Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 12 September 2008

Taqwa Dari Ramadhan

“wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana ia diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa kepada Allah SWT”.

Ayat diatas jelas menegaskan bahawa perkara asas yang ingin dicapai melalui ibadah puasa yang diardhukan ini ialah taqwa. Tanpa taqwa ertinya ibadah puasa yang dilakukan oleh kita ini tidak mencapai objektif yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Maksud yang seerti denganya ialah puasa kita gagal apabila mendapatkan taqwa melalui aktiviti puasa disepanjang Ramadhan. Sebab semua orang memahami bahawa kejayaan dalam sesuatu kerja ialah melihat kepada hasil atau objektif perlaksanaanya sejauh mana ia berhasil dicapai. Inilah yang biasa disebut sebagai “management by objective”

Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili didalam Tafsir-Al-Munir, ketika menatafsirkan ayat ini menyebut bahawa ibadah puasa melahirkan ketaqwaan kepada allah melalui beberpa factor:

1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada allah, dalam keadaan tersembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah. Seseorang boleh makan dan minum semahunya kemudian berpura-pura lapar dihadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah. Justeru Allah adalah Tuhan yang Maha Mengetahui.

2. Mengekang keterlanjuran syahwat dan meringankan pengaruh serta penguasaanya. Lantaran puasa melemahkan gelora dan gejolak nafsu.

3. Mencetus naluri yang peka dan sensitive dan bersifat belas simpati terhadap insane lain. Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan kurang bernasib baik.

4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang-orang kaya dan miskin di sisi Allah.

5. Meletakkan kehidupan insane dan pengurusanya di atas system yang benar-benar dan menepati fitrah dan mendisiplinkanya.

6. Memulihkan struktur dalaman tubuh, menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsure yang memudaratkan jasad.

Definasi TAQWA : kalimah taqwa asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.

Menurut istilah Syarak, Taqwa bererti : "menjaga dan memelihara diri dari seksa dan murka Allah dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya serta menjauhi perbuatan maksiat".

Rasulullah SAW pernah menjelaskankan hakikat taqwa dengan sabdanya bermaksud: “mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupakanNya dan bersyukur kepadanya dan tidak mengkufuri nikmatNya”

Dunia kini amnya dan Negara kita khasnya, dilanda kehancuran peradaban insaniyyah sehingga hilang sifat perikemanusiaan sebaliknya sifat perikebinatangan menguasai minda sebahagian besar umat manusia.

Menyedari reality dunia dan ummah hiri ini, marilah kita mengambil kesempatan dari ibadah puasa yang sedang kita tekuni sebulan di bulan Ramadhan untuk membina syaksiyah muslim yang berjuang dan bertaqwa dengan berusaha mendidik jiwa, minda dan seluruh pancaindera kita agar tunduk dan patuh kepada Allah, serta siap untuk menjunjung tinggi segala tanggungjawab mempertahan dan memperjuangkan islam yang syumul.

Wallahualam. Ust Reza Al-Banjari.

Tiada ulasan: