Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 3 April 2009

ROGOL YANG MENAKUTKAN RAKYAT


Kes rogol di negara ini meningkat hampir 300 peratus tahun lalu kepada 4,959 kes berbanding jumlah kes 2007 sebanyak 1,241, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung baru-baru ini.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 3,718 kes atau 299.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Jika dilihat kepada peningkatan indeks jenayah rogol seperti kenyataan diatas sewajarnya kita mengambil perhatian yang serius dengan penuh kebimbangan.
Begitulah apabila semua pihak tidak mengambil cakna terhadap masalah yang sedang berlaku dan kini kita telah dibelenggu dengan pelbagai kegawatan. Sekarang kita menghadapai masalah dengan kegawatan ekonomi yang memperlihatkan peningkatan kadar inflasi bahkan yang lebih teruk lagi ramai dari kita yang kehilangan pekerjaan terutamanya disektor perkilangan dan swasta.
Bila berlakunya kegawatan ekonomi banyak pihak tampil dengan pelbagai idea untuk mencari jalan bagi memulihkan ekonomi negara. Begitu jugalah dengan tekad Perdana Menteri baru kita Dato' Seri Najib juga sebentar tadi berjanji untuk memberikan perhatian serius terhadap usaha memulihkan kedudukan ekonomi negara.
Namun tidak ramai dari kalangan kita perasan nagara juga sedang dilanda dengan satu lagi gejala yang menakutkan kita iaitulah ummah dan rakyat kita sedang dirundung kegawatan akidah dan iman.
Tidak ramai dari kita yang tampil memberikan idea untuk mengatasi masalah ini. Kegawatan iman ini juga memperlihatkan kepada kita bagaimana jenayah rogol, buang bayi, penculikan, ketagihan arak, dadah, penyebaran ajaran sesat dan pemahan terhadap pelbagai unsur ketuhanan dan lain-lain sedang menyerang generasi muda kita.
Gawatnya iman tidak mampu kita uruskan hanya dengan cara penguatkuasaan semata-mata namun apa yang lebih penting ia memerlukan kepada usaha dakwah, nasihat dan motivasi terhadap setiap warga untuk memperkasakan keimanan terhadap Al-Khaliqnya iaitulah Allah SWT.
Persoalanya apakah tindakan yang drastik oleh pihak berwajib untuk memimpin generasi muda kita untuk mengenal Allah dan melaksanakan setiap perintahNya. Dimana mereka untuk mendidik dan mentarbiyah anak muda kita untuk berusaha ke masjid menunaikan solat lima waktu? Tidak ketinggalan kita lihat warga tua juga seakan menjauhkan diri dari Masjid.
Tetapi apabila perkara-perkara yang melalaikan serta yang merosakan minda generasi muda kita ia terlalu banyak penaja dan publisiti contohnya seperti konsert-konsert hiburan yang dianjurkan begitu mudah untuk dihebahkan untuk menggamit penonton, begitu juga dengan hiburan media seperti tv yang terlalu banyak di siarkan.
Sampai bilakah kita akan duduk dalam situasi ini? Tidak anda bimbang akan keselamatan anak-anak kita bila situasi ini terus berlaku? Terjaminkah generasi muda kita dari segala macam gejala sosial yang dinyatakan diatas.
Marilah kita bersama-sama memainkan peranan untuk menjinakan hati warga kita untuk terus taatkan allah dalam semua keadaan kerana kita hanya akan hidup sementara dan sekali sahaja. Justeru marilah kita membuat kebaikan untuk menjamin kesinambungan iman terhadap generasi akan datang. Hidupkanlah peranan kita seperti yang telah diperintahkan " Apabila kamu melihat kemungkaran berlaku maka tegahlah ia dengan tangan dan kekuasaan mu, jika tidak mampu tegahlah ia dengan lisan dan nasihat dan seandainya tidak mampu juga maka tegahlah ia dengan hati, maka perbuatan menegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman" maksud Hadis
Wallahualam....

Tiada ulasan: