telah dilakukannya. Pengakuan penzina perlulah memenuhi syarat-syarat yang berikut:


Berakal

Pengakuan mestilah dibuat secara lisan

Dewasa

Dengan sukarela

Bilangan pengakuan


Menurut Asy-Syafie, Maliki, Al-Hasan, Daud, Hammad bin Abu Sulaiman, Abu Thaur, dan Ath-Thabari berpendapat bahawa pengakuan cukup dengan hanya sekali sahaja.



Menarik balik pengakuan

Apabila seorang penzina menarik balik pengakuannya, maka tidaklah ia dikenakan hukuman. Demikianlah pendapat menurut golongan Asy-Syafie, Hanafi, dan Ahmad.


2. Persaksian oleh empat orang saksi


Kesalahan zina menjadi sabit apabila ia disaksikan oleh persaksian yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:


Persaksian dibuat oleh empat orang saksi. Jika persaksian kurang daripada empat orang, ia tidak diterima bahkan mereka dikenakan hukuman lapan puluh kali rotan kerana menuduh tanpa saksi yang cukup.

Semua saksi hendaklah lelaki.

Semua saksi hendaklah beragama Islam

Semua saksi terdiri daripada orang dewasa

Semua saksi berfikiran waras

Tuduhan dengan menggunakan perkataan yang terus-terang, bukan perkataan sindiran.

Melihat kesalahan zina itu dengan terus-terang, secara jelas melihat kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan perempuan.

Persaksian keempat-empat hendaklah dibuat dalam satu majlis, bukan di tempat yang berlainan dan masa yang berlainan.


Dari Ibnu Abbas, "Hendaklah engkau bawakan empat orang saksi dalam menuduh zina terhadap seseorang, atau hukuman sebat ke atas belakangmu"
(Hadis riwayat Bukhari)


3. Kerana si wanita mengandung

Menurut pendapat kebanyakan ulama’ wanita yang mengandung tanpa suami, tanpa diketahui siapa bapanya, ia tidaklah dikenakan had semata-mata, tetapi hendaklah dengan pangakuannya atau persaksian oleh empat orang saksi, sebab kandungan itu mungkin kerana hubungan seks dalam perkahwinan fasiq, mungkin kerana dipaksa, atau mungkin kerana hubungan seks yang dilakukan ke atasnya tanpa kesedarannya semasa tidur atau sebab-sebab lain.

UQUBAH KE ATAS PENZINA MUHSHAN

Hukuman had atas penzina muhshan ialah direjam sampai mati. Tidak ada perbezaan pendapat antara ulama’ mengenai hukuman ini.


Dari Sulaiman bin Buwaidah, Maiz bin Malik pernah datang menemui baginda Rasulullah saw, maka dia berkata "Wahai utusan Allah, sucikanlah diriku!". 

Jawab baginda "Kasihan engkau. Pulanglah dan mohon ampun kepada Allah serta taubatlah padanya." Lalu pulanglah Maiz dan tidak lama selepas itu, dia datang kembali dan menyatakan perkara yang sama seperti tadi. 

Peristiwa ini berulang sehinggalah sampai kali keempat, baginda bertanya "Apakah yang aku boleh tolong untuk menyucikan dirimu?". 

Jawab Maiz "Sucikan diriku dari dosa zina!". Maka baginda bertanya kepada semua sahabat yang ada "Adakah Maiz ini ada penyakit gila?" 

Maka mereka menjawab bahawa Maiz tidak berpenyakit gila. Baginda bertanya lagi "Adakah Maiz ini peminum arak?". Maka bangun seorang dari kalangan sahabat lalu cuba menghidu-hidu bau pada Maiz dan tidaklah didapati bau arak padanya. 

Lalu baginda bertanya lagi, "Wahai Maiz, adakah engkau benar-benar telah melakukan zina?" Maka Maiz menjawab, "Ya!". Maka baginda memerintahkan agar Maiz dibawa untuk hukuman rejam.

(Hadis ini mutawwattir, Riwayat Sahih Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Ya'ala, Al-Bazzar, at-Tabroni. rujuk juga kitab Jamie' al-Usul (4/279), Nailul Awtar (7/95 & 109), Majma' az-Zawaid (6/266), Nasbur Rayah (3/314), Subulus Salam (4/6), at-Talkhis al-Habir (ms 350))


CARA PELAKSANAAN HUKUMAN REJAM

Hukuman hendaklah dilakukan secara terbuka dan dipersaksikan oleh sekumpulan orang Islam, baik mengenai hukuman rotan mahupun rejam.

Hukuman bagi wanita yang sedang mengandung hendaklah ditangguhkan sampai ia bersalin dan selesai menyusukan anaknya dalam tempohnya, jika tidak ada orang lain yang akan menyusukan anaknya.

Wanita yang direjam hendaklah direjam sambil duduk, manakala lelaki hendaklah direjam sambil berdiri, begitulah menurut Jumhur ulama’

Pakaian orang yang dikenakan hukuman rejam hendaklah diikat baik-baik supaya tidak terbuka auratnya ketika menggelepar kesakitan semasa direjam.

Menurut Abu Hanifah, orang yang menjadi saksi wajib menjadi orang pertama merejam. Jika wanita itu membuat pengakuan sendiri, maka pemimpin negara atau wakilnya wajib memulakan hukuman itu.
Menggali lubang untuk orang yang direjam.


B. PENZINA BUKAN MUHSHAN

Penzina bukan muhshan ialah lelaki atau wanita yang belum pernah menikmati hubungan seks dalam perkahwinan yang sah, walaupun telah melakukan hubungan seks itu di luar perkahwinan yang sah.

UQUBAH KE ATAS PENZINA BUKAN MUHSHAN

Hukuman yang wajib ke atas penzina bukan muhshan ialah:

Cambukan rotan seratus kali

Pembuangan negeri (Daerah) selama setahun


SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN HUKUMAN

Syarat-syarat pelaksanaan had, syarat-syarat yang dikenakan ke atas pesalah serupa dengan syarat-syarat yang dikenakan ke atas penzina muhshan. Demikian pula mengenai sabitnya kesalahan, iaitu melalui pengakuan, persaksian, dan kehamilan.


CARA PELAKSANAAN UQUBAH

Wanita yang hamil hendaklah ditangguhkan sampai ia bersalin dan setelah tempoh penyusuannya tamat.

Penzina yang sedang sakit ditangguh sampai ia sembuh.

Hukuman tidak boleh dilakukan dalam keadaan cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

Pesalah dirotan sambil ia duduk.

Cambukan rotan boleh dikenakan kepada seluruh anggota badan, kecuali kepala, muka dan kemaluan. Demikian menurut pendapat Asy-Syafie, dan Abu Hanifah.

Rotan yang digunakan adalah rotan yang sederhana besarnya, tidak besar dan tidak pula kecil, dan jika pelepah tamar yang digunakan, maka hendaklah menggunakan pelepah tamar yang separuh kering.

Jika hukuman itu dikenakan atas dasar pengakuan pesalah sendiri, maka hukuman dihentikan atau digugurkan jika pesalah menarik balik pengakuannya.

Pelaksanaan hukuman rotan hendaklah dipersaksikan oleh segolongan orang-orang mukmin.