Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 19 September 2008

PASAK

MUKADIMAH 1
Modul Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Mu’jizat Sains dalam al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah (PASAK) direkabentuk khusus untuk memperkukuhkan kaedah pengajaran akidah yang lazim digunakan oleh para guru dan da’i. PASAK mengemukakan al-Quran sebagai mu’jizat teragung yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhamad s.a.w. Walaupun ramai orang Islam mengetahui dan memahami maksud mu’jizat, namun al-Qur’an sebagai mu’jizat teragung yang diberikan kepada Nabi Muhamad s.a.w. oleh Allah s.w.t. tidak dapat dirasai kehebatannya oleh manusia khususnya orang-orang Islam kecuali jika al-Qur’an dibaca, dikaji dan difahami isi kandungannya.
.

TAKRIF MU’JIZAT
Mu’jizat ditakrifkan sebagai fenomena luarbiasa yang ditunjukkan oleh nabi kepada mereka yang ada bersama-sama dengan nabi ketika itu. Mu’jizat diberikan oleh Allah s.w.t. kepada para nabi untuk meyakinkan mereka yang ada bersama-sama dengan nabi, sama ada mereka yang telah beriman atau yang belum beriman kepada Allah bahawa risalah yang dibawa oleh para nabi adalah benar dan seterusnya menjadi yakin kepada semua ajaran nabi tersebut. Sebagai contoh Nabi Musa a.s. yang berhadapan dengan tukang sihir-tukang sihir Firaun rasa gementar apabila melihat mereka menukar tali temali menjadi ular. Allah s.w.t. telah memerintahkan Nabi Musa a.s. mencampakkan tongkatnya lalu tongkat tersebut menjadi ular yang lebih besar. Apabila tukang sihir-tukang sihir Firaun melihat mu’jizat Nabi Musa tersebut, mereka beriman kepada Nabi dan sanggup menghadapi hukuman Firaun yang mahu menjemur mereka di atas pokok tamar sehingga mati kecuali mereka menolak kebenaran nabi Musa a.s. Nabi Isa a.s. juga diberikan mu’jizat oleh Allah s.w.t. Nabi Muhamad s.a.w. diberi dua jenis mu’jizat iaitu mu’jizat yang berbentuk pancaindera dan mu’jizat al-Qur’an.
KESAN MODUL PASAK
Kesan modul PASAK kepada para peserta amat mendalam sekali. Komen-komen para peserta program ini dari seluruh negara boleh dibaca dalam laman web yang alamat URL ditunjukkan dalam bahagian awal brosur ini. Anda boleh melayari laman web inidan nembaca maklumat yang ada.


Al-QUR’AN MU’JIZAT TERAGUNG

Antara mu’jizat al-Qur’an ialah mu’jizat dari segi sains. Al-Qur’an mengandungi pernyataan-pernyataan sains yang dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dan jelas apabila alat-alat teknologi canggih dicipta. Ketika al-Qur’an diturunkan manusia tidak mempunyai maklumat yang jelas tentang perkara tersebut. Allah s.w.t. telah berjanji untuk menunjukkan kepada manusia tentang kebenaran al-Qur’an seperti dalam firman Allah s.w.t. dalam Surah Fusilat 53.
Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda kami di ufuk-ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa ia (al-Qur’an) adalah benar...

MATLAMAT JANGKA PANJANG
MODUL PASAK

Matlamat modul PASAK ialah untuk memperkukuhkan akidah seseorang terhadap al-Qur’an dan sunnah Nabi Muhamad s.a.w. Dengan keyakinan terhadap kebenaran al-Qur’an dan sunnah Nabi Muhamad s.a.w. seseorang akan berusaha mendekatkan diri kepada tuhan dan melaksanakan segala suruhannya dan menjauhi larangannya.

MATLAMAT JANGKA PENDEK
Matlamat jangka pendek Modul PASAK adalah:
Mengukuhkan imanMenyedari kepentingan membaca danan

Meyakini bahawa al-Qur’an perlu dikaji isi kandunganya.
Meyakini bahawa al-Qur’an adalah perlembagaan hidup (dustur al-hayat)
Menyedari bahawa sains dan agama Islam tidak dapat dipisahkan
Menyedari bahawa umat Islam perlu mempelajari dan mengungguli dalam bidang sains.

MATLAMAT JANGKA PANJANG
· Membina akhlak Masyarakat
· Menjadikan masyarakat yang mengungguli bidang sains.

KANDUNGAN MODUL PASAK
Modul PASAK disusun mengikut turutan yang selari dengan kehendak Islam. Di antara kandungan Modul PASAK ialah:

Mu’jizat
Takrif mu’jizat, siapa yang diberi mu’jizat.
Fungsi mu’jizat, mu’jizat para nabi.
Mu’jizat hissi dan mu’jizat ma’nawiyy . Contoh-contoh mu’jizat hissi seperti yang diberikan kepada para nabi.
Mu’jizat teragung Rasulullah s.a.w. iaitu al-Qur’an. Hadith-hadith berkaitan dengan al-Qur’an sebagai mu’jizat teragung.
Mu’jizat dari sudut bahasa. Kesah Walid Bin Mughairah, tokoh sasterawan Jahiliyyah yang mengakui kehebatan al-Qur’an tetapi menarik balik perakuan tersebut setelah mendapat desakan Abu Jahal
Kesah Saidina Omar yang terpesona kepada al-Qur’an lalu menganut agama Islam.
Kesah tokoh-tokoh intelektual Barat masa kini seperti Professor Jefry Lang, Aminah as-Silmi, Dr. Murice Buccaille, Prof. Dr. Athur Allison Abdullah, Yusuf Islam dan lain-lain terpesona dan menganut Islam setelah membaca al-Qur’an.
SAINS DALAM AL-QUR’AN

Modul PASAK merangkumi dua tajuk penting yang berkaitan dengan ayat-ayat Allah di ufuk-ufuk dan juga ayat-ayat Allah pada diri manusia sendiri.

Ayat-Ayat Allah di Ufuk-Ufuk

Di antara kandungan bahagian ini ialah:
· Susunan surah-surah al-Quran yang membentuk Khat Allah dan Muhammad
· Kekunci al-Quran
· Kejadian alam semesta, iaitu bagaimana permulaan alam dari suatu yang padu, alam yang sedang mengembang dan pengecutan semula alam dijelaskan oleh al-Qur’an.
· Kejadian alam dari bentuk ”asap”
· Lautan dalam yang gelap gelita mengandungi ombak yang berapis ombak.
· Air daripada dua lautan yang tidak bercampur
· Air tawar dari sungai yang tidak bercampur dengan air masin di lautan
· Permukaan bumi yang paling rendah.
· Kesukaran bernafas apabila naik ke atas langit
· Bunga mawar merah di langit
· Sumber bahan api dan proses pembakaran
· Air sebagai bahan asas pembinaan makanan dalam tumbuh-tumbuhan
· Kejadian organisme hidup daripada air
· Gunung ganang sebagai pasak bumi
· Air hujan yang turun tersimpan dalam bumi
· Tamadun Kaum Iram di Yaman
· Awan mendung mempunyai kawasan yang sejuk.
· Bumi berbentuk sfera
· Bumi berpusing
Ayat-Ayat Allah Pada Diri Manusia

Di antara kandungan bahagian ini ialah”

Proses kejadian manusia dalam rahim ibu.
Penentuan jantina.
Fungsi kulit manusia sebagai organ deria
Fungsi bahagian otak dalam perancangan seseorang
Cap jari manusia
Kedudukan mata(uyun),telinga(uzun) dan kalbu (qulub), kedudukan pendengaran (sam’aa), penglihatan (absar) dan hati (Fu’ad).

Tajuk-tajuk yang dinyatakan ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an dan ini menjadi bukti bahawa al-Qur’an bukan daripada manusia atau makhluk-makhluk yang lain, bahkan ia dari Allah s.w.t.

MU’JIZAT SAINS DALAM SUNNAH NABAWIYYAH

Sunnah Nabawiyyah juga mengandungi banyak mu’jizat sains. Mu’jizat sains dalam Sunnah Nabawiyyah juga menunjukkan kebenaran Rasullah s.a.w.

PENUTUP
Ayat-ayat al-Qu’an yang dikemukakan dalam Modul PASAK menjadi satu bukti kebenaran al-Qur’an seperti yang disebutkan oleh Allah s.w.t. dalam Surah Fusilat ayat 53. Menurut hukun logik, olehsebab semua ayat al-Qur;an yang menyatakan tentang fenomena alam telah dibuktikan kebenarannya, maka semua ayat al-Qur’an pasti kebenarannya.
*** artikel ini adalah nota seminar "Keajaiban Al-Quran Dan Sains" oleh Prof. Dr Hj Mohd Arif Hj. Kasmo. Pensyarah Fakulti Pengajian Umum UKM Bangi pada 18 September 2008 bertempat di Surau Al-Muttaqin Taman Equine sejurus selepas Solat Tarawikh

Tiada ulasan: