Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 22 Januari 2010

Mencari NIlai Taqwa. Siri 1


"Katakanlah, Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam". AlAn’am 162

Disaat kita meniti kehidupan yang penuh berliku ini kita sebenarnya masih tercari-carai apakah matlamat kehidupan kita kerana kita sendiri seakan tidak tahu mana laluan yang kita hendak gunakan samada jalan yang penuh berliku dan beranjau atau jalan yang mudah dan selesa.

Allah SWT menciptakan kepada kita dunia ini penuh dengan kenikmatan lalu Allah juga menyuruh kita mensyukuri segala pemberian dan nikmat itu lalu sedikit sangat dari kita yang mensyukuri segala pemberian itu.

Dalam diri kita ada pelbagai perasaan dan nafsu yang sebenarnya mengawal segala perbuatan kita dan terkadang kita lupa satu perkara penting yang boleh memandu kehidupan kita dengan lebih bermakna iaitulah iman.

Kita boleh sahaja melakukan pelbagai perkara yang kita inginkan namun disana ada lagi perkara penting sebagai tembok yang ampuh dan kukuh mengawal segala macam ragam kehidupan kita agar tidak mudad tergelincir dan menjerumuskan kita kearah kebinasaan dan kerugian.

Kita bisa kaya dan mewah atas usaha yang kita lakukan, kita boleh berhibur dengan pelbagai aktiviti yang kita ceburi, kita mampu menjadi pemimpin politik yang disegani bila kita diundi dan dipilih dan kita boleh dalam segala hal yang kita inginkan dan yang kita ushakan.

Namun disana ada satu perkara yang kita sering lupa dan kita kesampingkan iaitu sifat TAQWA.

Taqwa bukanlah mudah untuk diushakan dan bukanlah sukar untuk kita jiwai kerana nilai taqwa sentiasa terbuka dalam kehidupan kita.

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa Umar bin Khattab ra. bertanya kepada Ubay bin Ka'ab tentang taqwa. Ubay ra. menjawab:"Bukankah Anda pernah melewati jalan yang penuh duri?""Ya.", jawab Umar."Apa yang Anda lakukan saat itu?""Saya bersiap-siap dan berjalan dengan hati-hati.""Itulah taqwa."

Dengan erti yang lain kita hendaklah mempersiapakn diri kita dengan kepatuhan dan ketaatan kepada segala titah perintah Allah dam segala espek kehidupan kita dan meninggalkan segala tegahan dan laranganNya .

Sebagai suami dan ketua rumah tangga nilai Taqwa perku kuat dalam diri kita kerana kita bakal mencorak dan mentadbir isi rumah kita dengan menunaikan segala macam tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.

Tanggungjawab menyediakan makanan dari sumber yang halal, pakaian yang menutup aurat, keselesaan tempat tinggal dan kenderaan,pendidikan dan kasih sayang merupakan aset yang terpenting yang wajib kita lunaskan terhadap mereka namun disana ada satu perkara yang sering kita lupakan iaitu sentiasa perihatin terhadap kepatuhan kepada perintah Allah dalam soal ibadah isteri dan anak-anak.

Apakah kita yakin kita akan lepas dari seksaan Neraka Allah yang Maha Pedih dan mengazabkan itu? kita jangan menjadi hipokrit semata-mata kita sudah solat namun pastikah isteri kita dan anak-anak kita dirumah juga sudah menunaikan ibadah solat?

Kita smart berbaju kemeja atau tshirt dan berseluar panjang menutup aurat tetapi kenapa dibiarkan isteri dan anak dara kita mendedahkan auratnya? Rambut kita disisir rapi begitu juga rambut isteri dan anak dara kita disisir rapi tetapi menjadi tatapan umum dan berwarna-warni lagi. Terlihat juga nak bujang kita berseluar pendek lah dia bersinglet lah dia bersubang lah dia dan macam-macam lagi.

Jika situasi ini berlaku persoalan yang wajar kita timbulkan dimana nilai Taqwa dalam rumah tangga kita?

Tidak kah kita impikan kebahagian yang hakiki yang disebut sebagai Rumah ku Syurga ku dan tidak kah kita ingat peringatan Allah kepada kita

" wahai orang-orang yang beriman, peliharah dirimu dan keluargamu dari seksaan api neraka".... Wallahualam...

Tiada ulasan: