Jawapan:
" Pernah Sayyidah Aisyah r.a diimamkan oleh Maula (Khadam) beliau yg bernama Zakwan. Ketika menjadi imam kepada beliau itu, Zakwan membaca Alquran pada mushaf."
[ Disebut oleh Imam Bukhari dalam Sahih beliau, juz 1 m/s 245 dengan meletakkan bab hamba dan maula menjadi imam. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Abu Syaibah dalam Musonnaf beliau, juz 2 m/s 123, Al-Baihaqi dalam al-Kubra, juz 2 m/s 253 ]
Berdasarkan kepada riwayat inilah mazhab Syafi`i dan Hanbali berpendapat harus meletakkan sedemikian. Bahkan golongan ulama mazhab syafi`i menambahkan bahawa solat tidak batal sekalipun seorang yg bersolat itu membaca di dalam hati tulisan selain daripada al-Quran.
Imam Nawawi telah menaqalkan pendapat mazhab ini sebagaimana kata beliau:
Quote
" Jika sesorang itu memabaca Alquran daripada mushaf, tidak batal solatnya sama ada dia telah menghafal alquran atau tidak. Bahkan wajib dia melihat pada mushaf jika tidak menghafal surah AL-FATIHAH.
Jika dia membalik-balik lembaran kertas mushaf itu pada sesetengah ketika dalam solatnya tidaklah batal solat itu. Dan jika dia melihat pada tulisan selain daripada Alquran dan mengulang-ulanginya di dalam hatinya bacaan itu tidak batal juga solatnya,sekalipun lama masanya. Tetapi perbuatan begini adalah makruh. Ini telah dinaskan oleh Imam Syafie R.A. dan disepakati oleh sahabat-sahabat beliau."
[ Al- Majmu` oleh Imam Nawawi, juz 4 m/s 27 ]Jika dia membalik-balik lembaran kertas mushaf itu pada sesetengah ketika dalam solatnya tidaklah batal solat itu. Dan jika dia melihat pada tulisan selain daripada Alquran dan mengulang-ulanginya di dalam hatinya bacaan itu tidak batal juga solatnya,sekalipun lama masanya. Tetapi perbuatan begini adalah makruh. Ini telah dinaskan oleh Imam Syafie R.A. dan disepakati oleh sahabat-sahabat beliau."
Syeikh Rahaibani telah menaqalkan mazhab Imam Ahmad R.A. sebagaimana kata beliau: " (Dan) boleh bagi orang yg bersolat itu (membaca pada mushaf dan melihat padanya) ertinya mushaf. Kata Imam Ahmad R.A; tidak mengapa sesorang itu bersolat qiamullail dengan manusia (menjadi imam) sambil melihat kepada mushaf.
Beliau ditanya, kalai solat itu solat fardhu apakah hukumnya?
Jawab beliau " Sy tidak pernah mendengar tegahan yg melarang tentang itu."
Az-Zuhri pernah disoal tentang seorang lelaki membaca alquran(dalam solat) pada mushaf ketika bulan Ramadhan. Jawab beliau; orang-orang baik dari kalangan kami membaca alquran pada mushaf."
[ Mathalib Ulin-Nuha oleh ar-Rahibani, juz 1 m/s 483-484 ]
Manakalah mazhab Maliki pula memakruhkan membaca al-Quran pada mushaf sama ada pada solat fardhu atau solat sunat. Mazhab Hanafi pula berlaku perselisihan pendapat (khilaf) di antara mereka; Imam Abu Hanifah R.A. mengatakan bahawa rosak / batal solat orang yg melakukan perbuatan itu. Manakala dua orang sahabat beliau pula berpendapat sebagaimana mazhab Maliki.
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, kami berpendapat bahawa mazhab majoriti ulama itu adalah lebih kuat iaitu membaca alquran pada mushaf ketika solat itu adalah sah dan tidaklah berdosa.
Wallahualam
Rujukan Fatwa oleh Syeikh Ali Jumaah
(Mufti Republik Arab Mesir)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan