"Assalamualaikum.....Vincent Tan dilapurkan merayu kerajaan Negeri PR supaya membenarkan judi piala dunia di benarkan di negeri mereka.Vincent Tan berhujah dengan hujah keadilan tetapi sedarkan Vincent Tan bahawa kelulusan judi itu sendiri merupakan satu yang tidak adil langsung?Sedarkan Vincent Tan bahawa judi membawa kesan buruk bukan sahaja kepada umat Islam tetapi kepada penggemar judi dari agama lain juga?
Sedarkan Vincent Tan bahawa judi adalah isu sejagat yang jelas membawa keburukan kepada pengemarnya walaupun ia mungkin memberi keuntungan lumayan kepada Vincent Tan.Jadi di mana adilnya? Dan di mana tidak adilnya kerajaan PR yang tidak membenarkan judi piala dunia di premis negeri mereka?
Tak silap, judi piala dunia juga tidak dapat beroperasi di negeri Terengganu, sebuah negeri BN kerana premis spot toto sudah lama tutup di Terengganu.Jadi apakah Vincent Tan akan meminta kerajaan negeri Terengganu membuka semula premis spot toto di Terengganu?
Apapun, setakat yang diketahui hanya negeri negeri di bawah pemerintahan BN kecuali Terengganu yang akan menjalankan operasi judi piala dunia sepanjang kempen piala dunia nanti.Penggemar penggemar judi dipersilakan memenuhi premis spot toto di negeri negeri tersebut untuk mengkayakan Vincent Tan sekaligus menyumbang kepada Najib.Untuk penggemar judi dari Terengganu pula bolehlah menumpangan premis spot toto di negeri Pahang untuk tumpang sekaki berjudi.Ini adalah kerana belum ada berita dari Mat Said sama ada membenarkan premis spot toto dibuka semula atau tidak.
Selamat berjudi kepada Vincent Tan dan Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan