Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Isnin, 14 Jun 2010

Tokoh Ma'al Hijrah Selangor Kembali Ke Rahmatullah

( sumber foto terkini Allahyarham Ust Hassan Shukeri dari MSO yang dirakamkan pada Muktamar PAS ke 56 lalu )

Selayang, 14 Jun : AlFadhil Ustaz Hasan Shukri telah meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 1:30 hari ini akibat serangan jantung. Beliau telah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Selayang sebaik sahaja tiba daripada menghadiri muktamar PAS ke 56 di Kota Bharu.

Hasan adalah ahli PAS sejak belasan tahun dan jawatan tertinggi di dalam parti yang pernah beliau pegang adalah jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dan Timbalan Presiden PAS. Beliau juga pernah dilantik menjadi Senator oleh kerajaan Negeri Terengganu apabila PAS memerintah negeri tersebut. Dan baru-baru ini beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Selangor diatas jasa-jasa beliau kepada kerja-kerja dakwah dan amal Islami dinegeri Selangor.

Jenazah beliau dipercayai akan dikebumikan di kampung beliau pada petang ini. Al-Fatihah

Tiada ulasan: