Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung MRK Al-Banjari dengan harapan agar sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini adalah yang terbaik berbanding dengan sambutan sebelum ini dengan kita menghayati tarbiyyah Ramadhan yang lalu yang telah kita tempuhi dengan semangat dan amalan-amalan taqwa.
Jika dalam bulan ramadhan lalu kita telah berjaya membentuk diri kita dekat dengan masjid dan surau serta kita telah berjaya mendisiplin diri dengan segala perkara-perkara yang membatalkan puasa dan kita dapat membaca serta mentaddbur al-Quran dengan baik janganlah hendaknya kita rosakan indentiti taqwa itu dengan kita menyambut Aidil Fitri ini dengan cara pembaziran dan maksiat.
Marilah kita meneruskan perjuangan dan kesan dari tarbiyyah Ramadhan dalam bulan Syawal yang mulia ini dan bulan-bulan yang mendatang untuk terus kita meletakan diri kita sentiasa berada diatas landasan taqwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan