Alhamdulillah hari ini adalah hari pertama persekolahan sesi 2010. Kedua-dua anak ana mulai bersekolah. Sesi pagi keduanya bersekolah di Sekolah Rendah Agama Taman Universiti dan sesi petang di Sekolah kebangsaan taman Universiti.
Ana cukup berasa sedih dan teruja melihat anak-anak sejak awal pagi bersiap dengan pakaian sekolah dan penuh bersemangat dan ana sendiri mengalirkan air mata gembira dan yang bercampur hiba kerana bila anak mula bersekolah bermakna diri ini sudah tua lah maksudnya.
Apa yang penting adalah kita sebenarnya memikul amanah Allah terhadap pendidikan anak-anak. Kita wajib memberikan pendidikan yang sempurna dengan memberikan didikan agama dan kademik yang secukupnya kepada mereka.
Ana juga turut kesal dan sedih dengan sebahagian besar dari ibu-bapa yang telah gagal menghantar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah-sekolah agama dan hanya mementingkan pendidikan akademik semata-mata.
Tidakah mereka merasa bertanggungjawab untuk memberikan didikan agama yang sempurna dan tidakakah mereka takut terhadap tuntutan anak diakhirat kelak kerana tidak memberikan pendidikan agama kepada mereka.
Apa agaknya jawapan kita jika kita dipersoal dan dituntut oleh anak-anak diakhirat kenapa kita tidak memberikan didikan agama kepada mereka?
Apakah juga kita tidak teringin melihat kejayaan anak-anak kita dalam kedua-dua bidang. Tidakah kita mahu melihat anak kita menjadi seorang doktor tetapi seorang doktor yang hafiz al-Quran? seorang engeniar yang alim dan sebagainya.
Kita tidak akan mampu melihat kejayaan itu serentak jika diperingkat awal lagi kita tidak berusaha untuk memberikan didikan agama kepada mereka.
Fikir-fikirkanlah....Wallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan