Sebaik membaca
berita berhubung tarif elektrik akan dinaikkan bermula Januari 2014,
pantas saya merujuk manifestor Barisan Nasional, BN, seperti dihebahkan
sebelum Pilihan Raya Umum, PRU 13.
Pembaca sila klik di sini.
Manifesto pertama dicatatkan, janji BN diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, MENANGANI KOS SARA HIDUP.
Setelah mandat
diberikan oleh rakyat kepada BN untuk memerintah 5 tahun lagi, segala
AKU JANJI diwar-warkan kepada rakyat, hanya tinggal SUKU JANJI.
Bagaimanakah kaedah kerajaan menangani kos sara hidup rakyat?
Pertama,
kurangkan subsidi minyak petrol, kedua kurangkan subsidi gula dan
kemudian mengizinkan Tenaga Nasional Berhad, TNB, menaikkan tarif
elektrik bermula Januari 2014.
Ingin saya
tegaskan, menegur tindakan kerajaan bukan kerana saya tidak suka kepada
kepemimpinan Datuk Seri Najib dan jemaah menteri. Saya menegur agar
Datuk Seri Najib dan BN kelak tidak dibenci oleh rakyat sendiri.
Berikut antara gambar disebarkan di laman sosial berhubung Perdana Menteri dan aku janji BN.
Andai kata, dakwaan itu tidak benar, buktikan kepada rakyat secara logik.
Tahun lalu TNB
meraih keuntungan RM684.9 juta sepanjang suku tahun ketiga. Tahun ini,
keuntungan diperolehi berlipat ganda, RM1.7 billion dalam tempoh sama.
Saya
difahamkan, kakitangan TNB bakal menerima bayaran bonus kira-kira 5
bulan atau lebih pada 18 Disember ini. Itu rezeki mereka berlandaskan
prestasi diukur menggunakan KPI.
Sebagai Perdana
Menteri, saya percaya Datuk Seri Najib mempunyai hak untuk bersuara
agar keperluan rakyat didahulukan bukan membebankan pengguna di Malaysia
ini. Bekalan elektrik, keperluan asas kerana rakyat Malaysia tidak
bermastautin di dalam hutan belantara. Gajah, harimau dan tenuk tidak
memerlukan bekalan elektrik. Haiwan terbabit juga bukan pengusaha kilang
menggunakan bekalan elektrik mengikut kadar industri.
Jika tarif elektrik restoran dinaikkan, kebarangkalian harga makanan akan naik itu wujud. It is a chain reaction.
Sebelum PRU 13,
Perdana Menteri dilihat melaung-laungkan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN di media cetak dan elektronik. Benar, pencapaian
TNB amat mengagumkan semua tetapi malangnya rintihan rakyat ternyata
DIKEMUDIANKAN. Tidak salah TNB meraih keuntungan besar tetapi janganlah
menindas rakyat Malaysia.
Saya akui pihak pengurusan TNB memang hebat. Ketirisan berlaku lebih lapan tahun, klik di sini, namun masih mampu mengaut keuntungan sebegitu lumayan.
Selain daripada tarif elektrik dinaikkan, berita telah tersebar, kadar tol juga bakal meningkat. Berita dicatatkan di sini
barangkali akan meredakan sedikit keresahan hati rakyat. Namun
dikatakan kadar kenaikan tambang bas dan LRT, sedang dikaji. Semua itu
kemudahan asas harian, prasarana digunakan oleh rakyat. Dalam erti kata
lain, jika dinaikkan maka rakyat bakal memikul bebanan sara hidup
berganda selepas PRU 13.
sumber : http://www.mazidulakmal.com/2013/12/datuk-seri-najib-jangan-abaikan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan