Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 5 September 2008

Zakat Fitrah

Saya terpanggil untuk turut mengulas kadar zakat fitah yang dikatakan naik di semua negeri kecuali di Selangor sekarang ini.
Pertamanya kita sewajarnya melihat kepada waqi' semasa yang berlaku sekarang ini dan saya merasakan amat tidak wajar jika pihak penguasa agama juga seperti peruncit lain yang turut menaikkan harga barang ekoran dari kenaikan gas petrol sebelum ini. Kini harganya sudah diumumkan turun dan akan turun lagi pada sedikit masa lagi.
Masalahnya ialah kenaikan harga beras dipasaran yang diambil kira oleh pihak berkuasa agama, namun tidakah mereka menilai dan melihat bahawa adakah rakyat terbanyak tidak terkesan dengan kenaikan harga beras itu.
Persoalanya, sekerap manakah pihak berkuasa agama seperti lembaga zakat di peringkat negeri-negeri dan di daerah-daerah turun padang menyelusuri kehidupan rakyat diperingkat bawah sedang sebenarnya mereka TIDAK TURUN PADANG tetapi sekadar menerima sahaja laporan dari penolong-penolong amil di peringkat kariah masing-masing sedangkan sebenarnya amil-amil itu juga tidak tahu apa penderitaan anak kariahnya sendiri.
Saya mengambil contoh kehidupan di sebuah kampung di Jerantut Pahang. Kebanyakan penduduknya bekerja sendiri dengan berkebun dan saya melihat mereka memilih untuk makan nasi dari beras hancur yang tidak tahu saya apa greadnya, maknanya beras yang paling murah, sedangkan kadar zakat fitrah dikira dari gread tinggi atau mungkin sederhana. Patutkah begitu?
Katakanlah di Sabah kadarnya tahun ini RM7.70, Pahang juga tinggi dengan kenaikan RM2.50= RM 7.30, Terengganu naik antara RM1.50-RM2.50 iaitu RM 6,RM7,RM8 berbanding tahun lalu RM 4.50 RM5.00 RM5.50. negeri lain juga mencatatkan kenaikan seperti Melaka RM6.30 Negeri Sembilan RM6.50, Johor RM6.50, Kelantan RM7.60, Pulau Pinang RM7.30 dll.
Bukan maksud saya untuk mempersoalkan kenaikan itu tetapi wajarkah sekarang kerana sebenarnya kenaikan harga bekalan beras itu sebenarnya berpunca dari kelemahan kerajaan pusat dan sepatutnya bila harga gas diturunkan harga bahan bekalan seperti beras juga wajar turun.
Wallahualam saya hanya melontarkan apa yang sepatutnya direnungkan bersama tetapi tangagungjawab membawar zakat Fitrah adfalah kewajipan kita.

Tiada ulasan: