Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Sabtu, 5 September 2009

BERPUASA : WASIAT IMAM AL-GHAZALI ( 1 )



Imam al-Ghazali r.a telah menghuraikan perkara-perkara yang menyempurnakan ibadat puasa menerusi sepotong hadis Nabi SAW yang bermaksud :


" Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda : sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan-perkataan yang sia-sia dan mengerjakan denganya maka tiada bagi Allah hajat bahawa meninggalkan ia akan makanan dan minumanya. Hadis Hassan / Soheh ( Bahrul Mazi jld 3 m/s 36 )


1. MEMEJAMKAN MATA DARI BERBUAT MAKSIAT. Imam al-Ghazali menegaskan dalam Ihya' Ulumuddin. kesempurnaan berpuasa ialah yang pertama memejamkan mata dan menegah mata daripada meluaskan pandangan kepada tiap-tiap perkara yang dikeji, dan memalingkan mata dan hati daripada perkara-perkara yang membimbangkan dan melalaikan daripada mengingati Allah kerana Sabda Nabi SAW lagi : bermula pandanagn ( penglihatan ) itu adalah satu anak panah yang berbisa daripada anak panah Iblis yamg melihat akandia oleh allah , maka barang siapa yang meninggalkanya kerana takutkan Allah, nescaya mendatangkan oleh Allah akan kemanisan iman di dalam hatinya...


Ulasan; betapa kita melihat dewasa ini umat islam yang sedang berpuasa kini seakan tidak dapat lari dari anak panah syaitan dan iblis. Apabila ditanya apakah mereka berpuasa, mereka akan berkata dia sesungguhnya berpuasa dan kelihatan diwajahnya nan sayu serta letih yang menggambarkan dia sedang berpuasa, namun dalam masa yang sama kita lihat pakaian mereka sesungguhnya akamt menjolok mata bahkan bukan mata sahaja yang dijolok anggota sulit lelaki juga terjolok sama.


Sedetik kita berjalan di bazar ramadhan kita akan dapati begitu ramai wanita kita yang berjalan dalam keadaan bertelanjang dengan pelbagai aksi. Raut wajahnya begitu bersahaja dan tidak sedikitpun kelihatan diwajah mereka rasa malu dan segan bahkan mereka ini begitu bangga memperagakan fesyen pakaian mereka. Ada yang berpakaian ketat hingga mempamerkan bentuk tubuh mereka dengan jelas berbonjol-bonjol dan bergetar-getar, ada yang tidak cukup kain untuk dibuat baju dan kain dan ada juga yang tidak cukup benang untuk menjahit pakaian mereka dan bermacam-macam lagi.


Daripada pengunjung bazar ramadhan hinggakan kepada para peniaga juga tampak serupa perangai mereka. Maka yang terinaya adalah kaum Adam yang begitu terseksa perasaan zahir dan batin mereka. Dari awal pagi berpuasa dengan gred yang tinggi akan terus menjunam keparas yang paling rendah apabila mereka perkunjung ke bazar Ramadhan.


Persoalanya dimanakah iman wanita-wanita kita dalam berpakaian? Siapa yang harus dipersalahkan? apakah mereka tidak tahu kewajipan untuk menutup aurat? atau apa? atau kita boleh memakai hujjah bekas menteri wanita kita bahawa iman itu dihati bukan pada pakaian?


Saya mencadangkan agar pihak PBT dan kerajaan negeri dan jabatan-jabatan agama melakukan kempen menutup aurat bermula dari Ramadhan tahun ini dan pada tahun-tahun akan datang sekurang-kurangnya dibuat banner tentang kampen ini atau mengedarkan risalah-risalah nasihat mengenai aurat ini. Banner ini digantung di pintu masuk dan keluar bazar dan ditempat-tempat yang strategik.

Tiada ulasan: