Suatu perkara yang tidak boleh tidak kita wajar mengambil perhatian tentang penulisan yang kita buat.
Bermula dari sumber maklumat dan gaya bahasa penulisan sebenarnya memberikan imej dan penafsiran yang pelbagai dari para pembaca.
Sekiranya sesuatu perkara dan isu yang kita lontarkan dalam penulisan kita dalam blog tanpa kita selidiki sumber maklumatnya samada ia benar atau tidak akan memberikan kesan langsung terhadap sesuatu perkara yang kita publishkan.
Isu yang kita yakini benar tetapi kita tidak mendahulukan dengan siasatan sumber samada ia benar-benar saheh atau tidak dibimbangi kita akan turut menyebarkan fitnah dan akan meruntuhkan kerukunan moral dan akhlak.
Sesuatu isu yang berkitan dengan seseorang maka wajarnya kita menyelidiki sumber-sumber yang sah dan benar sebelum kita turut memberikan sebarang ulasan mengenainya.
Berwaspadalah agar kita tidak turut menjadi agen pemfitnah kerana terlalu besar kesanya kepada seseorang yang terfitnah dalam ruangan maya seperti ini bahkan menjadi satu dosa yang sangat besar.
Allah mengingatkan kita bahawa dosa pemfitnah itu lebih besar dari membunuh dengan maksud bahawa seseorang yang membunuh akan terlepas dari hukum balas dengan mendapatkan pengampunan dari wali atau ahli waris mangsa namun tetap dihukum dengan hukuman yang setimpatl dan dikenakan Diat.
Berbeza dengan dosa memfitnah seseorang yang menyebarkan fitnah terpaksa menarik balik segala tuduhan dan fitnahnya terhadap mangsanya dengan menarik balik segala tuduhannya serta memohon maaf secara terbuka dan membuat islah ( pembetulan ) kepada semua orang yang menerima berita fitnah itu langsung darinya adat secara berantai.
Mudahnya kita menulis sesuatu perkara namun terlalu sukar untuk kita menjernihkan kembali segala kekeruhan yang kita cipta hasil dari tulisan kita.
Gunakanlah ruang maya ini sebagai info yang bermanfaat kepada penulisan dan kepada khalayak pembaca semoga segala tulisan kita yang baik dan berilmu akan menjadikan ia sebagai medan dakwah yang terbaik dalam misi kita menjadikan kita sebagai Khaira Ummah. Wallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan