Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Sabtu, 7 November 2009

Nostalgia Haji Tahun 1953

Petugas membawa dan mengaggihkan daging korban. Khimar / kaldai menjadi sumber pengankutan pada ketika itu, sekarang nak cari bayang keldai di Kota Makkah pun dah tak nampak.
Para jemaah sedang memilih dan berurus niaga untuk membeli Ghanam untuk dijadikan korban. Sunnat Muakad bagi para jemaah haji menyembelih korban.

Melontar jamrat pada tahun 1953 tidak lah seperti sekarang keadaan yang terlalu sesak dan berebut-rebut.
Bertahalul selepas selesai Saie. Kawan ana kene ketuk dek kedai guntung sampai RM 30.00 untuk bercukur.
Lihatlah Kaabah dan dataran Masjidil Haram pada tahun 1953 lalu. Subhanallah
Suasana ketika Wukuf di Arafah 1953. Para jemaah haji terpaksa menyediakan sendiri makanan dengan sumber bahan api yang mungkin terpaksa dicarai sendiri. Nah!!! betapa beruntungnya para jemaah sekarang yang peralatan terkini telah disediakan. Jom pakat kumpul duit pe tunaikan haji tahun depan 2010.
Para jemaah sedang mencari anak batu di Muzdalifah
Para jemaah yang tiba dengan pengangkutan laut yang memakan masa kira-kira tiga bulan dari Tanah Melayu.
Jemaah yang tiba dengan pesawat di Airport Jeddah. Alamak!!! lain dulu lain sekarang. Bersyukurlah ya Duyufurrahman....( gambar ehsan dari Manzlie-Makkah )

Tiada ulasan: