Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Sabtu, 7 November 2009

Kaabah

Sedikit imbasan kenangan lalu ketika kami diberitahu bahawa hari ini pintu Kaabah akan dibuka ( ana lupa la tarikhnye ) so ana dan sahabat-sahabat terlalu teruja ingin mendekati Kaabah. Diberitakan pintu itu akan dibuka jam 10 pagi...tunggu-punye tunggu tak de juga...dikatakan lepas solat Zohor, ana punyer la semangat tunggu dari azan Zohor tu terus duduk dihadapan Multazam ni, dari lapang tempat bersila hinggalah keadaan yang nak duduk pun kena angkat kedua-dua kaki. tak pe tunggu juga lah....rupa-rupanya lepas solat zohor tu baru petugar nak singkap kelambu Kaabah jer ( Kiswa ) itu un air mata dah berbaldi mencurah-curah....akhirnya ana tanya pengawal dia kata selepas solat Isya baru buka. Bermula dari Maghrib orang dah memenuhi dataran Kaabah dan tibalah waktu yang ditunggu-tunggu. Bayangkan ana dari mungkin 5 barisan hadan boleh terkebelakang kerana asakan yang bertalu-talu dari jemaah lain akhirnya nekad untuk menyelinap juga untuk melihat dari dekat lalu ana dan dua orang lagi sahabat iaitu Pak karim dan Zamani serta Ust Lutfi UPM terus menggasak maju kehadapan. satu peristiwa yang tak boleh ana lupakan apabil;a kami dalam keadan berasak-asak itu sahabat kami Zamani akhirnya terlepas dari pautan lalu beliau rebah ke lantai dan katanya sempat kena pijak oleh jamaah lain. namun tindankkan pantas pihak keselamatan menarik beliau keluar dari lautan jamaah ditenga-tengah dataran itu. Ana sebenarnya sudah menduga perkara itu berlaku dan ana sebenarnya telah membayangkan dan berkata kepada Pak Karim dan Ustaz Lutfi " mati lah budak ni kena pijak" ana apa lagi terus menangis sambil mencari jalan keluar dari tengah-tengah lautan jemaah itu dan melupakan hasrat untuk terus ke hadapan untuk melihat kaabah dari dalam. Setelah berusaha berusaha bersungguh-sungguh akirnya kami dapat bertemu dengan sahabat itu yang dalam keadaan terlalu lemah kerana dipijak-pijak oleh jemaah lain yang hampir hilang nyawa sambil ditenteramkan oleh pengawal keselamatan. Alhamdulillah hidup lagi enta?....ana berkata kepadanya. Dia menceritakan bagaimana dia pada ketika itu juga telah hilang harapan untuk hidup kerana apabila di rebah terus terasa ada kaki yang memijak-mijak tubuhnya dan pak polisi itu berkata kepada ana nasib baik sahabat ni jatuh terlentang jika jatuh tertiarap mungkin teak sempat nak diselamatkan dalam erti kata lain mati agaknya. Macamana tak jatuh seikh jemaah dari Iran dan Turki mereka bergerak dalam kumpulan yang besar sambil merantai tanggan mereka. umpama Pukat Harimau siapa sahaja dihadapan mereka semuanya mereka sauk..takder langsung perasaan hormatkan orang lain untuk sama-sama beribadah...
Baitul Atiq yang menggamit kedatangan para tetamu Allah.
Penjuru inilah yang menjadikan kami huru hara ketika kunjungan ana pada tahun 2007 lalu apabila kami menyangka ia adalah Hajar Aswad sebab ramai yang tertumpu di situ rupa-rupanya kami tersilah. Seorang sahabat dah menangis gembira apabila sampai dihadapan penjuru ini dan berjaya memegangnya namun apabila ana menyatakan bahawa Hajar Aswad sebenarnya dihadapan sana iaitu di penjuru yang satu lagi lantas dia berkata " kat sini pun bolehla janji dapat pegang tembok asal Kaabah" katanya. Ana sekadar senyum je sebab semua terlalu teruja, maklumlah baru pertama kali sampai....

Keadaan seperti ini sebenarnya kita akan dapat lihat apabila menjelang waktu zohor. Sesiapa yang teringin untuk mengucup Hajar Aswad dipersilakan masuk dalam barisan kalau tak nanti kena marah dengan pak polisi yang berkawal disitu. Kaedah macam ni tak trill sebab tak berebut-rebut. Ana pernah kena siku dengan orang Iraq, dahlah di besar bayangkan siku di betul-betul duk kat mata kanan ana...mak oii sakitnya...tapi ana ni kan kecil orangnya menyusup bawah ketiak diaorang je ..tu-tup dah nyangol kat depan Hajar Aswad....tapi serban baru kesayanganku hilang tak tau ke mana...Kalau dah dapat cium Hajar Aswad cium lah lama-lama jangan angkat kepala dulu biar sampai pengawal tu yang arahkan keluar kalau kita angkat kepala je nanti orang kat belakang terus tarik kita keluar....

Stail ni kami kata spidermen, sebab dia melekap terus kat dinding Kaabah...ana pun kadang-kadang joint sekali melekap macam tu....sambil berdoa dan merintih terutama kalau dapat masuk dalam Hijir Ismail...
Kelambu Kaabah

Pin yang memperkuatkan ikatan kelambu Kaabah.

Ana pernah melihat bagai mana ada seorang jemaah yang cuba menggunting kelambu Kaabah ( Kiswah ) ketika kami sedang sibuk untuk berebut-rebut mengucup Hajar Aswad. Elok je dia dapat gunting sikit Kiswah tu terus je kena tangkap oleh pengawal al-Haram. Ana ada petua mudah untuk kita meyakinkan para pengawal al-Haram. apabila masuk ke al-haram ucapkanlah salam kepada mereka sambil bertanya khabar..mereka ni sebenarnya mudah mesra apatah lagi jika kita maklumkan kita dari Malaysia akhirnya jika mereka nampak ana sampai belum sempat kita bagi salam, dia dulu bagi salam ...dah rugi ana sebab dia dulu yang bagi salam....

Tiada ulasan: