Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Rabu, 1 April 2009

Pemaafkah Kita?

Sebagai manusia kita dianugerahkan pelbagai perasaan yang mencorakkan setiap peri laku dan tindakan semasa. Ada perasan cinta, kasih dan sayang, disulami pula dengan perasaan sakit hati, dendam dan marah dan sebagainya.
Begitulah resamnya hidup kita yang sentiasa bercampur baur antara kepelbagaian perasaan yang bersarang dalam sanubari kita.
Kita bisa sahaja akan melakukan apa yang terbaik dan termampu kerana dek permintaan orang yang kita sayangi. Segala hajat dan permintaan isteri dan anak-anak hampir 100 peratus kita berusaha untuk memenuhinya. Begitulah dalamnya nilai kasih sayang kita terhadap orang yang kita sayangi.
Namun dalam masa yang sama kita akan nekad bertindak apa sahaja jika sesuatu perkara yang mengundang perasaan marah kita terhadap seseorang. Dengan adanya perasaan marah disulami dengan dendam kesumat kita mampu bertindak diluar batas kemanusiaan demi memuaskan nafsu dan perasaan marah itu.
Seseorang itu akan sanggup mencederakan hatta sanggup membunuh kerana marah dan dendam. Padanya mungkin puaslah hatinya kerana dapat bertindak balas.
Namun apa yang jarang kita ambil perhatian adalah satu lagi perasaan yang jarang kita gilap dalam kehidupan kita iaitulah sifat dan rasa pemaaf.
Kita jarang untuk memaafkan setiap kesilapan orang lain terhadap diri kita dengan penuh ketulusan. maaf yang kita beri hanyalah bersifat dibibir sahaja tidak sampai kepada maaf yang penuh kaikhlasan maka dengan sebab itulah sifat dendam kesumat terus bersarang didalam jiwa kita.
Justeru pemaaf bukanlah satu perkara yang mudah. Mudah untuk kita lontar dan perkatakan namun hakikatnya apakah kita mampu memberikan kemaafan dengan penuh ikhlas? Sudah menjadi resam bangsa kita umat Melayu ini sering memberi maaf tetapi tidak ikhlas berbeza dengan sikap dan budaya orang-orang arab jika mereka memberi maaf , maka kemaafan itu disulami dengan Selawat nabi yang ikhlas.
Maka marilah kita berikan kemaafan kepada seseorang denmgan ikhlas mudah-mudahan kita juga diberi keampunan dan Rahmat oleh Allah namun janganlah pula terlalu mudah memeberikan kemaafan keatas perkara maksiat dan dosa. Berilah maaf kepada yang berhak mendapatkan kemaafan jangan kita digelar dayus kerana tidak mampu bertindak demi keadilan kerana kita ini jenis lembut hati dan pemaaf. Contohnya jika isteri seseorang itu dicerobohi maka tidak wajar baginya memaafkan kepada pelakunya.

Tiada ulasan: